Apa Tu Plaster Siling?
Plaster ceiling adalah sebahagian daripada reka bentuk dalaman rumah. Untuk mencantikkan bahagian dalam rumah, terutamanya siling, kita akan gunakan plaster. Ia dibuat bersama dengan kemasan lantai dan dinding.
Selain tu, plaster juga digunakan untuk menyorokkan wayar atau lampu dan menjadikan ruang anda lebih estetik dan moden. Selain cat dinding yang menarik, plaster juga menaikkan seri dinding dan siling.
Apa Pulak Cornice Ceiling?
Cornice siling (atau kornis) adalah hiasan atau acuan yang diletakkan di bucu permukaan antara dinding dan siling. Ia untuk menambahkan lagi kecantikan, elegen dan visual siling rumah anda.
Dibuat daripada bahan seperti plaster, kayu atau sebatian sintetik, cornice datang dalam pelbagai gaya. Daripada reka bentuk klasik terperinci yang rumit kepada profil yang anggun dan moden. Selalunya, ia gunakan untuk plaster siling l box.
Jenis-Jenis Plaster Ceiling
- PVC
- Flat Top
- L Box
- Moden
Perlu Ke Plaster Siling Ni?
Sebenarnya, tak wajib pon nak buat plaster ceiling rumah ni. Sebabnya, binaan dah cantik dan sesuai untuk diduduki. Tetapi, kalau nak nampak lebih cantik, elegan dan jugak menaikkan nilai rumah, mesti kena buat.
Selain harga rumah naik, mata kita pon sejuk je memandang design menarik setiap kali duduk di rumah.Boleh jadi cantik macam duduk di hotel.
Berapa Harga Plaster Ceiling
Harga sangat memainkan peranan penting. Ada je kontraktor rumah yang bagi harga murah. Tetapi, adakah bagus? Dapat plaster siling murah ni adalah satu perjudian yang tak patut diambil.
Kenapa? Sebab siling satu benda yang perlu tahan lama. Anda buat sekali, ia patut tahan bertahun-tahun lamanya.
Selalunya, antara RM700 – RM2000. Ini adalah harga untuk plaster ceiling biasa sahaja. Kalau design complicated atau geometri, boleh pergi berpuluh ribu.
Selain kualiti yang terbaik, anda juga akan dapat hasil yang berbaloi dengan apa yang anda bayar!