Top 5 Projector Terbaik – Full HD, Ada Speaker, Android, Berkualiti

lelaki tengok movie di projektor

Korang dah bosan tengok TV saiz kecik dan nak rasa macam tengok movie dekat wayang, tapi dekat rumah je? Gunakan projektor! Projektor zaman sekarang ni ada macam-macam teknologi moden, berkualiti, tahan lama, mudah diguna dan juga ada kualiti gambar yang sangat padu, boleh sampai 4K tau. Projektor sekarang ni pon bukan macam dulu, saiz dia dah kecik dan senang nak dibawak ke mana je, sama ada korang buat movie night kat ruang tamu, bilik tidur, atau bawak pegi staycation, semua boleh! Paling best, korang dapat gambar besar, tanpa belanja besar beli TV saiz besar! Siap boleh tukar-tukar saiz display lagi.

Untuk memudahkan korang, kitorang dah review beberapa projector dan senaraikan 5 yang terbaik. Bukan je berkualiti, tapi jugak berbaloi dengan harga yang korang beli. Jom tengok review kitorang dan dapatkan projektor berkualiti sekarang! Mana tahu, korang boleh buat wayang sendiri kat rumah?

Projector Pilihan Kitorang

Top Choice

GOOJODOQ Mini Projector

  Gambar clear

  1080p tapi support 4K

  Built-in speaker sedap

  Android 9

  Gambar clear walaupun terang

  Senang set dan guna

  Boleh connect WiFi dan phone

  15,500 Lumens

  Hayat lampu >50,000 jam

  4.9 star dari 1,200+ review

Tengok Harga Projektor GOOJODOQ:

Top Choice kita kali ni adalah projektor mini GOOJODOQ. Projekor ini menawarkan kualiti gambar yang sangat clear dengan speaker built-in yang sedap bunyi dia. Walaupun dalam keadaan yang terang, kualiti gambar tetap jelas. Senang untuk disetup dan digunakan. Projector ni jugak boleh sambung dengan WiFi dan telefon. Support resolusi 4K walaupun output asalnya 1080p. Dengan 15,500 lumens, menggunakan Android 9, dan lampu yang tahan lebih 50,000 jam, ia sangat dipercayai dengan rating 4.9 bintang dari 1,200+ review. Cuma kekurangan adalah warranty yang tidak berapa jelas.

Best Seller

HY300 Pro

  Menggunakan Android 11

  Gambar 720p sampai 1080p

  Boleh cast dari phone

  Boleh connect WiFi

  Boleh adjust sampai 180 darjah

  4.9 star dari 415 review

  Warranty setahun

Tengok Harga HY300 Pro:

Projector ni menggunakan sistem Android 11 dan resolusi full HD 720P dan boleh mencapai 1080p. Ia boleh diadjust sampai 180 darjah, jadi korang boleh tengok di dinding ataupun siling rumah korang! Dia boleh sambung dengan WiFi dan jugak cast terus dari telefon. Dia dapat rating 4.9 bintang dari 415 review dan ada warranty setahun. Dengan ciri-ciri ni, tak terkejut dia adalah projector best seller, sebab dia adalah pilihan yang bagus. Tapi, ikot review kitorang, built-in speaker dia kurang kuat, tapi boleh sambung dengan speaker korang untuk bunyi lagi padu.

Paling Smooth

A10 Smart Projector

  Guna Android 11

  Sangat smooth, tak lag

  Support sampai 4K

  Speaker agak kuat dan jelas

  Boleh pusing sampai 360 darjah

  Design simple, senang dipasang

  12,000 Lux

  4.9 star dari 120+ review

Tengok Harga Projektor A10:

Projektor A10 sangat smooth dan tak lag sebab dia guna Android 11. Dia boleh support sampai 4K dan bunyi speaker dia agak kuat dan clear. Dia boleh dipusing sampai 360 darjah, senang dipasang kat dinding atau mana-mana je sebab design dia simple je. Gambar terang dengan kekuatan 12,000 lux dia. Dari 120+ review, dia dapat 4.9 star. Tapi, remote dia agak lemah, korang kena point tepat kat projector baru detect dan bunyi kipas dia agak kuat.

Berbaloi

GOOJODOQ Portable Projector

  Support sampai 4K HD

  Guna Android 11

  Saiz kompak, senang dibawa

  Boleh rotate sampai 270 darjah

  Terang sampai 6000 lumens

  Speaker agak okay.

  4.9 star dari 334 review

Tengok Harga GOOJODOQ Projector:

Satu lagi projektor dari jenama GOOJODOQ, tapi kali ni untuk model lain yang lebih kecik. Dia lengkap dengan Android 11 dan display boleh sampai 4K. Dia mencapai 6,000 lumens dan boleh diadjust sampai 270 darjah. Saiz dia kecik dan mudah dibawa, jadi korang bukan boleh je pakai kat rumah, nak camping pon boleh bawak. Speaker built-in dia agak okay, tapi kalau pasangkan ke soundbar lagi padu. Dia dapat 4.9 bintang dari 224 review, jadi ia projektor portable yang senang nak dibawa kemana pon.

Budget Friendly

Q3 Pro

  Menggunakan Android

  Full HD 1080p

  Lampu tahan 30,000 jam

  6,500 lumens

  Ada tripod sekali

  review 5.0 bintang

  Warranty 12 bulan

Tengok Harga Q3 Pro:

Projektor terakhir dalam review kitorang ni, menggunakan sistem Android dengan resolusi Full HD 1080p. Jadi gambar movie yang korang tengok tu mesti jelas. Dengan ketahanan bulb (lampu) dia sampai 30,000 jam dan kekuatan cahaya 6,500 lumens, ia sepatutnya tahan lama dan sesuai untuk penggunaan jangka panjang. Projekor ini juga dilengkapi dengan tripod, jadi korang boleh letak dimana je korang nak. Dia ada waranti selama 12 bulan dan rating dia 5.0 bintang, menjadikannya pilihan yang sangat dipercayai dan berbaloi.

Cara Kitorang Pilih dan Senaraikan Projektor Terbaik

Review Projector terbaik

Di bahagian akhir ini, kitorang nak kongsikan tiga kriteria utama yang diambil kira semasa review setiap projector untuk senarai kami. Kitorang review berpuluh projektor, tapi menggunakan filter 3 benda ni, dapatlah 5 projector berbaloi untuk korang.

Kualiti Gambar

Kualiti gambar  merupakan kriteria paling penting untuk pastikan projektor yang dibeli tu berbaloi. Kitorang tengok resolusi seperti 720p, 1080p, hingga 4K. Jumlah lumens (kecerahan) pon kitorang tekankan untuk memastikan projektor mampu memberikan visual yang tajam dan jelas, walaupun dalam keadaan bilik yang lebih terang. Semakin tinggi resolusi dan lumens, semakin baik projector untuk gambar yang jelas.

Ciri-Ciri Tambahan

Selain gambar yang cantik, projektor jugak patutnya senang digunakan, dari nak memasang dia sampailah nak connect ke telefon, WiFi, laptop dan speaker external korang tu. Ditambah dengan operating system dia menggunakan Android, kebolehan cast dari phone dan ada connection WiFi menjadikan projektor tu lebih praktikal dan berguna. Selain tu, kebolehan kita untuk adjust projektor tu ke mana-mana angle yang kita nak pon penting jugak, jadi kita boleh guna kat mana-mana permukaan pon.

Ketahanan dan Warranty

Akhir sekali, kitorang tekankan ketahanan dan juga waranti dia, biar berbaloi dari segala segi. Dia mesti tahan lama untuk memberi pulangan yang terbaik dengan belian kita. Disebabkan tu, jangka hayat lampu (bulb) projektor tu juga diambil kira supaya dia boleh tahan bertahun lamanya. Untuk memberikan produk yang berkualiti kat korang, pastinya waranti memainkan peranan. Ini kerana, syarikat mesti memberi waranti yang lama untuk produk yang dia yakin je kan? Selain menyelamatkan korang dari produk yang teruk, dia macam jaminan untuk kualiti produk dia lah.

Sebelum kitorang lupa, kalau korang lebih berminat nak cari Smart TV yang terbaik, boleh tengok review kitorang, Top 5 Smart TV Terbaik di Malaysia 2024 – Besar, HD dan Berkualiti.

Selamat memilih projektor!

