Oven atau ketuhar adalah antara pelaburan yang berbaloi untuk rumah, terutamanya kalau korang suka memasak. Which also means, korang perlu memilih sesuatu yang bukan sahaja dapat membantu korang memasak dengan lebih cekap di dapur, tetapi juga mudah untuk dibersihkan, well maintain lah senang kata. Lagi-lagi musim perayaan yang dah tak lama ni. Nak bakar biskut, kek, kuih, eh macam-macam lagi lah!
Berikut ialah beberapa oven yang patut korang pertimbangkan kalau korang tengah mencari oven yang bersesuaian dan memerlukan oven yang berkualiti, tahan lama yang bergaya dan functional.
Jadi, apa lagi? Lets check it out!
Oven Pilihan Kitorang
Dessini Italy 100 litre
Giselle KEA0344
Cornell Oven 40L - CEO-E4010X
INNOFOOD KT-BF1A
SSODD 100L oven
Dessini Italy 100L Oven
Kapasiti 100 liter
Saiz besar
Boleh masuk 5 rak
Suhu 70 - 250 ºC
Kawalan suhu yang senang
Binaan berkualiti
4.8 star dari 263+ review
1 tahun warranty
Dessini Italy 100L Oven, merupakan Top Choice oven yang berkapasiti besar yang ada dalam senarai kalini. Imagine dengan saiz yang besar ni, for sure banyak jenis dish boleh masuk in one time kan? Nak bakar kuih raya pun tak runsing, kejap je boleh siap terus sebalang sebab boleh masuk 5 rak terus! Hebat ni! Cooking temperature from 70 to 250 degrees plus kawalan suhu yang senang, korang jugak boleh adjust api atas bawah mengikut jenis masakan korang. Dengan binaan berkualiti dan brand yang bukan asing dalam dunia electrical appliances, Dessini Italy 100L Oven ni ada 4.8 star rating dari 263 review dan 1 tahun waranti. Minus point? Hanya satu, which is wayar yang agak pendek.
Giselle 12 Liter Oven KEA0344
Kapasiti 12 liter
800W
Tempered glass
3 warna menarik
Senang nak digunakan
Cepat panas
4.8 star dari 1,800+ review
Warranty 1 tahun
No wonder Giselle KEA0344 ni adalah best seller. Korang tengok lah how cute and petite it is! Dengan kapasiti 12 liter, oven ni sesuai kalau korang duduk bujang atau ada small family, this might be the one for you. Walaupun comel, viewing glass dia diperbuat dari tempered glass tau. Kukuh gitu. Selain senang nak digunakan, it comes with 3 choices of colour which is cream white, pastel green and pastel pink. Oven Giselle dengan 4.8 star dari 1,800+ review ni jugak cepat panas dan ada waranti 1 tahun. Cool kan? Kekurangannya? Saiznya yang agak kecil. Maybe not for big families, tapi ia amat sesuai untuk small families. Hehehe. Dan satu lagi, since body dia ni cepat panas, kitorang sarankan untuk korang guna glove while using it ok? Dan sentiasa letak ditempat yang out of reach by kids for safety purposes.
Cornell Oven 40L - CEO-E4010X
Kapasiti 40 liter
Lulus SIRIM
Boleh guna sampai 3 tray
Suhu dari 90ºC - 230ºC
Design cantik & kompak
Ada lampu
4.8 star dari 110+ review
Warranty setahun
Oven yang power kalini ialah dari Cornell. Cornell CEO-E4010X dengan kapasiti 40 liter dan lulus SIRIM siap boleh pakai up to 3 tray. Suhu pembakaran dari 90 sehingga 230 darjah celcius. Panas tuuuu. Design dia pun simple dan minimalis serta kompak. Tak nampak serabut untuk dekorasi dapur plus tak makan ruang since saiznya agak comel jugak. Dengan lampu dibahagian dalam, mudahlah korang nak check cooking progress dari luar. Tak perlu nak buka selalu untuk check kan? Dengan 4.8 dari 110+ review, dia jugak datang dengan waranti setahun. Ngam ni pakai untuk bakar kuih raya. Hehehe.
