Smart Lock Terbaik 2024 Untuk Tingkatkan Keselamatan Rumah

Share Post:

kunci pintu digital

Korang nak tingkatkan keselamatan rumah korang dengan teknologi moden yang lebih canggih? Smart door lock, digital lock atau kunci pintu digital adalah jawapannya. Dengan banyak ciri baru dan tahap keselamatan yang up-to-date, pastinya korang akan dapat tinggalkan rumah korang dengan tenang, sebab korang tahu ia dilindungi oleh kunci yang padu. Walaupun kadar jenayah tahun lepas Malaysia menurun, kita masih perlu berjaga-jaga. 

Bawah ni kitorang senaraikan 5 smart lock untuk korang pilih. Kitorang dah review setiap kunci digital yang boleh dijumpai dan senaraikan yang terbaik dan berbaloi untuk rumah korang.

Smart Door Lock Terbaik Pilihan Kitorang

Top Choice

Tengok Harga Smart Lock Dengan Kamera:

Ini jadi top choice kitorang untuk smart lock sebab feature dia sangat banyak ye. Dilengkapi kamera 750p HD, korang tak perlu bukak pintu untuk tengok siapa ada kat luar sebab ada display di bahagian dalam! Isteri, atau anak-anak korang boleh intai siapa diluar tanpa bukak pintu, pastinya tak merisaukan korang bila tak ada di rumah.  Dia juga akan rekod setiap kali pintu digunakan. Selain tu, korang boleh akses pintu ni guna cap jari, password, kad NFC, app phone ataupun guna kunci. Proses kesan cap jari lock digital ni sangat laju, so korang boleh masuk rumah dengan cepat. Paling hebat, kalau korang dapatkan model Wifi, korang boleh set lampu dan kipas untuk dihidupkan lepas je korang bukak pintu, menjadikan rumah korang, rumah pintar! Dengan warranty sampai 5 tahun, pastinya korang berpuas hati dengan smart lock ni!

Best Seller

Tengok Harga Kunci Pintu Digital Dengan Wifi:

Untuk smart door lock yang ni, korang boleh guna BlueTooth dan WiFi untuk buka pintu dan akses menggunakan finger print, password, kad NFC, guna kunci ataupun application diorang. Macam-macam cara ada! Dengan scanner cap jari yang pantas dan sensitif, korang dapat buka lock digital ni dengan cepat dan selamat. Sesuai untuk bukaan pintu kiri dan kanan, korang boleh rasa kualiti lock ni dengan bahan dia  yang premium dan berat. Kalau korang ada airbnb atau rumah sewa, boleh hantar password sementara kepada penyewa, sangat mudah untuk korang. Untuk pasang pulak, tak susah sebab ada instruction yang jelas dan korang boleh ikut dengan mudah. Untuk guna smart lock ni, korang perlu ada pintu tebal 35MM. Untuk setting awal kunci pintu ni agak rumit sikit, tapi takpe, demi keselamatan, kena buat.

Standard

Tengok Harga Smart Lock:

Kami panggil ini lock digital standard sebab design dia dan juga hanya ada 4 cara untuk buka pintu – cap jari, password, kunci dan NFC kad sahaja. Walaupun tu, ia tetap berguna untuk keselamatan. Ada fungsi virtual password yang memberikan keselamatan tambahan dari orang yang mengintai. Dengan design dan pembuatan yang berkualiti, serta ada pelbagai saiz untuk setiap pintu, pastinya kunci ni menambahkan nilai menarik kat pintu rumah korang. Dengan 4.9 star dari 200 review, pastinya ia smart door lock yang dipercayai. Walaupun begitu, dia tak ada application macam lock lain yang kitorang senaraikan, tapi, masih berfungsi dengan baik dan berbaloi. 

Oldschool

Tengok Harga Kunci Mangga Digital:

Ni design lain sikit dari smart lock yang kitorang listkan. Rupa dia lebih kepada mangga kunci biasa, tapi, tak sama ya. Dibuat dengan besi yang tebal, mangga pintar ni sangat selamat, kuat dan boleh diakses menggunakan cap jari, kata laluan, kunci dan juga kad NFC. Cap jari sampai 15 orang boleh disimpan dalam mangga ni, sesuai untuk keluarga yang besar atau rumah sewa kongsi. IP65 waterproof pulak membolehkan kunci ni diletak diluar rumah dan juga boleh diakses melalui aplikasi dia. Cap jarinya cepat detect, tapi kena pastikan jari korang kering dulu, kalau basah, akan ada sedikit masalah untuk dia detect dan membuka mangga. Sangat sesuai kalau korang nak kunci yang nampak oldschool, tapi ciri moden.

