Nak cari pressure cooker terbaik untuk mudahkan kerja korang kat dapur? Tak kira korang tengah cari yang cepat masak, yang estetik, yang senang guna, atau berbaloi dengan bajet korang, senarai ni memang untuk korang.
Kitorang dah senaraikan Top 5 Pressure Cooker yang bukan je cantik design dia, tapi juga tahan lama, berkualiti dan senang jaga. Dari saiz kecil sampai besar, semua ada, jadi sesuai untuk keluarga kecik,besar ataupun yang bujang.
Jom tengok mana satu yang paling sesuai untuk dapur korang.
Pressure Cooker Pilihan Kitorang
MMX UltraChef (100R)
DESSINI ITALY Pressure Cooker
Russell Taylors Pressure Cooker PC-60
Butterfly BPC 20A
PerySmith PC1000
MMX UltraChef (100R)
Kapasiti 6 Liter
Non-Stick Pot
Ada pelbagai preset
Design & Warna estetik
Lulus SIRIM
Pelbagai aksesori tambahan
4.9 star dari 9,400+ review
Warranty selama setahun
Untuk Top Choice kali ni, pressure cooker MMX UltraChef 100R menjadi pilihan kitorang. Alat ni memang best untuk kegunaan rumah korang, sesuai untuk yang berkeluarga ataupun yang masih bujang. Kapasiti besar 6 liter, boleh masak untuk satu keluarga tanpa risau tak cukup. Pot dia non-stick, jadi lepas masak tak payah nak sental lama. Lagi syok sebab ada banyak preset, tekan je terus jalan, tak payah fikir lama nak setting apa. Dah lulus SIRIM, jadi confirm selamat. Design dia pun memang cun, warna pun sedap mata tengok. Dapat pula extra macam buku resepi, spatula nasi, cawan sukatan dan steamer grille. Dengan lebih 9,300 review dan rating 4.9 bintang, plus waranti setahun, tak pelik kenapa ni jadi pilihan utama kitorang dan lebih dari 16,200+ orang!
DESSINI ITALY 10-IN-1 Pressure Cooker
Kapasiti 6 Liter
Ada 3 warna Menarik
Banyak Preset Berguna
Berkuasa 1000W
Non-Stick Coating
Senang Digunakan
Lulus SIRIM
4.9 Star dari 21,609+ review
Waranti 1 tahun
Dessini Italy ni dah jadi satu jenama yang bagus untuk alat memasak atau alatan dapur. Dengan banyak preset, korang boleh masak lauk harian macam ayam, ikan, sup dan nasi tanpa perlu fikir masa atau suhu, semua dah ada preset siap. Saiz 6 liter cukup besar untuk hidangan keluarga, dan coating non-stick tu buat lebih senang nak bersihkan lepas masak. Lulus SIRIM, jadi lebih yakin dan selamat digunakan. Warna pun cantik, ada pilihan pink, merah dan silver untuk ikut tema dapur korang. Dapat rating 4.9 daripada lebih 21,000 review dan ada waranti setahun. Memang pilihan yang pastinya tak mengecewakan!
Russell Taylors PC-60
Kapasiti 6 Liter
Bekas Stainless Steel
Senang Nak Bersih
Ada macam-macam setting
Lulus SIRIM
4.9 star dari 19,000 Review
Waranti 2 tahun
Jenama Russell Taylors ni tak asing lagi dengan alat memasak yang murah dan bajet friendly. Bekas stainless steel dia tahan lama dan ada coating non-stick, jadi lepas masak tak perlu berdrama nak cuci. Dengan kapasiti 6 liter, boleh sumbat banyak bahan terus, jadi senang nak masak untuk satu keluarga. Pilihan setting dia pun mesra pengguna, sesuai sangat untuk korang yang baru nak mula. Lulus SIRIM, rating padu 4.9 dari lebih 19,000 review dan siap dengan waranti 2 tahun. Warranty paling lama untuk pressure cooker dalam review kitorang tau. Jadi, confirm berbaloi dan tak menyesal korang beli.
Butterfly BPC 20A
Kapasiti 4.5 - 16.5 Liter
Jenama yang dipercayai
Beginner-friendly
Diluluskan SIRIM
4.9 bintang dari 5,400+ review
Waranti 1 tahun
Korang nak pressure cooker yang fleksibel ikut saiz keluarga dan old school? Jenama Butterfly ni bagi pilihan dari 4.5 sampai 16.5 liter, jadi korang boleh pilih ikut keperluan korang. Cara guna pun sangat mesra beginner, ada preset yang buat proses memasak lebih senang dan cepat. Jenama ni memang dikenali dengan kualiti dia, jadi korang tak perlu risau bab ketahanan. Lulus SIRIM, jadi confirm selamat untuk guna harian. Dengan rating 4.9 dari lebih 5,400 review dan waranti setahun, ini antara pilihan yang berbaloi untuk jangka panjang.
PerySmith Pressure Cooker EasyCooking Series PC1000
Kapasiti 5 Liter
16 Program Preset
Design yang modern
Warna yang cantik
5 bintang review
1 tahun warranty
Untuk korang yang nak pressure cooker comel tapi power, PerySmith EasyCooking Series PC1000 berkapasiti 5 liter ni memang padat dengan fungsi. Ada 16 program masakan siap sedia, jadi korang boleh masak macam-macam tanpa susah hati. Design moden dengan warna yang memang cantik, bukan je satu alat dapur, tapi juga penyeri ruang. Review pun tip-top, 5.0 bintang penuh daripada pengguna. Waranti setahun disediakan, jadi boleh guna dengan lebih tenang. Pendek kata, kecil-kecil cili padi.
Cara Kitorang Pilih dan Senaraikan Yang Terbaik
Setiap pressure cooker dalam senarai ni bukan dipilih secara sambil lewa. Kitorang ambil kira beberapa faktor penting yang memang menjadikan dia pilihan yang bijak dan berbaloi untuk korang. Antara kriteria utama yang kitorang fokus masa review:
Kemudahan Penggunaan
Kitorang cuba sendiri butang preset dan fungsi utama untuk tengok sama ada sesuai untuk beginner atau tak(kitorang sendiri pon bukan pro). Kalau boleh tekan dan tinggal je, memang plus point besar, memudahkan kerja kita kan?
Penjagaan Senang & Tahan Lama
Pressure cooker yang bagus bukan setakat masak dengan cepat, tapi juga senang nak bersihkan. Pot non-stick dan bahan stainless steel antara yang kitorang utamakan sebab dia membuatkan kerja pembersihan lepas masak jadi senang dan cepat.
Review & Kepuasan Pengguna
Kitorang tapis hanya model dengan review tinggi (4.9 ke atas) dan ramai pengguna puas hati. Bila ramai dah guna dan beri feedback positif, itu tanda produk tu memang boleh harap. Jadi, kitorang boleh recommend kat korang tanpa was-was.
Last sekali, kitorang tekankan waranti. Tanpa waranti yang menarik, kitorang rasa pengeluar tu tak yakin dengan kualiti dan penggunaan produk dia. Jadi, setiap pressure cooker yang kitorang review ni paling kurang 1 tahun waranti dia, paling lama 2 tahun.
Jadi korang tak perlu risau dengan senarai review ni ye, pastinya berbaloi untuk korang!
Selamat memilih pressure cooker!