Dengan kerusi game yang betul, korang boleh main game atau bekerja berjam-jam tanpa rasa sakit belakang atau keletihan berlebihan. Gaming chair ni bukan macam kerusi biasa – ia direka khas dengan ergonomik untuk menyokong postur badan, memastikan tulang belakang, leher, dan bahu di support dan dalam kedudukan yang selesa. Tak kisahlah korang gamer tegar atau hanya mencari kerusi yang selesa untuk buat kerja, gaming chair menawarkan ciri-ciri yang boleh memberi improvement yang besar.
Selain memberi keselesaan, banyak kerusi gaming ni ada feature extra macam boleh reclining jauh, support untuk leher dan lumbar, dan pilihan material yang breathable supaya tak berpeluh bila duduk lama. Ada jugak beberapa model dilengkapi dengan bantal massage untuk keselesaan ekstra – sebab itulah ramai yang mula jatuh hati dan beli gaming chair sekarang ni.
Dalam review kali ni, kitorang dah pilih beberapa gaming chair terbaik di pasaran yang menawarkan pelbagai ciri menarik. Dari reka bentuk ergonomik hingga warna dan material yang tahan lama, pastinya berbaloi untuk korang beli! Jom baca review ni dan dapatkan kerusi gaming idaman korang sekarang!
Gaming Chair Pilihan Kitorang
TTRacing Duo V3 & V4 Pro
LENOBLE 418
TTRacing Swift X / X Pro
ZE-GEAR X Series
KUCA Gaming Chair
TTRacing Duo V3 & V4 Pro
Ada 5 warna menarik
Boleh tahan sampai 130 KG
PU Leather
Finishing jahitan berkualiti
Senang nak dipasang
Headrest boleh diadjust
Roda & hidraulik yang smooth
4.9 star dari 33,000+ review
Warranty 2 tahun
Gaming chair dari jenama TTRacing ni datang dengan 5 warna menarik, iaitu hitam, merah, kelabu dan 2 warna spesifik dari TTRacing. Dia juga agak premium dengan finishing PU leather dan jahitan dia yang berkualiti. Mengikut review kitorang, kerusi ni senang dipasang, roda dan sistem hidraulik dia juga senang guna dan smooth. Headrest dia juga boleh dilaras untuk keselesaan korang. Paling penting, dia boleh tahan berat sampai 130 KG! Dari 33,000+ review, dia dah dapat 4.9 star, jadi dia sangat dipercayai dan disukai oleh orang yang dah beli. Selain tu, kerusi game ni ada warranty selama 2 tahun.
LENOBLE 418 Chair
Design ergonomic
Seat tebal & selesa
Kain Belakang yang breathable
Design stabil dan kukuh
Boleh baring sampai 125 degree
2 warna menarik
Headrest boleh diadjust
Senang dipasang
4.8 bintang dari 5,400+ review
Warranty 3 tahun
Gaming chair ini design ergonomik dan seat tebal yang memaksimumkan keselesaan bila korang guna dengan lama. Ada 2 warna je, putih dan kelabu. Dia boleh dibaringkan sampai 125 darjah, serta headrest yang boleh di-adjust untuk extra support. Bahagian belakang yang breathable mengurangkan rasa panas, sesuai untuk sesi gaming yang lama. Ikut review kitorang, dia stabil dan kukuh dan mudah dipasang. Kerusi gaming ni dapat rating 4.8 bintang daripada lebih 5,400 review dan datang dengan waranty 3 tahun. Tapi, kitorang rasa span armrest dia agak nipis, dan lumbar support tidak boleh di-adjust.
TTRacing Swift X / X Pro
Brand terkenal
Dibuat dengan PU Leather & Kain
boleh angle sampai 165 darjah
Tahan Sampai 150 KG
Memory Foam Neck & Lumbar Support
Ada Marvel collection
4.9 bintang dari 10,300+ review
Warranty selama 2 tahun
Kerusi gaming dari jenama terkenal ini menawarkan design yang cantik, kualiti dan kapasiti menahan berat sampai 150 kg. Gabungan PU leather dan kain memang nampak premium, manakala sudut recline sehingga 165 darjah menambah keselesaan. Neck dan lumbar support dia dari memory foam, dan jugak arm rest dia boleh adjust, jadi korang boleh selesa duduk lama. Selain tu, dia ada koleksi Marvel yang eksklusif, pasti menarik untuk korang. Dapat rating 4.9 daripada lebih 10,300 review dan waranty 2 tahun menjadikan kerusi ini pilihan yang padu! Tapi, kitorang rasa agak panas bila duduk terlalu lama.
