Dapur Baru? Ini Barangan Wajib untuk Lengkapkan Dapur Korang!

Share Post:

Tahniah! Korang baru je berpindah ke rumah baru, atau mungkin ini kali pertama korang memiliki rumah sendiri. Kini tiba masa untuk melengkapkan dapur korang. Dapur ialah tempat “magik” berlaku – daripada menyediakan kopi pagi yang menyegarkan sampailah memasak hidangan istimewa untuk keluarga dan kawan-kawan yang datang melawat.

Dapur Kosong

Jika korang tertanya-tanya barang apa yang patut ada dalam dapur baru, jangan risau. Artikel ini adalah panduan lengkap, ada tips-tips, dan menyeronokkan untuk membantu korang melengkapkan dapur dengan barang-barang keperluan yang penting dan praktikal.


1. Peralatan Memasak Asas

Nak masak hidangan sedap? Korang perlukan peralatan asas yang berkualiti. Tak perlu terlalu mewah, cukup yang boleh digunakan untuk pelbagai jenis masakan.

Barang Keperluan:

  • Kuali Non-Stick: Pilih kuali dari jenama seperti Tefal, sesuai untuk tumis sayur, goreng ikan, ataupun buat pancake. Non-stick memudahkan pembersihan dan memerlukan kurang minyak, bagus untuk gaya hidup sihat dan kurangkan stress membasuh pinggan.
  • Periuk Pelbagai Saiz: Periuk besar untuk sup dan periuk yang kecik untuk rebus telur atau masak mi segera. Jenama seperti Meyer atau IKEA sangat disyorkan. Periuk stainless steel lebih tahan lama, manakala periuk non-stick sesuai untuk masakan yang boleh melekat.
  • Pisau Dapur: Cari pisau yang tajam dan tahan lama seperti daripada Victorinox. Bonus kalau beli set yang lengkap dengan gunting dapur. Pastikan korang ada pisau santoku, dia versatile untuk potong daging, sayur, dan pelbagai jenis herba.
  • Senduk dan Sudip: Sudip kayu, senduk sup, dan penyepit adalah must-have. Senduk silikon mesra kuali non-stick, selamat dan tak mudah cair.
  • Cutting Board: Papan pemotong kayu lebih lembut pada pisau korang, tapi yang plastik lebih mudah dicuci dan tak serap bau.

Tips Santai:

  • Kalau nak jimat, beli set peralatan dapur yang lengkap. Contohnya, set periuk dan kuali yang datang dengan penutup.
  • Jangan lupa apron! Ia elak baju korang kotor dan buat korang kelihatan lebih pro di dapur. Apron dengan poket sangat berguna untuk letak sudip atau kain lap.

Kuali Memasak


2. Alatan Memasak Elektrik

Barang elektrik bukan saja memudahkan kerja, tapi juga menjimatkan masa. Berikut ialah beberapa alat yang wajib ada untuk dapur moden:

Barang Keperluan:

  • Cerek Elektrik: Untuk buat teh atau kopi dengan cepat. Jenama seperti Russell Taylors atau Panasonic menawarkan pilihan mesra tenaga. Pilih cerek dengan kawalan suhu untuk hasil terbaik.
  • Pemanggang Roti: Pilihan terbaik untuk sarapan pagi yang ringkas dan sihat. Lihat jenama seperti Morphy Richards atau Philips. Toaster dengan slot lebar sesuai untuk roti tebal atau bagel.
  • Blender atau Pengisar: Nak buat jus atau kisar bawang, blender seperti daripada Panasonic atau Kenwood sangat berguna. Blender dengan fungsi pelbagai seperti pengisar kering untuk rempah lebih praktikal. Pastikan korang asingkan blender untuk buat jus dan memasak, supaya jus oren korang tak ada rasa cili atau bawang!
  • Microwave: Panaskan makanan dengan cepat tanpa perlu masak semula. Microwave dari Sharp atau Samsung sangat sesuai. Pilih model dengan grill untuk fungsi tambahan.
  • Air Fryer: Satu alat wajib yang perlu ada di setiap dapur sekarang ni, memudahkan korang nak memasak dan juga sihat, sebab menggunakan kurang minyak. Boleh cuba jenama seperti Philips atau Russell Taylors.

Tips Santai:

  • Pilih alatan elektrik yang mesra tenaga untuk jimat bil elektrik. Cari label tenaga dengan 5 bintang.
  • Kalau ruang dapur kecil, cari alatan kompak yang tak makan ruang. Microwave slim atau blender mini boleh jadi pilihan.

Electric Kettle And Microwave


3. Peralatan Penyimpanan Makanan

Dapur yang kemas dan teratur lebih menyeronokkan untuk digunakan. Penyimpanan makanan yang betul juga mengelakkan pembaziran.

Barang Keperluan:

  • Bekas Kedap Udara: Untuk simpan bahan kering seperti beras, gula, dan tepung. Selain mengekalkan freshness, bekas kedap udara juga sesuai untuk elakkan semut atau kelembapan.
  • Balang Kaca: Cantik untuk rempah atau kopi. Balang dari IKEA boleh jadi pilihan. Balang dengan penutup kedap udara memastikan aroma rempah kekal.
  • Klip Plastik: Untuk seal makanan yang sudah dibuka. Pilihan silikon tahan lebih lama dan mesra alam. Sangat sesuai untuk roti, ataupun paket-paket snack tu.
  • Rak Dapur: Tambahan ruang untuk pinggan atau cawan. Rak bertingkat sangat praktikal, terutamanya untuk dapur kecil. Nak contoh? Jom tengok review 5 Rak Dapur Terbaik Untuk Dapur Yang Tersusun, Bersih, Cantik.

