Ramai sekarang dah beralih kepada penggunaan lampu jenis solar kerana ia merupakan lampu yang terang, jimat tenaga, dan jimat kos. Korang tak payah keluar duit bayar bil elektrik, dia ambik tenaga dari cahaya matahari je! Teknologi yang sama digunakan dekat roket tau.
Lampu solar secara amnya direka dengan panel suria yang memerangkap tenaga/cahaya matahari dan menukarkan ia menjadi tenaga elektrik untuk menyalakan lampu. Untuk pengetahuan korang, ada banyak jenis lampu solar yang digunapakai diluar macam lampu solar taman, lampu solar dalam rumah, lampu solar kebun dan macam-macam lagilah.
Selain daripada jimat dan rupa yang moden, lampu solar ni banyak yang kalis air tau. Malahan, tempoh penggunaan pun berbeza-beza. Jadi kalini , kitorang nak bantu korang semua untuk buat pilihan , yang sesuai dengan poket dan citarasa korang. Apalagi ? Jom tengok!
Lampu Solar Pilihan Kitorang
Keelat Solar Light 100/200/300W
Waterproof 2500W Solar Spotlight
MyOne 9000W IP65 Solar
UFO Solar Light
Eco Solar
Keelat Solar Light
Ada sampai 400W
IP 67 waterproof
Ada sensor orang
Tahan sampai 12 jam
Tak ada wayar
Senang dipasang
Lampu yang terang
4.9 star dari dari 1,500 rating
Warranty 12 bulan
Top Choice kali ni ialah Keelat Solar Light 100/200/300W dengan 400W , ia juga didatangi dengan ciri khas IP 67 waterproof. Bukan setakat tu je, lampu solar ni jugak ada movement sensor yang mana akan menyala kalau ada pergerakan berdekatan. Jadi mudah untuk korang tak perlu nak meraba-raba dalam gelap nak tekan suis dah lepas ni. Selain dari tu , tempoh penggunaannya jugak boleh sampai 12 jam. Lama tu?? Paling best , ia mudah dipasang dan jugak wireless. Boleh la nak acah-acah estetik sikit. Range harga pulak bermula dari RM89 sehingga RM329. Reasonable jugak lah sebenarnya. Rating pulak 4.9 star dari 1,500. Cuma yang kurang bestnya , waranti yang diberi hanyalah 12 bulan.
Waterproof Solar Spotlight
Sampai 2500W
Tahan dari petang hingga subuh
Ada remote control
Waterproof IP 66
110000ah bateri
Senang dipasang
Cahaya yang terang
4.8 star dari 788+ review
Warranty 5 tahun
Dengan jangkamasa yang tahan dari petang sampai subuh, lampu solar ni antara yang paling kitorang rekemen pada korang kat luar sana. Siap dengan remote control , boleh adjust dari dalam rumah sambil bersenang lenang. Waterproof IP 66 dengan kapasiti bateri 110000ah, model ni juga mengekal ciri-ciri sejati yang memang akan dicari iaitu, senang dipasang dengan pencahayaan yang terang dan ada 4.8 star dari lebih 788 review. Tinggi jugak tu kan? Dan yang paling best, waranti lama korang…5 tahun. Boleh pakai dengan tenang, tanpa risau. Janji jangan gatal2 rosakkan dengan sengaja OK?
MyOne IP65 Solar
Sampai 9000w
Tahan lebih kurang 12 jam
waterproof IP65
ada motion sensor
wireless
lampu yang terang
4.9 bintang dari 1,200+ review
Waranti 5 tahun
Model yang ini pula boleh tahan dalam jangkamasa lebih kurang 12 jam penggunaan, masih mengekalkan tarikan kalis air IP65, ada motion sensor, wireless dengan pencahayaan yang terang. Dari segi rating , 4.9 star dari 1,200+ review. Boleh tahan hebat jugak kan? Dan turut menawarkan waranti selama 5 tahun. Jadi tak risau sangat la nak biar berjemur seharian. Betul tak? Range harga untuk model ni pula bermula dari RM134 hingga RM450 dipasaran.
