Korang nak exercise kat rumah tanpa perlu nak pegi ke gym? Tapi tak nak beli bar bell, dumbell, threadmill dan lain-lain alat senaman tu? Jadi, korang gunalah stepper atau v-stepper untuk senaman di rumah. Senang nak guna, berkesan dan tak guna ruang simpanan yang besar.
Alat ni secara asasnya meniru gaya atau pergerakan kita naik tangga yang akan membakar kalori yang banyak dan kuatkan otot bahagian bawah badan dengan senang. Dengan tambahan resistance bands, stepper ni boleh berikan senaman badan menyeluruh yang low impact, jadi sesuai untuk orang bersaiz besar yang nak turunkan berat badan.
Menurut satu kajian yang diterbitkan dalam Journal of Sports Science & Medicine, senaman yang menggunakan alat ni dapat membakar lebih kurang 300 kalori dalam masa 30 minit bagi orang dengan berat badan 70 kg, menjadikannya pilihan yang hebat untuk penurunan berat badan dan peningkatan kesihatan jantung. Menggunakan stepper juga mengurangkan tekanan pada sendi berbanding dengan aktiviti berimpak tinggi seperti berlari.
Dalam review kali ni, kitorang dah review berpuluh stepper dari segi ketahanan, keberkesanan dan ciri-ciri dia, dan akan senaraikan 3 yang terbaik. Jom tengok review ni dan dapatkan yang terbaik dan berbaloi untuk kegunaan korang sekarang…
Stepper Pilihan Kitorang
RIFOAM V Stepper
My-Hi Stepper
V Stepper Mist Mall
RIFOAM V Stepper
Jenis V Stepper
Ada resistance band
Boleh adjust kekuatan
Ada multi-functional smart display
Boleh tahan 250 KG
Pergerakan yang smooth
Kukuh & Berat
Ada 4 warna menarik
4.9 star dari 10,000+ review!
Stepper best seller dari jenama RIFOAM ni memang pilihan yang terbaik bagi korang yang nak senaman full body dekat rumah. Dia ada tali elastik (resistance band) dan boleh adjust kekuatan stepper ni, jadi korang boleh target otot badan atau kaki dengan lebih efektif. Selain tu, dia ada ‘multi functional smart display’ yang akan tunjuk kalori, jumlah langkah, dan masa korang menggunakan stepper ni. So, lagi senang korang nak keep track progress kesihatan korang. Dia jugak boleh tahan berat sampai 250 KG, jadi ia sangat kukuh dan ada 4 warna menarik untuk korang pilih. Pergerakan stepper dia smooth dan terasa stabil, jadi korang boleh fokus masa exercise. Dia dah dapat 10,000+ review dan 4.9 bintang! Wow! Tapi, korang kena ingat, bateri dia kena beli berasingan ya!
My-Hi Steppe
Ada LED Smart Display
Ada resistance band
Tapak Stepper yang lebar dan selesa
Saiz yang kompak
5 warna menarik
Tapak yang grip
Sangat kukuh
4.7 stars dari 10,500+ review
Stepper yang ni juga ada LED Smart Display yang menyenangkan korang nak tengok berapa step yang korang dah ambik, berapa lama dah guna dan juga bilangan kalori. Tapak dia pon lebar dan selesa nak digunakan, jadi korang akan rasa selamat dan stabil masa guna. Dia juga ada resistance band yang akan menolong korang bersenam dengan lebih padu! Selain ada 5 warna menarik, pink, oren, hitam, hijau dan merah, saiz dia yang kompak memudahkan korang nak simpan dia. Tapak dia agak grip dan kukuh, jadi stepper ni takkan bergerak masa korang gunakan dia. Dia senang dipasang dan digunakan. Dia dapat 4.7 bintang dari 10,500+ reviews.
V Stepper Mist Mall
Jenis V-Stepper
Model terbaru
Ada Display
Tahan sampai 200KG
4 warna menarik
Bahan kukuh
4.9 star dari 190+ review
Warranty 3 tahun
Stepper terakhir ni adalah model yang terbaru. Ada display yang tunjukkan masa kegunaan, kalori dan lain-lain untuk korang keep track performance senaman korang. Dia boleh tahan sampai 200 KG sebab diperbuat dari bahan yang kukuh. Dia ada 4 warna menarik, pink, merah, hijau dan hitam. Sangat senang dipasang dan dia ada waranti selama 3 tahun. Sangat lama ye. Selain tu, dia jugak dapat 4.9 bintang dari 190+ review. Tapi, mengikut review kitorang, kekurangan dia sebab beratnya tak boleh diadjust, dan meter display agak mudah tercabut, tapi secara keseluruhannya, kualiti dia mengatasi kekurangan ni.
Cara Kitorang Review Alat Terbaik
Dalam menilai mana stepper atau v-stepper yang terbaik untuk korang, kitorang menenkankan 3 perkara penting;
Berkesan ke tak?
Banyak dah peluh yang dititiskan bila test ni untuk korang. Kitorang test setiap alat untuk pastikan dia berhasil untuk bersenam, membakar kalori dan menguatkan otot. Kitorang tengok sama ada senang ke tak nak beratkan lagi senaman tu, dan juga kemudahan nak buat exercise tu.
Kualiti dan Ketahanan
Kitorang tengok design dan bahan yang digunakan untuk buat alat senaman ni. Selain tu, kitorang juga naikkan orang yang berat berlainan untuk pastikan dia kuat dan tahan, baru kitorang ambik dia sebagai bagus.
Ciri-Ciri Tambahan Stepper
Selain ketahanan dan keberkesanan, kitorang tengok sama ada stepper ni basic ke atau ada ciri-ciri tambahan untuk tolong korang mencapai target badan korang. Ciri macam senang dipasang, senang disimpan dan ada smart display diambil kira dalam ni. Kitorang pastikan semua ciri berfungsi dengan baik dan ada input positif dalam exercise korang.
Dengan memberi fokus kat 3 perkara ni, kitorang berjaya senaraikan tiga stepper berkualiti untuk korang beli dan gunakan untuk kesihatan yang lebih mantap. Selain tu, kitorang jugak tengok review dan rating dari orang yang dah beli dia.
Selamat memilih dari review kitorang dan menjalankan gaya hidup sihat!