Vacuum Cordless vs Robot Vacuum: Mana Satu Patut Korang Beli?

Share Post:

lelaki fikir cordless vs robot vacuum

Zaman sekarang ni, ada dua pilih popular bila korang tengah mencari vacuum untuk rumah korang : cordless vacuum (vakum tanpa wayar) ataupun robot vacuum. Kedua-duanya ada kelebihan, memenuhi keperluan berbeza dan ciri yang unik, tapi mana satu yang sesuai untuk keperluan dan rumah korang? Dalam artikel ni, kitorang akan terangkan kelebihan dan kekurangan vacuum cordless atau robot ni, jadi korang boleh nilaikan sendiri yang bagus untuk korang.

1. Apakah Itu Cordless Vacuum dan Robot Vacuum?

Cordless Vacuum

cordless vacuums malaysiaKebelakangan ni, vakum tanpa wayar jadi pilihan yang popular atau viral sebab design dia yang ringan, fleksibel dan kuasa setanding vakum biasa dulu tu. Dah la senang dibawa, sedutan juga kuat dan boleh bersihkan lantai, karpet, kayu, tiles, siling dan juga sofa.

Selain tu, dengan design yang cantik dari Dyson, vakum macam ni dah menjadi status simbol keperluan orang rumah korang.

Robot Vacuum

robot vakumVacuum robot pulak memudahkan kerja korang, sebab dia membersih rumah secara automatik, jadi korang tak payah buat. Dia ada pelbagai ciri futuristik macam jadual pembersihan, dia boleh caj sendiri, elak melanggar barang ataupun jatuh dari tangga. Dia memudahkan kerja korang, menjimatkan masa dan menjadikan rumah korang bersih tanpa korang angkat mop atau penyapu.

2. Kelebihan dan Kekurangan Setiap Vakum

Kelebihan Vacuum Cordless:

  • Kuasa sedutan dia lebih kuat kalau dibandingkan dengan robot vacuum, jadi pembersihan dia lebih kuat.
  • Senang dibawa
  • Boleh diguna di pelbagai permukaan
  • Boleh membersihkan corners, tangga dan kawasan sempit dengan lebih baik.

Kekurangan Vacuum Cordless:

  • Korang kena bersihkan rumah sendiri
  • Bateri mungkin cepat habis kalau rumah korang besar
  • Perlukan ruang simpan yang agak besar

Kelebihan Robot Vacuum:

  • Jalan secara automatik, korang setkan jadual dan dia akan jalan sendiri
  • Menjimatkan masa dan tenaga korang
  • Design compact, jadi tak perlu ruang simpanan yang besar.

Kekurangan Robot Vacuum:

  • Kuasa sedutan kurang sikit berbanding vacuum cordless
  • Mungkin ada kesukaran nak bersihkan sudut atau kawasan sempit dengan elok
  • Harga lebih mahal, bergantung pada model dan ciri-ciri dia.

3. Prestasi: Kuasa Sedutan dan Bateri

Vacuum Cordless

Vakum jenis ni ada kuasa sedutan yang kuat, mengikut review Vacuum Cordless kitorang, paling kurang adalah 12,000 Pa. Sangat sesuai untuk membersihkan kotoran tebal dan juga bulu haiwan peliharaan korang. Selain tu, vacuum cordless ni ada yang boleh tahan dari 40-60 minit untuk satu caj, tapi bergantung kepada model dan jenis setting jugak.

Robot Vacuum

Sementara tu, robot vacuum ni kurang sikit kuasa sedutan dia, antara 2000 – 6000 Pa, berdasarkan dari review robot vakum terbaik kitorang. Tapi ni dah mencukupi untuk membersihkan habuk/debu harian dan bulu-bulu kecil kat rumah korang tu. Dia boleh berjalan dari sejam hingga 120 minit, dan bila bateri dah nak habis, ada model yang akan kembali ke base dia dan caj sendiri. Korang tengok je dia buat kerja!