Top 5 Montigo Bottle Terbaik – Cantik, Tahan Lama, dan Berkualiti

review montigo

Korang dah lama perhatikan jenama Montigo yang berasal dari Australia ni kan? Asyik nampak orang bawa botol, cawan, atau tumbler dia yang cantik dan stylish? Tapi, bila tiba masa nak beli, korang jadi ragu-ragu – tak pasti mana yang sesuai dengan keperluan dan gaya hidup korang. Lagipun, harga dia bukan harga marhaen, jadi mestilah korang nak pastikan pilihan tu berbaloi, kan?

Jangan risau, sebab kali ni kitorang dah buat kerja keras untuk korang! Dalam review ni, kitorang senaraikan 5 tumbler Montigo terbaik – sesuai untuk pelbagai situasi. Nak guna kat rumah, bawa ke office, gym, atau masa travel, ada je tumbler yang sesuai. Bukan je cantik, tapi juga tahan lama dan berkualiti, jadi korang takkan rasa menyesal bila beli. 

Dengan design yang estetik dan pelbagai warna yang menarik, Montigo bukan sekadar tumbler biasa. Selain tu, dengan pelbagai saiz dan ciri hebat yang ada macam penutup anti-tumpah, tahan panas atau sejuk berjam-jam, korang pasti akan jumpa tumbler yang perfect untuk korang. So, jom kita tengok pilihan terbaik yang ada. Siapa tahu, mungkin korang akan terus jatuh cinta dengan salah satu dari senarai ni!

Montigo Tumbler Pilihan Kitorang

Top Choice

Montigo Ace Bottle Mega

  Kapasiti 950ml

  Tahan panas 16 jam & 10 jam untuk sejuk

  Ada 7 warna pastel & moden

  Design simple & aesthetic

  Ada pemegang plastik

  Senang dicuci

  5.0 star dari 4,000+ review!

  Warranty 2 tahun

Tengok Harga Ace Bottle Mega:

Top Choice Tumbler Montigo kitorang adalah Ace Bottle Mega. Botol ada pemegang bersaiz 950mL ni cantik, estetik dan simple dengan 7 warna pastel dan modern dia. Warna yang ada Sunset Coral, Marigold, Stone Grey, Dark Teal, Black, Frozen dan Timberwood. Korang boleh isi sekali dan minum, tak payah nak refill banyak kali dah. Jimat masa korang. Selain tu, untuk panas, dia tahan sampai 16 jam, dan sejuk sampai 10 jam. Memang lama, tapi mengikut review, ada yang tahan sejuk sampai satu hari! Bottle ni jugak senang nak dicuci sebab mulut dia yang besar, tangan orang pon boleh muat. Dia dapat 5.0 bintang dari 4,000 review, menjadi bukti yang ni pilihan bijak. Ditambah dengan waranti selama 2 tahun, pastinya berbaloi untuk korang beli!

Best Seller

Ace Bottle Medium

  Kapasiti 530ml

  Tahan Panas 12 jam, sejuk tahan 8 jam

  Ada 7 warna yang menarik

  Ada penutup anti-tumpah

  Bebas BPA/BPS

  Saiz sesuai untuk satu tangan

  5.0 dari 2,3000 rating

  Warranty 2 tahun

Tengok Harga Ace Bottle Medium:

Tumbler Ace Medium ni ada kapasiti 530ml dan datang dengan 7 warna menarik, Sunset Coral, Marigold, Stone Grey, Teal, Frozen, Black dan Timberwood. Jadi, korang boleh sesuaikan dengan estetik korang. Dia boleh kekalkan air panas sampai 12 jam, dan air sejuk sampai 8 jam. Tapi, mengikut review, panas boleh tahan lebih lama. Tapi, jadi suam sikit lah. Kalau letak air sejuk dan ais, lama baru ais cair. Dari pagi sampai petang korang boleh nikmati air korang tu. Datang dengan penutup anti tumpah dan bebas BPA/BPS, ia selamat untuk korang atau ahli keluarga korang guna. Senang nak bawak dia sebab saiz dia sesuai untuk satu tangan. Ramai dah beli disebabkan dia dapat 5.0 dari 2,300 review dan ada warranti 2 tahun.

Tak Mudah Tumpah

Sense Coffee Cup

  Kapasiti 340ml

  Panas tahan sampai 8 jam

  8 warna cantik & premium

  Botol design heatproof

  Penutup anti tumpah

  Tapak bergetah

  Material berkualiti & senang pegang

  Bebas BPA/BPS

  4.9 star dari 1,600+ review

  Waranti 2 tahun

Tengok Harga Montigo Sense Coffee Cup:

Sense Coffee Cup ni ada kapasti 340ml dan datang dengan 8 warna cantik dan premium, jadi korang boleh sesuaikan dengan estetik harian korang! Boleh kekalkan minuman panas sampai 8 jam, tapi cawan ni kekal sejuk di luar sebab design dia heatproof. Ada penutup anti-tumpah (leakproof  lid) dan tapak getah yang buat dia tak mudah bergerak, menjamin kebersihan dan keselamatan korang. Material dia berkualiti ,so  ia mudah dipegang dan bebas BPA/BPS, jadid ai selamat digunakan. Dengan rating 4.9 dari lebih 1,600 review dan waranti 2 tahun, tumbler ini memang pilihan bijak dan stylish!

Senang Dibawa

Bliss Ace Bottle Medium

  Berkapasiti 530ml

  3 warna soft & cantik

  Kekal Panas 12 jam, sejuk 8 jam

  Berat yang sesuai

  5.0 bintang dari 850+ review

  Waranti 2 tahun

Tengok Harga Bliss Ace Medium:

Ace Bottle saiz medium ni ada kapasiti 530ml. Dia hanya ada 3 warna, iaitu Lavender, Mango dan Nectarine, warna yang soft, cantik dan minimalis. Boleh kekalkan suhu air panas sampai 12 jam dan air sejuk sampai 8 jam. Dia tak berapa berat, jadi tumbler ni senang nak dibawa ke mana je dan pada masa yang panjang. Menggunakan bahan bebas BPA dan BPS, ianya selamat digunakan dan juga environment friendly. Dia dapat rating 5.0 dari lebih 850+ review, jadi orang sangat percaya kat kualiti dia, ditambah dengan waranti 2 tahun dari Montigo, mesti korang puas hati beli ni!

Saiz Besar

Montigo Knight's Tumbler

  Kapasiti 590ml

  Sejuk sampai 12 jam

  Ada 6 warna menarik

  Penutup anti-tumpah (spill)

  Tiada kondensasi

  Bebas BPA/BPS

  Senang dibasuh

  5.0 star dari 370+ review

  Waranti 2 tahun

Tengok Harga Knight's Tumbler:

Montigo Knight’s Tumbler 590ml ini datang dengan 6 warna menarik dan mampu mengekalkan minuman sejuk hingga 12 jam. Design dia tak berpeluh (tiada kondensasi), jadi tangan, barang, meja korang akan kekal bersih dan kering. Dengan penutup anti-tumpah dan mulut yang besar, ia senang dibasuh, sangat praktikal dan menjamin kekeringan korang. Selain tu, diperbuat dari bahan bebas BPA/BPS jadi ia selamat digunakan setiap hari. Dengan rating 5.0 daripada 370+ review dan waranti 2 tahun, tumbler ini adalah pilihan yang bijak.

Honorable Mention

Bliss Ace Bottle Mega

  Kapasiti 950ml

  Suhu panas tahan sampai 16 jam, sejuk 10 jam

  Ada 3 warna pastel menarik

  Ada Ace Cap anti-bocor

  Bebas BPA/BPS

  Senang nak dicuci

  4.9 star dari 900+ review

  Waranti 2 tahun

Tengok Harga Montigo Bliss Ace Bottle Mega:

Montigo Bliss Ace Bottle Mega ni berkapasiti 950ml. Dia ada 3 warna pastel menarik dan boleh kekalkan minuman panas hingga 16 jam dan sejuk selama 10 jam. Dilengkapi dengan Ace cap anti-bocor, pastinya takde tumpahan atau kebocoran masa korang bergerak. Design dia mudah dicuci sebab mulut botol dia besar. Diperbuat daripada bahan bebas BPA/BPS, tumbler ini selamat digunakan setiap hari. Dengan rating 4.9 daripada lebih 900 ulasan dan waranti 2 tahun, ia adalah pilihan tahan lama dan bergaya untuk korang.