INNOFOOD Convection Oven KT-BF1A
Kapasiti 62 liter
Rak 8 layer
Suhu 50-300ºC
Pintu double glass
Saiz yang besar
Aliran udara yang bagus
5.0 dari 60+ review
Waranti 18 bulan
Oven dari INNOFOOD ni, clearly amat memukau mata para wanita lagi-lagi kalau minat baking dan cooking. Dengan kapasiti 62 liter dan 8 layer rack, banyak tu boleh masuk. Kira complete package lah INNOFOOD KT-BF1A ni. Raya mesti meriah. Huhuhu. Dengan rekaan double glass door yang kuat dan tahan panas serta aliran udara yang bagus (ini penting tau to ensure cookies atau biscuit korang sedap dan rangup). Selain ada 5.0 star rating dari 60+ review, it also comes with 18 months warranty. Cheerio!
SSODD 100L oven
Kapasiti 100 liter
Lulus SIRIM
Bahan berkualiti
Senang masak banyak
Cepat Panas
Airflow yang bagus
4.9 bintang dari 250+ review
Waranti 12 bulan
Oven tahan lama? Mempersembahkan SSODD 100L. Dengan kapasiti 100 liter, even body oven ni menggunakan bahan yang yang berkualiti which is besi. Dengan saiz nya yang besar, senang lah para wanita diluar sana nak masak banyak2 kuih raya. Since main build dia ni menggunakan besi, it is also expected untuk cepat panas, korang kena hati-hati jugak ok? Othen than having a good airflow system, it also has 4.9 star rating dari 250+ review dan waranti selama 12 bulan.
Cara Kitorang Pilih dan Senaraikan Oven Terbaik
Untuk review oven kali ni, kitorang ada beberapa kriteria yang digunakan sebagai benchmark untuk dapatkan oven yang terbaik untuk dapur korang. Faktor-faktor penting ni bukan je dapat menjamin korang dapat oven yang tahan lama, tetapi berbaloi dengan harga, dan fully function.
Jadi, jom kita tengok apa yang kitorang nilaikan untuk list kalini.
Design Oven
Reka bentuk dan rupa oven adalah perkara pertama yang kitorang nilaikan. Macam biasa, rupa yang cantik pasti menarik perhatian kita kan? So, dengan design yang cantik ni, pastinya akan menaikkan seri dan estetik dapur korang! Tapi tak bermakna kitorang hanya pilih yang cantik je tau. Lepas dah tertarik dan menarik, kitorang akan tengok faktor kedua pulak, which is…
Saiz dan kapasiti
Setiap oven yang kitorang senaraikan perlulah berguna dan banyak feature dia. Barulah korang as consumer boleh pilih ikut pada kesesuaian dan keperluan korang. Kitorang dah senaraikan dari yang secomel-comel oven hingga yang sebesar yang ada. Saiz, lebar, tinggi, pintu bercermin , suhu boleh laras atas bawah, tu semua menjadi faktor yang kitorang tekankan.
Harga
Harga walaupun bukan yang kitorang letakkan di faktor yang utama, tetapi masih kitorang pentingkan kerana, this is the vital one dalam memastikan pilihan korang. Dan dalam list yang kitorang dan bentangkan kat atas, it has wide range price bermula dengan oven yang murah, sampailah kepada yang pricey. Sesuai dengan keperluan, sesuai dengan bajet kewangan korang. Tapi kalau bajet tak mencukupi dengan kehendak, sabar dulu gais. Biar alah membeli, menang memakai. Gitu..
Kualiti Bahan Binaan dan Waranti
Walaupun kualiti bahan binaan dan waranti ni bukan dekat nombor 1 atau 2, percayalah ia juga sangat penting dan kitorang titik beratkan. Bahan yang digunakan untuk membuat oven ni penting bagi menjamin penggunaan yang long lasting berbaloi dengan nilai yang korang bayar. Bahan berkualiti tinggi seperti besi dipilih untuk memastikan ketahanan jangka panjang dan kekuatan yang diperlukan untuk menampung heavy usage dan daily usage.Bukan tu saje, waranti pun diambil kira jugak tau. Atleast korang boleh dijamin rasa selamat while using it. Takdelah risau-risau kan?
Jadi based on faktor-faktor yang penting yang kitorang dah senaraikan kat atas ni, kitorang dapat 5 oven terbaik untuk korang guna di rumah korang. Tak kisahlah untuk musim perayaan atau luar musim pun, pastinya list kitorang ni dapat bantu korang dalam membuat keputusan yang terbaik!
Happy baking korang!