Senarai Lengkap Barang Wajib Ada untuk Homestay Baru

Share Post:

Kalau korang tengah merancang untuk membuka homestay, menyediakan pengalaman terbaik kepada tetamu atau pelanggan adalah kunci kejayaan. Artikel ini memberikan senarai barang wajib yang perlu ada untuk homestay korang. Lengkap dengan tips praktikal, gadget pintar, dan barangan keselamatan untuk membantu korang bermula dengan langkah kanan dan menjamin kejayaan bisnes korang!

Barang Wajib Ada Untuk Homestay

1. Perabot Asas untuk Keselesaan Tetamu

Benda paling penting untuk satu-satu rumah homestay adalah keselesaan. Tetamu korang akan mengutamakan faktor ni. Berikut adalah beberapa perabot penting yang korang perlu ada:

Katil dan Tilam Berkualiti Tinggi: Pelaburan pada tilam yang selesa dapat memberikan tidur yang nyenyak untuk customer korang dan mengelakkan ulasan negatif akibat tidur yang tidak selesa. Selain tu, dengan tilam atau katil yang berkualiti, korang pastikan yang tak perlu selalu nak beli yang baru, biar sekali beli, tapi bertahun boleh pakai!

Tip: Pilih tilam tahan lama seperti jenis memory foam atau spring hybrid. Untuk pilihan tilam berkualiti, boleh tengok review kitorang, Top 5 Tilam Terbaik di Malaysia (Berjenama, Tebal, Selesa, Murah).

Meja dan Kerusi Pelbagai Guna: Sesuai untuk santai dengan keluarga, bekerja atau menjamu selera. Dengan meja yang berkualiti, korang akan menaikkan lagi estetik dan rasa selesa tetamu rumah korang. Ni juga menjadi tempat diorang akan spend banyak masa bersama, jadi, korang akan terselit dalam memori diorang!

Sofa atau Kerusi Rehat: Pastikan ruang tamu korang selesa untuk bersantai. Pilih sofa yang tahan lasak dan mudah dibersihkan, terutama kalau korang terima tetamu berkeluarga dengan anak-anak kecil.

Sofa bed adalah pilihan bijak untuk menambah ruang tidur tambahan. Fungsi 2-dalam-1 dia menjadikan korang jimat duit dan juga ruang! Selain tu, boleh diiklankan sebagai satu katil untuk naikkan caj korang. 

Selain tu, korang boleh tambahkan kusyen yang empuk untuk keselesaan lebih tinggi.

Jika ruang korang kecik, pertimbangkan kerusi rehat moden yang tidak memakan ruang besar tetapi tetap bergaya.

Extra Tip: Tambahkan lampu meja atau lampu lantai untuk pencahayaan yang selesa di waktu malam.

2. Peralatan Dapur untuk Kegunaan Tetamu

Dapur Homestay Terbaik

Dapur yang lengkap memberikan fleksibiliti kepada tetamu, terutamanya keluarga atau pelancong jangka panjang. Ada juga keluarga yang menekankan dapur yang penuh dan berfungsi sebab diorang nak masak makan malam atau sarapan bersama macam nasi goreng, mee goreng, nasi lemak, dan jugak berbarbekue. Pastikan korang menyediakan:

Peti sejuk: Untuk menyimpan makanan dan minuman. Pilih yang bersaiz sederhana dengan ruang penyejuk beku.

Peti ais memang menggunakan elektrik yang agak tinggi, jadi penting untuk korang pilih yang elok dan energy rating yang tinggi untuk menjimatkan kos elektrik. Untuk peti sejuk terbaik, korang boleh tengok review kitorang, Top 5 Peti Sejuk Terbaik – Besar, Berjenama, Jimat Elektrik, Cantik.

Ketuhar Gelombang Mikro dan Cerek Elektrik: Microwave dan cerek adalah alat yang perlu disediakan jugak. Ini memberikan kemudahan untuk tetamu nak panaskan makanan diorang, masak mee segera, ataupun bancuh kopi 3 in 1 diorang. 

Set Pinggan Mangkuk, Alat Memasak, dan Pisau Tajam: Jangan lupa periuk non-stick dan sudip silikon. Pastikan korang beli yang berkualiti supaya dia tahan lama dan menjimatkan kos korang.