Cara Kitorang Pilih dan Senaraikan Bottle Terbaik

Lelaki memilih tumbler Montigo

Dalam review kali ni, kitorang dah tengok pelbagai jenis tumbler keluaran Montigo ni. Untuk senaraikan yang terbaik, kitorang tekankan 3 ciri penting untuk memastikan kita puas hati bila beli dan dapat guna dia untuk masa yang panjang.

Kapasiti dan Saiz

Kita ni ada pelbagai jenis keperluan dari segi minuman harian ni. Disini kitorang pastikan ada pilihan yang berbeza saiz dan kapasiti, dari 340ml sampailah 950ml. Kalau korang jenis yang nak isi air sehari sekali je, boleh pilih saiz yang lebih besar, seperti 950ml. Tapi kalau korang nak yang kompak atau untuk guna on-the-go, 340ml lebih ideal. Dalam review kitorang perkara ni dijadikan keutamaan sebab nak bawa kemana je jadi lebih senang nanti.

Ketahanan Suhu Air

Apa guna ada tumbler tapi air panas tahan sejam dua je kan? Tumbler yang baik boleh kekalkan suhu minuman korang untuk tempoh yang lama. Sama ada korang suka minuman panas atau sejuk, bottle ni sesuai, sebab boleh tahan paling kurang 10 jam, sama ada untuk air sejuk atau panas. Montigo memang terkenal dengan keupayaan mengekalkan suhu minuman dengan baik, jadi tak perlu risau minuman korang cepat hilang sejuk atau panas!

Reka Bentuk dan Ciri Tambahan

Nak nampak cantik atau estetik juga kitorang tekankan dalam review ni. Design yang menarik dan ergonomik penting supaya korang senang nak guna tumbler,cup atau bottle dia setiap hari. Dengan ciri macam penutup anti-tumpah, bebas BPA/BPS, dan mudah dibasuh, pastinya memudahkan lagi hidup korang. Selain tu, keselamatan material yang digunakan juga kitorang tengok, memstikan korang sihat dan tumbler tu senang dipegang tanpa rasa terlalu berat atau licin.

Setiap tumbler dalam senarai ni dipilih berdasarkan kriteria-kriteria penting tadi– kapasiti, ketahanan suhu, dan reka bentuk keselamatan. Tak kira sama ada korang perlukan tumbler untuk kerja, bersantai di rumah, atau beraktiviti di luar, ada pilihan yang sesuai untuk setiap situasi. Dengan pelbagai warna menarik dan ciri-ciri premium, Montigo tumbler bukan je cantik dipandang, tapi juga tahan lama dan praktikal.

Selain dari waranti sampai 2 tahun, korang jugak boleh pegi ke kedai fizikal yang berdekatan dan engrave kat botol tu ye!

Jadi, jangan tunggu lagi! Pilih tumbler yang sesuai dari senarai kitorang , buat pembelian sekarang, dan rasai sendiri kualiti premium yang ditawarkan.

Selamat memilih Montigo bottle!

Top 4 Baby Gate Paling Selamat untuk Lindungi Si Manja di Rumah

baby gate review malaysia

Tak ada benda yang lebih penting lagi selain keselamatan anak kecil atau bayi korang. Bila dia dah mula merangkak dan explore rumah tu, bahaya boleh ada di mana-mana. Dari tandas, tangga yang curam, atau dapur yang ada macam-macam bahaya tu, memang sangat berisiko untuk budak kecik kalau kita tak ambil langkah pencegahan yang sepatutnya. Kita bukan selalu boleh pantau dia, jadi, kat sinilah gunanya baby gate atau pagar bayi.

Pagar keselamatan bayi ni boleh menghalang diorang dari masuk ke kawasan yang bahaya ni dan korang tak perlu risau atau pening. Bukan je boleh digunakan untuk melindungi baby, tapi juga memudahkan korang nak mengawas dia, sebab pergerakan dia akan terhad.

Dalam review kali ni, kitorang memilih 5 baby gate terbaik yang bukan je berkualiti, tapi jugak tahan lama dan praktikal untuk korang guna di rumah. Kalau korang nak ketenangan minda dan memastikan anak korang selamat, inilah benda yang korang kena beli sekarang. Jom baca review kat bawah ni dan pilih pagar bayi yang sesuai untuk korang hari ni.

Baby Gate Pilihan Kitorang

Top Choice

Mamakiddies Baby Gate

  Panjang dari 75CM- 350CM

  Senang nak dipasang

  Pintu boleh buka 2 arah

  Boleh buka guna satu tangan je

  Auto lock bila pintu tutup

  Dibuat dari bahan berkualiti

  4.7 bintang dari 2,000+ review

  Warranty 2 tahun

Tengok Harga Baby Gate Mamakiddies:

Top Choice kitorang untuk baby gate kali ni adalah dari jenama Mamakiddies. Dia ada panjang/lebar dari 75CM sampailah ke 350CM, jadi korang boleh pilih mana yang sesuai. Pintu yang dibuat dari bahan berkualiti dia ni boleh dibuka 2 arah, boleh dibuka dengan satu tangan je dan paling penting senang nak pasang dia. Korang tak perlu tebuk dinding nak pasang skru atau paku, dia ada skru yang boleh diadjust je. Dibuat dari bahan yang berkualiti, jadi korang jangan risau, mesti dia tahan lama, sampai anak korang dah besar pon. Walaupun lock dia agak ketat, tapi dia bagus untuk safety anak korang. Datang dengan waranti 2 tahun, dan dah dapat 2000+ review yang bagi dia 4.7 bintang, pastinya ia pilihan berbaloi untuk korang dan paling penting, menjamin keselamatan anak korang.

Best Seller

Pagar baby SIV

  Ketinggian dari 76 - 153 CM

  Guna bahan yang selamat untuk baby

  Sangat Stabil

  Ada anti-kick

  Pintu boleh buka 180 darjah

  Pintu Automatik tutup

  Senang dipasang

  Ada 2 warna menarik

  4.9 star dari 10,100+ rating

Tengok Harga Pagar baby SIV:

Baby Gate jenama SIV ni ada ketinggian dari 76 – 153 CM. Dia menggunakan bahan yang selamat iaitu environmental paint dan PP Plastic parts. Jadi, korang tak perlu risau pasal keselamatan bahan dia untuk anak korang. Dia juga senang nak pasang, ada anti-kick jadi sangat stabil jadi baby atau budak kecik tarik memang takkan jatuh. Korang tak payah drill ke apa, just adjust skru dia sampai ketat ke dinding. Pintu dia pulak boleh bukak dua arah sampai 180 darjah, jadi ruang yang luas untuk korang dan barang juga lalu. Datang dengan 2 warna menarik, putih dan hitam. Dia dapat 10,100+ rating dengan 4.9 bintang! Dengan kualiti dan harga dia, patutlah ramai yang nak beli.

Paling Lebar

Eubelle Baby Gate

  Lebar dari 68 - 373 CM

  Senang dipasang

  Magnet pintu yang kuat

  Pintu boleh tutup sendiri

  Pintu boleh buka sampai 90 darjah

  Dibuat dari Besi berkualiti & teguh

  4.9 bintang dari 240+ review

  Warranty 2 tahun

Tengok Harga Pagar Baby Eubelle:

Dalam review kali ni, jenama Eubelle ni ada pagar bayi yang paling lebar iaitu dari 68CM sampai 373CM. Serupa dengan gate yang lain, senang dipasang dengan guna skru ke dinding je, tak payah tebuk dinding untuk skru atau paku. Material dia pulak dari besi berkualiti yang kukuh, jadi mesti selamat untuk korang guna. Pintu dia pulak boleh bukak 90 darjah, lepas tu boleh tutup secara automatik dan lock dia ada magnet yang sangat kuat. Datang dengan warranti 2 tahun, patutlah dia dapat 4.9 star dari 240+ review.

Paling Murah

Pagar Bayi Mafababe 

  lebar dari 75 - 502CM

  Tak payah drill atau paku

  Pintu auto tutup & lock

  Kukuh lepas dipasang

  4.8 star dari 750+ review

  Waranti 2 tahun

Tengok Harga Pagar Mafababe:

Pagar bayi jenama Mafababe ni tak payah paku atau drill dan saiz lebar dari 75 – 502 CM. Jadi korang boleh sambung dia sepanjang mana yang korang nak. Pintu dia boleh lock dan juga auto tutup sendiri. Mengikut review kitorang, dia sangat kukuh lepas dipasang. Tapi, susah sikit nak pasang dia ni. Dia ada warna putih je, jadi mungkin korang kurang minat sikit, sebab senang kotor atau tak kena dengan estatik rumah korang. Tapi, dia ada warranty 2 tahun dan dah dapat 4.8 bintang dari 750+ review!

