
Setiap kali bilik rasa berbau, habuk tak habis-habis, atau anak asyik bersin, mulalah terfikir nak beli air purifier. Tapi bila buka Shopee, tengok review sana sini, makin pening kepala. Jenama banyak, berpuluh features yang ada,harga pun macam-macam… mana satu yang terbaik dan berbaloi ke beli sekarang?
Kalau korang tengah dalam fasa tu, artikel ni memang untuk korang. Kitorang dah tapis semua model air purifier popular, baca beratus review, dan senaraikan hanya yang betul-betul berbaloi. Ada yang senyap, ada yang smart, ada juga yang murah tapi power. Jangan beli lagi, baca senarai ni dulu, baru buat keputusan.
Air Purifier Pilihan Kitorang
Levoit Core 300
Xiaomi Smart Air Purifier 4 Pro
Midea MAP-28BD
Russell Taylors Omega Air Purifier
Simplus Air Purifier
Levoit Core 300
Boleh cover sampai 430+ sqft
3 lapisan filter
Design kompak dan modern
Ada touch screen atau app VeSync
Filter senang ditukar
Senyap
5.0 star dari 710+ review
Warranty 2 tahun
Top Choice kitorang kalini ni adalah Levoit Core 300. Dia ni memang direka khas untuk korang yang nak udara bilik lebih bersih dan segar tanpa bunyi bising. Dia boleh cover sampai 430+ sqft dan tahap bunyi serendah 24dB, penapis ni sesuai sangat untuk bilik tidur, bilik anak, atau ruang kerja yang tenang. Ramai pengguna kata mereka dapat rasa udara jadi lebih ringan dan selesa dihidu lepas on dalam 15 minit je. Kitorang pon rasa lebih tenang lepas on benda ni.
Korang juga boleh kawal guna touch screen atau app VeSync, jadi memang mudah nak set timer atau tukar mode. Saiz dia kompak, senang letak tanpa ambil ruang besar, dan filter pula mudah ditukar. Cuma, kalau nak guna kat ruang tamu besar mungkin kurang sesuai sebab saiz dia kecil sikit. Tapi untuk ruang peribadi, ini antara penapis udara paling berbaloi. Korang siap dapat 2 tahun jaminan dan keyakinan 5.0 bintang dari lebih 700 review!
Xiaomi Smart Air Purifier 4 Pro
Pembersihan udara yang cepat
Filter boleh tahan setahun
Sesuai untuk bilik saiz sederhana
Design kemas & premium
Bunyi senyap
App dia sangat smooth
5.0 bintang dari 1,800+ review
Waranti 12 bulan
Alat dari jenama Xiaomi ni sesuai sangat untuk korang yang nak udara bersih dalam masa beberapa minit saja lepas on. Bunyi dia pun sangat senyap, jadi tak ganggu kalau letak dalam bilik tidur atau ruang kerja. Dengan design yang nampak kemas dan premium, purifier ni bukan je berfungsi dengan baik, tapi juga sedap mata pandang. Berguna dan cantik, 2-in-1 kombo tau!
Kelebihan lain? Filter boleh tahan sampai setahun, jadi memang jimat kos jangka panjang. Kawalan melalui Mi Home app pun sangat smooth dan user-friendly. Sesuai untuk bilik saiz sederhana. Korang boleh kawal dari phone je. Cuma bila guna mode paling kuat, ada sikit bunyi bising, tapi tu biasa la, angin kuat kan. Dengan rating 5.0 dari lebih 1,800 review dan waranti 12 bulan, memang pilihan yang terbukti puas hati.
Midea MAP-28BD
Penapisan 5 lapisan
Ada indikator kualiti udara
Ada 3 tahap kelajuan
Bunyi senyap dalam mode biasa
Design cantik & moden
Udara lebih bersih & segar
Auto screen off waktu malam
Sesuai untuk bilik besar (36m²)
5.0 bintang dari 234+ review
Waranti 1 tahun
Air purifier jenama Midea ni memang sesuai untuk korang yang nak penapisan udara untuk bilik yang besar. Dengan 5 lapisan filter termasuk HEPA, dia bukan je perangkap habuk halus, tapi juga bau, bakteria dan bahan kimia macam formaldehyde. Ramai pengguna kata udara dalam bilik terus rasa lain bila on, jadi lebih ringan, lebih segar.
Reka bentuk dia pun moden dan sleek, lengkap dengan indikator kualiti udara dan fungsi auto screen off waktu malam. Jadi, korang tak terganggu lah dengan lampu yang terang. Ada 3 tahap kelajuan kipas dan bunyi pun senyap bila guna mode biasa. Kalau nak penapis udara yang cantik, power, dan sesuai untuk ruang lebih besar, model ni memang pilihan mantap. Lagi best, datang sekali dengan waranti 1 tahun dan 5.0 bintang dari 234+ pengguna!
Russell Taylors Omega Air Purifier
Pembersihan udara dalam beberapa minit
Bunyi sangat senyap
Ada sensor kualiti udara automatik
Filter senang ditukar
App Smart Life mudah dikawal
Saiz travel friendly & ringan
Sesuai untuk yang ada sinus atau eczema
Lulus SIRIM
5.0 bintang dari 116+ review
Waranti 2 tahun
Kalau korang nak penapis udara yang ringkas tapi power, Omega Air Purifier ni memang patut korang pertimbangkan. Dengan penapisan pantas dalam beberapa minit dan bunyi sangat senyap, dia sesuai untuk ruang kecil macam bilik tidur, bilik anak, atau home office korang. Sensor kualiti udara automatik pun ada, jadi, bila udara tak bersih, dia akan automatik tingkatkan kuasa sedutan.
