Vacuum Cordless vs Robot Vacuum: Mana Satu Patut Korang Beli?

lelaki fikir cordless vs robot vacuum

Zaman sekarang ni, ada dua pilih popular bila korang tengah mencari vacuum untuk rumah korang : cordless vacuum (vakum tanpa wayar) ataupun robot vacuum. Kedua-duanya ada kelebihan, memenuhi keperluan berbeza dan ciri yang unik, tapi mana satu yang sesuai untuk keperluan dan rumah korang? Dalam artikel ni, kitorang akan terangkan kelebihan dan kekurangan vacuum cordless atau robot ni, jadi korang boleh nilaikan sendiri yang bagus untuk korang.

1. Apakah Itu Cordless Vacuum dan Robot Vacuum?

Cordless Vacuum

cordless vacuums malaysiaKebelakangan ni, vakum tanpa wayar jadi pilihan yang popular atau viral sebab design dia yang ringan, fleksibel dan kuasa setanding vakum biasa dulu tu. Dah la senang dibawa, sedutan juga kuat dan boleh bersihkan lantai, karpet, kayu, tiles, siling dan juga sofa.

Selain tu, dengan design yang cantik dari Dyson, vakum macam ni dah menjadi status simbol keperluan orang rumah korang.

Robot Vacuum

robot vakumVacuum robot pulak memudahkan kerja korang, sebab dia membersih rumah secara automatik, jadi korang tak payah buat. Dia ada pelbagai ciri futuristik macam jadual pembersihan, dia boleh caj sendiri, elak melanggar barang ataupun jatuh dari tangga. Dia memudahkan kerja korang, menjimatkan masa dan menjadikan rumah korang bersih tanpa korang angkat mop atau penyapu.

2. Kelebihan dan Kekurangan Setiap Vakum

Kelebihan Vacuum Cordless:

  • Kuasa sedutan dia lebih kuat kalau dibandingkan dengan robot vacuum, jadi pembersihan dia lebih kuat.
  • Senang dibawa
  • Boleh diguna di pelbagai permukaan
  • Boleh membersihkan corners, tangga dan kawasan sempit dengan lebih baik.

Kekurangan Vacuum Cordless:

  • Korang kena bersihkan rumah sendiri
  • Bateri mungkin cepat habis kalau rumah korang besar
  • Perlukan ruang simpan yang agak besar

Kelebihan Robot Vacuum:

  • Jalan secara automatik, korang setkan jadual dan dia akan jalan sendiri
  • Menjimatkan masa dan tenaga korang
  • Design compact, jadi tak perlu ruang simpanan yang besar.

Kekurangan Robot Vacuum:

  • Kuasa sedutan kurang sikit berbanding vacuum cordless
  • Mungkin ada kesukaran nak bersihkan sudut atau kawasan sempit dengan elok
  • Harga lebih mahal, bergantung pada model dan ciri-ciri dia.

3. Prestasi: Kuasa Sedutan dan Bateri

Vacuum Cordless

Vakum jenis ni ada kuasa sedutan yang kuat, mengikut review Vacuum Cordless kitorang, paling kurang adalah 12,000 Pa. Sangat sesuai untuk membersihkan kotoran tebal dan juga bulu haiwan peliharaan korang. Selain tu, vacuum cordless ni ada yang boleh tahan dari 40-60 minit untuk satu caj, tapi bergantung kepada model dan jenis setting jugak.

Robot Vacuum

Sementara tu, robot vacuum ni kurang sikit kuasa sedutan dia, antara 2000 – 6000 Pa, berdasarkan dari review robot vakum terbaik kitorang. Tapi ni dah mencukupi untuk membersihkan habuk/debu harian dan bulu-bulu kecil kat rumah korang tu. Dia boleh berjalan dari sejam hingga 120 minit, dan bila bateri dah nak habis, ada model yang akan kembali ke base dia dan caj sendiri. Korang tengok je dia buat kerja!