Cara Kitorang Pilih dan Senaraikan Baby Gate Terbaik

Disebabkan review kali ini adalah untuk alat keselamatan anak kecik korang, jadi kitorang tekankan lebih sikit terhadap 3 benda, iaitu kualiti binaan dan ketahanan, kemudahan memasang dia, dan juga kalau ada ciri-ciri tambahan yang memastikan korang beruntung bila beli.

Kualiti Bahan & Ketahanan

Kualiti pagar yang dipilih memainkan peranan penting dalam keselamatan anak-anak korang. Disebabkan tu, kitorang pilih pagar yang menggunakan bahan yang kukuh dan tahan lama seperti besi dan plastik yang selamat. Ini juga memastikan dia tahan lama, supaya korang boleh guna untuk anak pertama, kedua, dan seterusnya. Selain tu, bahan yang digunakan juga mesti selamat untuk anak-anak korang.

Mudah Dipasang & Praktikal

Setiap gate yang kitorang review ni tak perlu gunakan alatan tambahan macam screwdriver, spanar ataupun hammer. Kemudahan nak pasang tu penting sebab korang mesti nak pasang dengan cepat dan tak payah nak panggil atau upah orang lain. Korang tak payah pon nak tebuk dinding untuk skru ataupun paku. Pagar ini boleh dipasang hanya dengan menggunakan skru adjustable yang ketat ke dinding. Kriteria ini memudahkan korang pasang baby gate ni, sambil memastikan ia stabil dan selamat digunakan.

Ciri Keselamatan Tambahan

Selain menghalang baby atau nak korang dari kawasan berbahaya, pagar ni jugak mesti ada ciri tambahan macam auto-lock, pintu yang boleh buka dua arah dan sampai 90 darjah, kick protection dan juga kestabilan yang padu. Ini supaya pagar ni selamat dan tak senang kena goncang ataupun ditolak oleh anak korang. Ciri anti-kick pulak untuk pastikan dia teguh dan tak bergerak walaupun ditarik atau ditendang oleh anak kecik korang, jadi korang boleh fokus dengan kerja korang tanpa pening kepala.

Semestinya keselamatan anak-anak korang menjadi perkara yang penting untuk korang dan pelaburan kecik untuk membeli pagar baby ni pasti berbaloi untuk pastikan diorang selamat di rumah. Jangan tunggu sampai terjadi sesuatu yang tak diingin baru korang nak beli. Dalam review kitorang ni, ada pelbagai jenis baby gate berkualiti untuk korang pilih berdasarkan keperluan dan bajet korang. Pilih satu dan beli sekarang.

Selamat memilih baby gate!

Top 5 Robot Vacuum Terbaik – Berjenama, Sedutan Kuat, Berkualiti

vacuum robot dengan kucing

Robot vacuum cleaner atau vakum robot dah menjadi alat yang penting dan perlu ada untuk rumah moden. Dengan jadual kerja yang sibuk, susah nak pastikan rumah sentiasa bersih dan kemas, tetapi dengan bantuan robot ni, pastinya memudahkan kerja korang.Sama ada untuk bersihkan habuk, bulu haiwan kesayangan korang, atau pembersihan biasa setiap hari, mesti vakum robot ni boleh membantu. 

Untuk pastikan korang dapat robot yang terbaik, kitorang dah review dengan teliti berpuluh alat dan dah senaraikan 5 yang berkuasa dan berbaloi untuk korang beli. Jom tengok review kitorang dan beli satu yang sesuai untuk pastikan rumah korang bersih dan bebas habuk!

Robot Vacuum Pilihan Kitorang

Top Choice

Xiaomi X20 Robot Vacuum

  Kuasa sedutan 6000 Pa

  Hasil yang bersih

  Tangki air 4 Liter

  Ada Base Station pelbagai fungsi moden

  Gunakan App Xiaomi & Ada Voice Control

  Mapping yang cepat & senang

  5.0 bintang dari 120+ review

  Waranti Setahun

Tengok Harga Xiaomi X20:

Jenama Xiaomi memang tak asing lagi dalam peralatan rumah ni. Atas sebab tu dan ciri-ciri moden robot vakum ni, kitorang pilih Xiaomi X20 Vacuum ni sebagai Top Choice dalam review kali ni. Ikut review kitorang, pembersihan dia sangat mantap, ia disebabkan oleh kuasa sedutan dia yang tinggi, iaitu sampai 6000 Pa. Base station dia juga ada pelbagai fungsi moden yang padu dan ada tangki air 4 liter, selain tu, dia juga boleh bersihkan mop robot ni secara automatik! Dengan menggunakan app Xiaomi yang juga ada voice control, korang boleh map rumah dengan cepat dan senang, walaupun agak limited sikit, tapi takde masalah pon. Dapat 5.0 star rating dari orang yang dah beli dan juga datang dengan waranti setahun, pastinya pilihan robot vakum yang terbaik!

Best Seller

ILIFE L100 A20

  Boleh Mop dan Vacuum

  Tahan sampai 120 minit

  App phone senang diguna

  Sedutan sampai 4000 Pa

  Saiz Kompak

  Senyap bila diguna

  Warranty 12 bulan

  4.9 bintang dari 6,300+ review

Tengok Harga ILIFE L100:

Vacuum robot jenama ILIFE ni dah terjual sebanyak 15,500 unit, menjadi review Best Seller kitorang kali ni. Vakum yang cantik dan design modern ni ada fungsi vakum dan mop sekali. Dengan sedutan yang berkuasa sampai 4000 Pa, dia boleh digunakan sampai 120 minit, jadi rumah korang boleh dibersihkan dengan sebersihnya. Semua setting dia boleh menggunakan app dia sendiri dan sangat user-friendly, senang digunakan. Masa gunakan dia, sangat senyap dan saiz dia yang kecik buat senang nak simpan lepas guna. Robot ni dapat 4.9 bintang dari 6,300 review, memang puas hati beli ditambah dengan waranti sampai 12 bulan. Mesti berbaloi untuk korang. Tapi, kena tahu yang robot ni bukan mop dan vacuum serentak ya, dia buat lain-lain.

Branded

Xiaomi E5 Robot Vacuum

  Jenama dipercayai

  Ada fungsi vacuum & mop

  Sedutan berkuasa 2000 Pa

  Boleh tahan sampai 110 minit

  Boleh connect Alexa & Google Assistant

  App banyak fungsi & senang guna

  4.9 star dari 160+ review

  Waranti Setahun

Tengok Harga Xiaomi E5 Robot:

Satu lagi robot vacuum dari jenama Xiaomi. E5 robot ni boleh mop dan vakum dengan sedutan sampai 2000 Pa. Dia boleh digunakan sampai 110 minit untuk membersihkan rumah korang tu. Dia juga boleh connect dengan Alexa & Google Assistant. App yang Xiaomi bagi juga banyak fungsi dan senang digunakan. Robot ni dapat 4.9 bintang dari 160+ review dan didatangkan dengan waranti setahun. Mengikut review kitorang, tangki dia agak kecik, jadi korang kena selalu isi.

Warranty Lama

ON10 ZM007A Vacuum

  Sedutan berkuasa 3000 Pa

  Boleh sapu, vakum dan mop

  Tahan sampai 150 minit

  Akan caj sendiri bila bateri low

  Ada application sendiri

  4.9 star dari 250+ review

  Waranti 2 tahun

Tengok Harga ON10 ZM007A:

Robot vakum ni ada kuasa sedutan sampai 3000Pa, jadi ia agak kuat untuk vakum dan juga mop. Dengan kuasa setinggi tu, dia boleh digunakan sampai 150 minit untuk bersihkan rumah korang tu. Paling best, dia akan pegi caj sendiri bila bateri dah low. Dia ada app sendiri untuk korang program dia. Robot vakum ni dapat 4.9 star dari 250+ rating dan datang dengan 2 tahun waranti, tempoh paling lama untuk alat elektrik dalam review kali ni. Masa kitorang review, kitorang rasa roller brush dia senang tersangkut rambut, jadi korang kena selalu bersihkan.

