Stand Mixer atau Mixer berdiri adalah mesin pengadun/uli tepung yang merupakan extra hand atau peralatan dapur yang penting untuk memudahkan kerja-kerja pembancuhan, terutamanya bagi pembuatan roti, kek ataupun biskut. Dengan adanya mixer dapur yang comes with multiple functions ni, ia menjadi alat bancuhan yang serba boleh dan memudahkan lagi proses penyediaan makanan such as cake, breads dan pastry yang memerlukan korang menguli. Lebih -lebih lagi dalam waktu perayaan.
Stand Mixer atau mesin pengadun berdiri sendiri ni juga biasanya datang dengan pelbagai fungsi serta aksesori tambahan. Currently, ada pelbagai pilihan mesin pengadun tepung terbaik dalam pasaran untuk kegunaan rumah dengan harga berpatutan. Selain itu, sekarang ni dah makin banyak mesin pengadun tepung yang mudah dibersihkan, menjadikannya pilihan yang ideal untuk dapur moden korang.
To own a mixer yang berkualiti tinggi bukan sahaja menjimatkan masa, tetapi juga memastikan hasil bancuhan lebih konsisten dan lebih sempurna.
Stand Mixer Pilihan Kitorang
KitchenAid Artisan 5KSM125
DESSINI ITALY 8 Speed Electric Stand Mixer
SUNATUR SM-15110N / SM15110NL
Russell Taylors S3 Stand Mixer
PerySmith 5.5L Stand Mixer PS5500
KitchenAid Artisan 5KSM125
Kapasiti 4.8 liter
10 speed
Binaan solid
Senang guna
Motor yang power
Bowl yang besar
Ada pelbagai aksesori
4.9 star dari 289+ review
Warranty setahun
Stand mixer Top Choice dalam senarai kalini ialah KitchenAid Artisan 5KSM125. Dengan kapasiti 4.8 liter dan bowl yang besar, memang senang-senang je menarik minat bakers-bakers kat luar sana. Tambahan pulak dengan binaan yang solid dan design yang lawa ni, aduh cair la. Comes with 10 mixing speed,percayalah yang mixer ni can be easily operated walaupun korang tak tahu baking. Senang kata, user friendly. Motor yang power jugak membantu tau korang. Even doh yang banyak dan berat, mixer ni still functioning smoothly. Jangan dilupakan juga yang it comes with multiple aksesori macam whisk, dough hook, dan flat beater. Dengan 4.9 star dari 289+ review, it also comes with one year warranty. Sesuai sangat untuk musim perayaan yang bakal tiba tak lama lagi ni. Excited pulak kitorang!!
DESSINI ITALY 8 Speed Electric Stand Mixer
Saiz 4.5 liter
Ada 8 speed
1400W
Warna yang menarik
Bunyi perlahan
4.9 star dari 1,800+ review
Warranty setahun
Next ialah mixer dari brand yang bukan asing lagi dalam dunia perkakasan elektrik. DESSINI ITALY 8 Speed Electric Stand Mixer dengan 2 pilihan warna yang menarik dan trendy ni datang dengan kapasiti 4.5 liter dan ada 8 speed. With 1400W pure copper and high torque motor, mixer dari Dessini ni jugak very low in noise tau. Nak buat kuih raya malam-malam pun tak risau, sebab tak bising. Hehehe. Dengan 4.9 star dari 1,800+ review, Dessini jugak bagi warranty setahun bagi model ni. Extra accesories? Mestilah ada.
SUNATUR SM-15110N / SM15110NL
Saiz 10 liter
Ada 6 speed
Banyak aksesori
Rasa premium
Design moden
Senang nak digunakan
4.9 star rating dari 999+ review
Waranti 12 bulan
Mixer SUNATUR SM-15110N / SM15110NL ni besar korang. Kapasiti 10 liter memang sesuai untuk isi rumah yang suka menjamu tetamu. Ada 6 speed dan disertakan dengan a few aksesori tambahan macam Dough Hook, Flat Beater, Whisk dan Splash Guard Cover. Dengan warna yang very the soft jugak memberikan rasa premium dengan mixer ni. Design moden dan senang nak digunakan. Ada 4.9 star rating dari 999+ review beserta dengan waranti 12 bulan. The only yang tak berapa best tentang mixer ni ialah, ia akan berbunyi agak kuat bila korang guna pada speed yang laju.
