Top 5 Kipas Siling Terbaik di Malaysia 2024 – Besar, Kuat dan Sejuk

Share Post:

Kipas Siling Terbaik

Dalam artikel kali ni, kitorang akan sharekan senarai kipas siling yang best untuk korang. Sama ada korang nak sejukkan ruang tamu,bilik korang ataupun naikkan estetik, kipas-kipas ni mesti menjadi pilihan korang. Kitorang akan senaraikan yang design moden, cekap tenaga dan berfungsi dengan mantap.

Dengan 5 pilihan kipas yang dipilih dengan teliti, pastinya ada yang sesuai dan menarik perhatian korang.  Dari design dengan 3 atau 5 bilah, design moden atau kipas design klasik, ada remote atau guna regulator je, kitorang dah tengok berpuluh dan bermacam jenis kipas dan dapat kumpulkan 5 yang terbaik. Pastinya rumah korang akan sejuk dan lebih cantik lepas ni!

Kipas Siling Pilihan Kitorang

Top Choice

Tengok Harga Kipas Siling Alpha:

Kipas jenama Alpha ni menjadi Top Choice kitorang disebabkan design yang evergreen dan juga feature yang dia ada. Dengan menggunakan DC motor, ia pastinya menggunakan tenaga dengan efisien dan akhirnya menjimatkan bil elektrik dan duit korang. Sangat sesuai untuk bilik tidur atau ruang tamu, sebab berdasarkan review kitorang, bunyi dia senyap, tapi angin memang kuat. Design dia yang moden dan menarik, dengan warna Matt Black, Matt White, Grey Wood, dan Oak akan menaikkan lagi estetik ruang korang tu. Dengan speed sampai 8 ni, mesti korang akan sejuk dengan cepat. Selain tu, dia ada bilah saiz 42 sampai 56 inci dan ada fungsi reverse, so senang nak sesuaikan dengan ruang mana pun. Harga dia agak tinggi berbanding kipas lain dalam senarai ni, tapi dengan adanya remote, off timer dan waranti selama 10 tahun, pastinya kipas terbaik ni menjadi berbaloi untuk korang!

Best Seller

Tengok Harga Kipas Deka:

Kipas jenama Deka yang design cantik ni datang dengan 5 sampai 7 kelajuan, pastinya korang boleh adjust kesejukan untuk keperluan korang. Kipas 5 bilah ni menjadikan aliran udara yang kuat sampai memenuhi semua ceruk rumah. Dengan 4 warna menarik seperti hitam, putih, walnut, darkwood dan pinewoord, mestinya menambahkan lagi seri dan estetik ruang rumah. Dengan remote kipas ni, korang boleh setkan speed dia dan juga off timer selama 1, 3 atau 6 jam. Sangat memudahkan. Ditambah dengan warranty motor selama 3 tahun dan 1 tahun untuk aksesori, pastinya ini sebab utama ni adalah kipas best seller.

Berjenama

Tengok Harga Kipas Siling KDK:

Jenama KDK tidak asing lagi dalam kategori kipas dan alatan rumah ni. Dengan diiktiraf SIRIM, fan ni menjamin standard keselamatan dan kualiti yang tinggi. Ditambah lagi dengan rating 5 bintang penggunaan tenaga, bukan je selamat, tapi menjimatkan penggunakan elektrik dan akhirnya pembelajaan bulanan korang! Angin dan peredaran udara yang mantap mesti korang rasa dengan 3 bilah yang kuat dan 5 kelajuan kipas. Dengan 4 warna menarik, kipas ni mesti mencantikkan lagi siling dan ruang rumah. Ada safety feature tambahan seperti Cut-off Safety Device and blade Safety Plate pasti menjamin keselamatan korang. Ia berfungi dengan regulator di dinding tanpa remote, jadi design ni agak normal dan tak moden macam kipas siling lain dalam senarai ni. Selain tu, waranti dia tak selama kipas lain, iaitu setahun je. Tapi, dengan kualiti dan harganya, pastinya berbaloi untuk korang dapatkan kipas ni.

Design Moden

Tengok Harga Kipas KDK:

Satu lagi kipas KDK dalam list kitorang. Berbeza dengan kipas sebelum ni, yang ini tak menggunakan regulator, tapi didatangkan dengan remote. Kipas 5 bilah ni cantik dan ada 7 kelajuan, untuk sejukkan korang atau bilik dengan cepat. Design yang moden menaikan lagi seri dan nilai satu-satu ruang tu. Mengikut review kitorang, bunyi kipas ni sangat perlahan, jadi tak menggangu tidur atau korang tengok tv atau bermain game. Korang boleh gunakan kipas ni dalam forward atau reverse mode, bergantung kepada bilik korang. Dengan waranti sampai 5 tahun untuk DC motor dia, pasti memberi pulangan yang berbaloi dari segi kualiti barang dan penggunaan elektrik. Walaupun senang dipasang, tapi korang kena hati-hati supaya kipas berfungsi dengan baik dan tahan lama.

