Korang nak cari aircond yang bukan je cepat menyejukkan rumah tapi jugak menjimatkan bil elektrik korang? Aircond inverter adalah jawapannya! Korang boleh kurangkan bil sampai 30% tau setiap bulan. Dengan teknologi inverter, aircond akan berfungsi dengan lebih efisien dalam menggunakan elektrik dan mengekalkan suhu sejuk sepanjang hari. Inverter aircond ni jugak senyap dan tahan lebih lama dari model biasa.
Dalam review kali ni, kitorang senaraikan beberapa aircond inverter berjenama yang terbaik untuk korang pasang kat Malaysia ni. Dari penyejukan turbo, penapis udara canggih, hingga ciri kawalan pintar melalui apps, mesti ada yang bersesuaian untuk kegunaan korang setiap hari. Jadi, teruskan membaca review kitorang ni sebelum korang beli mana-mana aircond supaya lebih berbaloi dari segi prestasi dan juga penjimatan duit korang masa beli dan bil elektrik setiap bulan!
Aircond Inverter Pilihan Kitorang
Hisense AI13KAGS / AI10KAGS
Midea MSXS-10CRDN8 / MSXS-13CRDN8
SHARP AHX10BED / AHX13BED
Haier HSU-10VRA22
TCL TAC-09CSD/XA81I
Hisense AI13KAGS / AI10KAGS
Ada 1.0 dan 1.5 HP
4 star energy rating
Cepat sejukkan ruang
Boleh Swing atas, bawah, kiri dan kanan
Ada 3 penapis udara
Ada ciri Gas leak detection
Ada LED display
4.9 star dari 430+ review
Warranty compressor sampai 7 tahun
Aircond inverter jenama Hisense menjadi Top Choice dan Best Seller kitorang dalam review kali ni. Ia ada model dengan 1.0 dan 1.5 Horsepower(HP). Dua-dua ni datang dengan Energy Efficiency Label 4 bintang, jadi akan menjimatkan duit korang setiap bulan. Dia boleh menyejukkan ruang rumah korang dengan cepat, dan jugak bilik tidur sebab dia senyap sampai 22dB je. Dia ada sistem filter yang tip-top iaitu 3 lapisan penapis high density, active carbon, dan ionizer. Pastinya menjamin udara bersih untuk korang. Selain tu, dia ada ciri pengesanan kebocoran gas, paparan LED, serta kipas boleh berputar ke atas, bawah, kiri dan kanan untuk edaran udara yang lebih efisien. Dari 430 review dia dapat 4.9 bintang. dan dia juga ada warranty kompresor sehingga 7 tahun, menjadikan aircond inverter ni berkualiti tinggi.
Midea MSXS-10CRDN8 / MSXS-13CRDN8
Ada 1.0 sampai 2.5 HP
4 star energy rating
Ada teknologi Flash Cooling
Sangat senyap
Ada SmartSavE iEco mode
Menggunakan Dual Filter
4.9 bintang dari 270+ review
Waranti Kompresor sampai 5 tahun
Aircond inverter Midea ni ada kuasa 1.0, 1.5, 2.0, dan 2.5 HP dan dapat Energy Rating 4 bintang. Dia sangat efisien dalam menjimatkan tenaga sebab ada mode SmartSave iEco Midea. Selain ada teknologi Flash Cooling yang dapat sejukkan bilik dengan cepat, dia juga sangat senyap, jadi sesuai untuk letak di dalam bilik tidur korang atau bilik baby. Dia juga ada dual filter yang memberikan udara yang lebih bersih. Dia dapat rating 4.9 bintang dari 270 review, dan ada warranty compressor sampai 5 tahun, jadi korang boleh percaya dengan ketahanan dan kualiti dia. Tapi, ikut review kitorang, nak set timer untuk on/off dia agak pening sikit, tapi lepas dah mahir, takde masalah pon.
SHARP AHX10BED / AHX13BED
Ada 1.0, 1.5 dan 2.0 HP
Boleh sampai 14°C
5 star energy rating
Ada macam-macam mode
Compressor senyap
4.8 bintang dari 650+ review
Warranty 12 bulan
Inverter Aircond jenama SHARP ni ada model 1.0,1.5 dan 2.0 HP dan paling hebat, dia ada 5 star energy rating, yang pastinya memberikan korang kesejukan maksimum, tapi tak memahalkan bil bulanan korang. Dia boleh set suhu 14°C, paling rendah setakat yang kitorang review ni. Dia ada macam-macam mod seperti ECO, sleep, baby, dan breeze mode yang korang boleh sesuaikan dengan kegunaan korang. Dan juga, bunyi kompresor dia tak bising sangat, jadi takkan menggangu korang bila nak tidur atau guna masa siang. Dari 650 review, dia dapat 4.8 bintang, ditambah dengan warranty 12 bulan, pastinya berbaloi untuk korang beli.
