Inspection Rumah Baru di Kuala Lumpur dan Selangor

Mesti excited kan lepas dah dapat kunci rumah baru? Tahniah! Tapi, jangan jadikan keseronokan ni sementara je tanpa cek rumah baru tu. Takut kalau ada apa-apa kekurangan atau defect kat rumah tu, walaupun baru, mungkin ada masalah. Check sekarang untuk jimatkan poket di masa depan!

Memilik rumah baru adalah satu pencapaian yang terbaik dan juga satu pelaburan besar yang mesti dijaga dengan baik. Kalau tak buat inspection rumah baru awal-awal ni, mungkin tak dapat tahu apa defect rumah tu hasil dari kerja pihak pemaju yang memberi kesan kat keselamatan dan nilai rumah korang. Tahu tak yang kecacatan kecil macam retak pada dinding atau kebocoran kadang-kadang tak nampak, tapi boleh memberi masalah besar dan kos nak repair dia sampai puluhan ribu ringgit kalau tak dikesan dari awal? Ini yang perlu kita elakkan.

Inspection rumah baru ni kitorang ada buat di Selangor dan Kuala Lumpur. Antara tempatnya, Selayang, Batu Caves, Gombak, Rawang, Taman Melawati, Ulu Klang, Sentul, Setapak, Subang, Elmina, Putrajaya, Cyberjaya, Sepang, Dengkil dan lain-lain.

Proses Pemeriksaan Rumah Kami

Consultation / Khidmat Nasihat Awal

home inspection consultation

Sebelum apa-apa dimulakan, kita akan berbincang untuk memahami apa keperluan dan kebimbangan korang pasal rumah baru tu. Appointment yang sesuai boleh dibincangkan untuk pemeriksaan.

Kalau ini adalah first time korang buat defect inspection, kitorang akan jelaskan semuanya. Pada masa ni, korang boleh bertanya apa sahaja mengenai servis, cara kerja dan tindakan seterusnya selepas kerja selesai.

Pemeriksaan Menyeluruh

defect inspection

Kitorang akan check setiap pelusuk rumah, dari dalam, luar, dan atas rumah, untuk mencari apa-apa kecacatan atau kekurangan yang perlu diberi perhatian. Ini termasuk;

Pemeriksaan Struktur: Menilai keadaan struktur asas seperti dinding, lantai, dan bumbung untuk mengesan sebarang keretakan atau kelemahan. Ini termasuk cat dan finishing.

Sistem Elektrik: Memeriksa sistem elektrik untuk memastikan semua pendawaian dan peralatan adalah selamat, menepati piawaian dan berfungsi dengan baik.

Sistem Paip: Memeriksa paip dan sistem bekalan air untuk mengesan sebarang kebocoran atau masalah tekanan air.

Pemeriksaan Acuan dan Kelembapan: Menggunakan alat pengesan kelembapan untuk mencari tanda-tanda acuan atau kelembapan yang boleh membawa kepada masalah kesihatan.

Menggunakan Alat dan Teknik Terkini

Kitorang menggunakan teknologi terkini seperti alat balancer, kamera inframerah,pengesan kelembapan dan alat defect inspection yang terbaik untuk memastikan pemeriksaan adalah menyeluruh dan tepat. Alat-alat ini membantu kitorang mengesan masalah yang mungkin tidak kelihatan pada mata kasar.

Laporan Terperinci

house defect report

Selepas pemeriksaan kecacatan rumah selesai, kitorang akan menyediakan laporan terperinci yang merangkumi:

Penemuan Pemeriksaan: Gambaran keseluruhan mengenai sebarang kecacatan atau masalah yang ditemui. Kitorang akan sertakan gambar, serta detail kerosakan/kecacatan yang dijumpai.

Gambar dan Diagram: Gambar dan diagram untuk membantu korang memahami keadaan rumah dengan lebih baik.

Cadangan Pembaikan: Cadangan khusus tentang langkah-langkah yang perlu diambil untuk membaiki sebarang masalah yang ditemui.

