5 Rak Dapur Terbaik Untuk Dapur Yang Tersusun, Bersih, Cantik

Share Post:

rak dapur terbaik

Dengan rak dapur yang moden dan cantik, korang akan mengubah dapur korang dari biasa-biasa ke luar biasa! Dapur akan nampak lebih kemas, tersusun dan menambahkan nilai estetik kepada mata yang memandang. Dari barang dapur seperti bekas rempah yang tersusun rapi ke botol sos yang teratur, dan juga tempat letak alatan seperti periuk dan kuali, rak-rak ni mesti buat korang teruja setiap kali ke dapur dan nak memasak. 

Di bawah ni, kitorang senaraikan 5 rak kabinet dapur yang mempunyai macam-macam ciri menarik dan design untuk korang pilih. Jom tengok rak mana yang sesuai untuk tema dapur korang!

Rak Dapur Pilihan Kitorang

Top Choice

Tengok Harga Rak Dapur Terbaik:

Korang tak perlu risau tentang saiz sebab rak ni ada 4 saiz berbeza dan dari 3-5 lapisan, menjadikan ia pilihan fleksibel untuk dapur korang. Dengan menggunakan bahan berkualiti yang boleh tahan sampai 35 KG, korang boleh letak macam-macam dalam rak tu. Barang korang jugak akan selamat dari habuk, lipas, tikus dan sebagainya sebab dia ada pintu bermagnet. Rak ni jugak boleh dilipat kalau tak digunakan dan boleh disimpan dengan senang. Satu ciri menarik yang tak dapat kat tempat lain. Untuk pasang dia pon tak susah, budak-budak pon boleh buat! Dengan design yang cantik dan kelebihan-kelebihan ni, menjadikan rak dapur ni Top Choice kitorang.

Best Seller

Tengok Harga Rak dengan Pintu Transparent:

Design rak ni memang estetik, korang atau pasangan korang pasti suka tengok rak di setiap kali masuk ke dapur. Dengan ‘clam shell design’ ni, bukan nak masuk dan keluarkan barang je jadi senang sebab ruang bukaan yang luas, barang jugak bebas dari habuk dan serangga macam lipas dan tikus. Korang jugak boleh tengok barang apa yang ada di dalam tanpa perlu bukak pintu dia sebab ada pintu para lutsinar. Dengan kualiti bahan yang digunakan, rak ni pastinya boleh tahan lama. Berbeza dengan rak boleh lipat tadi, pintu rak ni tak ada magnet, ini mungkin akan ditambah baik untuk model seterusnya, tapi bukan satu masalah yang besar. Nak memasang dia agak susah sikit, jadi perlu ikut manual dengan teliti. Rak ni memang ada beberapa kekurangan, tapi tak mengatasi kelebihan yang dia bagi kepada dapur korang nanti.

Oldschool

Tengok Harga Rak Buluh:

Rak ni ada 10 design yang menggamit nostalgia zaman dulu, zaman nenek dan opah kita, sebab reka bentuk klasik, old school dan unik ni. Walaupun rupa klasik, tapi kualiti rak ni tetap moden sebab boleh tahan sampai 100 KG. Dibuat dengan buloh berkualiti tinggi, rak ini cantik dan pasti tahan lama dengan jagaan yang betul. Satu kelemahan rak ni adalah arahan nak pasang dia dalam bahasa Cina! Tapi masih boleh diikuti sebab gambar arahan dia sangat detail. Disebabkan ciri-ciri menarik dan kualiti binaan dia, rak ini adalah pilihan terbaik kalau korang nak rasa nostalgia atau klasik ke dapur korang.

Paling Simple

Tengok Harga Rak Besi:

Rak ni design paling simple dan minimum, macam kat pasar raya tu. Bukan je boleh tahan sampai 150 KG sebab bahan yang kukuh dan berat, tapi jarak antara rak tu boleh diadjust dengan senang. Ikot korang nak luas macam mana rak tu, so boleh letak barang yang korang nak dengan senang. Dengan board yang ada besi kat tengah rak tu, ketahanan dia memang mantap. Cuma, kitorang rasa papan rak ni tak tahan air sebab bahan dia hanyalah habuk kayu, jadi, korang boleh letak plastik atau letak coating untuk jaga rak ni. Nak pasang pon sangat senang, tapi, mungkin perlukan 2 orang untuk pasang dengan cepat dan senang. Dengan bahan binaan yang bagus dan rak boleh adjust ikut suka korang, pastinya rak ni sesuai untuk kegunaan harian, walaupun design dia sangatlah simple.  