4. Kemudahan dan Kawalan

Vacuum Cordless

Kalau korang jenis yang suka buat dan kemas rumah sendiri, mestinya vakum wireless ni menjadi pilihan korang. Sebab dia cordless, korang senang nak bawak dia kemana je dan bersihkan tempat macam tangga, celah-celah sempit atau kawasan yang tak boleh disinggah oleh robot vacuum.

Robot Vacuum

Alat ni memang direka untuk memudahkan hidup korang semaksimum mungkin. Korang just set dia kat application phone dia untuk dia bekerja tanpa mengganggu korang. Tapi, mungkin pembersihan dia tak seelok cordless vacuum disebabkan saiz dia yang jauh lebih kecik.

5. Penggunaan: Jenis Rumah dan Saiz

Rumah Besar

Kalau rumah korang agak besar, jadi cordless vacuum lebih sesuai sebab dia boleh membersihkan segala jenis permukaan dengan lebih baik. Jadi rumah korang bebas habuk, kotoran tebal, bulu binatang. Tapi, korang kena buat sendiri la. Mungkin lebih memudahkan kalau dibantu oleh robot vacuum untuk beberapa bilik/tempat.

Rumah Kecil atau Sederhana

Kalau korang tinggal kat rumah yang lebih kecil macam apartment, robot vakum adalah pilihan yang lebih baik dan praktikal. Robot ni ada kuasa yang cukup untuk bersihkan rumah yang kecil tanpa masalah. Jadi korang tak payah pening dah bila balik kerja tu nak kemas habuk-habuk sikit tu.

6. Harga dan Kos

Vacuum Cordless

Harga vacuum cordless ni biasanya jauh lebih murah berbanding robot vacuum, tapi ni bergantung kepada jenama dia jugak. Dari segi maintenance, korang kena ganti filter dia dan pastikan dia dicaj penuh sebelum setiap kali guna. Selain tu, korang kena fikir kos penukaran aksesori dan juga bateri kalau dia rosak. Tapi, kebanyakan vakum cordless ni low maintenance.

Robot Vacuum

Harga robot ni ada yang lebih tinggi dari vacuum cordless, terutama sekali kalau korang pilih model yang moden dan ada ciri canggih macam advance LiDar dan juga mapping yang lebih detail. Korang jugak kena ganti berus dan filter dia setiap beberapa bulan. Kos nak repair jugak  korang kena ambik kira bila ada isu sensor atau roda, jadi beli yang terbaik adalah pilihan yang bijak, supaya tahan lama.

Kesimpulan: Pilihan Terbaik untuk Korang

Akhir kata, memilih cordless vacuum atau robot vacuum ni bergantung pada keperluan dan gaya hidup korang. Kalau korang nak kuasa sedutan yang kuat, suka buat sendiri dan nak mengawal pembersihan rumah tu, vacuum cordless adalah pilihan yang terbaik. 

Kalau ini pilihan korang tapi tak tahu mana vacuum yang berkualiti, korang boleh tengok artikel kitorang ni, Top 6 Vacuum Cordless Terbaik – Sedutan Kuat, Berkualiti, Branded.

Tapi, kalau korang lebih pentingkan kesenangan, kemudahan dan mahukan rumah bersih secara automatik tanpa korang guna mop atau penyapu sendiri, robot vacuum adalah jawapan dia. 

Kalau ini lebih kepada style korang, boleh tengok artikel kitorang untuk Top 5 Robot Vacuum Terbaik – Berjenama, Sedutan Kuat, Berkualiti.

Dengan perbandingan ini, harapnya korang dah ada lebih info dan dapat membuat keputusan yang tepat untuk keperluan dan paling penting, bajet korang. Tiada pilihan yang salah sebab kedua-dua vacuum cordless dan robot vakum ni boleh pastikan rumah korang bersih dan memuaskan hati korang!

Peti Sejuk: 9 Tips Penting Jimatkan Duit & Bil Elektrik Setiap Bulan

Tips Guna Peti Ais

Peti sejuk kat rumah selalunya akan dibiarkan terpasang 24 jam sehari, 7 hari seminggu dan 365 hari setahun, off pon kadang-kadang bila kita balik kampung lama. Disebabkan tu, ia adalah salah satu peralatan rumah yang paling banyak menggunakan tenaga elektrik. Oleh itu, penting untuk korang pastikan ia berfungsi dengan cekap agar dapat menjimatkan bil elektrik dan duit korang setiap bulan. 