Perbincangan Laporan

laporan home inspection

Selepas pemberian defect inspection report tu, kita akan berbincang mengenai penemuan dan laporan tu. Ini supaya, jelas bagi pihak korang dan kami untuk tahu apa yang dijumpai dan di mana masalah yang perlu diselesaikan.

Tindakan Seterusnya

defect inspection agreement

Kitorang sediakan support untuk tindakan seterusnya untuk pastikan masalah yang ditemui semasa inspection selesai dengan baik. Kitorang jugak boleh bantu mengatur pembaikan dengan servis renovation rumah jika diperlukan.

Dengan proses pemeriksaan yang teratur dan menyeluruh, kitorang akan pastikan setiap aspek rumah korang diperiksa dengan teliti, memberikan ketenangan fikiran dan keyakinan bahawa rumah korang berada dalam keadaan terbaik.

Hubungi kitorang sekarang untuk menjadualkan pemeriksaan kecacatan rumah!

Kesan tak buat defect inspection

Rugi Duit Ditipu Pemaju

Kalau korang tak buat inspection ni, mungkin korang akan rugi sebab dapat rumah tak berkualiti seperti yang dijanjikan developer. Mungkin pemaju buat kerja cincai je nak siapkan kerja, tapi kesan dia, rumah korang yang tanggung selama bertahun-tahun! Pastikan rumah yang korang dapat tu adalah yang terbaik dan berbaloi dengan ratusan ribu yang korang bayar. 

Lagi satu, korang akan rugi kalau tak claim dalam tempoh Defect Liability Period (DLP) tau!

Masalah Struktur Binaan

Kerosakan struktur rumah yang tak dikenal pasti dan tak dibaiki akan menyebabkan kediaman korang tak selamat untuk didiami. Ini membawa bahaya kepada isteri, anak, kucing dan keluarga korang. Mungkin bukan hari ini, tapi 5, 7, atau 10 tahun akan datang.

Kos Repair Makin Tinggi

Kalau tak detect masalah dari awal, ia boleh berkembang mejadi masalah besar yang perlukan kos baiki yang tinggi. Mungkin kebocoran dalam dinding tu nampak kecik, tapi lama-lama, habis satu dinding! Kopak dinding, kopak duit korang.

Keselamatan Terancam

Masalah paip atau elektrik yang tak mengikut piawaian atau rosak boleh membawa kepada risiko kebarakaran atau banjir. Kecelakaan macam ni boleh dielakkan dari awal ya.

Pastikan kewangan dan rumah korang dilindungi! Hubungi kitorang sekarang untuk dapatkan pemeriksaan defect rumah yang menyeluruh dan terbaik untuk pastikan rumah korang selamat dan bernilai tinggi!

Jom bertindak sekarang sebelum terlambat!

Penting ke defect inspection rumah baru?

Defect inspection (Pemeriksaan kecacatan rumah) ni adalah langkah yang sangat penting lepas korang dah beli rumah untuk pastikan rumah tu selamat untuk didiami dan dibina dengan kualiti dan standard semasa. Selain tu, korang juga kena tahu yang beli rumah ni macam barang lain juga, ada tempoh warranty, jadi, kena gunakan sebaik mungkin.

Sebab inspection rumah ni penting:

Selamatkan Duit dan Poket korang

Nak repair defect kecil seperti kebocoran atap, keretakan pada dinding tak mahal sangat kalau dia kecil. Tapi, bila dah menjadi masalah besar, harga nak repair dia sangatlah tinggi, mungkin boleh mencecah puluhan ribu ringgit! Kalau masalah ini dah dikesan dari awal dengan guna servis inspect rumah kami, ia boleh dibaiki sebelum berkembang menjadi masalah besar, dan harga yang besar untuk korang di masa depan.

Pastikan Rumah Selamat Untuk Didiami

Rumah yang ada struktur lemah, rosak, paip bocor atau ada masalah elektrik boleh membahayakan keselamatan dan nyawa keluarga korang. Dengan cek kecacatan rumah korang dari awal, perkara ni boleh dielakkan dan membebaskan otak korang dari fikir masalah dan keselamatan keluarga korang.