OldSchool

Harga Kipas Elmark:

Jenama Elmark adalah jenama kipas yang dipercayai sejak dulu lagi. Dengan design yang atas dan ekslusif, serta kualiti yang terbaik, menyebabkan jenama ni tahan lama di mata pengguna. Ada 4 warna premium boleh dipilih, pasti menambahkan lagi kualiti dan kecantikkan ruang tamu atau bilik korang. Kipas ni sangat kukuh sebab berat ya, mesti tahan lama kalau beli ni. SIRIM luluskan produk ni, so korang boleh yakin dengan keselamatan dan kualiti dia. Dengan kipas yang laju dan senang dipasang ni, pastinya korang boleh baring di sofa dan gunakan remote terus je untuk sejukkan diri. Dan tak perlu risau dan pening kepala sebab kipas ni datang dengan waranti selama 3 tahun!

Kenapa Kipas-Kipas Ni Terpilih?

man thinking looking up

Kita ni bukan selalu beli kipas, jadi setiap kali beli kita kena pastikan yang kipas ni tahan lama dan sesuai untuk menyejukkan kita, sama ada di ruang tamu atau bilik tidur. Takkan nak beli 2-3 kali kan? So, kitorang gunakan beberapa faktor untuk memilih kipas siling ni untuk dimasukkan dalam list ni.

Ni adalah 5 faktor kitorang memilih kipas ni:

Prestasi Kipas

Setiap kipas yang kitorang tengok mestilah berfungsi untuk menyejukkan dengan cepat atau pun boleh capai ruang yang jauh. Setiap kipas dalam list ni menghasilkan aliran udara yang kuat untuk penyejukan yang berkesan dan membuatkan korang selesa. Selain tu, ciri seperti timer, remote dan sebagainya pon menjadi tambah nilai kepada pemilihan kitorang.

Design Kipas

Reka bentuk yang moden, menarik dan ekslusif menjadi faktor kedua kitorang tengok dalam setiap kipas yang kitorang review. Tak guna banyak feature menarik tapi rupa macam kipas zaman 70-an kan? Dengan barang premium sampai design ekslusif, kipas siling ni mesti menaikkan seri dan estetik bilik korang.

Feature dan Kawalan

Dulu kipas pakai regulator yang kat dinding tu, korang kena bangun dan turun atau naikkan suhu, susah kan? Zaman sekarang mana ada dah tu, semua pakai remote je. Selain kemudahan remote, kitorang jugak tengok macam pelbagai kelajuan kipas, macam-macam mod yang ada untuk menilai kipas untuk kesesuaian korang guna di rumah.

Jenama Kipas

Nama pengeluar kipas pon menjadi faktor penting dalam review kipas siling terbaik kitorang ni. Dengan jenama yang terkenal dan dah lama berkecimpung dalam bidang ni, mestinya menambahkan lagi keyakinan, kualiti dan ketahanan produk kan. Ini demi menjaga barang dan juga duit korang tau. Lagi satu, jenama-jenama terkenal ni selalunya akan bagi….

Waranti dan Keselamatan

Dengan waranti dari 1 sampai 10 tahun, pastinya menambahkan lagi keyakinan kitorang untuk masukkan dalam list dan korang yang nak membeli kan. Tak perlu pening pasal kerosakan motor kipas dalam tempoh masa tu tau. Kalau ada masalah, boleh je claim. Selain tu, kelulusan SIRIM pon jadi penting, sebab ia menjamin keselamatan dan kualiti kipas korang tu. Takkan nak beli kipas yang mahal tapi tak selamat pulak, jatuh kat kepala, satu lagi hal!

Dengan kriteria diatas ni lah kitorang ambil kira untuk buatkan senarai kipas ni untuk korang. Pastinya 5 kipas ni semua sangat berbaloi beli dan akan memberi korang kepuasan bila tengah lepak layan angin malam! 

Lepas korang dah beli dan tak tahu cara nak pasang, boleh baca artikel kitorang, Cara Pasang Kipas Siling Yang Betul

Selain tu, kalau korang tengah cari kipas berdiri pulak, boleh tengok artikel kitorang, Kipas Berdiri Terbaik Malaysia – Angin Kuat, Berjenama, Berkualiti

Ataupun, boleh tengok artikel kitorang, Top 5 Kipas Dinding Terbaik – Angin Kuat, Moden, Cantik, Berkualiti kalau korang nak cari kipas dinding.

Selamat memilih kipas siling!

Nak cari info lain?

lelaki review walking pad
Review Gaming Chair Terbaik
review stepper terbaik
Review Projector terbaik
review aircond inverter
Lelaki memilih tumbler Montigo