5 Kipas Berdiri Terbaik Malaysia – Angin Kuat, Berjenama, Berkualiti

Share Post:

lelaki dengan kipas berdiri terbaik

Baru balik dari luar rumah yang panas, korang cuba pasang kipas, tapi dia dah tak berpusing dah. Bertambah panas korang tengok! Sama ada korang tengah tengok tv, makan atau membaca buku, pastinya kipas berdiri menjadi satu alat yang penting di rumah korang. Daripada rupa yang cantik untuk menaikkan seri rumah korang kepada menyejukkan dalam rumah korang dengan angin kuat macam puting beliung, kipas berdiri yang terbaik menjadi satu pelaburan berbaloi untuk rumah korang.

Dalam post kali ni, kitorang akan menyelami dunia kipas berdiri untuk membantu korang mencari kipas yang berbaloi, mencari jenama kipas berdiri yang bagus dan berfungsi untuk sejukkan rumah korang. Kitorang akan review jenama, model-model terbaik di pasaran, senaraikan ciri-ciri paling padu dan harga kipas berdiri yang paling menarik. Sama ada korang tengah cari kipas yang senyap untuk bilik tidur, kipas yang kuat untuk pejabat rumah, atau kipas bergaya yang sesuai dengan ruang tamu moden, semuanya ada.

Jom tengok senarai kipas kat bawah ni…

Kipas Berdiri Pilihan Kitorang

Top Choice

Tengok Harga Kipas Berdiri Panasonic:

Kipas berdiri jenama Panasonic pastinya menjadi pilihan Top Choice kitorang kerana ia adalah satu jenama yang dipercayai. Pastinya kipas ini mempunyai kualiti tinggi yang mampu tahan bertahun-tahun, sama seperti brand Panasonic jugak. Korang boleh pilih kesejukan yang korang nak dengan kipas 3 bilah dan 3 kelajuan dia. Tapak dia yang kukuh dan berat akan buat kipas ni berdiri dengan mantap dan tanpa risiko jatuh atau terbalik. Ada tiga warna, Champage, Gris Fonce Brown dan Purplish Blue, bukan je sejukkan korang, kipas ni menaikkan lagi kecantikan dan estetik rumah. Kipas ni dilabel 5 bintang dalam Label Kecekapan Tenaga pastinya menjimatkan bil korang dengan penggunaan yang tinggi. Senang dipasang dengan mudah dan badan dia boleh diadjust tinggi mengikut apa yang korang nak, pastinya satu pilihan yang bijak. Selain tu, ada waranti 1 tahun tau!

Best Seller

Tengok Harga Kipas Berdiri:

Kipas berdiri 16 inci ni ada 5 bilah dan 3 kelajuan untuk menghasilkan angin yang senyap, tapi kuat untuk menyejukkan bilik korang. Tapak dia yang kuat dan kukuh akan membuat kipas ni stabil dan tak mudah terbalik. Boleh dipasang dengan senang dan cepat, pastinya korang boleh pasang kurang dari 10 minit je. Walaupun agak ringan,diperbuat daripada plastik, dan tak ada rating penjimatan tenaga, kipas ni adalah pilihan yang bersesuaian dengan harga dan kualiti dia. Dengan lebih 8,600+ unit dah terjual dan lebih 3,400 review, ianya adalah salah satu kipas best seller yang kitorang dah review. 

Pilihan Bajet

Tengok Harga Kipas Simmo:

Kipas jenama Simmo adalah pilihan yang sesuai untuk korang yang nak jimat dan pilihan bajet.Design dia simple dan sangat senang dipasang, korang boleh pasang sendiri atau dengan seorang kawan dah cukup. Angin dia pun kuat macam kipas mahal dan juga tak bising sangat bunyi dia, pastinya korang sejuk tanpa gangguan bunyi. Tapi, kipas ni agak ringan dan kurang stabil, agak bahaya kalau ada budak kecik, takot terjatuh. Saiz dia tak terlalu tinggi dan plastiknya agak lembut, tapi, kipas ini sesuai dengan kualiti dan harga dia.