Paling Bersih

Xiaomi E10 Robot

  Sedutan kuat sampai 4000 Pa

  Tahan sampai 110 minit

  Boleh mop & vakum

  Ada 3 mode pembersihan

  Ada notification bersuara

  Saiz yang kompak

  4.9 bintang dari 700+ review

  Waranti setahun

Tengok Harga Robot Xiaomi E10:

Xiaomi E10 Global Version ni adalah robot yang harga tak berapa mahal tapi berbaloi. Dengan sedutan sampai 4000 Pa, pastinya ia cukup untuk membersihkan rumah korang. Dari review kitorang, ni adalah vakum yang paling banyak sedut habuk dan bersih sekali. Dia ada notification bersuara ketika sedang berfungi, boleh mop dan vakum sampai 110 minit! Dengan tinggi dia 8cm je, saiz dia agak kompak dan boleh masuk ruang2 sempit untuk bersihkan ruang tu dengan 3 mod pembersihan yang dia ada. Dengan waranti setahun dan 4.9 bintang dari 700+ review, pastinya korang puas hati beli ni walaupun mop dia macam tak berapa bersih.

Cara Kitorang Pilih dan Review Robot Vacuum Terbaik

lelaki memilih robot vacuum terbaik

Untuk mencari robot vakum yang berbaloi dan berguna untuk korang, kitorang review setiap satu dengan memberi penekanan kat 3 benda penting. Ini supaya robot tu berbaloi untuk dibeli dan digunakan di rumah. 

Antara ciri yang kitorang tengok adalah…

Kuasa Sedutan Robot Vacuum

Ini jadi faktor terpenting yang kitorang tekankan dan uji untuk tentukan sama ada robot tu berkualiti atau tak. Takkan kita nak beli robot yang tak boleh nak menyedut habuk, kotoran dan jugak bulu haiwan dengan bagus kan? Robot vakum yang ada sedutan tinggi macam 2000 – 6000 Pa boleh membersihkan bermacam jenis permukaan dengan bagus, termasuk karpet dan juga lantai keras. Dalam review kitorang, semua vacuum ni ada kuasa sedutan yang cukup untuk segala jenis rumah!

Ketahanan Bateri dan Penggunaan

Nak membersihkan ruang rumah ni memang makan masa, jadi vakum robot yang kitorang review mesti tahan lama dan juga boleh membersih secara menyeluruh. Kitorang pilih model yang boleh tahan paling kurang 100 minit ataupun lebih dari sejam, seperti Xiaomi E5 dan ILIFE tu. Ni sangat penting, tak kira rumah kecik atau besar, supaya pembersihan menyeluruh dan korang berpuas hati dengan prestasi mesin tu sendiri.

Moden & Aplikasi Senang Guna

Cara mengawal robot yang senang macam aplikasi phone dan integrasi tambahan dengan Alexa dan Google Assistant mesti memudahkan korang dalam menggunakan robot vakum dan menjamin dia bekerja dengan lebih efisien. Selain ciri vakum yang hebat, kitorang juga menekankan kesenangan nak guna application dia, jadi korang boleh program robot korang dengan mudah, sama ada korang ada di rumah ataupun dari jauh je guna wifi.

Dengan menjadikan 3 ciri ni keutamaan dalam testing kitorang, 5 robot vakum terbaik dapat disenaraikan. Ciri-ciri ini memastikan setiap robot vakum dalam senarai kitorang menawarkan prestasi yang optimum, memudahkan kerja, dan berbaloi untuk korang beli dan guna di rumah.

Tapi, kalau korang tengah cari cordless vacuum, boleh tengok review kitorang ni, Top 6 Vacuum Cordless Terbaik – Sedutan Kuat, Berkualiti, Branded.

Selamat membeli robot vacum!

Top 6 Vacuum Cordless Terbaik – Sedutan Kuat, Berkualiti, Branded

vacuum cordless terbaik review

Zaman sekarang ni, kita kat Malaysia ni dah hidup mudah tanpa wayar. Jadi, kenapa korang nak cari lagi vakum / penyedut hampagas yang berwayar tu? Carilah yang cordless, jadi korang senang nak bersihkan rumah dari segala ceruk, sama ada di belakang peti ais, bawah meja atau dekat bucu-bucu siling!

Dalam review kali ni, kitorang senaraikan 6 vakum tanpa wayar yang terbaik untuk korang pilih dan boleh diguna untuk bersihkan rumah, kereta dan tempat-tempat lain dengan senang. Korang boleh bawa vakum ni dengan satu tangan je tau!

Jom tengok review kitorang dan pilih yang terbaik untuk korang…

Vacuum Cordless Pilihan Kitorang

Top Choice

Dyson V8 Slim

  Jenama yang dipercayai

  Menggunakan Dyson V8 motor

  Kuat sedut atas karpet

  Sedutan yang senyap

  tahan sampai 40 minit

  Senang nak pasang aksesori

  Senang guna & masuk ruang sempit

  Hanya 2.15 KG

  Docking station dia menarik

  4.9 bintang dari 2,000+ review

  Warranty 2 tahun

Tengok Harga Vacuum Dyson V8:

Jenama Dyson ni memang tak asing lagi dengan vacuum atau penyedut hampagas. Syarikat ni dah buat vakum dari tahun 1991 lagi, pastinya produk dia berkualiti. Dengan sebab itu dan ciri-ciri dia yang power, kitorang pilih Dyson V8 Slim ni sebagai Top Choice kitorang. Dengan berat hanya 2.15 KG, dia sangat kuat sedut habuk atau kotoran di atas karpet dan juga boleh tahan sampai 40 minit penggunaan, dikuasakan menggunakan Dyson V8 motor diorang. Saiz dia pon kecik dan fleksibel, jadi senang nak guna dan masuk ke celah-celah mana yang korang nak buang habuk tu. Vakum ni senang nak dipasang dan tukar aksesori dia, jadi proses pembersihan tu lebih cepat, tapi, kitorang rasa menyusahkan sikit bila kena tekan je butang tu masa nak guna. Dengan 4.9 bintang dari 2,000+ review dan waranti selama 2 tahun, korang pasti berpuas hati beli vakum cordless ni!

Kuat & Senyap

Electrova Smart iTech PRO

  Ada 6 kelajuan sedutan

  Dengan Touch screen control

  Kuasa sedutan 23000 Pa

  Agak senyap

  Dengan battery Li-ion 2200mAH

  boleh guna sampai 55 minit

  warna yang cantik

  Lulus SIRIM

  Berat hanya 1.6 KG

  4.9 bintang dari 8,500+ review

  warranty selama 2 tahun

Tengok Harga Vakum Electrova:

Vakum jenama Electrova ni ada touch screen control untuk kawal 6 mod kelajuan, dan ada kuasa sedutan sampai 23000 pA. Dia menggunakan bateri Li-ion 2200mAH yang boleh tahan sampai 55 minit. Sedutan dia agak kuat, tapi bunyi dia senyap. Dia hanya berat setinggi 1.6 KG, design dia agak menarik dan dapat kelulusan SIRIM. Ia datang dengan waranti 2 tahun dan dah dapat 4.9 bintang dari 8,500 review. Tapi, ikut penggunaan kitorang, dia berat sikit berbanding vakum yang lain, tapi tetap berbaloi.

Premium

Dreame H12 Pro

  Jenama dipercayai

  Boleh vakum dan mop

  sedutan berkuasa 16,000 Pa

  ada 3 mode vacuum

  Bunyi yang senyap

  Ada teknologi Self Cleaning

  Tangki air 900mL

  Lulus SIRIM

  4.9 bintang dari 1,800+ review

  Waranti 2 tahun

Tengok Harga Dreame H12 Pro:

Vakum Dreame adalah satu jenama vacuum yang dipercayai. Model H12 Pro ni ada 2-in-1 function, iaitu vakum dan mop sekali. Dia ada 3 mod sedutan dan berkuasa maksimum sampai 16,000 Pa. Bunyi dia tak berapa kuat, tapi boleh menyedut habuk, bulu, rambut dan lain-lain sampai bersih. Dia ada tangki air 900mL dan boleh self cleaning diri dia sendiri. Ikut review kitorang, dia boleh tahan sampai 35 minit. Dengan adanya kelulusan SIRIM, 4.9 bintang dari 1,800 review dan waranti selama 2 tahun, alat ni menjadi satu yang berbaloi untuk korang beli, walaupun sedikit berat masa nak guna.

