Top 5 Spot Cleaner Terbaik – Sedutan Kuat, Berkualiti, Tahan Lama

Share Post:

Guna Spot Cleaner

Korang tengah cari spot cleaner tapi semua nampak lebih kurang sama je. Harga, fungsi je lain, review pun kadang pening nak baca. Kalau korang tengah cari spot cleaner yang betul-betul berbaloi, yang kuat sedutannya, senang digunakan dan tahan lama, korang  boleh terus baca review ni.

Kitorang dah review dan pilih 5 spot cleaner terbaik di Malaysia sekarang ni, berdasarkan pengalaman pengguna sebenar, kualiti binaan, prestasi dan juga fungsi penting yang buat kerja mencuci jadi lebih senang dan cepat.

Teruskan membaca dan dapatkan spot cleaner terbaik untuk rumah korang hari ni.

Spot Cleaner Pilihan Kitorang

Top Choice

MMX Prospot HY007

  Sedutan 18 kPa

  Agak senyap

  Ringan

  Mudah dipasang dan ditanggalkan

  Reka bentuk kukuh

  Saiz agak kecik

  Motor 600w

  4.9 star dari 430+ review

  Waranti 1 tahun

Tengok Harga MMX Prospot HY007:

Kalau korang tengah cari spot cleaner yang kuat sedutannya, MMX Prospot HY007 ni memang power dengan sedutan 18kPa & motor 600W. Walaupun kecil, ia cukup kukuh dan senang dipasang atau dibuka bila nak kosongkan habuk. Nak simpan pon senang sebab saiz pun kompak. Agak senyap walaupun tak sepenuhnya silent, tapi sedutan dia memang boleh lawan model mahal. Rating pun bukan calang-calang tau, 4.9 bintang dari 430+ review. Untuk harga mampu milik, ni antara alat wajib ada kat rumah. Cuma, bunyi dia still ada sikit kuat bila on power maksimum. Tapi kalau korang tak kisah sangat bunyi, memang berbaloi!

Best Seller

HETCH V10 DVC-1422-HC

  Ada fungsi wet & Dry Vacuum

  Ada mod lantai & karpet

  Lulus SIRIM

  Senang digunakan

  Kapasiti 14L

  Sedutan 16 kPA

  Hose yang Panjang

  Ringan

  4.9 star dari 930+ review

  Waranti 2 tahun

Tengok Harga HETCH V10 DVC-1422-HC:

HETCH V10 DVC-1422-HC ni memang pilihan smart untuk korang yang nak spot cleaner yang praktikal dan tahan lasak. Dengan fungsi wet & dry vacuum, korang boleh bersihkan tumpahan air atau habuk dengan mudah. Ada mod khas untuk lantai dan karpet, jadi tak perlu risau bila ada kotoran dekat mana-mana bahagian rumah. Kapasiti 14L pun besar, jadi tak perlu kerap isi air. Sedutan 16kPA cukup kuat dan hose dia panjang, senang nak gerak ke seluruh ruang. Lulus SIRIM, ringan, dan mudah digunakan. Paling best, dia dapat 4.9 bintang dari 930 lebih review dan ada waranti 2 tahun. Jarang dapat combo mantap macam ni.

Berkualiti

Simplus Spot & Fabric

  16 kPa suction

  Mudah guna

  Portable

  ada fungsi memanaskan air

  motor 1200w

  4.9 star dari 1,500+ review

  1 year warranty

Tengok Harga Simplus:

Simplus Spot & Fabric ni memang direka khas untuk korang yang selalu struggle dengan kesan kotor degil atas sofa, tilam, dan fabrik rumah. Dengan sedutan kuat 16kPa dan motor 1200W, pembersihan jadi lebih cepat dan berkesan. Ada fungsi memanaskan air untuk bantu tanggalkan kotoran, cuma air panas dia ambil masa sikit untuk ready. Tapi overall tetap mudah dan best digunakan. Portable dan ringan, senang nak alih ke mana-mana. Sesuai sangat untuk mereka yang nak hasil cucian bersih tanpa perlu panggil servis luar. Dengan rating 4.9 bintang dari lebih 1,500 review dan waranti 1 tahun, ini antara spot cleaner paling berbaloi tahun ni.