Industrial

Tengok Harga Kipas Berdiri Industrial:

Kipas ni ada 3 kelajuan, tapi nombor 1 pon dah cukup kuat, sebab industrial fan kan. Tapak dia berat untuk keselamatan dan kestabilan kipas ni. Dia ada saiz 20,26 dan 30 ini dan direka dengan design bilah yang lain macam sikit untuk hasilkan angin yang kuat dan jauh, boleh sampai 10 hingga 12 meter tau! Kipas ni boleh guna lama, sampai 72 jam tanpa masalah. Selain tu, kipas ni ada warranty 2 tahun, jadi korang tak perlu risau pasal ketahanan dia. Walaupun bising sikit sebab kualiti industri, dia tetap dapat 4.8 stars dari 1,200+ ulasan tau!

Kuat & Jimat

Harga Kipas 18 inci:

Untuk kipas terakhir dalam list kitorang ni, kitorang letak kipas yang ada sampai saiz 18 inci. Ada 3 speed, tapi ikut review, nombor 1 satu dah cukup kuat nak sejukkan korang, tapi dia agak bising sikit. Untuk keselamatan dan kestabilan, kitorang tengok tapak dia berat supaya dia lebih stabil dan tak senang nak jatuh. Dengan 650 review, dia dapat 4.7 bintang.Walaupun bunyi agak bising dan step pemasangan yang mengelirukan, prestasi dan kualiti dia sangat hebat ya, sesuai dengan harga dia. 

Apa kriteria untuk kipas berdiri terbaik?

cara pilih kipas berdiri

Untuk list kipas kali ni dan untuk memastikan korang dapat kipas berdiri terbaik yang bukan je sejukkan korang, ada 3 kriteria utama yang kitorang tekankan;

Kekuatan Angin

Apa guna kipas besar tapi angin tak kuat kan? Kriteria utama adalah hasil angin yang kita boleh rasa dari kipas tu sendiri. Ini penting untuk kesejukan yang cepat untuk setiap ruang bilik. Kitorang akan pilih kipas yang ada aliran udara angin  yang kuat, walaupun guna nombor 1 je. Selain tu, ia jugak efisien dalam penggunaan elektrik ya!

Kestabilan dan keselamatan

Ini adalah faktor yang penting, keselamatan. Lebih-lebih lagi kalau ada anak kecik atau haiwan peliharaan di rumah. Kitorang akan pastikan kipas tu mempunyai tapak yang berat dan kukuh untuk elakkan dia jatuh atau terbalik. Kalau kipas tu stabil, akan tahan lebih lama selain dari menjamin keselamatan korang dan orang di rumah.

Pemasangan senang

Disebabkan korang akan beli secara online, mestinya perlu pemasangan sebab dalam kotak tu takkan nak letak satu kipas yang dah siap kan? Kitorang tau yang bukan semua orang ada skill macam Bob The Builder, boleh buat pelbagai kerja di rumah. Sebab tu, kitorang akan titik beratkan kesenangan nak pasang kipas tu. Setiap kipas perlu ada step pemasangan yang jelas dan ringkat, untuk mudah korang atau sesiapa pon pasang. Ikut review, paling lama nak pasang pun 20 minit, paling cepat 10 minit. Jadi, tak perlu masa yang lama sangat nak rasa sejuk!

Dengan gunakan kriteria diatas ni, kitorang yakin pilihan kipas kitorang ni mestinya menjadi pilihan berbaloi dan akan berguna untuk kegunaan rumah korang nanti!

Kalau korang tengah cari kipas siling pulak, boleh tengok artikel kitorang, Top 5 Kipas Siling Terbaik di Malaysia 2024 – Besar, Kuat dan Sejuk

Tapi, kalau korang nak lebih sejuk, boleh tengok review Portable Aircond Terbaik kitorang.

Selamat memilih kipas!

Nak cari info lain?

lelaki review walking pad
Review Gaming Chair Terbaik
review stepper terbaik
Review Projector terbaik
review aircond inverter
Lelaki memilih tumbler Montigo