Top 5 Rak Pinggan Sinki Terbaik – Cantik, Tahan Lasak, dan Murah

Share Post:

rak pinggan atas sinki terbaik

Korang dah bosan nak hadap permukaan dapur yang basah dan bersepah dengan pinggan yang baru basuh? Ataupun korang bosan dengan rak pinggan korang yang kecik dan tak ada ruang nak letak pinggan atau cawan lain? Selesaikan masalah korang ni dengan rak pinggan atas sinki! Direka untuk diletakkan di atas sinki, korang senang nak basuh pinggan dan terus boleh letakkan pinggan korang untuk kering atas tu je dan air akan menitik terus ke dalam sinki! Confirm tak basahkan lantai atau permukaan dapur korang, sebab tak payah pindahkan pinggan basah tu dari sinki ke tempat pinggan korang. Selain tu, rak macam ni menjimatkan ruang dan mencantikkan dapur korang. Banyak kelebihan kalau korang ada rak pinggan sinki ni!

Dalam list ni, kitorang senaraikan 5 rak pinggan sinki yang bukan je cantik, malah tahan lasak, murah dan berbaloi! Ada macam-macam design dan saiz rak, korang pasti akan jumpa yang menarik untuk ditambah ke dapur korang tu. Jom tengok!

Rak Pinggan Atas Sinki Pilihan Kitorang

Top Choice

Tengok Harga Rak Pinggan Mangkuk Bertutup:

Ini adalah pilihan Top Choice kitorang kali ni untuk kategori rak pinggan. Berbanding yang lain, rak yang ini ada penutup yang menjamin kebersihan pinggan dan cawan korang. Dibina dengan bahan besi yang kukuh dan kemas, dia boleh tampung berat sampai 100 KG! Ada saiz dari 65 cm sampai 125 cm dengan dua warna menarik – hitam klasik dan putih berseri – pastinya ada rak yang sesuai untuk dapur korang. Selain tu, rak ni ada ‘suction cup’ di bahagian kaki, pastinya stabil dan tak bergerak sampai boleh terjatuh. Nak pasang pon sangat senang, bawah 10 minit dah siap. Walaupun aksesori macam tempat letak sudu, sabun, pisau semua tu plastik, tapi kualiti dia memuaskan. Dengan kelebihan rak ni, memang sesuai dia menjadi pilihan utama kitorang.

Best Seller

Tengok Harga Rak Pinggan Stainless Steel:

Sink Dish Drying rack atas ni ada pelbagai ketinggian, dari 65cm sampai ke 125cm, so korang boleh pilih ikut keperluan sinki dan dapur korang. Dengan warna hitam, putih, hitam emas dan hijau emas, mesti korang boleh mix and match dengan estetik dapur korang. Boleh tahan sampai 50 Kg, rak tahan lasak ni sesuai untuk simpan pinggan, mangkuk, sudu, garfu dan boleh gantung alat memasak korang! Design yang menjimatkan ruang ni, sesuai untuk rumah-rumah kecik dan pemasangan yang senang menjadi ciri menarik rak ni. Tapi, kitorang dapati yang kalau korang nak lebih stabilkan rak ni, kena pakai cable tie di rak-rak dia. Selain tu, kitorang nasihatkan korang ukur ruang sinki/dapur korang untuk pastikan ia sesuai. Dah terjual sebanyak 70,000+, rak ni semestinya pilihan yang berbaloi.

Premium

Tengok Harga Rak Berpintu:

Walaupun ada 2 warna je, tapi design rak ni memang premium. Ada double door cabinet yang praktikal dan yang paling penting, cantik dan lain daripada yang lain! Dibuat dengan besi anti-karat dan ada drip tray, memang akan memudahkan pembersihan dalaman dia. Kaki rak ni jugak boleh adjust ikut keselesaan korang, dan dengan waranti 12 bulan, mestinya korang dapat barang yang berbaloi. 

Minimalist

Tengok Harga Rak Gaya Jepun:

Rak style Jepun ni sangat simple dan minimal design dia. Sangat sesuai kalau tema dapur korang adalah minimalist. Design moden dan estetik dia mesti menambahkan seri dapur korang. Dengan model satu atau dua lapisan, boleh sesuaikan dengan keperluan korang. Jangka hayat barang ni pon mungkin panjang sebab disaluti dengan cat anti-karat. Muat sampai kira-kira 12 pinggan, ia adalah pilihan praktikal untuk setiap dapur. Namun, susunan pinggan perlu dilakukan dengan elok untuk mengelakkan pinggan dari terjatuh. Kalau korang nak yang minimal, inilah yang terbaik.

Oldschool

Harga Rak Pelbagai Fungsi:

Untuk rak terakhir dalam list kitorang ni, dia ada 3 sampai 5 tingkat. Design oldschool macam rumah tok nenek kita ni mestinya memberi ruang simpanan yang cukup untuk keluarga korang. Dengan roda di kaki dia, senang nak dipindahkan ke mana yang korang nak, nak pasang dia pon senang. Barang korang juga selamat dengan design yang kukuh dan stabil ni, tapi, dinasihatkan untuk ikat dengan cable tie untuk stabilkan rak ni lagi.

Kenapa Rak-Rak ni Terpilih?

  1. Kepelbagaian Pilihan: Dengan pelbagai tingkat, warna, dan rekaan, rak-rak ini menawarkan fleksibiliti untuk memenuhi keperluan penyimpanan dapur korang dan juga memenuhi tema atau estetik dapur korang.

  2. Kemudahan Penggunaan: Dilengkapi dengan roda untuk mudah alih, pemasangan yang cepat, dan tinggi yang sesuai, membuatnya rak ni menjadi pilihan yang berbaloi dan patut ada di setiap rumah.

  3. Kualiti: Dibina dengan bahan berkualiti tinggi seperti keluli anti-karat, rak-rak ini menjanjikan kestabilan, ketahanan, dan kegunaan jangka panjang. Kitorang akan tengok sama ada kualiti bahan ni tahan lama atau tidak. Ada beberapa rak yang cantik, tapi sebab material yang diguna tak tahan, kitorang buang dari senarai ni.

  4. Estetik yang Menarik: Rekaan moden, minimalis, dan estetik menambah nilai kepada dapur korang, menjadikannya tidak hanya praktikal tetapi juga menarik secara visual. Selain saiz dan ruang yang sesuai untuk korang letakkan pinggan dan cawan, rupa juga menjadi faktor penting dalam pemilihan kitorang.

Dengan faktor-faktor kat atas ni, kitorang jadikan penanda aras untuk dapatkan rak pinggan yang terbaik. Jadi korang tak perlu risau dengan pilihan dan kualiti ini ya!

Kalau korang nak cari rak dapur terbaik, boleh baca artikel 5 Rak Dapur Terbaik Untuk Dapur Yang Tersusun, Bersih, Cantik

Selamat memilih!

Nak cari info lain?

Review Projector terbaik
review aircond inverter
Lelaki memilih tumbler Montigo
lelaki memilih robot vacuum terbaik
memilih vakum tanpa wayar terbaik
memilih troli barang terbaik