Top 5 Steam Iron Baju Terbaik – Berkuasa, Berkualiti dan Berbaloi

Share Post:

Review Steam Iron Terbaik Malaysia

Fungsi Steam Iron dan seterika konvensional ni sebenarnya sama. Masing-masing masih memerlukan air untuk membantu dalam proses melicinkan permukaan fabrik korang, bezanya adalah iron konvensional tidak dibekalkan dengan air sedia ada manakala steam iron zaman canggih sekarang, sudah mula dicipta bersama tangki air. Yelah, zaman makin moden kan. Mestilah apa-apa ciptaan atau rekaan perlu seiring dan sejalan dengan keperluan. Dan untuk wow factor, semestinya pelbagai lagi fungsi tambahan disertakan. Barulah berbaloi-baloi untuk dibeli. Harga mungkin jatuh nombor dua, yang utama ialah “memudahkan kehidupan seharian”. 

Macam dekat bawah ni kitorang dah senaraikan 5 steam iron yang terbaik untuk korang. Semua pilihan, kitorang dah review dengan teliti dan juga tengok apa kata pengguna lain yang dah beli mesin tu! Jadi, korang boleh buat pilihan bijak yang berbaloi untuk duit korang dan pastinya, memenuhi keperluan korang untuk iron baju!

Apa lagi? Jom tengok iron baju terbaik sekarang…

Steam Iron Pilihan Kitorang

Top Choice

Tefal Express Easy SV6116

  Jenama dipercayai

  Saiz kompak

  Steam yang kuat

  Stim cepat panas

  Warna cantik dengan design premium

  Ada ciri auto-off

  2200W

  4.9 bintang dari 860+ review

  2 tahun waranti

Tengok Harga Tefal Express Easy SV6116:

Tefal adalah jenama besar yang dikenali dan dipercayai. Bersaiz kompak (senang simpan dan bawa ke mana-mana). Power Steam yang kuat yang mana kedutan cepat hilang walaupun dekat jeans, seluar sekolah dan lain-lain. Tak ambil masa yang lama jugak untuk panas jadi cepat settle kerja. Warna rasmi Tefal, Navy Blue dengan design premium. Nampak macam mahal kan? Tapi harga permulaan hanya serendah RM310 sahaja. Dilengkapi dengan auto-off (untuk keselamatan), selain berkapasiti 2200W, Tefal Express Easy SV6116 ni juga memiliki 4.9 bintang dari 860+ review. Menarik kan? Dengan 2 tahun waranti. Satu-satunya yang offpoint bagi model ini ialah iron dia agak berat sedikit berbanding jenama lain. Sebab? Bahagian bawah iron ni ada ruang water storage yang besar untuk steam. On one part, tak perlu lah nak pakai spray air lagi. Mudah kan?

Best Seller

Gaabor 1200W Steam Iron

  Berkuasa 1200W

  Berkesan hilangkan kedutan

  Cepat panas

  Design sangat kompak

  Ringan

  Ada auto cut-off

  Warna menarik

  Menggunakan plug 3 pin

  4.9 star dari 4,100+ review

  Warranti setahun

Tengok Harga Gaabor 1200W Steam Iron:

Dengan kuasa 1200W, steam iron Gaboor ini boleh hilangkan kedutan yang ada dekat pakaian korang. Iron ni jugak cepat panas, secepat 3 saat tauu. Design yang sangat kompak. Siap pemegang boleh lipat, jadi senang untuk dibawa untuk travel. Best kan? Model ni juga lightweight. Baru 700+ gram je korang. Ada auto cut-off dan menggunakan plug 3 pin. Ia juga hadir dalam warna yang sangat sweet dan ada 4.9 star dari 4,100+ review. Cool kan. Waranti yang diberikan adalah setahun dengan harga permulaan serendah RM72 sahaja. Since iron ni agak kecil dan ringan, korang juga perlu ingat bahawa ia of course ada down side nya yakni tangki air yang agak kecik (120ml je) dan wayar agak pendek. Tapi kalau untuk travel atau anak-anak yang duduk asrama , agak worth it lah kan? Jimat duit dan ruang.

Senang Guna

MMX SteamPro 9005 & KB388 UltraLight

  Tangki 1.2L

  Ringan dan senang dibawa

  Hilangkan kedutan dengan cepat

  Wap kuat & konsisten

  Senang digunakan

  Selamat diguna atas pelbagai jenis kain

  2400W

  Ada fungsi descale

  4.9 star dari 1,800+ review

  Warranty sampai 2 tahun

Jom Tengok Harga MMX SteamPro 9005 & KB388 UltraLight:

Jenama MMX SteamPro 9005 & KB388 UltraLight kali ni mempunyai tangki 1.2L. Tangki besar, jadi tak perlu isi selalu. Tidak begitu berat jadi mudah untuk dialihkan. Moveable lah kiranya. Mampu untuk hilangkan kedutan dengan cepat setanding jenama mahal sebab model ni wap panas dia kuat & konsisten tau, jadi mudah untuk korang menggosok. Selain tu jugak, ianya mudah untuk digunakan sebab manual yang mudah untuk difahami turut disertakan. Selamat digunakan atas pelbagai jenis kain, dengan kuasa 2400W iron ni jugak ada fungsi descale. Maksudnya descale ni ibarat “flushing” tetapi bagi steam iron, kita nak flush mendapan- mendapan calcium dan chlorine yang ada dalam steam untuk jadikan iron tahan lama dan berfungsi lebih baik. Dengan 4.9 star dari 1,800+ review, ia juga datang dengan warranty sampai 2 tahun. Part yang tak bestnya cumalah, ada sedikit titisan air keluar bila guna butang steam.