Sebelum tu, kalau korang tengah mencari peti ais baru, jom tengok review kitorang, Top 5 Peti Sejuk Terbaik – Besar, Berjenama, Jimat Elektrik, Cantik

Kitorang senaraikan 9 tips yang boleh membantu korang menjimatkan duit dan bil elektrik dengan peti ais, tanpa mengurangkan kualiti dia berfungsi:

1. Pilih Peti Sejuk yang Berkualiti dan Jimat Tenaga

energy efficiency label

Apabila membeli peti ais, pastikan korang memilih model yang mempunyai label penjimatan tenaga 4 atau 5 bintang di ENERGY EFFICIENCY LABEL. Peti sejuk yang jimat tenaga bukan je lebih mesra alam, tetapi juga mengurangkan penggunaan elektrik dan menjimatkan duit setiap bulan.

2. Tetapkan Suhu yang Sesuai

adjust suhu peti sejuk

Pastikan suhu dalam peti ais korang tak terlalu sejuk. Suhu yang ideal untuk peti sejuk adalah antara 1 hingga 4 darjah Celsius, manakala suhu peti sejuk beku (freezer) seharusnya ditetapkan pada -18 darjah Celsius. Suhu yang terlalu rendah akan menyebabkan penggunaan elektrik yang lebih tinggi.

3. Elakkan Meletakkan Makanan Panas Terus ke Dalam Peti Sejuk

makanan panas

Makanan panas akan menaikkan suhu dalam peti ais, menyebabkan ia bekerja lebih keras untuk menyejukkannya makanan tu dan isi yang lain. Biarkan makanan sejuk terlebih dahulu sebelum masukkan ke dalamnya.

4. Pastikan Pintu Peti Sejuk Ditutup Rapat

closing fridge door

Pintu peti ais yang tidak ditutup dengan rapat boleh menyebabkan udara sejuk keluar, membuatkan peti sejuk untuk bekerja lebih keras dan menggunakan lebih banyak elektrik. Pastikan pintu sentiasa ditutup dengan rapat dan periksa kedap pintu (gasket) secara berkala.

5. Susun Makanan dengan Teratur

Susunan makanan yang teratur bukan je menyenangkan korang cari apa yang korang perlukan, tetapi juga membantu aliran udara sejuk dalam peti ais. Ini akan memastikan suhu dalam peti sejuk kekal stabil dan berfungsi secara optimum.

6. Bersihkan Kondenser Secara Berkala

fridge condensor kotor

Kondenser yang kotor boleh menyebabkan peti sejuk bekerja lebih keras untuk mengekalkan suhu sejuk. Bersihkan kondenser di belakang atau bawah peti sejuk setiap 6 bulan sekali untuk memastikan ia berfungsi dengan cekap.

7. Jangan Isi Peti Sejuk Terlalu Penuh

Peti ais yang terlalu penuh akan menghalang aliran udara, menyebabkan suhu dalam peti sejuk tidak seimbang. Ini akan membuatkan peti sejuk bekerja lebih keras untuk menyejukkan setiap ruang dan menggunakan banyak tenaga.

8. Gunakan Peti Sejuk dengan Kapasiti yang Sesuai

Pilih peti sejuk dengan kapasiti yang sesuai dengan keperluan rumah korang. Peti ais yang terlalu besar untuk jumlah makanan yang sedikit akan menggunakan lebih banyak elektrik daripada yang diperlukan. Jadi, pastikan korang pilih saiz peti ais yang sesuai dan kena dengan kuantiti barang yang korang ada.

9. Elakkan Buka Pintu Peti Sejuk Terlalu Kerap

Setiap kali pintu peti dibuka, udara sejuk akan keluar dan suhu dalam peti ais akan naik. Ini akan membuatkan peti sejuk bekerja lebih bagi menyejukkan semula suhu dalaman. Kurangkan kekerapan membuka pintu peti untuk menjimatkan tenaga. Kalau buka pun, pastikan ditutup dengan cepat, atau minima je pembukaan tu.