UFO Solar Light
Ada sampai 9000W
Ada motion detector
IP 67 Waterproof
Ada remote
Boleh sampai 20 jam
Besar & terang
4.9 star dari 1,900+ review
10 tahun waranti
Untuk UFO Solar Light ni dia ada yang sampai 9000W tau. Sama macam model-model yang lain , dia jugak ada beberapa perkara asas dan penting iaitu motion detector, IP 67 Waterproof, ada remote untuk kawal cahaya, dan boleh jugak untuk set timer. Walaupun tempoh pengunaan dia boleh sampai 20 jam,bila ada remote , atleast korang boleh adjust lampu ni untuk menyala ikut pada keperluan korang. Bagus kan? Selain tu, dia juga dapat 4.9 star dari 1,900+ review. Tapi yang paling best bukan tu tau, yg paling superb adalah it comes with 10 year warranty. Sumpah awesome! Range harga pulak masih dalam lingkungan yang affordable iaitu RM76 sehingga ke RM163.
Eco Solar
Ada sampai 15,000W
Tahan sampai 12 jam
Ada remote control
4.8 star dari 5,700+ review
5 tahun waranti
Dengan permulaan harga serendah RM35 sehingga RM250, unit ni tak boleh menandingi mana-mana model yang tersedia diatas , tetapi kalau korang nak cari lampu solar yang berharga marhaen sebagai permulaan, not so choosy, mungkin korang boleh consider model yang ini. Tahan dalam anggaran masa 12 jam , ada remote control, mudah untuk dipasang dengan waranti selama 5 tahun. Not bad kan? Cuma satu , ia tidaklah seterang yang disangka. Mungkin tak sampai pun 15,000w.
Cara Kitorang Pilih dan Senaraikan Lampu Solar Terbaik
Untuk review lampu solar kali ni, ada beberapa benchmark yang diambil kira bagi memastikan kitorang dapat memberikan pilihan yang terbaik untuk korang semua. Faktor-faktor penting ni serba sedikit boleh memastikan korang berpuas hati dengan pembelian korang nanti. Bak kata pepatah , alah membeli menang memakai.
Harga
Range harga darilah yang murah sehingga yang sederhana pricey. Harga jugak antara salah satu yang patut korang pertimbangkan dalam pembelian. Biar sesuai dengan bajet , supaya tiada sebarang sesalan dikemudian hari. Sebab kitorang pun tahu , bukan semua orang ada kemampuan yang sama. Tapi semua orang akan lebih gembira kalau dapat kelebihan yang sama. Betul tak?
Kalis air
Bagi korang yang tak tahu, kadar kalis air pun ada beza-bezanya. Contohnya IP65, ini bermaksud bahawa ia dapat menghalang sepenuhnya debu dari masuk dan boleh direndam sebentar dengan air. IP67 pulak bermakna bahawa ia dapat menghalang sepenuhnya debu dari memasuki, dan ia boleh direndam dalam air untuk masa yang singkat di bawah tekanan tertentu. IP68 pulak bermaksud bahawa ia benar-benar dapat mengelakkan debu dari memasuki, dan boleh direndam dalam air di bawah tekanan tertentu untuk masa yang lama. Haaa..mesti baru tau kan? Jadi dengan info ni, korang boleh dah narrow down mengikut pilihan korang.
Dengan rating IP yang bagus, mestinya solar light korang tahan lama dan takkan terkesan dengan air hujan, habuk ataupun panas terik.
Kadar pencahayaan
Ini antara faktor yang paling penting kan? Kalau nak suram, cahaya bulan pun boleh. Hehehe. Jadi, boleh lah korang sesuaikan pulak dengan lokasi nak pasang tu. Barulah berbaloi-baloi. Ye dak?
Tempoh penggunaan
Walaupun dah nak akhir baru naik , hehehe , tempoh pengunaan lampu pun memainkan aspek penting. Ada yang singkat , dan ada pula yang lama. Walau bagaimanapun , yang lama tak semestinya merugikan , yelah , kan pakai tenaga solar. Jimat bil tu. Kalau musim hujan atau mendung , yang tahan lama ni function betul.
Waranti
Walaupun ini kriteria yang paling akhir sekali , percayalah , ini juga antara perkara yang semua orang akan ingat sebelum nak bayar. Berapa lama waranti? Betul kan? Jadi , bila nak spend untuk pembelian , korang pun boleh dilindungi rasa selamat bila tahu berapa lama tempoh waranti untuk unit tu. Tapi yang perlu di-ingatkan , waranti ni bukan suka-suka claim tau? Korang perlu jugak mematuhi segala T&C yang dinyatakan masa beli ok?
Harapnya dengan semua faktor penting yang kitorang bagi atas ni, korang semua dapat buat pilihan untuk lampu solar terbaik. Ingat, biar alah membeli , menang memakai.
Selamat membeli lampu solar!