Menjaga Nilai Rumah

Korang mungkin akan jual rumah tu satu hari nanti. Pastinya korang taknak jual rumah yang dah rosak atau dah keluar banyak duit untuk repair kan? Rugi nanti. Rumah yang terjaga baik boleh dapat harga yang tinggi. Kalau korang check defect rumah masa baru beli, akan pastikan rumah korang dalam keadaan baik dan paling penting, korang tak perlu keluar duit untuk repair!

Elak Masalah Kesihatan

Kebocoran dan takungan air boleh menyebabkan terhasilnya kulat dan cendawan. Ini boleh menyebabkan pelbagai masalah kesihatan seperti masalah pernafasan dan juga alergik. Kalau korang dapat kesan isu ini dari awal, pastinya kesihatan keluarga terjamin dan tak perlu keluar duit jumpa doktor!

Menurut kajian, lebih daripada 50% rumah baru tak diperiksa menunjukkan tanda kecacatan strukrut yang serius pada 5 tahun pertama! Takkan nak keluar duit untuk repair lagi, rumah kira baru lagi tu!

Selain tu, kos nak repair defect  yang dikesan awal ni adalah 70% lebih murah dari kos pembaikan bila kerosakan tu dah teruk. Baik jimat sekarang, dari rugi nanti, kan?

Dengan buat defect inspection ni, korang akan pastikan rumah baru korang adalah yang terbaik, melindungi pelaburan korang dan paling penting sekali, menjamin keselamatan dan kesihatan keluarga korang.

Hubungi kitorang hari ini untuk memastikan rumah baru korang tu adalah yang terbaik!

Frequently Asked Questions (FAQ)

Kitorang buat khidmat check defect ni dekat Selangor dan Kuala Lumpur (KL).

Antara kawasan yang kitorang cover adalah Selayang, Batu Caves, Gombak, Rawang, Taman Melawati, Ulu Klang, Sentul, Setapak, Subang, Elmina, Putrajaya, Cyberjaya, Sepang, Dengkil dan lain-lain.

Untuk harga upah pemeriksaan kecacatan rumah, ada beberapa faktor perlu diambil kira seperti saiz rumah, jenis pemeriksaan yang diperlukan, dan lokasi rumah tersebut.

Harga kitorang bermula dari RM 850. Tapi, jangan risau, consultation/khidmat nasihat adalah PERCUMA.

Bergantung kepada saiz rumah. Kitorang mementingkan kualiti dan ketelitian pemeriksaan tu. Jadi, masa yang diperlukan untuk periksa kecacatan/defect rumah ni antara 4 – 5 jam.

Boleh je, tapi, kalau ada masalah berkaitan rumah korang nanti yang tak di jumpai awal, mungkin akan menyebabkan masalah lebih besar nanti. 

Kitorang sarankan buat, supaya dapat claim warranty dari pemaju selagi dalam tempoh dia. Jimat duit korang tu.

Kitorang akan check:

  • Struktur rumah seperti dinding, lantai, dan bumbung.
  • Check tingkap, pintu, engsel.
  • Sistem elektrik.
  • Sistem saliran dan paip air.
  • Kelembapan dan tanda-tanda acuan.
  • Keadaan luar rumah seperti atap dan saliran.

Laporan kitorang termasuk penemuan pemeriksaan yang terperinci, gambar dan diagram, serta cadangan pembaikan yang perlu dilakukan.

Korang boleh hubungi kitorang melalui whatsapp di +60104005786 atau klik je link bawah ni.

Hubungi Kitorang Sekarang

Nak pastikan rumah baru korang bebas defect, selamat dan dapat yang terbaik?

Hubungi Kami Sekarang dan Dapatkan Servis Defect Inspection! Jangan tunggu lagi, lagi lama, lagi banyak masalah nanti! 

Consultation adalah PERCUMA!