Tangki Besar

Swiss Thomas Garment Steamer

  Steam yang panas dan pantas

  Ringan

  Design compact, cantik dan menarik

  Tangki 1.8L

  Senang nak pasang dan guna

  Sesuai untuk kebanyakan jenis fabric

  4.8 star dari 5,700+ review

  Warranty setahun

Jom Tengok Harga Swiss Thomas Garment Steamer :

Swiss Thomas Garment Steamer ni mempunyai steam yang panas dan pantas. Ia juga ringan, mudah dibawa dan dialihkan. Dengan design compact, cantik dan menarik, ia juga didatangkan dengan kapasiti tangki sebesar 1.8L jadi korang tak perlu nak isi air kerap-kerap. Model ni juga senang nak pasang dan guna. Nampak je macam complicated. Dengan 4.8 star dari 5,700+ review, steamer ni ada waranti setahun daripada pengeluar. Kekurangannya? Hose wap agak pendek dan cepat panas.

Berjenama

Panasonic HX-6198

  Design cantik & ergonomik

  Ringan & Senang dibawa

  Saiz kecil

  Cepat panas

  Steam yang kuat & panas

  Sesuai untuk kain tebal

  Guna plug 3 pin

  4.9 bintang dari 5,300+ review

  Warranty Setahun

Jom Tengok Harga Panasonic HX-6198 :

Model iron kalini adalah yang paling kecil yang kami review. Dengan design yang cantik & ergonomik, ianya paling sesuai untuk dibawa berjalan. Cepat panas dan mempunyai steam yang kuat & panas. Sesuai untuk kain tebal seperti jeans dan juga material tudung. Yang paling best, ia menggunakan plug 3 pin. Bukan plug 2 pin tau. Mesra penggunaan. Hehehe. Dengan 4.9 bintang dari 5,300+ review, Panasonic jugak bagi warranty setahun. Cuma kekurangannya ialah, tangki yang agak kecil.

Cara Kitorang Pilih Garment Steamer atau Steam Iron Terbaik

Lelaki Review Steam Iron Terbaik

Untuk senarai steam iron kali ni, ada 5 kriteria utama yang diambil kira untuk mendapatkan iron yang terbaik untuk rumah korang. Ini semua penting dalam menjamin iron baju yang korang dapat bukan sahaje yang tahan lama, harga berbaloi malahan function gile.  Yelah, kalau dah sekali keluar modal tu, mestilah kena puas hati kan? Maka dengan itu, jom tengok apa kriteria yang dipertimbangkan dalam posting kalini. Lets go!

Design Garment Steamer atau Steam Iron

Reka bentuk steam iron pun adalah antara salah satu kemestian dalam susun atur rumah sekarang kan? Mestilah nak sesuaikan dengan kawasan yang korang nak tempatkan iron baju korang tu. Korang lebih arif dengan reka bentuk yang diinginkan. Yang berdiri, yang besar, senang mudah alih ataupun yang travel friendly. Dari design jugak korang boleh agak berat bagi model-model steam iron ni. Barulah lebih mudah nak memilih. 

Fungsi dan Kelebihan Steam Iron

Iron-iron yang kitorang senaraikan ni perlulah berguna dan ada banyak feature dia, bukan hanya cantik. Sekarang ni semua pasal tu kan? Bahasa mudahnya kita panggil USP (unique selling point). Kitorang akan pastikan steam iron tu berfungsi dalam memudahkan dan selamat untuk digunakan dikediaman korang. Auto off, kapasiti tangki, kesesuaian untuk various fabric , steam power yang kuat, mudah alih dan macam-macam lagilah. Betapa kitorang ni nak memastikan korang boleh membeli dengan bijak dengan cara yang mudah. Best kan?

Keberkesanan 

Keberkesanan adalah faktor ketiga kitorang tengok. Setiap iron baju yang kitorang list mestilah berfungsi dengan baik untuk menghapuskan setiap kedutan dari permukaan fabrik milik korang. Yang lagi penting, laju kerja jimat masa. 

Waranti

Walaupun faktor ni bukanlah antara yang teratas, waranti adalah antara salah satu soalan yang pasti akan ditanyakan. Jadi dengan itu , kitorang pastikan model-model yang ada jangkamasa waranti yang good enough untuk korang. Tetapi korang kena ingat ye, waranti ni biasanya hanya cover jika ada kerosakan pada motherboard atau yang elektrikal je tau. Jangan korang yang rosakkan lepas tu claim. Tak boleh gitu tauuu..

Senang Ke Nak Guna?

Ni kriteria terakhir, tapi masih penting. Bak kata orang, the best for the last. Setiap garment steamer atau steam iron dalam list kitorang adalah amat mudah untuk digunakan dan dipasang. Easy to handle lah kiranya. Iron yang yang kitorang review senang dipasang walaupun secara bersendirian. Ini pun faktor penting kerana bila senang pasang, korang boleh pasang dengan cepat dan gunakannya terus untuk setelkan baju-baju korang. Ngam kan!

Dengan mengikuti semua faktor penting dekat atas ni, akhirnya dapatlah kitorang menyenaraikan 5 steam iron terbaik untuk korang gunakan. Semestinya senarai kitorang ni dapat bantu korang dalam membuat keputusan pembelian yang terbaik!

Selamat menggosok baju!! 

Nak cari info lain?

Review Power Scrubber Terbaik
Cuba Sofa Terbaik
Designer (7)
Lelaki memilih almari terbaik
Lelaki memilih lampu solar terbaik
dash cam review malaysia