Mesin Kopi atau French Press: Tarikan tambahan untuk pencinta kopi. Tapi ni adalah optional, lebih baik korang sediakan cerek elektrik dan berikan kopi bancuh segera je untuk diorang, ala-ala hotel mahal tu.

Pro Tip: Letakkan nota kecil dengan panduan penggunaan peralatan elektrik untuk tetamu. Selain membantu diorang menggunakan alat tu, ia juga pastikan diorang guna dengan betul dan memanjangkan jangka hayat alatan korang tu.

3. Barangan Kebersihan untuk Penjagaan Homestay

Barang Tandas Untuk Homestay

Selain keselesaan, kebersihan adalah perkara penting yang akan juga dinilai tetamu! Sediakan:

Tuala Bersih: Pastikan ia sentiasa bersih dan wangi. Korang boleh beli tuala dengan banyak dan murah di Shopee. Setiap kali pelanggan dah book, korang boleh sediakan tuala baru. Ini mungkin nampak remeh, tapi ramai yang hargai tuala yang bersih, selesa dan wangi, termasuklah kitorang di Renovate-Rumah.com 🙂

Sabun Badan, Syampu, dan Tisu Tandas: Pilih saiz kecil atau botol dispenser untuk menjimatkan kos. Untuk ni, kitorang cadangkan korang membeli yang berbaloi sikit, bukan yang murah je. Mengikut pengalaman kitorang, yang murah ni kurang berbuih, jadi pengguna (kitorang) akan ambik lebih untuk mandi dengan puas. Memang korang jimat membeli, tapi kalah memakai!

Set Alat Pembersih: Penyapu, mop, dan tong sampah dengan penutup. Ni penting untuk penyewa homestay korang tu membersihkan sampah diorang semasa diorang tinggal kat situ. Selain tu, korang jugak boleh guna untuk bersihkan rumah dan sampah sarap bila diorang dah check out tu.

Bonus Tip: Tambahkan pengharum udara automatik untuk suasana lebih nyaman di ruang tamu, dapur dan juga tandas.

4. Gadget Pintar untuk Kemudahan dan Keselamatan

Smart Gadgets Untuk Homestay

Teknologi boleh memudahkan operasi homestay, menjimatkan masa korang dan meningkatkan keselamatan. Sekarang ni, barang teknologi dah murah dan meningkatkan nilai rumah korang. Antaranya:

Smart Lock dan Kamera CCTV: Membolehkan check-in tanpa kunci dan memastikan keselamatan tetamu. Selain tu, dengan smart lock, korang boleh hanya bagitahu kod akses je dekat penyewa dan diorang dah boleh masuk. Tak perlu korang pergi dan bagi kunci lagi! Menjimatkan masa dan menjaga privasi diorang kan? 

Untuk dapatkan smart lock yang terbaik, jom tengok review kitorang kat Smart Lock Terbaik 2025 Untuk Tingkatkan Keselamatan Rumah.

Selain tu, CCTV jugak wajib untuk setiap homestay ya. Ini untuk pastikan keselamatan penyewa dan juga kalau ada apa-apa yang terjadi di kawasan rumah, korang boleh tengok dan menjadikan bukti. Tapi, korang kena inform kepada penyewa ya yang ada rakaman tengah dijalankan. Jom tengok review CCTV berkualiti kitorang untuk dapatkan yang terbaik.

Lampu Pintar: Tetamu boleh mengawal pencahayaan dengan aplikasi. Selain kemudahan, smart light ni korang boleh set timer dia untuk menjimatkan penggunaan dan bil elektrik korang.

Wi-Fi Berkelajuan Tinggi: Zaman sekarang ni, kemana je mesti ada internet connection. Kalau tak, rasa tak lengkap dan menyusahkan kita untuk upload gambar Instagram atau tengok TikTok, kan? Korang kena pastikan ia stabil, terutamanya jika tetamu bekerja atau ingin menonton Netflix. Ini untuk keselesaan pengguna dan juga elakkan korang dari dapat review yang rendah dari anak-anak penyewa korang yang bergantung kat Wi-Fi 😛

Tip Tambahan: Letakkan arahan Wi-Fi yang mudah dan di tempat yang mudah dilihat.