Paling Simple

Harga Smart Tombol:

Lock last sekali dalam list kitorang ni, adalah, tombol pintu. Sangat simple, sangat basic design dan features dia, tapi sangat berguna dalam menjamin keselamatan rumah korang. Tapi, design macam ni lebih sesuai untuk pintu bilik, atau pintu disebalik grill, dan untuk rumah sewa bujang. Walaupun tak secanggih smart door lock yang lain, tapi ia menjamin keselamatan dan juga kemudahan korang untuk keluar dan masuk dari rumah. Korang tak perlu masa yang banyak nak masukkan nombor password, hanya sentuh jari dan masuk rumah!

Kenapa Perlu Ada Smart Lock?

Ada beberapa sebab kenapa orang perlu ada kunci pintar ni. Antaranya adalah;

  1. Kemudahan

    Bila dah ada smart lock ni, dah menjadi satu kesenangan untuk kita. Kenapa? Tak payah dah nak bawak kunci, atau jaga kunci dari hilang. Korang boleh masuk rumah tanpa cari kunci dalam beg atau poket, hanya guna fingerprint, password atau aplikasi telefon je. Kan senang tu?

  2. Tingkatkan Keselamatan

    Dengan feature tambahan seperti virtual password dan log aktiviti, ada satu lapisan keselamatan tambahan diberi kepada rumah kita. Selain tu, kalau ambik yang ada kamera, ada juga rekod bergambar kalau ada apa-apa yang terjadi. Dan dengan majoriti lock kitorang ada aplikasi telefon, lebih senang nak set tahap keselamatan dan sebagainya.

  3. Jadikan Rumah Pintar

    Dalam list korang tadi, ada smart lock yang boleh integrate dengan sistem smart home korang, bila korang unlock je pintu, kipas dan lampu akan menyala sendiri, hasil setting korang. Selain tu, korang juga boleh kawal siapa keluar masuk rumah dari jarak jauh je menggunakan internet dan aplikasi lock tu sendiri.

  4. Ketenangan

    Bila keselamatan rumah korang dah menggunakan teknologi baru, pastinya korang akan lebih yakin untuk meninggalkan rumah. Tak mengatakan kunci atau lock lama tak bagus, tetapi, di zaman moden ni, kita perlu penyelesaian masalah moden jugak! So, dengan adanya akses yang lebih ketat ke rumah kita, pastinya kita boleh tidur atau pergi kerja dengan tenang.

  5. Gaya Hidup Moden:

    Dah tahun 2024, pastinya gaya hidup moden perlu dinaik taraf juga dari segi keselamatan. Dengan adanya digital lock macam ni, korang akan lebih menjaga keselamatan diri sendiri, keluarga dan harta benda di hujung jari je. 

Cara Kitorang Pilih Lock Digital Terbaik

making notes about the best smart lock

Untuk review lock pintar terbaik ni, kitorang guna beberapa kriteria untuk ratekan lock yang kami jumpa. Tapi, antara 3 ciri paling penting yang kami tengok dalam list ni adalah;

Keselamatan

Ini adalah kriteria pertama dan terpenting sekali. Smart door lock tu mestilah menjamin keselamatan penggunanya. Kami akan tengok kebolehan seperti pelbagai cara nak unlock dan ketahanan material (besi atau sebagainya) untuk menjamin tak boleh dipecahkan untuk masuk ke dalam rumah korang. Selain dari tu, kitorang juga tengok kepantasan fingerprint dia. Korang perlu akses yang pantas untuk keluar dan masuk dari rumah.

Penggunaan Yang Mudah

Senang nak dipasang, senang nak setup dan diguna menjadi ciri kedua untuk masuk dalam review kitorang. Setiap smart lock kitorang ada lebih dari 3 cara untuk unlock, memberi korang kebebasan untuk pilih cara mana yang terbaik dan memudahkan korang untuk keluar dan masuk rumah, sambil menjamin keselamatan yang tinggi. Ditambah dengan penggunaan aplikasi dan kamera, korang akan meningkatkan nilai kunci dan keselamatan rumah korang. 

Keserasian dan Kebolehan Integrasi

Last sekali, kunci atau mangga pintu ni akan dinilai dari segi feature tambahan dia atau kebolehan dia adapt dengan ciri lain di rumah korang. Selain dari keserasian dengan pintu korang, kitorang pentingkan juga integrasi dengan smart home. Contohnya seperti smart lock dengan wifi kitorang yang boleh disambung dengan sistem rumah korang. Bukan je menjamin keselamatan korang, tapi memberi nilai tambahan kepada korang yang baru sampai ke rumah!

Dengan menitik beratkan faktor-faktor diatas, korang dah dapat list smart lock yang bukan je memberi pelindungan kepada harta korang, tapi juga menaikkan taraf hidup dan ketenangan korang. Sekarang, korang hanya perlu tengok review kitorang dan pilih mana yang sesuai untuk rumah korang.

Selamat membeli smart lock!

Nak cari info lain?

lelaki review walking pad
Review Gaming Chair Terbaik
review stepper terbaik
Review Projector terbaik
review aircond inverter
Lelaki memilih tumbler Montigo