Berbaloi

Giselle MaxPull S4 KEA0363

  11 kPa kuasa sedutan

  Senang nak diguna

  Design berkualiti

  Kecil dan mudah dialih

  450 Watt

  4.9 star dari 1,300+ review

  Waranti 1 tahun

Tengok Harga Giselle MaxPull S4:

Giselle MaxPull S4 KEA0363 ni sesuai untuk korang yang nak spot cleaner yang ringkas tapi berfungsi dengan baik. Kuasa sedutan 11kPa dengan motor 450W cukup untuk bersihkan tumpahan kecil, kesan kotoran, dan fabrik yang perlukan touch-up. Saiz dia memang compact dan ringan, jadi senang nak alih dari satu ruang ke ruang lain. Design pun nampak berkualiti dan kukuh. Sangat sesuai untuk apartment atau kegunaan harian. Dapat 4.9 bintang dari lebih 1,300 review dan waranti 1 tahun, memang ramai yang puas hati. Tapi, ikut testing kitorang, dia akan ada sikit lembap lepas guna.

Ringan

PerySmith CleanPro Series M2 Lite II

  17 kPA sedutan

  Sedutan air yang laju dan kuat

  ada fungsi self cleaning

  Ringan & comel

  Brush dia lebar

  4.9 dari 400+ review

  Waranti 12 bulan

Tengok Harga PerySmith CleanPro Lite II:

PerySmith CleanPro Series M2 Lite II ni antara spot cleaner yang comel tapi sangat berguna. Dengan kuasa sedutan 17kPa dan brush yang lebih lebar, kerja pembersihan jadi lebih pantas dan meliputi kawasan lebih luas. Sedutan air dia laju dan kuat, memang puas hati bila tengok kotoran hilang depan mata. Ada juga fungsi self cleaning yang jimat masa lepas guna. Reka bentuk dia ringan, jadi senang alih ke mana-mana. Dalam sesetengah situasi, sedutan dia mungkin kurang kuat sikit, tapi secara keseluruhan, ianya tetap antara pilihan yang best. Dengan 4.9 bintang dari lebih 400 review dan waranti 12 bulan, memang tak salah pilih.

Cara Kitorang Pilih dan Senaraikan Spot Cleaner Terbaik

Review Spot Cleaner Terbaik

Spot cleaner ni memang berguna bila rumah ada anak kecil, haiwan peliharaan, atau lifestyle yang sibuk. Sekali tumpah susu atas tilam atau air kopi atas sofa, memang susah nak hilangkan kalau tak ada alat yang sesuai.

Jadi, untuk dapatkan yang terbaik, kitorang tekankan 3 benda ni semasa review;

Kuasa Sedutan Spot Cleaner Tu

Apa guna spot cleaner kalau sedut tak kuat? Kitorang cari model yang ada sekurang-kurangnya 11kPa sedutan supaya boleh tarik keluar kotoran dari fabrik dengan lebih berkesan. Tapi bukan tengok specs je, kitorang juga tengok review orang yang dah beli, ada ke yang kata tak cukup power, atau result tak memuaskan. Kalau banyak feedback kata puas hati dengan sedutan, barulah masuk shortlist.

Kemudahan Penggunaan dan Fungsi Extra

Alat yang kitorang review jugak kena senang nak guna. Kalau terlalu banyak step nak kena ikut, korang pun naik malas. Jadi kitorang pilih yang ringan, mudah dialih, senang nak refill atau kosongkan tangki. Fungsi tambahan macam self-cleaning, hose panjang, atau air heating pun kira satu bonus yang kitorang kira sekali. Lagi senang kerja lepas guna, lagi tinggi markah dia.

Kualiti Spot Cleaner Berdasarkan Review Sebenar

Kitorang tapis model yang memang dah terbukti dalam pasaran, dengan rating sekurang-kurangnya 4.8 bintang dan review yang konsisten. Lagi banyak pengguna yang puas hati, lagi confident kitorang untuk suggest. Kitorang jugak tengok kalau jenama tu ada waranti yang memuaskan, jadi, korang beli dengan lebih tenang.

Semua model dalam senarai ni dah ditekankan 3 aspek ni, jadi memang confirm antara yang terbaik untuk korang consider. Kalau korang dah lama usha tapi masih belum klik “Add to Cart”, sekarang lah masanya.

Klik je link dekat setiap produk, semak harga dan terus beli ikut bajet dan keperluan. Lepas ni, kerja cuci karpet, tilam atau sofa tak perlu risau lagi.

Selamat memilih spot cleaner!

Nak cari info lain?

Tips Bil Elektrik Naik
Basuh Kereta Guna Water Jet Terbaik
Review Dust Mite Vacuum Terbaik
Air Purifier Terbaik
Lelaki Malaysia Guna Electrova Smart ITech Pro Vacuum
Review Xiaomi C300