Macam yang anda tahu, terdapat banyak perkara penting yang perlu diketahui sebelum membuat keputusan untuk renovation rumah. Ini lebih perlu diteliti kerana ia melibatkan jumlah duit dan kos yang tinggi!
Kalau anda merancang untuk renovate rumah atau renovate bilik tidur, pemilihan kontraktor adalah sangat penting. Sebaiknya jangan tergesa-gesa dalam membuat pilihan untuk mengambil kontraktor yang menawarkan harga paling murah sahaja. Sebelum membuat keputusan, baiklah untuk memahami dan mengikuti tips ringkas yang akan kami berikan. Selain dari tu, boleh juga dapatkan idea renovate rumah tanpa kos yang besar.
Kenapa jangan pilih kontraktor berdasarkan harga murah sahaja? Sebab banyak kes kontraktor lari dan tak siapkan projek kerana modal tak cukup dan akhirnya, tuan rumah juga yang rugi. Terpaksa cari kontraktor rumah baru lagi!
Ni beberapa tips yang kami boleh share untuk anda supaya anda dapat cari kontraktor yang terbaik!
Senaraikan Kontraktor Renovate Yang Anda Jumpa
Dapatkan beberapa kontraktor yang berkelayakan, stabil dari segi kewangan, pengurusan syarikat, sumber manusia, serta efisyen dan baik dari segi mutu kerja. Lakukan servey terlebih dahulu dan dapatkan semua data, maklumat, rekod prestasi, dan pengalaman kerja kontraktor-kontraktor tersebut.
Anda boleh layari laman web mereka, ataupun buat carian Google dan tengok review mereka. Ini dapat menunjukkan apakah feedback yang diberikan oleh customer mereka untuk projek-projek sebelum ni. Ini adalah review kami.
Jangan hanya memilih kontraktor berdasarkan recommend dari rakan atau ahli keluarga tanpa membuat kajian sendiri. Ini boleh, tetapi, pastikan anda dah lihat hasil kerja mereka. Anda boleh lihat hasil kerja kami.
Dapatkan Quotation Renovation
Selain daripada harga, anda juga perlu mendapatkan cadangan pelan renovation serta spesifikasi untuk kerja-kerja yang akan dilakukan oleh kontraktor tersebut. Ingat, tidak semestinya anda harus memilih kontraktor yang menawarkan harga yang paling rendah, tetapi yang terpenting adalah harga tersebut sepadan dengan cadangan dan kualiti kerja yang akan dilakukan.
Selain dari tu, anda dan kontraktor anda akan tahu dengan tepat spesifikasi serta apa yang anda nak lakukan untuk renovation rumah anda. Ini menjadikan fahaman anda selari dan tak ada miscommunication dalam apa yang anda hendak. Jimat masa dan sakit kepala!
Buat Kontrak Dengan Kontraktor Anda
Ini untuk melindungi diri anda setelah anda memilih kontraktor yang anda rasa paling berkelayakan. Sediakan satu kontrak renovate rumah yang memuatkan terma dan syarat-syarat kerja yang kontraktor tersebut perlu patuhi.
Senaraikan juga tanggungjawab dan hak anda terhadap kontraktor tersebut. Jika anda memiliki modal lebih, anda boleh melantik seorang peguam yang berpengalaman untuk menyediakan kontrak ini. Ini dapat melindungi hak dan kepentingan anda, terutamanya jika kos renovasi mencapai ratusan ribu ringgit!
Ini tak wajib dilakukan, tapi kalau anda nak lebih selamat, boleh buat.
Pilih Lebih dari Satu Kontraktor
Saya mencadangkan anda untuk memilih lebih daripada 1 kontraktor rumah. Lantik beberapa kontraktor yang berbeza dan mahir dalam bidang kepakaran masing-masing. Contohnya, jika mereka mahir dalam kerja-kerja pasang konkrit dan tiles, lantik 1 kontraktor untuk kerja-kerja berkaitan kabel dan elektrik. Lantik lagi 1 kontraktor lain untuk menangani kerja-kerja berkaitan bidang mereka.
Ingat, tidak semua kontraktor mahir dalam semua bidang pembinaan.
Jangan Bayar Seluruh Jumlah Renovation Rumah Anda
Ini satu step yang perlu ditekankan. Saya mengesyorkan anda untuk membayar mengikut kemajuan kerja. Apabila kerja sudah siap dan mengikut semua perancangan dan spesifikasi, serta mutu kerja memuaskan hati anda, baru anda boleh melakukan pembayaran.
Sebagai jaminan, pastikan anda mempunyai sumber kewangan yang mencukupi untuk membayar kontraktor. Anda boleh membuat bayaran harga kontrak kepada peguam anda sebagai penjaga wang, dan peguam anda akan melepaskan bayaran tersebut secara berperingkat kepada kontraktor apabila kerja pada peringkat tersebut telah selesai.
Ini dapat menjaga hak anda dan juga kontraktor untuk memastikan kedua belah pihak tidak diambil peluang atau ditipu. Tetapi, dengan bantuan peguam, pasti ada tambahan kos kepada anda.
Di atas adalah beberapa tips yang anda boleh guna untuk memilih kontraktor yang sesuai untuk renovation rumah anda. Tapi jangan risau, kami adalah profesional dan berpengalaman dalam bidang ini!