Paling Jimat

PerySmith K2 Max

  Berkuasa sampai 9,000 Pa

  Boleh diguna sampai 45 minit

  Saiz kompak dan Agak ringan

  Senang dipasang dan digunakan

  Agak senyap

  4.9 bintang dari 51,000 review

  Waranti 2 tahun

Tengok Harga Vakum PerySmith K2 Max:

Vakum PerySmith ni mampu membersih dengan kuat dengan kuasa 9,000 Pa dan boleh diguna sampai 45 minit. Dia agak ringan, iaitu 1.7 Kg dan bersaiz yang agak kompak, jadi korang senang nak simpan kat mana-mana sudut kecil. Dia senang dipasang, dan bila guna tu, bunyi dia agak senyap. Jadi, orang lain tak terganggu bila korang tengah kemas rumah. Dengan 51,000+ review, dia dapat 4.9 bintang! Ditambah dengan waranti sampai 2 tahun, pastinya vacuum ni berbaloi untuk korang beli.

Paling Moden

Airbot Hypersonics Pro

  Ada touch screen

  Ada 3 mode berbeza

  Kuasa sedutan 27,000 Pa

  Hanya seberat 1.6 Kg

  Boleh guna sampai 30 minit

  Bunyi agak perlahan

  4.9 bintang dari 5,800+ review

  Warranty setahun

Tengok Harga Airbot Hypersonics Pro:

Vakum ni sedikit moden sebab dia ada LED Touch Screen untuk korang kawal dia. Dia ada 3 mode berbeza dan sedutan berkuasa sampai 27,000 Pa. Ia agak ringan, iaitu 1.6 KG tapi boleh bertahan sampai 30 minit, dan bunyi yang tak terlalu kuat bila gunakan dia. Dengan waranti selama setahun dan 5,800+ review yang memberi dia 4.9 bintang, mesti korang puas hati beli vacuum ni. Tapi, kitorang rasa yang butang aksesori dia agak keras sikit nak tekan dan alat ni boleh terasa berat bila korang guna dengan lama.

Best Seller

Swiss Thomas Vacuum

  Kuasa sedutan sampai 12,000 Pa

  Berteknologi Switzerland

  Sangat Ringan

  Bateri 2,000 mAh

  Bunyi tak terlalu kuat

  Ada 6 warna menarik

  Dah terjual sebanyak 100,000 unit

  4.6 bintang dari 37,500+ review

Tengok Harga Swiss Thomas:

Vacuum ni dah terjual lebih dari 100,000 unit dan mendapat 4.6 star dari 37,500 review. Disebabkan itu, vakum ni tersenarai sebagai Best Seller dalam review kali ni. Dia berteknologi dari Switzerland dan boleh menyedut sampai 12,000 PA. Berat dia hanya 1.0 KG, jadi sangat ringan dan mudah untuk digunakan. Dikuasakan oleh bateri 2000 mAh, jadi korang boleh guna dalam 10-15 minit. Bunyi dia agak kuat sikit, tapi tak terlalu kuat sampai mengganggu jiran sebelah. Ada 6 warna menarik korang boleh pilih untuk tambahkan estetik rumah korang. Cuma, ikut review kitorang, dia tak sesuai untuk kerja yang berat sangat dan warranty yang dia bagi hanya 7 hari je. Tapi, ia satu pilihan bajet yang berbaloi.

Apa ciri-ciri Cordless Vacuum Terbaik?

memilih vakum tanpa wayar terbaik

3 kriteria penting kitorang tekankan untuk review kali ni. Semasa kitorang tengah menguji setiap vakum ni, kriteria ni menjadi point utama dan ditekankan supaya korang dapat penyedut hampagas tanpa wayar yang terbaik dan berbaloi.

Antara kriteria tu adalah…

1. Kekuatan Sedutan

Sedikit kelemahan vacuum cordless ni adalah kuasa dia bila dibandingkan dengan vakum biasa. Jadi, kitorang senarai dan pilih alat yang mempunyai kuasa yang kuat, yang boleh menandingi vacuum biasa. Vakum tanpa wayar yang baik mesti mempunyai kekuatan sedutan yang kuat untuk membersihkan kotoran, debu, dan serpihan dari pelbagai permukaan, sama ada lantai biasa ataupun karpet. Kekuatan sedutan ni dikira dalam pascal (Pa). Dalam review kitorang, paling kurang adalah 12,000 Pa. Kekuatan ni untuk pastikan pembersihan korang efisien dan menyeluruh, jadi korang dapat membersihkan rumah dengan senang dan lebih cepat. 

2. Reka Bentuk Ringan dan Mudah Alih

Walaupun dia cordless, tapi kalau alat tu berat, mesti susah kita nak guna untuk membersihkan rumah kan? Jadi, point ni menjadi kedua terpenting untuk kitorang review. Vakum yang beratnya bawah 2.0 KG adalah ideal dan mudah untuk digunakan untuk pembersihan cepat dan mencapai tempat yang susah. Dengan ciri ringan dan mudah alih ni, korang boleh bersihkan sekitar rumah tanpa masalah, sama ada korang sedang membersihkan tangga, perabot, ataupun bahagian dalam kereta anda. Jadi, korang boleh dapat 2 alat dalam satu! Kan jimat tu.

Dan kriteria terakhir adalah…

3. Jangka Hayat Bateri

Nak membersihkan habuk ni memakan masa yang agak lama, jadi, kalau vacuum cordless tu hanya tahan 5 minit, apa je yang boleh dibersihkan kan? Jadi, saiz dan kapasiti bateri menjadi ciri penting yang kitorang tekankan semasa review vakum tanpa wayar ni.  Model-model yang kitorang review semua berbateri kapasiti besar, bermula dari 2000 mAh dan yang memberikan kuasa pembersihan 15 minit dan keatas. Walaupun nampak sekejap je, tapi dengan kemudahan tanpa wayar tu, cukup untuk korang membersih dengan cepat dan senang. Dengan menekankan saiz bateri ni, kitorang senaraikan vakum yang tak akan kehabisan bateri masa korang tengah baru mula nak gunakan dia.

Jadi, dengan berpuluh vakum yang kitorang dah review, hanya 6 yang memiliki ciri-ciri terbaik dan melepasi ujian kitorang. Korang boleh pilih mana yang sesuai dengan bajet korang tanpa was-was!

Selamat memilih cordless vacuum!

Tapi, kalau korang malas dan nak robot je yang vakum rumah korang tu, jom tengok artikel kitorang, Top 5 Robot Vacuum Terbaik – Berjenama, Sedutan Kuat, Berkualiti.

Top 6 Troli Barang Terbaik – Saiz Besar, Senang Lipat, Tahan Lasak

muslim boy pulling cart trolly troli

Zaman sekarang ni ramai yang duduk di rumah tinggi seperti apartment dan kondominium. Jadi, agak susah bila nak bawak barang yang banyak, tambah-tambah lagi bila baru balik dari shopping barang keperluan rumah. Takkan nak angkat semua barang tu guna tangan kan? Boleh bengkok tangan nanti. Jadi, solusi yang mudah adalah gunakan troli barang untuk angkat barang tu. 

Tak kira nak bawak barang dari pasaraya ke, nak camping ke, nak bawak barang hantar anak ke asrama ke, semua boleh menggunakan troli macam ni. So, dalam review kali ni, kitorang akan senaraikan 6 troli barang lipat yang akan memudahkan kerja korang.

Jom baca dan dapatkan trolley atau wagon terbaik untuk korang!

Troli Barang Pilihan Kitorang

Top Choice

Troli Lontai

  ada kapasiti 48, 54, dan 79 liter

  Ringan & Senang dibawa

  Senang lipat untuk disimpan

  Ada 5 warna menarik

  Bahan berkualiti

  Ada model tayar 3 segi

  Smooth bila ditarik

  4.9 star dari 700+ review

Tengok Harga Troli Lontai:

Top Choice kitorang kali ni adalah jenama Lontai. Design dia lain sikit dari troli lain dalam review kitorang kali ni. Kitorang rasa plastik dia berkualiti dan ringan, dengan kapasiti 48 liter, 54 liter dan paling besar, 79 liter. Ada 5 warna menarik, hijau, hitam, pink, purple dan kelabu. Sangat senang nak lipat dan nak simpan dia, tak perlukan ruang yang besar pon. Senang nak ditarik, dan paling menarik, dia ada model dengan 3 tayar supaya senang korang nak bawak naik tangga. Tapi, troli yang ni tayar dia takde brek dan model 8 tayar tu boleh tarik satu arah je, tak boleh berpusing mcm tayar biasa. Tapi dengan 4.9 bintang dari 700+ review, pastinya troli yang menarik dan berbaloi untuk korang.

