
Kalau korang tengah baca artikel ni, besar kemungkinan korang memang tengah cari dust mite vacuum atau vakum hama habuk terbaik untuk rumah korang. Mungkin sebab dah mula rasa tilam, sofa atau karpet kat rumah penuh dengan hama habuk. Lagi-lagi kalau selalu bersin waktu pagi, kulit gatal-gatal, atau anak kecil batuk dan selsema yang susah baik.
Masalah dust mite ni memang bahaya sebab boleh jadi punca alahan atau alergic. Tapi dengan vacuum anti hama habuk yang betul, korang boleh kurangkan habuk halus dan kuman dengan lebih berkesan. Banyak kebaikan vacuum tilam ni, antaranya untuk pastikan tidur lebih lena, udara lebih sihat, dan hidup kurang kegatalan.
Dekat pasaran memang banyak pilihan. Tapi mana satu yang betul-betul kuat sedutan, ada UV sterilization, ada pemanasan atau penapis HEPA? Dalam artikel ni, kitorang dah senaraikan 5 Dust Mite Vacuum terbaik tahun ni, siap dengan kelebihan dan kekurangan setiap model.
Kalau korang serius nak jadikan rumah lebih bersih dan bebas hama, teruskan baca sampai habis dan beli satu sekarang.
Dust Mite Vacuum Pilihan Kitorang
Mijia Mite Remover 2
Dreame D20 Pro Mite Vacuum
PerySmith Cordless Dust Mite Vacuum Cleaner XTREME Series V20 Pro
TJean Dust Mite Vacuum
Simplus Dust Mite Corded Vacuum
Mijia Mite Remover 2
Sedutan kuat 12,000 kPa
UV light 254.7nm, 99% sterilization
Pemanasan Sampai 50°C
HEPA filter senang cuci
Jenama dipercayai, ramai pengguna puas hati
motor 80000 RPM
5.0 bintang dari 1400+ review
Waranti 12 bulan
Top Choice kitorang kali ni adalah dari jenama Xiaomi. Dust mite vacuum yang paling banyak review positif. Dia ada sedutan sekuat 12,000 Pa dan datang denanmotor 80,000 RPM, sangat berkesan untuk bersihkan tilam dan fabrik. Ada UV light 254.7nm, pemanasan udara 50°C, jadi semua hama tak terlepas. Ditambah dengan 5 lapisan penapisan termasuk HEPA, memang takde chance diorang nak hidup. Ramai pengguna puji kualiti jenama Xiaomi ni dan memang rasa tilam lebih bersih lepas guna. Design dia ringan, tapi ada berat sikit kalau guna lama. Waranti 12 bulan dan dapat 5.0 bintang dari 1,400+ review, memang ni satu pilihan yang lebih yakin nak guna lama.
Dreame D20 Pro Mite Vacuum
Sedutan kuat 12,000Pa
5 lapisan filter
UV light sterilize 99.99%
Fungsi pemanasan 55°C
Getaran frekuensi tinggi
Sensor pintar kesan tahap habuk
Lulus SIRIM
5.0 star dari 250+ review
Waranti 2 tahun
Dust mite vacuum jenama Dreame ni rasa dan memang premium. Model ni datang dengan fungsi lengkap untuk bersihkan tilam dan fabrik. Sedutan kuat 12,000Pa, UV light sterilize sampai 99.99%, ada fungsi pemanasan sampai 55°C dan sistem getaran untuk tanggalkan hama dan habuk. Memang meninggal semua mite-mite kat katil or tilam korang tu. Dia ada filter dengan 5 lapisan dan smart sendor untuk kesan tahap habuk. Ramai pengguna puas hati dengan prestasi dan rasa tilam lebih bersih lepas guna Dreame ni. Lulus SIRIM dan ada waranti 2 tahun, memang meyakinkan. Paling hebat, dia dapat 5.0 star review dari yang dah beli ye!
PerySmith XTREME Series V20 Pro
Sedutan kuat & berkesan untuk habuk halus
HEPA grade Filter
Ringan & Senang Guna
4.9 dari 1,300+ review
Waranti 12 bulan
Vacuum ini memang ramai pengguna puas hati dengan prestasi dan power dia. Sedutan kuat, sesuai untuk tarik habuk halus dan hama pada tilam, sofa dan langsir. Reka bentuk ringan, senang digunakan di seluruh rumah. Penapis HEPA membantu kurangkan habuk yang boleh sebabkan alahan. Ada juga fungsi UV, walaupun tidak semua pengguna menekankan ciri ini. Cuma, jangka hayat bateri agak terhad dan bunyi agak jelas pada tetapan kuasa tinggi. Dengan lebih 1,300 review yang bagi total 4.9 star, ditambah lagi dengan waranti 12 bulan, pastinya ni pilihan berbaloi! Sebab tu dia dah terjual sebanyak 11,000 unit!