ZE-GEAR X Series
Ada 5 warna menarik
Dibuat dari PVC Leather
Senang dipasang
Boleh tahan sampai 120 KG
Boleh Baring 135 darjah
Ada bantal massage sekali
4.9 bintang dari 8,800+ review
Gaming chair ini ada 5 warna pilihan yang menarik untuk korang pilih dan dia boleh menampung berat sampai 120 kg. Dia dibuat daripada PVC leather yang cantik dan dia boleh dibaringkan sampai 135 darjah untuk keselesaan lebih baik. Selain tu, dia ada bantal massage, agak pelik, tapi menarik. Kitorang rasa dia senang dipasang. Kerusi game ni mendapat rating 4.9 star daripada lebih 8,800 review. Tapi, kitorang rasa kusyen dia mungkin terasa kurang tebal, dan untuk yang berbadan besar, ruang duduk mungkin agak sempit.
KUCA Gaming Chair
Design ergonomic
Material kain yang selesa
Neck Support yang selesa
Boleh baring sampai 135 darjah
Senang dipasang
4.9 bintang dari 1,200 review
Waranti 5 tahun
Kerusi game ni berdesign ergonomik dan material dia kain yang sejuk dan selesa, jadi sesuai untuk sesi gaming yang lama. Dia jugak boleh baring sampai 135 darjah dan ada neck support, jadi lebih selesa untuk korang masa baring. Agak senang dipasang jugak. Kerusi ni span dia agak keras dan foot rest dia macam kurang kukuh sikit. Tapi, dia dah dapat 4.9 bintang dari 1,200+ review dan ada waranti sampai 5 tahun.
Cara Kitorang Test Gaming Chair Terbaik
Untuk review kerusi game ni, kitorang fokus kepada 3 perkara penting untuk test dan review, sebelum membuat keputusan untuk 5 yang terbaik kat atas tu. Selain jenama kerusi gaming yang famous, kita kena fokus pada kualiti dan binaan dia jugak…
Reka Bentuk Ergonomik dan Support
Design kerusi yang ergonomik adalah penting sebab kita akan guna kerusi ni untuk masa yang lama, sama ada untuk kerja ataupun gaming. Dia mesti memberi sokongan pada bahagian penting macam punggung, leher, dan bahu untuk mengurangkan ketegangan semasa sesi yang lama. Selain tu, feature seperti sokongan lumbar dan leher yang boleh laras, fungsi reclining, dan armrest yang boleh adjust jugak adalah sangat penting. Ciri-ciri ini bukan je menambah keselesaan, tapi jugak membantu untuk mendapatkan postur yang sihat bagi mengelakkan sakit badan akibat duduk lama.
Kualiti Material dan Ketahanan
Gaming chair ni macam satu pelaburan dan jarang dibeli, bila kualiti terbaik, mesti dia tahan lama dan berbaloi dengan duit yang korang keluarkan. Disebabkan tu, kitorang juga check material yang kerusi tu guna dan juga ketahanan dia. PU atau PVC leather berkualiti, mesh fabric yang breathable, dan padding yang tebal menjamin keselesaan untuk korang. Leather akan nampak lebih elegan dan senang nak dibersihkan, tapi fabrik mesh boleh mengelakkan belakang panas bila guna terlalu lama. Selain tu, kitorang juga review ketahanan rangka dan juga hydraulic kerusi tu, sebab ni adalah bahagian yang selalu rosak dulu.
Saiz dan Kegunaan
Semua orang tak sama saiz dia, jadi gaming chair yang boleh adjust seperti headrest, arm rest dan belakang dia adalah satu keperluan. Dalam review kitorang, ada kerusi yang boleh tampung sampai 150KG, jadi sesuai untuk mereka yang ringan dan yang berat. Selain tu, bila dia boleh diadjust ni, korang akan lebih selesa untuk main game atau kerja sebab postur dan posisi yang korang sesuai tu senang nak adjust.
Jadi, lepas kitorang teliti dan filter menggunakan point kat atas ni, kitorang dapat 5 kerusi game terbaik untuk korang. Jadi, sila review yang mana bersesuaian dengan korang, dan dapatkan sekarang!
Selamat memilih kerusi gaming!