Best Seller

Outdoor Trolley Wagon

  Tayar 8 inci

  Tayar ada brake

  Boleh lipat

  Senang dipasang & dilipat

  Kain & Besi berkualiti

  4.7 bintang dari 1,000+ review

Tengok Harga Outdoor Trolley:

Troli ni senang nak pasang dan juga dilipat balik. Saiz dia tak besar sangat lepas lipat, ia sangat menjimatkan ruang. Jadi senang korang nak letak dalam kereta untuk bawak barang ke rumah korang bila perlu nanti. Dengan tayar saiz 8 inci dan ada brek ni, korang senang nak bawak barang yang banyak dan dengan selamat, takde la dia bergerak sendiri. Dibuat dengan besi yang heavy duty dan kain yang berkualiti, pastinya dia tahan lama dan berbaloi untuk korang beli. Ni dibuktikan dengan rating 4.7 bintang yang dia dapat dari lebih 1,000 review.

Paling cantik

RunKing Trolley

  Tahan sampai 350 KG

  Pelbagai warna menarik

  Kain & Besi berkualiti

  Tayar saiz 9 CM

  Smooth bila ditarik

  Senang lipat dan disimpan

  4.5 star dari 1,5000 rating

Tengok harga troli RunKing:

Troli RunKing ni menarik sebab dia ada warna pink, disamping warna-warna lain. Tapi, jangan tertipu, walaupun warna pink, tapi troli ni boleh tahan sampai 350KG. Ini disebabkan binaan dia menggunakan kain dan besi yang berkualiti, disamping menggunakan tayar 9 CM. Walaupun macam tu, tarik dia dengan barang yang banyak tetap rasa smooth. Troli ni senang nak dilipat dan disimpan. Dia dapat rating 4.5 bintang dari 1,500+ review, pastinya pilihan yang bergaya dan berbaloi!

Kapasiti Besar

Outdoor Folding Wagon

  Boleh bawak sampai 200 KG

  Berkapasiti 300L

  Ada 2 warna cantik

  Tayar besar & ada brake

  4.8 dari 175+ rating

Tengok Harga wagon trolley:

Troli barang ni boleh bawak sampai 200 KG, dengan kapasiti maximum 300 liter. Walaupun dengan kain dan besi berkualiti, dia boleh dilipat dengan mudah dan perlukan ruang yang kecik untuk simpanan. Boleh pilih 2 warna dan ada tayar besar yang ada brake, bukan je troli ni cantik, tapi selamat untuk digunakan. Dia dapat 4.8 bintang dari pembeli yang memberi rating. Mengikut review kitorang, penarik dia mudah tanggal, tapi senang je nak pasang balik.

Harga Berpatutan

Magic Pocket

  Boleh tahan sampai 150 KG

  Berkapasiti 250 Liter

  Tahan Lasak & kukuh

  Ada 2 warna menarik

  Handle boleh gerak 360 darjah

  Tayar smooth & ada brake

  Kain Tebal

  4.9 bintang dari 900+ review

Tengok Harga Troli Magic Pocket:

Troli berkapasiti 250L ni boleh bawak sampai 150KG dan dengan kain yang tebal dari material 800D double oxford cloth, jadi korang boleh sumbat banyak barang dalam dia untuk bawak naik rumah atau kondo korang tu dengan yakin. Ciri dia yang menarik macam handle boleh gerak 360 darjah, tayar besar yang smooth dan ada brake, menjadikan ia pilihan yang berbaloi dengan harga dia. Datang dengan 2 warna, coklat dan hitam, pastinya korang boleh dapat yang sesuai dengan taste korang. Dengan 900+ review memberi 4.9 bintang, pastinya pilihan yang mantap!

Paling Kuat

Iron Bull

  Boleh bawa sampai 500 KG

  Tayar getah heavy duty

  Tayar yang smooth

  Pemegang bergetah

  Senang nak dipasang

  Tak berat sangat

  4.9 star dari 7,200+ review

Tengok harga Troli Iron Bull:

Troli ni memang sesuai untuk pengguna heavy duty sebab boleh angkat sampai 500 KG. Rupa dia tak secantik yang lain, tapi paling kuat. Dengan adanya pemegang bergetah dan tayar yang kuat dan smooth bila digunakan ni, pastinya korang tak rasa berat dan senang nak transport apa je barang korang. Troli ni tak berat sangat, senang dipasang dan sangat kukuh. Tapi, kitorang rasa first time nak bukak handle tu agak ketat, jadi kena jaga-jaga sikit, takut terpatah  masa mula-mula pasang. Dengan 4.9 bintang dari 7,200+ review, pastinya satu trolley yang berbaloi untuk korang dapatkan.

Cara Kitorang Pilih dan Senaraikan Troli Terbaik

memilih troli barang terbaik

Banyak troli barang di pasaran Malaysia ni, jadi, apakah yang membezakan troli atau wagon yang biasa dengan yang terbaik? Kitorang tekankan 3 perkara penting masa review troli-troli ni. 

Dimulakan dengan…

Kapasiti Muatan & Kekuatan Binaan

Troli barang yang bagus mesti mempunyai kekuatan untuk membawa muatan berat dan kekal tahan lasak. Setiap wagon dalam review kitorang ni diperbuat daripada bahan berkualiti macam rangka besi yang kukuh, ataupun plastik yang berkualiti tinggi. Ini kerana, kita perlu kekuatan tu untuk menampung barang dari 150 KG sampai 500KG, tanpa merosakkan dia! 

Selain tu, kapasiti juga penting sebab takkan kita nak yang kecik je kan? Barang-barang kecik boleh je angkat dengan tangan. Dengan kapasiti 100L ke atas, korang boleh letak barang shopping korang tu dan bawak naik rumah dengan senang!

Senang Dilipat dan Disimpan

Penggunaan ruang yang minimum juga menjadi point penting dalam review kitorang ni. Troli barang ni mesti boleh dilipat supaya tak guna ruang yang banyak di rumah, almari, bawah katil dan juga di dalam bonet kereta korang. Ia juga mesti senang dibuka dan ditutup tanpa memenginkan kepala. 

Saiz yang besar, tapi bila dilipat, tak memakan ruang yang besar. Kan bagus tu?

Tayar Berkualiti dan ada Brake

Bila korang dah bawak barang yang banyak dalam wagon ni, mesti akan memberi tekanan pada tayar kan? Tak guna kalau barang boleh muat banyak, tapi dah susah pulak nak tarik atau gunakan wagon tu. Jadi, kelembutan dan kemudahan nak tarik tu menjadi ciri paling penting untuk kitorang review. Korang perlu tayar yang berkualiti dan tahan lama untuk mengangkut muatan berat dengan senang, terutamanya di atas permukaan yang kasar atau menaiki tangga.

Model yang ada brek pada tayar juga lebih bagus, sebab ia memberikan keselamatan tambahan dengan menghalang troli bergerak secara tidak sengaja apabila diletakkan di cerun atau permukaan tidak rata.

Jadi, kitorang dah review berpuluh troli barang / wagon ni dengan ciri-ciri diatas untuk korang. Selamat memilih troli!

Top 5 Chest Freezer Terbaik – Murah, Tahan Lama, Cepat Sejuk

man putting stuff inside chest freezer

Korang tengah cari chest freezer atau peti sejuk beku untuk simpan dan bekukan makanan macam daging, ayam, aiskrim, susu dan ubat-ubat? Dalam review kitorang kali ni, kitorang akan senaraikan 5 chest freezer terbaik untuk korang dapatkan untuk rumah korang. 

Ada peti beku yang kecik, sederhana dan besar, jadi sesuai untuk segala kegunaan atau jumlah barangan yang korang nak letak. Semua berharga murah je tau, kurang dari RM500 jadi sesuai untuk bajet korang. Teruskan baca review kitorang dan dapatkan freezer yang sesuai untuk korang.

Chest Freezer Pilihan Kitorang

Top Choice

Tengok Harga Freezer Hisense:

Untuk Top Choice dan Best Seller kitorang kali ni, adalah satu chest freezer yang sama iaitu, Hisense FC125D4BWS. Peti sejuk beku ni bersaiz 128L dan boleh bertahan sampai 135 jam tanpa bekalan elektrik! Jadi, barang korang akan terus selamat walaupun blackout ataupun takde elektrik untuk beberapa hari, so korang tak perlu risau. Dia juga ada drain hole yang memudahkan pembersihan dan pintu yang mempunyai lampu untuk memudahkan korang untuk tengok barang kat dalam tu. Dengan rating 4.9 dari lebih 300 review dan warranti sampai 5 tahun, ia menjadi pilihan yang sangat dipercayai dan berbaloi untuk korang miliki.

