Top 5 Dash Cam Terbaik – Gambar Clear, Berkualiti, Tahan Lama

Share Post:

dash cam terbaik malaysia

Memandu kereta sekarang ni memang bermacam-macam bahaya setiap hari, tambah-tambah lagi dekat Malaysia ni. Pembuli jalan raya, motor rempit, jalan yang tak elok, scammers dan bermacam lagi. Jadi, untuk menjamin keselamatan kereta dan keselamatan korang, kamera atau dash cam adalah satu alat penting sekarang ni. 

Dashcam adalah satu pelaburan wajib untuk setiap kereta baru dan juga yang lama, sama juga macam CCTV terbaik untuk rumah korang. Kamera kecik ni boleh membantu korang dan juga driver atau rider yang lain bila memerlukan. Bukan je menyelamatkan nyawa korang, tapi jugak menyelamatkan duit korang!

Jom tengok review kitorang ni dan dapatkan kamera terbaik untuk kereta korang…

Dash Cam Pilihan Kitorang

Top Choice

70mai A500s

  Rekod sampai 1944p

  Dual Channel recording

  Ada ADAS

  Ada tambahan parking monitoring

  Ada built-in GPS

  Senang nak install

  Ada mobile app sendiri

  5.0 star dari 55,.000+ review

  Warranty 18 bulan

Tengok Harga 70mai A500s:

Top choice kitorang ni adalah dari jenama terkenal, 70Mai. Kalau nak dashcam power, yang ni memang terbaik. Dia ada camera depan dan belakang untuk keselamatan penuh korang. Rekod sampai 1944p so memang puas hati tengok video yang clear. Ada Advanced Driving Assistance Systems (ADAS) untuk bantu korang drive dengan lebih selamat, GPS built-in, dan boleh monitor 24 jam (kena tambah sikit la untuk hardwire dia). Paling best, senang nak pasang dan boleh control guna app je. Dengan rating 5.0 dari 55,000+ review, korang tak perlu ragu-ragu. Warranty pun sampai 18 bulan. Cuma kualiti gambar kamera belakang tu agak biasa je lah, tak setanding yang depan.

Top Seller

70mai A200

  Gambar full HD

  Wide angle sampai 130°

  Boleh rakam depan dan belakang kereta

  Ada parking monitor 24 jam

  Senang nak setting & pair dengan phone

  5.0 star dari 13,600+ review

  18 bulan waranti

Tengok Harga 70mai A200:

Top Seller jugak dari jenama 70mai ni. A200 ni adalah dashcam full HD yang rekod depan dan belakang kereta. Dia ada rakaman wide angle 130 darjah, jadi boleh nampak lebih luas. Ada juga parking monitor 24 jam untuk extra peace of mind. Setting dia pun senang, dan pairing dengan phone sekelip mata je. Dengan rating 5.0 dari 13,600+ review, memang ramai puas hati dengan dash cam ni. Dia juga ada waranti sampai 18 bulan untuk menjamin keyakinan korang. Cuma gambar waktu malam tu kadang-kadang agak kabur, bergantung pada cahaya, tapi still okay untuk harga dia.

Gambar 4K

DDPAI N5

  Camera depan 4K quality

  Camera belakang 1080p

  Boleh guna voice command

  140° wide view

  Gambar malam sangat clear

  Ada 32GB internal storage

  Ada GPS & ADAS

  4.9 star dari 2,000+ review

  18 bulan warranty

Tengok Harga DDPAI N5:

Kalau korang cari dashcam yang premium, ini adalah pilihan terbaik. Kamera depan 4K, belakang 1080p, yang ambil gambar dan video dengan 140 darjah angle, jadi hasilnya sangat nampak clear, siang atau malam. Internal storage 32GB pun dah siap ada, tak payah pening cari SD card. Ada GPS dan ADAS untuk bantu drive lebih yakin. Selain tu, dia juga ada voice command, tapi kadang-kadang kena jerit sikit baru dia berfungsi dengan betul. Dengan rating 4.9 bintang dari 2,000 review dan waranti 18 bulan, memang worth it untuk invest dekat keselamatan korang dan kereta.