Haier HSU-10VRA22
5 star energy rating
Ada 1.0, 1.5, 2.0 dan 2.5 HP
Boleh control guna application
senyap
ada UVC strelization & Smart Clean
Boleh adjust angin kiri,kanan, atas dan bawah
5.0 dari 370+ review
3 tahun warranty & 10 tahun compressor
Aircond inverter Haier ni ada 1.0, 1.5, 2.0, dan 2.5 HP dengan rating tenaga 5 bintang, memastikan penjimatan elektrik maksimum setiap bulan. Dia juga boleh set menggunakan aplikasi/wifi jadi korang boleh kawal nak on/off atau suhu dia dari luar rumah je. Angin dia juga boleh set ke kiri, kanan, bawah dan atas. Ada ciri UVC Strelization dan Smart Clean untuk kesihatan dan kebersihan rumah korang. Dia juga sangat senyap. Dapat rating 5.0 dari 370 review dan datang dengan 3 tahun warranty dan 10 tahun untuk kompresor, jadi korang jangan risau dengan aircond ni, mesti menang membeli!
TCL TAC-09CSD/XA81I
5 star energy rating
Ada Turbo Cooling
Angin boleh adjust kiri, kanan, atas dan bawah
guna filter 6-in-1
4.8 star review
2 tahun waranti dengan 5 tahun motor warranty
Aircond ini ada fungsi Turbo Cooling yang membolehkan bilik cepat sejuk dan dengan 5 bintang energy rating untuk penggunaan elektrik yang lebih efisien. Aliran anginnya boleh dilaras ke kiri, kanan, bawah, dan atas jadi penyebaran udara sejuk yang menyeluruh. Dia jugak ada sistem penapisan 6 dalam 1 yang merangkumi Silver Ion Filter, Active Carbon filter, Catechin filter, Photocatalyst filter, Antidust antatic filter,dan Vitamin C filter untuk udara yang lebih bersih dan sihat. Dengan rating 4.8 bintang dan jaminan 2 tahun serta 5 tahun untuk motor, ia pilihan yang kukuh bagi pengguna.
Cara Kitorang Review Aircond Inverter Terbaik
Untuk review aircond ni, kitorang fokus kepada 3 kriteria penting yang menjadi keperluan dalam memilih setiap aircond inverter untuk result yang berbaloi. Antaranya…
Energy Rating dan Penggunaan Elektrik
Kriteria paling penting sekali yang menyebabkan orang nak beli aircond inverter adalah penjimatan tenaga dia. Jadi, fokus pertama kitorang adalah pada Energy Effiency Label. Label ni memberi gambaran jelas tentang keupayaan model tu untuk menjimatkan tenaga elektrik. Lagi tinggi rating dia (biasanya 4 atau 5 bintang), lagi efisien penggunaan tenaga dia dan menjimatkan bil elektrik korang setiap bulan. Selain menjimatkan duit, dia juga environment friendly!
Ciri Penyejukan & Kawalan Pintar
Kitorang jugak tengok ciri-ciri penyejukan yang aircond ni ada, contohnya Turbo Cooling. Ia sangat penting untuk sejukkan bilik korang dengan cepat, terutama sekali bila musim panas kat Malaysia ni. Selain tu, teknologi pintar macam kawalan melalui apps atau wifi, mestinya memudahkan kerja korang. Dah tak payah bergantung kat remote aircond lagi dah.
Filter & Kualiti Angin
Angin aircond dan kualiti dia juga kitorang tekankan masa review ni. Ia untuk memastikan kesihatan korang dan paling penting keluarga korang terjaga. Kitorang tengok filter yang digunakan oleh setiap model, seperti penapis silver ion, karbon aktif, atau penapis vitamin C.
Dengan menggunakan 3 kriteria ni, kitorang dapat 5 yang terbaik dari berpuluh aircond yang kitorang dah review.
Tapi, kalau korang mencari portable aircond, boleh tengok artikel kitorang, Top 5 Portable Aircond Terbaik – Sejuk, Mudah Alih dan Berkualiti.
Selamat memilih aircond inverter!