5. Keperluan Bilik Tidur untuk Tidur Nyenyak

Barang Bilik Tidur Untuk Homestay

Ruang tidur yang selesa adalah keutamaan:

Aircond: Sekarang ni, orang memang wajib tidur dengan ada penyaman udara. Kalau tak, tak lena! Pastikan korang pilih yang inverter untuk penjimatan maksimum.

Tip Jimat: Tengok review aircond kitorang untuk yang berkualiti dan tahan lama, Top 5 Aircond Inverter Terbaik – Jimat Elektrik, Sejuk dan Berkualiti 

Set Katil Lengkap: Bantal tambahan dan selimut tebal untuk cuaca sejuk. Sebab dah ada aircond kan, ada pulak yang tak tahan sejuk nanti. Sebagai tambahan, pastikan korang ada tilam yang tebal, selesa dan bersih.

Almari atau Rak Penyimpanan: Kalau tak ada almari baju, mana customer korang nak letak baju, seluar dan barang diorang kan? Dapatkan almari yang berkualiti untuk pastikan korang hanya beli sekali je untuk beberapa tahun, jimat duit dan memaksimumkan keuntungan korang.

Untuk almari yang berbaloi dan berkualiti, jom tengok review kitorang ni, Top 5 Almari Terbaik – Cantik, Berkualiti, Senang Pasang, dan Luas

Cermin Penuh: Zaman sekarang ni zaman OOTD. Orang semua nak cantik supaya boleh bergambar dan upload kat media sosial diorang untuk kenang-kenangan. Cermin yang luas ideal untuk bersiap sebelum keluar. Mesti korang dapat review padu kalau ada ni!

Idea Menarik: Tambahkan plug USB di meja sisi katil untuk mengecas peranti.

6. Peralatan Tambahan untuk Keselesaan Maksimum

Perkara kecil boleh membuat pengalaman tetamu lebih menyeronokkan:

Pemanas Air di Bilik Mandi: Wajib ada untuk keselesaan. Macam aircond, ada orang yang dah biasa dengan water heater, jadi dia perlukan ni untuk kegunaan setiap hari.

Tip Padu: Untuk dapat water heater yang berkualiti dan berbaloi, tengok review kitorang, Top 5 Water Heater (Pemanas Air Mandi) Terbaik di Malaysia

Seterika dan Papan Seterika: Ada keluarga yang pentingkan penampilan, jadi diorang nak baju yang kemas dan bebas kedut. Bila baju dah masuk beg, mesti dah berkedut seribu punya. Jadi, korang boleh bantu diorang dengan sediakan seterika atau iron untuk kegunaan sepanjang sewa homestay tu.

Korang boleh tengok review ni, Top 5 Steam Iron Baju Terbaik – Berkuasa, Berkualiti dan Berbaloi

7. Tips Tambahan untuk Pengalaman Tetamu yang Hebat

Sediakan guide kawasan sekitar dengan maklumat tentang restoran halal, tempat pelancongan yang menarik, kedai viral dan pasaraya terdekat.

Letakkan senarai peraturan rumah dengan nada mesra, seperti larangan merokok atau waktu senyap.

Tambahkan item khas seperti payung, kit kecemasan, atau mainan untuk tetamu dengan anak kecil.

Menyediakan homestay yang lengkap bukan sahaja menarik lebih ramai tetamu, tetapi juga meningkatkan review rumah korang di platform seperti Airbnb dan Agoda. Ikuti panduan ini untuk memastikan homestay korang menonjol dan menjadi pilihan utama keluarga bila bercuti kat kawasan korang tu.

Semoga maju jaya!

Sebelum tu, kitorang ada satu surprise untuk korang tau. Bawah ni, adalah checklist untuk senang korang guna untuk mulakan homestay korang. Percuma je, kitorang belanja!

Nak cari info lain?

Mesin Basuh Inverter Vs Non Inverter
A Cartoonish Image Of A House On The Street
Baldi Mop Serbaguna
Dapur Homestay Terbaik
Tips Pindah Rumah Baru
Ruang Tamu Dengan Perabot Moden 2025