Filter dia pon sangat senang nak tukar. Korang boleh buat sendiri je, tak payah panggil orang lain. App Smart Life dia pula sangat senang nak guna dan boleh sambung ke Wi-Fi untuk kegunaan korang. Saiz dia travel friendly, senang dialih dan ringan. So, korang boleh guna kat beberapa tempat untuk satu mesin ni. Ramai juga yang kata penapis ni bantu kurangkan gejala sinus dan eczema, dengan menjadikan udara lebih bersih dan selesa untuk bernafas. Dengan 5.0 bintang dari 116+ review, lulus SIRIM, dan jaminan selama 2 tahun, memang tak rugi korang cuba ni.
Simplus Air Purifier
Guna HEPA H13 filter
Udara bilik rasa lebih segar
Bunyi senyap
Boleh kawal guna app Smart Life
Sesuai untuk bilik sederhana
Ringan & mudah dialihkan
Senang pasang & setup
4.9 bintang dari 295+ review
Waranti 1 tahun
Simplus Air Purifier sesuai untuk korang yang nak penapis udara yang ringan, senyap dan senang nak guna. Dengan HEPA H13 filter, udara bilik jadi lebih bersih dan segar. Dia sangat sesuai untuk bilik sederhana macam bilik tidur atau bilik mak ayah. Bunyi pun senyap, jadi boleh tinggal on waktu tidur tanpa gangguan.
Yang menariknya, korang boleh kawal semua fungsi guna app Smart Life, termasuk check status filter dan tukar mode. Ramai pengguna kata setup pun senang, tak perlu rujuk manual pun boleh siap pasang. Dengan rating 4.9 dari 295+ review dan waranti setahun, ini antara pilihan menarik kalau korang nak cuba jenama baru yang nampak promising.
Berpuluh air purifier yang kitorang dah tengok dan review, kitorang dapat filter (no pun intended) sampai ke 5 yang terbaik. Untuk buat tu, bukan satu kerja yang mudah. Masa review, kitorang menekankan beberapa perkara penting untuk keselesaan dan pastikan berbaloi untuk korang beli dan guna.
Kenapa Levoit Core 300 Jadi Top Choice?
Mudah: dia paling seimbang dalam semua aspek penting. Senyap, senang guna, penapisan padu, dan jenama ni memang dah terbukti top kat luar negara. Selain tu, dia siap dapat rating 5.0 dari 700+ pengguna. Bukan satu pencapaian mudah tau!
Bila gabungkan dengan design kompak, app control, dan waranti 2 tahun, memang tak banyak model lain yang boleh lawan nilai dan prestasi dia.
Kalau korang nak beli satu yang confirm puas hati dan sesuai untuk kegunaan harian dalam bilik tidur, Levoit Core 300 memang patut masuk troli dulu.
Macam Mana Kitorang Review Air Purifier Ni?

Kitorang tahu beli penapis udara bukan benda yang orang buat setiap minggu. Sebab tu kitorang ambil masa untuk bandingkan betul-betul, bukan setakat tengok spesifikasi, tapi juga baca sendiri review pelanggan yang dah beli dan guna lama. Bukan semua model sesuai untuk semua orang, jadi kami tapis ikut beberapa kriteria penting:
Kualiti Penapisan: HEPA H13 dan penapis lebih dari satu lapisan memang penting kalau korang nak betul-betul bersihkan udara. Ini beza antara “nampak je jalan” dan “memang rasa segar”.
Tahap Bunyi: Ramai orang nak guna waktu tidur untuk dapatkan tidur yang berkualiti, jadi tahap bunyi bawah 30dB sangat membantu. Penapis yang bising boleh jadi menyusahkan lebih dari membantu.
Kemudahan Penggunaan: Model yang boleh dikawal guna app, ada indikator filter, dan auto mode memang buat hidup lebih senang. Tak perlu tekan banyak-banyak atau agak-agak bila nak tukar filter dan dapatkan kesan maksimum dari alatan korang ni.
Ketahanan & Jaminan: Kitorang tengok jenama mana yang bagi waranti, dan berapa ramai pelanggan puas hati lepas berbulan guna. Ini penting supaya korang tak rasa rugi lepas beli.
Review Pengguna & Reputasi Jenama: Bila rating 4.9 ke atas dengan ratusan pembeli puas hati, tu bukan main-main. Mesti kualiti atau ciri dia menjadi berbaloi untuk orang beli dan tinggalkan review! Kitorang ambik kira apa yang pengguna kata, bukan sekadar apa yang penjual tulis.
Tips tambahan Untuk Udara Lebih Bersih di Rumah
Selain guna air purifier, satu lagi cara yang ramai tak tahu adalah guna vacuum khas untuk habuk hama atau dust mites. Ini penting especially untuk bilik tidur sebab tilam dan bantal memang tempat habuk hama suka berkumpul.
Kalau korang nak tengok vacuum yang memang power untuk buang habuk hama, kitorang ada review Dust Mite Vacuum Terbaik yang boleh korang consider. Boleh baca sini → Top 5 Vacuum Hama Terbaik – Tilam Bersih, Bebas Habuk, Tak Gatal
Selamat membeli air purifier terbaik untuk rumah korang!




