4. Kemudahan dan Kawalan

Vacuum Cordless

Kalau korang jenis yang suka buat dan kemas rumah sendiri, mestinya vakum wireless ni menjadi pilihan korang. Sebab dia cordless, korang senang nak bawak dia kemana je dan bersihkan tempat macam tangga, celah-celah sempit atau kawasan yang tak boleh disinggah oleh robot vacuum.

Robot Vacuum

Alat ni memang direka untuk memudahkan hidup korang semaksimum mungkin. Korang just set dia kat application phone dia untuk dia bekerja tanpa mengganggu korang. Tapi, mungkin pembersihan dia tak seelok cordless vacuum disebabkan saiz dia yang jauh lebih kecik.

5. Penggunaan: Jenis Rumah dan Saiz

Rumah Besar

Kalau rumah korang agak besar, jadi cordless vacuum lebih sesuai sebab dia boleh membersihkan segala jenis permukaan dengan lebih baik. Jadi rumah korang bebas habuk, kotoran tebal, bulu binatang. Tapi, korang kena buat sendiri la. Mungkin lebih memudahkan kalau dibantu oleh robot vacuum untuk beberapa bilik/tempat.

Rumah Kecil atau Sederhana

Kalau korang tinggal kat rumah yang lebih kecil macam apartment, robot vakum adalah pilihan yang lebih baik dan praktikal. Robot ni ada kuasa yang cukup untuk bersihkan rumah yang kecil tanpa masalah. Jadi korang tak payah pening dah bila balik kerja tu nak kemas habuk-habuk sikit tu.

6. Harga dan Kos

Vacuum Cordless

Harga vacuum cordless ni biasanya jauh lebih murah berbanding robot vacuum, tapi ni bergantung kepada jenama dia jugak. Dari segi maintenance, korang kena ganti filter dia dan pastikan dia dicaj penuh sebelum setiap kali guna. Selain tu, korang kena fikir kos penukaran aksesori dan juga bateri kalau dia rosak. Tapi, kebanyakan vakum cordless ni low maintenance.

Robot Vacuum

Harga robot ni ada yang lebih tinggi dari vacuum cordless, terutama sekali kalau korang pilih model yang moden dan ada ciri canggih macam advance LiDar dan juga mapping yang lebih detail. Korang jugak kena ganti berus dan filter dia setiap beberapa bulan. Kos nak repair jugak  korang kena ambik kira bila ada isu sensor atau roda, jadi beli yang terbaik adalah pilihan yang bijak, supaya tahan lama.

Kesimpulan: Pilihan Terbaik untuk Korang

Akhir kata, memilih cordless vacuum atau robot vacuum ni bergantung pada keperluan dan gaya hidup korang. Kalau korang nak kuasa sedutan yang kuat, suka buat sendiri dan nak mengawal pembersihan rumah tu, vacuum cordless adalah pilihan yang terbaik. 

Kalau ini pilihan korang tapi tak tahu mana vacuum yang berkualiti, korang boleh tengok artikel kitorang ni, Top 6 Vacuum Cordless Terbaik – Sedutan Kuat, Berkualiti, Branded.

Tapi, kalau korang lebih pentingkan kesenangan, kemudahan dan mahukan rumah bersih secara automatik tanpa korang guna mop atau penyapu sendiri, robot vacuum adalah jawapan dia. 

Kalau ini lebih kepada style korang, boleh tengok artikel kitorang untuk Top 5 Robot Vacuum Terbaik – Berjenama, Sedutan Kuat, Berkualiti.

Dengan perbandingan ini, harapnya korang dah ada lebih info dan dapat membuat keputusan yang tepat untuk keperluan dan paling penting, bajet korang. Tiada pilihan yang salah sebab kedua-dua vacuum cordless dan robot vakum ni boleh pastikan rumah korang bersih dan memuaskan hati korang!

Nak cari info lain?

lelaki memilih robot vacuum terbaik
memilih vakum tanpa wayar terbaik
review cctv terbaik
Designer (1)
Tips Guna Peti Ais
lelaki pilih peti sejuk

Dah Bersedia Cipta Rumah Idaman Anda?

Hubungi Kami Sekarang dan Dapatkan Kontraktor Renovate Rumah Terbaik!

Consultation adalah PERCUMA!