Exhaust Fan Terbaik di Malaysia – Rumah lebih Sejuk, Bersih,Segar

Share Post:

Sekarang ni, memang suhu panas kat Malaysia ni. Rasa berbahang je bila lepak kat bilik tidur, tak pon tengah relax tengok TV kat ruang tamu tu. Kipas dah nombor 5 dah, tapi masih terasa bahang. Sebab tu, ada beberapa rumah yang pasang exhaust fan (kipas ekzos / ekzos fan) dekat bilik, ruang tamu dan dapur diorang. Untuk dapur pulak, bila pasang kipas ni, takde la bau atau minyak tu tersangkut di dalam rumah, terus ditarik keluar dan rumah korang tak bau sambal!

Dengan exhaust fan ni, korang boleh kurangkan suhu, menyegarkan udara, keluarkan asap dan habuk, dan juga menghilangkan bau. So, kalau korang tengah mencari kipas ekzos untuk rumah korang, jom tengok senarai ni untuk dapatkan yang terbaik! Ada exhaust fan yang kecik, kuat, industrial, heavy duty dan ada yang tak perlu tebuk dinding pon!

Ekzos Fan Pilihan Kitorang

Top Choice

Tengok Harga Exhaust Fan Terbaik:

Kipas ekzos Boss ni menjadi pilihan Top Choice kitorang sebab ia dibuat menggunakan bahan gred industri berkualiti tinggi yang menjamin tahan lama dan berfungsi dengan baik. Dengan kipas berbesi tebal ni, aliran angin yang dihasilkan mesti kuat dan bagus untuk pengudaraan bilik, ruang tamu atau dapur korang. Dengan saiz yang ada 8, 10, 12, 14, 16, 20 dan 24 inci, mesti korang boleh sesuaikan untuk kegunaan korang. Tapi, korang kena tahu yang kipas ni bising sikit, mungkin sebab nak menghasilkan angin yang kuat perlukan motor yang kuat. Lagi satu, wayar kipas ni agak pendek, so, korang kena adjust sikit untuk memudahkan penggunaan dia nanti. 

Best Seller

Tengok Harga Ekzos Fan BSBoss:

Saiz kipas ekzos ni ada 6, 8, 10, dan 12 inci, sangat sesuai untuk digunakan ruang kecik macam dapur, bilik dan tandas. Dengan adanya ‘net cover’, ia memberi lapisan keselamatan tambahan untuk korang. Fan ni jugak ada penutup belakangy ang boleh dibuka dan ditutup masa kegunaan, so menjamin keselamatan korang dan juga pastikan binatang tak boleh nak masuk dengan senang. Walaupun kipas ni ada banyak komponen seperti panel shell, fan dan oil tank, tapi senang nak ditanggalkan untuk pembersihan. Kipas ni tak terlalu bising walaupun memberi aliran udara yang bagus. Tapi, perlu ingat yang ia diperbuat dari plastik dan wayarnya sama macam kipas sebelum ni, agak pendek. Walaupun ada beberapa kekurangan, tak menjadi apa-apa masalah pun sebab kipas ni memang best seller!

Paling Kuat

Tengok Harga Cocca Exhaust Fan:

Kipas Ekzos Cocca ni ada pelbagai saiz dari 4 hingga 8 inci, sangat sesuai untuk diguna di mana-mana ruang. Selain itu, kipas ini memberikan aliran udara yang kuat dengan motor yang menjimatkan tenaga, menjadikannya pilihan yang menjimatkan duit korang. Dengan jaminan warranty selama 1 tahun, korang boleh guna dengan tenang dan tanpa was-was. Tapi, apa yang kitorang dapati, motor kipas ni agak senyap, tapi saluran udara yang sedikit bising, so, korang kena cari cara untuk kedapkan bunyi dia. Lastly, design dia ni agak lain sikit, so korang kena fikir sama ada sesuai ke tak untuk ruang korang sebelum beli exhaust fan yang padu ni.

Paling Simple

Tengok Harga Exhaust Fan Siling:

Untuk kipas ekzos terakhir dalam senarai kitorang ni, kitorang review dan cadangkan kipas ekzos pasang di siling. Lain sikit dari fan yang lain dalam list kitorang ni.

Dengan design exhaust fan yang moden, macam dekat hotel atau restoren mahal, ia pastinya menaikkan lagi nilai ruang yang korang pasangkan kipas tu. Senang dipasang dan senyap, sesuai jugak nak letak dalam bilik. Memang tak akan mengganggu korang tidur malam. 

Kenapa korang kena ada exhaust fan kat rumah?

Korang boleh letakkan kipas ni di ruang tamu, dapur, bilik dan juga tandas. Kiranya, dimana-mana ruang pon boleh. Ada beberapa kebaikan atau kelebihan bila letak ekzos fan dekat rumah ni. 

Antara kelebihannya adalah;

Memberi kualiti udara yang lebih baik

Ekzos fan ni sangat membantu dalam mengeluarkan udara tercemar, kelembaran, angin panas dari dalam rumah. Sama ada kat dapur, bilik mandi atau kawasan lain y ang lembap, kipas ni mampu menolong dan memberi keselesaan kepada korang.

Mengawal kelembapan

Dekat tempat macam bilik mandi dan dapur, kulapuk atau kulat boleh terjadi disebabkan kelembapan berlebihan. Ni bukan boleh rosakkan rupa permukaan je, tapi tak elok untuk kesihatan! Kipas ekzos macam ni boleh bantu mengeluarkan udara lembab dan kurangkan masalah berkaitan kelembapan ni.

Menghilangkan bau

Bau najis pet korang, bau masakan, bau bilik mandi dan bau-bau yang tak best lain boleh ‘terperangkap’ di dalam satu kawasan atau bilik. Dengan pasang kipas ekzos ni, dia boleh menghilangkan bau-bau ni dengan cepat dengan menarik bau ni ke luar rumah. Jadi udara dalam rumah lebih bersih dan korang boleh bernafas dengan bebas.

Membantu kawal suhu

Dekat Malaysia ni dah la panas, lepas tu, kalau korang tengah masak pulak, bertambah-tambah panas dia, mesti suhu dekat dapur atau rumah korang tu tinggi! Exhaust fan ni akan tolong mengeluarkan udara panas dan menurunkan suhu untuk keselesaan korang. Takde la berpeluh sangat bila nak masak tu!

Mengeluarkan Asap dan Wap

Dengan memasang ekzos fan kat dapur, ia boleh tolong mengalirkan asap, wap dan bau masakan ke luar rumah. Takde la orang rumah lain terbersin-bersin atau pedih mata masa korang masak. Selain tu, sofa, langsir dan baju korang takde la lekat bau ayam goreng tu!

Jadi, dengan kelebihan-kelebihan kat atas ni, pastinya korang perlu pasang exhaust fan di rumah korang. Dengan teknologi yang semakin canggih dan reka bentuk yang lebih moden, pilihan kipas yang sesuai dengan keperluan korang kini lebih mudah dan berbaloi. So, jangan remehkan peranan penting ekzos fan dalam mendapatkan rumah yang bersih, selesa, dan selamat untuk korang dan keluarga.

Selain tu, kalau korang nak dapur yang lebih bersih, boleh dapatkan cooker hood terbaik! Gabungkan dengan exhaust fan, mesti mantap!

Selamat memilih kipas ekzos!

Nak cari info lain?

Review Power Scrubber Terbaik
Cuba Sofa Terbaik
Lelaki Review Steam Iron Terbaik
Lelaki memilih almari terbaik
Lelaki memilih lampu solar terbaik
dash cam review malaysia