Dengan mengikuti tips-tips di atas, korang bukan sahaja dapat menjimatkan bil elektrik, tetapi juga memanjangkan jangka hayat peti sejuk korang. Pastikan korang memilih peti sejuk yang berkualiti dan mengamalkan penjagaan yang betul untuk menikmati penjimatan yang lebih besar setiap bulan.

Semoga kitorang dapat membantu!

5 Tip Memilih Kontraktor Rumah Untuk Renovate Rumah Anda

Renovate rumah bukan suatu perkara yang patut diambil mudah. Hasil kerja tu kita akan pakai sepanjang usia kita atau rumah tu sendiri. Jadi, memilih kontraktor renovate rumah yang betul adalah penting sekali.

Renovation akan mengambil masa berminggu-minggu, berbulan-bulan dan juga bertahun-tahun untuk siap. Jadi, kalau tersalah pilih, anda akan hadap masalah dan pening kepala ini dengan lama!

Jadikan tips di bawah ini sebagai panduan dalam memilih kontraktor rumah yang terbaik.

1. Pastikan Syarikat Mempunyai Lesen Berkaitan

Kontraktor yang bertauliah dan berpengalaman sepatutnya mempunyai lesen perniagaan yang berdaftar dengan SSM seperti lesen ROB atau ROC.

Selain itu, mereka juga sepatutnya ada lesen kontraktor kelas F atau E. Setiap kontraktor yang berdaftar patut ada lesen ni.

Sebagai langkah ekstra, kita juga boleh check sama ada mereka berdaftar sebagai ahli persatuan kontraktor atau pemborong bahan binaan.

2. Rekod Kerja Yang Bagus

Lihat website atau media sosial mereka. Kontraktor yang mahukan job yang menarik pasti akan update website mereka dengan hasil kerja mereka. Disini anda boleh lihat sama ada kualiti mereka sama seperti apa yang dimaksudkan.

Untuk hasil kerja kami, anda boleh lihat di sini.

Kajian seperti ini bukan 100% tepat, tetapi perlu untuk tahu sama ada mereka ada banyak pengalaman atau tidak dalam renovation ini. Anda juga boleh gunakan peluang ini untuk mengintip/spy atau mengambil ilham untuk renovation anda sendiri.

Selain tu, anda juga boleh confirm sama ada kontraktor itu ada banyak pengalaman dalam renovation yang anda nak. Contohnya, kontraktor rumah tu ada pengalaman yang banyak dalam renovation banglo, atau rumah kos rendah, atau dia ada pengalaman yang hebat dalam renovate, kitchen cabinet atau extend dapur.

3. Lokasi Kontraktor Dekat Dengan Rumah Anda

Ini untuk menjamin mereka datang kerja dan siapkan dalam masa yang ditetapkan. Kalau anda tinggal di Rawang, tetapi ambil kontraktor di Putrajaya atau Shah Alam, ini akan memberi impak masa kepada meraka dan anda. Selain itu, kos perjalanan juga akan dikira dalam projek anda!

Tanpa sedar, ini akan tambah kos renovate untuk rumah anda. Kos yang tak memberi kesan sangat kepada rupa dan impian anda!

4. Harga Yang Berpatutan

Anda boleh survey kontraktor rumah sebelum anda memilih mereka. Anda boleh hubungi 2-3 kontraktor dan dapatkan sebutharga atau harga renovate rumah anda. Kontraktor yang bertauliah boleh memberikan anda sebutharga renovate dan kos renovate yang terperinci.

Dengan nilai yang anda ada ni, anda boleh pilih mana yang terbaik dan berpatutan. Tetapi, perlu ingat, murah tak semestinya bagus atau sebaliknya!

5. Senang Untuk Dihubungi

Tip terakhir ni ramai yang terlepas pandang. Kontraktor renovate rumah yang bagus akan senang dihubungi.

Bayangkan anda cuba hubungi dia tetapi susah dan dia tak return the call. Apa maksudnya? Sama ada dia terlalu busy atau pun dia tidak melayan sangat pelanggannya. Ini bukan saja akan menyusahkan anda, tetapi menyebabkan anda pening kepala nanti jika berlaku apa-apa masalah semasa renovate rumah nanti.