Tips Santai:

  • Label setiap bekas untuk elak tersilap guna. Gunakan label tahan air supaya kekal cantik.
  • Gunakan bekas lutsinar supaya nampak kandungan dalamnya tanpa perlu buka.


4. Peralatan Membersih

Dapur bersih adalah dapur yang sihat untuk minda dan badan. Jangan lupa sediakan barang-barang ini untuk memastikan kebersihan dapur korang:

Barang Keperluan:

  • Span dan Berus Cuci Pinggan: Pilih yang berkualiti, seperti span antibakteria atau berus dengan pemegang sabun.
  • Sabun Cuci Pinggan: Pilih sabun mesra alam untuk kurangkan pencemaran.
  • Kain Lap Dapur: Untuk lap meja dan permukaan lain. Pilih kain microfiber kerana ia lebih efektif menyerap air dan kotoran.
  • Tong Sampah dengan Penutup: Elak bau dan kekotoran tersebar. Tong dengan pedal memudahkan penggunaan tanpa sentuh, jadi tangan korang kekal bersih.

Tips Santai:

  • Gantung kain lap di tempat yang mudah dicapai. Pilih cangkuk atau rail yang praktikal.
  • Letakkan tong sampah kecil berhampiran sinki untuk sisa kecil. Tong sampah dengan divider jugak sesuai untuk pengasingan sisa.

5. Pinggan Mangkuk dan Peralatan Makan

Tak lengkap dapur tanpa set pinggan mangkuk yang cantik dan berguna.

Barang Keperluan:

  • Pinggan dan Mangkuk: Pilih saiz sederhana dari jenama seperti Corelle atau Luminarc. Corelle tahan lasak dan ringan, sesuai untuk keluarga.
  • Gelas dan Cawan: Sekurang-kurangnya empat unit setiap satu. Gelas kaca tebal tahan lama dan kelihatan elegan.
  • Sudu, Garfu, Pisau Makan: Sediakan set lengkap untuk setiap ahli rumah. Set stainless steel dari IKEA sangat berbaloi.
  • Teko Air: Untuk tetamu atau majlis kecil. Pilih teko dengan penapis untuk minuman seperti teh daun.
  • Rak Pinggan: Ni untuk susun dan keringkan pinggan korang lepas basuh. Untuk lebih mudah, yang atas sinki, jadi air akan menitis terus ke dalam. Jom tengok review Top 5 Rak Pinggan Sinki Terbaik – Cantik, Tahan Lasak, dan Murah.

Tips Santai:

  • Pilih set dengan warna atau corak yang korang suka. Biar ceria makan setiap hari untuk korang dan anak-anak korang.
  • Gunakan rak pinggan bertingkat untuk jimat ruang. Rak dengan dulang bawah elak air bertakung.


6. Barangan Tambahan untuk Kesenangan

Nak dapur lebih praktikal dan seronok? Tambah barang-barang ini:

Barang Tambahan:

  • Pembuka Botol dan Tin: Untuk masa melepak atau memasak. Pilih pembuka botol multifungsi untuk pelbagai kegunaan dan menjimatkan ruang kat dapur korang tu.
  • Alatan Baking: Loyang, mixer, dan penyukat jika korang suka buat kek atau roti. Loyang silikon mudah dicuci dan tahan lama.
  • Penapis Air: Untuk pastikan air bersih. Penapis countertop seperti dari Coway atau Cuckoo sangat mudah dipasang. Untuk water filter yang terbaik, jom tengok review water filter kitorang.
  • Papan Menu atau Nota: Tulis senarai barang dapur atau resepi harian. Pilih papan dengan magnet untuk dilekatkan dekat peti sejuk.

Tips Santai:

  • Jangan beli kalau jarang digunakan. Simpan duit untuk barang lebih penting.
  • Pilih barangan yang mudah disimpan jika tidak digunakan, seperti loyang bertingkat.

Water Filter Terbaik


7. Petua Kekal Teratur di Dapur

Untuk dapur yang sentiasa kemas dan selesa digunakan, korang boleh:

  • Buat rutin kemas dapur setiap hari.
  • Simpan barang mengikut kategori – bahan masakan, peralatan memasak, dan alatan elektrik.
  • Guna rak dapur tambahan untuk maksimakan ruang.

Tips Tambahan:

  • Pasang cangkuk untuk gantung senduk atau kuali.
  • Jadikan dapur tempat yang selesa untuk memasak dan berkumpul. Letakkan radio kecil atau diffuser untuk suasana santai.

Dapur Homestay Terbaik

Melengkapkan dapur baru bukan hanya tentang fungsi, tapi juga keseronokan. Dengan senarai ini, korang boleh bina dapur yang lengkap, praktikal, dan cantik, sambil mengikut citarasa kitorang.

Selamat menghias dapur idaman korang!

Nak cari info lain?

Mesin Basuh Inverter Vs Non Inverter
A Cartoonish Image Of A House On The Street
Baldi Mop Serbaguna
Tips Pindah Rumah Baru
Barang Wajib Ada Untuk Homestay
Ruang Tamu Dengan Perabot Moden 2025