Korang tengah cari Smart TV tapi tak tahu mana yang terbaik? Banyak jenama atau jenis smart TV / TV Pintar kat Malaysia ni, tapi mana yang terbaik dan sesuai dengan korang? Dengan ada Android TV, korang boleh enjoy tengok streaming platform macam, Netflix, Disney+, Prime, Youtube dan juga Spotify tanpa perlu alatan tambahan ataupun Android box.
Dalam list ni, kitorang senaraikan TV yang terbaik, dan direview dengan harga, kualiti, features dan jugak warranty dia. Kitorang dah kaji design, pro, kontra dan kelebihan dia supaya korang senang nak buat keputusan dalam membeli Smart TV untuk rumah korang.
Jom tengah senarai kat bawah ni dan dapatkan TV yang best untuk keluarga korang sekarang.
Android TV Terbaik Pilihan Kitorang
Xiaomi Smart TV
Jom Tengok Harga
Samsung Smart TV CU7000
Jom Tengok Harga
Expose TV
Jom Tengok Harga
Hisense Smart TV
Jom Tengok Harga
Smart TV Bajet
Jom Tengok Harga
- Jenama yang bagus
- Ada model Full HD dan 4K UHD
- Dengan Google TV dan Built-in Chromecast
- Dolby Audio
- Design tanpa bezel
- Ada WiFi dan Bluetooth
- Pilihan saiz yang banyak
- Warranty 2 Tahun
Tengok Harga TV Xiaomi:
Top Choice pertama kitorang adalah TV Android jenama Xiaomi. Satu jenama yang terkenal dengan kualiti, inovasi, trusted dan harga yang berbaloi di Malaysia ni. Ada pelbagai saiz, dari 32 inci, 43 and 50 inci, dengan model Full HD atau 4K UHD, pastinya ada pilihan untuk setiap rumah. Korang jugak dapat gambar yang luas dan sepenuhnya sebab design dia adalah rekaan tanpa bezel. Untuk connection pulak, Smart TV jenama Xiaomi ni ada Wi-Fi dan juga bluetooth, jadi korang boleh stream dengan tenang. Dilengkapi dengan Google TV dan Chromecast, korang tak perlu pening nak install app lain, senang korang nak enjoy streaming korang. Dengan Dolby Audio, pastinya korang akan dapat kualiti bunyi yang luar biasa, sampai tak perlu gunakan sound bar! TV ni sangat senang dipasang dan ada 2 tahun warranty. Tapi, kitorang dapati yang dia kadang-kadang lag sikit, mungkin tengah memproses sesuatu di background dia.
- Jenama dipercayai & famous
- Kualiti 4K UHD
- menggunakan Tizen OS
- Ada Samsung SmartHub
- AI Energy mode
- Ada WiFi dan Bluetooth
- Pilihan saiz yang banyak
- Warranty 2 Tahun
Tengok Harga TV Samsung:
Untuk senarai TV kali ni, kitorang ada 2 Top Choice. Ini kerana, 2 jenama ni sangat hebat dalam industri perabot dan alat elektronik untuk rumah. Samsung tidak asing lagi untuk alat elektrik. Dengan saiz dari 32 hingga 50 inci dan dengan 4K UHD, pastinya korang akan terpukau dengan kualiti gambar TV ni. Menggunakan Tizen OS yang canggih untuk mengawal chip dan Smart Hub, korang dapat guna TV dengan smooth je untuk Netflix, Youtube dan banyak lagi. Menggunakan Wi-Fi dan BlueTooth, so korang boleh stream dari website atau dari phone korang dengan senang. Untuk menjimatkan tenaga elektrik pulak, TV Samsung ni ada AI Energy Mode, yang akan mengawal penggunaan elektrik tv ni. Sangat mudah dipasang dan dengan waranti selama 2 tahun, TV ni menjadi salah satu pilihan yang terbaik untuk korang!
- Guna Android 12
- Kualiti 4K HDR dengan 75Hz
- Pilihan saiz yang banyak
- Harga murah dengan saiz dia
- Ada WiFi
Tengok Harga Android TV Expose:
TV ni ada saiz dari 32, 43 dan 50 inci dan dikuasakan oleh sistem Android 12 yang terbaru untuk pastikan ia smooth dan boleh install pelbagai jenis apps. TV 4K HDR dengan 75Hz ni pasti akan menaikkan lagi kualiti tontonan korang. Ia jugak ada Wi-Fi, so korang boleh stream dengan senang. Harga TV ni murah dan berpatutan dengan saiznya dan berkualiti, mungkin sebab tu ramai yang beli. Walaupun jenama ni baru dan jarang kita dengar, tapi dia boleh bagi sampai 3 tahun waranti! Maksudnya diorang sangat yakin dengan kualiti produk. Tapi, kitorang dapati hanya ada 1 HDMI port sahaja untuk TV ni, satu kekurangan yang tak besar sangat untuk nilai tv ni!