TJean Vacuum
Sedutan kuat sampai 18000pa
UV light bantu sterilize tilam
5 star review
Ada waranti setahun
Vacuum habuk ni memang power dari segi kuasa sedutan. Ramai pengguna puas hati sebab sedutan dia sampai 18,000Pa, sangat kuat untuk bersihkan habuk halus dan hama. UV light function pun berkesan, banyak yang kata tilam rasa lebih bersih lepas guna. Two in one, habuk clear, hama pon mati. Datang dengan waranti 1 tahun, dan ramai berikan rating 5 bintang. Cuma, reka bentuk agak standard dan kurang ringan berbanding model cordless lain.
Simplus Dust Mite Corded Vacuum
Sedutan kuat 14,000Pa
Pemanasan udara 50°C
Penapis HEPA F9
4.9 bintang dari 550+ review
Waranti 12 bulan
Simplus ni satu jenama baru tapi dah mula menempa nama dalam bidang alatan elektrik rumah. Vacuum habuk atau dust mite vaccum ni menawarkan prestasi yang sangat baik dengan sedutan kuat 14,000Pa dan fungsi beat 10000 kali/minit untuk tepuk habuk tu, tanggalkan hama dan habuk dia dengan berkesan. Ada pemanasan udara 50°C, penapis HEPA F9, dan 3 tahap penapisan. Ramai pengguna puas hati sebab nampak habuk halus memang banyak ditarik keluar. Model ni pun dapat 4.9 bintang dari lebih 550 review. Ditambah dengan waranti 12 bulan, pastinya korang tak rugi cuba jenama baru ni.
Cara Kitorang Pilih Vakum Habuk Hama

Dekat pasaran sekarang memang banyak sangat pilihan vacuum untuk sedut hama habuk ni. Ada yang nampak canggih, ada yang harga murah, ada yang datang dengan macam-macam feature. Tapi bukan semua yang betul-betul berkesan.
Untuk senarai kali ni, kitorang sendiri baca review pengguna, uji sendiri, dan bandingkan specs. Antara benda yang kitorang paling fokus masa buat review ni:
1. Kekuatan Sedutan & Keberkesanan Buang Habuk
Vakum untuk dust mite ni memang kena ada kuasa sedutan yang cukup kuat. Kalau sedutan lemah, habuk halus dan hama memang takkan tertarik keluar dari tilam atau karpet. Ni membazirkan masa dan tenaga korang je. Masa test, kitorang guna vacuum atas tilam, sofa dan bantal, lepas tu tengok sendiri berapa banyak habuk halus yang terkumpul dalam dust cup tu. Model yang sedutan dia padu memang nampak beza ketara, tilam rasa lebih “ringan” dan halus, kurang bau hapak, dan kulit pun kurang gatal.
2. Fungsi Tambahan Yang Memang Beri Berbaloi (UV, Pemanasan, HEPA)
Selain kuasa sedutansedut, fungsi UV sterilization dan pemanasan udara sangat membantu untuk bunuh kuman dan hama yang degil. Kitorang pastikan vacuum yang dipilih bukan sekadar marketing, tapi UV lamp dia betul-betul berfungsi (ada kes model murah tapi UV tak menyala langsung). Penapis HEPA juga penting, supaya habuk halus tak terkeluar balik ke udara. Semua model yang masuk list ni memang lulus dari segi ni. Kalau features macam ni tak ada, memang kitorang tak masukkan ye.
3. Kualiti Bahan, Senang Guna & Review Orang
Kitorang juga baca beratus-ratus review pengguna. Dari situ boleh nampak model mana yang tahan lama, model mana yang senang cuci, dan model mana yang buat pengguna betul-betul puas hati. Vakum yang ringan dan senang pegang lebih seronok nak guna hari-hari, walaupun korang tak perlulah guna setiap hari ya. Waranti juga kitorang kira, vakum yang ada waranti panjang bagi lebih keyakinan untuk beli. Setiap barang kitorang review ni, ada minimum 12 bulan waranti, so korang boleh relax, tak perlu risau masa beli.
Kitorang dah guna sendiri dan boleh rasa beza dia. Bangun pagi takde dah rasa gatal-gatal. Kulit tak rasa kasar, dan takde kesan-kesan merah lagi. Paling best, hidung rasa segar, tak bersin-bersin lagi.
Harap dengan senarai ni, korang dapat pilih vacuum dust mite terbaik yang sesuai untuk rumah korang. Tak kira sama ada nak model paling power, paling lengkap, paling premium atau paling senang guna, semua ada dalam review ni.
Kalau nak tidur lebih lena, hidup kurang gatal, dan udara rumah lebih bersih, memang berbaloi sangat ada satu vacuum khas untuk hama habuk ni.
Tips tambahan Untuk Udara Lebih Bersih kat Bilik Korang
Lepas tilam, sofa, dan bantal dah bersih dari habuk hama, satu lagi step penting ialah pastikan udara dalam bilik pun bersih. Di sinilah air purifier boleh memainkan peranan penting, sebab dia tapis habuk halus, pollen, bau, dan allergen lain yang terapung dalam udara. Kalau korang nak cari air purifier yang bagus untuk bilik tidur atau ruang tamu, boleh check artikel Top 5 Air Purifier yang kitorang dah tulis kat sini → Top 5 Air Purifier Terbaik untuk Rumah & Bilik Tidur (2025)
Selamat memilih!








