Russell Taylors S3 Stand Mixer
Saiz 5 liter
Ada 6 speed
Diluluskan SIRIM
Tilt head design
Bunyi perlahan
Saiz agak kompak
Harga mampu milik
4.9 star dari 8,100+ review
Waranti 2 tahun
Seterusnya kita ada Russell Taylors S3 Stand Mixer. Bersaiz 5 liter dan 6 speed, mixer ni jugak ada kelulusan SIRIM tau? Dengan tilt head design, senanglah korang nak buka dan bersihkan once dah siap adunan kuih raya tu. Hehehe. Selain dari tu, mixer ni juga ada low noise tau, nak baking malam-malam, tak risau dah bunyi bising. Dengan saiznya yang agak kompak, it also can safe space dekat dapur korang. Bagus kan? Datang dengan harga mampu milik dan 4 aksesori tambahan which is Pouring Shield, Whip Wire, Beater Hook dan Dough Hook, it also has 4.9 star dari 8,100+ review dan waranti selama 2 tahun. The only part yang tak best ialah kalau nak buat banyak batch agak sukar. Motor tak boleh tampung penggunaan yang too long dan too heavy.
PerySmith 5.5L Stand Mixer PS5500
Kapasiti bowl 5.5 liter
Ada 11 speed
4 warna menarik
Bunyi terkawal
4.9 bintang dari 6,400+ review
Warranty setahun
Last but not least, PerySmith 5.5L Stand Mixer PS5500. Mixer dengan kapasiti bowl 5.5 liter ini mempunyai 11 speed. Mengancam betul kan? Ada 4 warna menarik yang korang boleh matchingkan dengan estetik dapur atau mengikut favourite colour korang jugak! Controlled noise agar tak terlalu kuat, which means korang takkan terganggu dengan bunyi bising while mixing. Mixer dari Russell Taylor ni jugak ada 4.9 bintang dari 6,400+ review and 1 year warranty. The only yang tak best pasal mixer ni ialah, it shakes a bit while using high speed. So macam mana? Korang ok?
Cara Kitorang Pilih dan Senaraikan Mixer Terbaik
Untuk senarai kali ni, kitorang guna 5 kriteria sebagai kayu pengukur untuk dapatkan mixer terbaik untuk dapur korang. Faktor-faktor ni penting bagi menjamin korang dapat mixer yang bagus dengan harga yang berbaloi. Jadi, jom tengok apa yang kitorang dan nilaikan untuk list ni.
Saiz dan Kapasiti
Kepelbagaian saiz dan kapasiti ni adalah untuk korang sesuaikan dengan keperluan. Sama ada korang nak gunakan untuk harian atau untuk masa-masa tertentu macam bulan puasa or raya. Jadi tak lah rumit korang nk buat pilihan kalau kitorang bias pilih satu jenis kapasiti je kan? Betapa sayangnya kitorang tau dekat korang semua..
Kuasa Motor
Mixer dengan kuasa motor yang tinggi dapat membuat adunan yang lebih cantik dan smooth. Eventually ia memerlukan 800w dan keatas untuk fungsi yang lebih bagus. Kitorang dah senaraikan a wide rang of mixer untuk korang pilih. Tapi perlu di-ingatkan, bila nak yang extra, korang jugak kena prepare untuk spend more okay?
Jaminan dan waranti
Kesemua mixer yang disenaraikan ada waranti. It ranges from a year up to two years. Haaa.. depends pada penggunaan jugak tau, sebab ada mixer yang hanya boleh digunakan secara persendirian. Once digunakan secara komersial, waranti nya VOID. So be careful dalam pemilihan korang. Paling penting sekali, pilih ikut penggunaan ok. Lagi-lagi pulak kalau ada SIRIM.. Nak jimat tu tak salah, tapi jangan sampai menyesal dikemudian hari. It’s not gonna worth it.
Aksesori tambahan
Hampir kesemua mixer yang kitorang review ada aksesori tambahan yang disertakan sekali. The differences? The quantity dan kualiti. So korang need to study the product elok-elok juga tau. Nak tahan lama, go for stainless steel dan yang mudah nak dibersihkan. Bila senang nak clean up, mestilah lagi boleh tahan lama. Betul kan?
Warna dan Rekabentuk
Walaupun ini adalah kriteria terakhir, percayalah ia masih penting. Bak kata orang, last but not least. Zaman sekarang ni kalau boleh semua nak matchy-matchy kan. Lagi- lagi pulak dengan pelbagai pilihan warna. Nampak menarik dan meredupkan mata gittew.
Barulah lebih bersemangat nak buat kuih raya. Hehe. Dan jangan lupa, pilih mixer dengan rekaan yang ergonomik bagi mengurangkan sebarang kemungkinan back pain, muscle sore dan yang sebagainya.
Jadi, dengan follow faktor penting atas ni, kitorang dapat 5 stand mixer terbaik untuk korang guna di dapur rumah korang. Semestinya list kitorang ni dapat bantu korang dalam membuat keputusan yang terbaik!
Happy baking semua!