Jadi elakkan lagi bagus. Cari kontraktor yang lebih elok melayan pelanggan.

Idea Renovate Rumah Kos Rendah Tanpa Bajet yang Besar

Kami faham yang renovate rumah mungkin nampak di luar kemampuan atas sebab kesusahan kewangan atau kurang idea. Ini bukan halangan besar dan anda boleh buat untuk rumah anda sebenarnya!

Disini kami boleh bantu dan memberi idea untuk anda mengubah ruang rumah anda ke ruang yang selesa dan berguna untuk kehidupan keluarga anda, tanpa perlu keluarkan bajet yang banyak.

Kalau anda nak nak idea untuk bilik tidur, boleh baca Idea Renovate Bilik Tidur kami!

Maksimumkan Bajet Anda

Renovate rumah dalam bajet yang kecil tak semestinya perlu dapat barang yang tidak berkualiti atau tak cantik. Kami faham cabaran yang datang dengan bajet sebegini. Jadi, anda perlu pandai mencari atau menunggu peluang yang menarik untuk dapatkan barang-barang berkaitan. Barang-barang secondhand dapat menaikkan nilai rumah dan keselesaan anda!

Barang secondhand ni, bukan semuanya buruk. Ada rezeki anda, memang dapat yang 90% baru dan bersih lagi. Nak tau cari kat mana?

Anda boleh cari di;

Maksimumkan Ruang Anda

Selain bajet atau kos, ruang juga menjadi halangan untuk renovate rumah kos rendah ni. Tapi, dengan nasihat dan cadangan yang betul, ruang rumah boleh dimaksimumkan dan juga menjadi berguna. Tiada ruang yang terbazir dan tak sempit disebabkan barang-barang yang tak berguna.

Pastikan anda tahu saiz ruang dan juga ruang-ruang berjalan, supaya tak mengganggu kerja harian anda dan keluarga.

Dapatkan Nasihat dan Pandangan Pakar

Jikalau anda masih tak tahu macam mana nak mula, boleh dapatkan nasihat dan pandangan pakar kami! Selain dari idea untuk renovate rumah, anda juga boleh mendapatkan ruang rumah yang cantik dan menarik dengan pandangan interior design kami! Kami pakar renovate rumah dan interior design di Kuala Lumpur dan Selangor.

Anda perlu pastikan yang kontraktor anda pilih tu adalah betul, nak cari yang betul boleh baca, Tips Pilih Kontraktor Renovate Rumah yang Betul dari kami.

Selain dari tu, boleh tengok contoh renovation dan interior design untuk rumah kos rendah di bawah ni..

Idea Renovate Bilik Tidur

Ingat macam mana perasaan anda semasa masuk ke bilik hotel untuk bercuti? Anda boleh dapat the same feel setiap hari di rumah anda je.

Bilik tidur adalah bilik yang paling banyak kita habiskan masa. Lebih dari 6 jam sehari!

Jadi, bilik tidur idaman adalah sangat penting untuk mendapat rehat yang cukup, tempat release stress, tempat menyimpan barang dengan teratur dan selamat. Di sini adalah tempat anda meletakkan hal dunia di luar pintu. Disini tempat anda sepatutnya 100% tenang.

Tapi sebelum tu, pastikan anda tahu cara nak pilih kontraktor yang betul dan bertauliah!

Bawah ni, ada 6 idea yang anda boleh buat untuk bilik tidur anda!

Harap contoh diatas dapat bantu anda mendapat inspirasi untuk renovate bilik tidur anda. Kalau anda dah ada idea sendiri dan nak dijadikan kenyataan, atau perlukan nasihat untuk renovate bilik tidur anda, kami boleh bantu! Dan , kitorang juga boleh bantu korang dapatkan katil terbaik untuk bilik anda!

Selain tu, kalau anda nak, boleh baca post kitorang pasal katil terbaik di Malaysia dan tilam terbaik di Malaysia untuk menambahkan lagi seri dan kualiti bilik tidur!