Paling kecik

Harga Rak Rempah:

Untuk rak terakhir dalam list kitorang ni, kitorang letak rak rempah. Bukan je untuk pastikan dapur korang tersusun, rak rempah ni memikat dengan design yang cantik dan estetiknya, bertambah cantik dapur korang. Menggunakan bahan logam karbon, pastinya rak ni kuat dan tahan untuk kegunaan lama, jadi korang tak perlu beli lagi rak rempah macam ni! Sebab saiznya yang kecik, rak ni sangat senang dipasang dengan ikut manual yang jelas. Pintu yang berat dan tertutup rapat akan pastikan barang korang selamat dan bersih. Rak rempah ni memang satu barang yang perlu untuk nampak dapur tersusun rapi!

Cara Kitorang Pilih dan Senaraikan Rak Terbaik

ciri drill terbaik

Untuk review kali ni, kitorang guna 5 kriteria sebagai kayu pengukur untuk dapatkan rak yang terbaik untuk dapur korang. Faktor-faktor penting ni menjamin korang dapat rak yang bukan je tahan lama, harga pon berbaloi dan pengguna lain pon guna dengan puas hati. Jom tengok apa yang kitorang nilai untuk list ni.

Design Rak

Reka bentuk dan rupa rak adalah point pertama yang kitorang nilaikan. Macam biasa, rupa yang cantik pasti menarik perhatian kita kan? So, dengan design yang cantik ni, pastinya akan menaikkan seri dan estetik dapur korang! Ni tak bermakna kitorang hanya pilih yang cantik je. Selepas kitorang dah tertarik dengan rupa rak tu, kitorang akan tengok faktor kedua pulak, iaitu…

Fungsi dan Kelebihan Rak

Rak yang kitorang tengok perlulah berguna dan banyak feature dia, bukan hanya cantik. Tak guna rupa cantik tapi sekadar ada 1 kelebihan je kan? Kitorang akan pastikan rak tu berfungsi dalam mengatur dan menyusun ruang dapur korang. Saiz, lebar, tinggi, pintu bercermin , ada roda, senang nak ambil dan letak barang menjadi satu faktor yang kitorang tekankan.

Keberkesanan Rak

Kebersihan dan kapasiti menjadi faktor ketiga kitorang tengok. Rak yang kitorang list mestilah tertutup rapat untuk melindungi barang dari kotoran, minyak, habuk dan paling penting dari serangga untuk menjaga kebersihan dan keselamatan barang korang.

Kualiti Bahan Binaan

Walaupun faktor ni bukan nombor 1 atau 2, ia juga sangat penting dan kitorang titik beratkan. Bahan yang digunakan untuk membuat rak tu penting kerana nak menjamin penggunaan yang lama dan bersesuaian dengan barang yang korang nak letak, mungkin korang nak letak pinggan, cawan, periuk dan belanga. Bahan berkualiti tinggi seperti besi dan logam karbon dipilih untuk memastikan ketahanan jangka panjang dan kekuatan yang diperlukan untuk menampung berat dan penggunaan harian.

Senang Ke Tak Nak Pasang?

Ni kriteria terakhir, tapi masih penting. Bak kata orang, last but not least. Rak yang kitorang review perlu senang dipasang sorang, ataupun, perlu 2 orang sahaja. Dalam senarai rak ni, ada rak yang senang dipasang, budak pon boleh buat! Ini faktor penting kerana bila senang pasang, korang boleh pasang dengan cepat dan gunakannya terus untuk organize dapur korang. Tak perlu pening!

Dengan follow faktor penting atas ni, kitorang dapat 5 rak dapur terbaik untuk korang guna di rumah korang. Pastinya list kitorang ni dapat bantu korang dalam membuat keputusan yang terbaik!

Kalau korang nak cari rak untuk keringkan pinggan pulak, boleh tengok artikel kitorang Top 5 Rak Pinggan Sinki Terbaik – Cantik, Tahan Lasak, dan Murah

Selamat menyusun dapur korang!

Nak cari info lain?

Review Projector terbaik
review aircond inverter
Lelaki memilih tumbler Montigo
baby gate review malaysia
lelaki memilih robot vacuum terbaik
memilih vakum tanpa wayar terbaik