3 Kamera

SafeCam X300

  ada 3 kamera

  1080p depan & 720p untuk dalam dan belakang

  Ada wifi

  View yang luas

  Harga berbaloi

  4.9 star dari 3,800+ review

  Warranty 12 bulan

Tengok Harga SafeCam X300:

Dashcam ni ada 3 kamera jadi sesuai kalau korang nak rakam depan, dalam, dan belakang kereta. Resolusi 1080p untuk depan, 720p untuk dalam dan belakang. Kamera kereta macam ni sesuai untuk yang bawak Grab. Wifi pun ada, so senang nak tengok balik video. Dengan view luas, dia sesuai untuk drive harian. Rating 4.9 bintang dari 3,800+ review pun membuktikan ramai suka dan puas hati dengan dashcam ni. Tambah lagi, korang dapat waranti setahun. Cuma gambar waktu malam kadang tak jelas sebab silau, tapi overall tetap berbaloi.

Mampu Milik

RoadCam X3

  Rakam 1080p Full HD

  150° view camera

  Senang nak connect WiFi

  Senang Pasang & setting

  Saiz yang kecik

  4.9 star dari 30,000+ review

  Waranti setahun

Tengok Harga RoadCam X3:

Dashcam ini memang murah dan minimalis tapi lengkap untuk keselamatan korang. Dengan kamera 1080p full HD depan dan belakang, serta 150 darjah wide angle, korang dapat coverage yang luas. Wifi senang connect, dan setting pun user-friendly. Saiznya kecik, tak ganggu pandangan masa korang memandu. Dengan rating 4.9 bintang dari 30,000 review dan waranti setahun, memang pilihan solid untuk siapa yang nak dashcam simple tapi berkualiti.

Cara Kitorang Pilih dan Senaraikan Dash Cam Terbaik

dash cam review malaysia

Untuk senaraikan dash cam yang terbaik kat atas tu, kitorang tekankan 3 ciri penting yang perlu ada dekat setiap kamera. Selain harga, ciri ni adalah yang paling penting sekali untuk pastikan korang dapat camera yang berbaloi dan berciri moden.

Antara yang kitorang fokus adalah…

Kualiti Video

Kitorang mengutamakan dashcam dengan resolusi tinggi, dari 1080p hingga 4K untuk kamera depan. Ini untuk pastikan rakaman yang jelas dan sharp, tak kira waktu siang ataupun malam. Ini penting supaya korang senang nak dapatkan detail pemandu, kereta atau apa sahaja bila diperlukan. 

View Yang Luas & Jumlah Kamera

Dashcam dengan kamera depan, belakang, dan dalam kereta dipilih untuk memberikan coverage yang penuh. Dengan sudut lebar (hingga 150° atau 140°), kamera ini boleh rakam semua sudut, memberi korang pandangan yang lebih luas mengenai jalan dan sekeliling.

Ciri Tambahan Dashcam

Dari pemasangan yang senang sampailah ke sambungan wifi dan aplikasi mudah alih yang lancar, kitorang tekankan benda ni supaya korang mudah gunakan camera kereta ni. Selain tu, ciri tambahan yang kitorang tengok adalah GPS, ADAS, dan arahan suara, menjadikannya lebih boleh dipercayai dan praktikal.

Ramai yang fikir dash cam adalah satu kemewahan, tapi diorang silap. Dia dah jadi satu keperluan untuk keselamatan dan ketenangan fikiran bila korang berada di jalan raya. Sama macam insurans, korang perlukan ni dekat kereta korang. Ia akan membantu bila korang perlukan dia nanti.

Jadi, jangan tunggu sampai terlambat, melaburlah dalam satu dashcam sekarang untuk lindungi korang dan orang tersayang. Kitorang dah tolong senaraikan 5 dashcam terbaik untuk korang pilih.

Selamat memilih dashcam!

Nak cari info lain?

Review Power Scrubber Terbaik
Cuba Sofa Terbaik
Lelaki Review Steam Iron Terbaik
Lelaki memilih almari terbaik
Lelaki memilih lampu solar terbaik
lelaki review walking pad