- Jenama yang boleh dipercayai
- Kualiti 4K UHD
- Bezel yang nipis
- Ada WiFi dan Bluetooth
- Ada saiz biasa sampai besar
- Pemasangan percuma
- Warranty 2 Tahun
Tengok Harga TV Hisense:
TV ni menarik sebab design dia tanpa bezel untuk skrin 4K UHD, pastinya korang akan dapat gambar yang lebih luas dan nampak ‘penuh’. Dengan saiz dari biasa hingga besar – 43, 50, 55, 58 dan 65 inci, mesti ada saiz yang sesuai untuk rumah korang. Dengan beli TV ni, korang dapat pemasangan percuma dan juga 2 tahun warranti. Walaupun ni Smart TV, tapi dia bukan Android TV ya, dia ada OS dia sendiri untuk application dan content lain. Satu lagi yang kitorang dapati, Energy Rating dia adalah 3 bintang je. So, ni mungkin akan menggunakan elektrik yang lebih sikit dari biasa.
- Pilihan yang jimat poket
- Kualiti Full HD
- Guna teknologi Android 12
- Connection Wifi
- Saiz dari 32 inci sampai 50 inci
- Interface yang smooth
- Warranty 1 Tahun
Tengok Harga TV Murah:
TV yang murah dan berbaloi ni ada bermacam saiz, dari 32 sampai 50 inci. Tapi dia bukan TV 4K, tapi sekadar Full HD sahaja, tapi gambar clear dan cantik jugak untuk kegunaan rumah. Dengan menggunakan Android 12, agak smooth untuk kegunaan biasa seharian. Korang boleh stream show kegemaran korang menggunakan WiFi. Walaupun TV ni takde jenama yang hebat, tapi kualiti dan prestasi dia boleh tahan. Dengan warranty 1 tahun, korang boleh percaya jugak dengan ketahanan dia.
Smart TV terbaik terakhir dalam list kitorang adalah satu pilihan bajet yang berbaloi. Jadi, kalau korang nak TV yang canggih tapi tak perlu nak berhutang atau pinjam duit orang, ni adalah pilihan yang berbaloi!
Kenapa Perlu ada Smart TV?
Zaman sekarang ni, dah tak ramai orang yang nak tengok TV biasa macam TV1, TV3, dan lain-lain. Sebab lambakan iklan dan juga rancangan yang entah apa-apa. Orang zaman sekarang, lebih suka on-demand content, atau kandungan yang kita boleh pilih macam, Netflix, Disney+, Amazon Prime, Youtube dan lain lagi. Diorang boleh pilih apa nak ditengok tanpa cerita tu ulang lagi esok! Selain tu…
Boleh Layari Stream Services Ikut Selera Sendiri
Macam dikata tadi, dengan menggunakan Smart TV, korang boleh access streaming platform yang popular terus dari TV, tak perlu beli box atau alat lain. Dan paling best, korang tak payah dah tengok kat phone korang yang kecik tu, boleh stream dekat TV 50 inci korang. Dengan adanya pelbagai syarikat yang buat servis macam ni, korang yang pening nak pilih yang mana satu!
Nak melayari internet
Dengan adanya connection Wi-Fi, pengguna TV ni boleh layari laman web, check Facebook, Insta, Twitter diorang. Dengan TV lama, korang boleh tukar channel, kuatkan atau kurangkan volume je. Teknologi dah maju sekarang ni tau.
Kepelbagaian Guna Smart TV
Dengan adanya TV pintar ni, korang boleh install macam-macam apps untuk kegunaan seharian korang. Sama ada dari segi muzik, game, kesihatan, berita dan macam-macam lagi! Korang boleh sesuaikan dengan apa yang korang nak, sama macam smart phone korang tu.
Tapi, kalau korang nak something yang different dan lebih besar, korang boleh dapatkan projector! Jom tengok review kitorang, Top 5 Projector Terbaik – Full HD, Ada Speaker, Android, Berkualiti
So, sekarang ni, kalau korang rasa nak mencari TV Pintar yang terbaik, korang boleh tengok list ni dan pilih mengikut kesesuaian korang, nak yang kecik, yang besar, yang ada wifi? Semua kitorang dah review.
Selamat memilih Smart TV!