Berjenama

Tengok Harga Chest Freezer Elba:

Elba bukanlah satu jenama yang asing lagi dalam peralatan elektrik rumah. Peti sejuk beku ni berkapasiti 100 liter merupakan pilihan yang baik. Ia datang dengan warranty sehingga 5 tahun untuk motor sahaja, memberikan keyakinan kepada korang untuk membeli. Peti ini juga cepat sejuk, menjadikannya sangat efisien dan sesuai untuk korang yang nak cepat. Dengan rating 4.9 dari lebih 460 review, ia membuktikan ia pilihan ramai orang disebabkan kualiti dan kekuatan jenama Elba itu sendiri.

Berkualiti

Tengok Harga SAMView:

Peti sejuk beku dengan kapasiti 90 liter ini sangat sesuai untuk keluarga kecil. Bunyi dia senyap dan cepat sejuk, menjadikannya efisien dan tidak mengganggu sesiapa pon kat rumah tu. Freezer ni pon lulus SIRIM, menambah keyakinan terhadap kualitinya. Dengan warranty sehingga 2 tahun dan rating 4.9 dari lebih 350 review, ia merupakan pilihan yang popular dan dipercayai oleh ramai orang.

Paling Besar

Tengok Harga Peti Beku Midea:

Peti sejuk beku dengan kapasiti 142 liter ini adalah yang terbesar dalam review kitorang kali ni. Jadi, kalau korang perlukan tempat simpan barang yang besar, inilah yang paling terbaik! Dengan penarafan tenaga 5 bintang, ia sangat menjimatkan tenaga dan duit korang. Peti ini juga lulus SIRIM, pastinya menambahkan lagi keyakinan korang terhadap nilai dan kualiti dia. Dengan rating 4.8 bintang dan warranty selama 2 tahun, ia adalah pilihan yang sangat baik untuk korang yang memerlukan ruang simpanan sejuk beku yang besar dan paling penting, menjimatkan duit!

Paling kecik

Harga Rak Peti Sejuk Beku NorthStar:

Ini adalah peti freezer terakhir dalam review kami. Dari jenama NorthStar. Peti sejuk beku dengan kapasiti 58 liter ini mempunyai saiz yang kecil dan sangat sesuai untuk ruang yang terhad. Ia juga beroperasi dengan senyap dan menjimatkan elektrik. Walaupun jenama ini kurang dikenali, ia tetap menawarkan fungsi dan kelebihan yang berguna untuk kegunaan harian korang.

Kenapa Chest Freezer Kat Atas ni Dipilih?

Dalam memilih peti sejuk beku terbaik untuk dimasukkan dalam senarai review ni, kitorang meneliti pelbagai faktor penting seperti penggunaan tenaga, kapasiti, kualiti binaan, dan review pengguna. Setiap peti sejuk beku yang disenaraikan telah lulus piawaian yang ketat dan menawarkan ciri-ciri yang memudahkan penggunaan harian korang. Dengan menilai feedback dan review pengguna sebenar dan penilaian prestasi, kitorang yakin bahawa setiap pilihan dalam senarai ini adalah antara yang terbaik di pasaran.

Dengan 5 pilihan yang mantap, kitorang berharap korang dapat jumpa peti sejuk beku yang paling sesuai dengan keperluan korang. Setiap model ada kelebihan tersendiri, dari kapasiti besar hingga penjimatan tenaga dan operasi senyap. Jadi, tidak kira apa korang cari, mesti ada satu yang sesuai. Jangan tunggu lagi, pilihlah salah satu daripada review kitorang dan nikmati manfaat peti sejuk beku berkualiti tinggi di rumah korang.

Tapi, kalau korang cari peti sejuk biasa, boleh tengok review kitorang, Top 5 Peti Sejuk Terbaik – Besar, Berjenama, Jimat Elektrik, Cantik

Selamat memilih chest freezer!

Top 5 Water Filter (Penapis Air) Terbaik – Branded, Tahan, Berbaloi

Water Filter Terbaik

Zaman sekarang ni ramai yang mementingkan kesihatan dan kebersihan. Jadi, mendapatkan penapis air yang berkualiti adalah langkah pertama yang penting untuk menjamin kebersihan dan keselamatan air yang korang minum tu. Korang jangan ingat paip rumah tu bersih sangat ye, walaupun rumah korang masih baru,tau! Mungkin ada macam-macam pencemaran dalam air tu! Dengan teknologi yang ada sekarang, water filter atau water purifier yang ada bermacam jenis kat luar sana, ada yang boleh bagi air panas, air sejuk, buatkan ais pon ada!

Dalam review water filter kitorang ni, akan ada 5 penapis air yang berkualiti untuk korang pilih. Ada yang moden, cantik dan ada yang  sekadar tapis air terus dari paip singki korang. Jangan risau, semuanya mengikut harga dan bajet yang bersesuaian, jadi korang tak payah nak berhutang untuk beli penapis air yang bayar bulan-bulan ataupun tak payah dah nak beli air botol atau mineral lagi untuk dapat air yang bersih.

Jom tengok review water filter kitorang!

Water Filter Pilihan Kitorang

Top Choice

Tengok Harga Penapis Air Midea:

Midea water dispenser model 2024 ni jadi Top Choice Water Filter kitorang sebab ada air sejuk, suam dan panas dengan suhu 10 sampai 90 darjah celcius. Dengan kapasiti 3.6 liter untuk air sejuk dan 1.2 liter untuk air panas, mesti sesuai untuk kegunaan korang setiap hari. Dia juga ada 4 filter (pre carbon, sediment, silver carbon, dan post carbon filter) untuk pastikan air korang bebas kotoran, bersih dan menyihatkan. Kitorang dapati design dia sangat elegan dan menambah estetik kat dapur korang tu. Air dia menyegarkan, tak ada rasa pelik macam air water filter lain. Model yang ni diluluskan SIRIM dan ada sijil halal dari Korea.  Selain tu, butang air panas dia tinggi, jadi selamat untuk budak dan jugak ada Double Safety Device untuk elakkan overheating. Waranti selama 1 tahun mesti berbaloi untuk korang. Tapi, kitorang rasa air sejuk dia tak berapa sejuk, tapi ok lah. Nak pasang dengan paip air jugak macam mencabar sikit, tapi ok je. Kalau nak lagi senang, boleh upah orang.

Best Seller

Tengok Harga Water Filter Midea:

Water filter best seller kali ni dari jenama Midea jugak. Dah terjual sebanyak 5,000 unit, wow! Dia ada ciri air sejuk, suam, dan panas dari 10 hingga 85 darjah celsius. Dia menggunakan 4 filter yang disahkan halal oleh Korea untuk air yang bersih dan berkualiti. Ia juga ada kelulusan SIRIM dan ada perlindungan over heating untuk keselamatan tambahan. Ia jugak senang dipasang. Model ni tangki dia agak kecik, iaitu 2 liter sahaja. Satu lagi kitorang perasan, air suam dia agak sejuk, tapi korang boleh je tambah air panas lebih sikit untuk jadikan dia suam. Air dia pon rasa normal je. Sangat sesuai untuk keluarga kecik.

Berbaloi

Tengok Harga Filter iPro:

Berbanding water filter lain, jenama iPro ni hanya ada model panas dan sejuk sahaja, atau model suam dan panas sahaja. Tetapi, kedua-dua ni masih menggunakan 4 jenis filter yang ada sijil halal Korea. Air panas dia sangat panas, berbaloi dan mesin ni ada ciri child safety lock untuk menjamin keselamatan anak korang. Cuma kena tau, tangki dia ni agak kecik. Selain tu, korang takkan dapat 3 jenis suhu macam water filter yang lain. Dengan design yang simple dan kurang feature ni, ia masih berbaloi sebab berguna dan ada warranty selama 1 tahun.

Berjenama

Tengok Harga Penapis Air Xiaomi:

Water filter Xiaomi ni memang branded dan ada kapasiti 3 liter dan LCD display yang elegan. Keselamatan orang di rumah korang juga akan terjamin dengan adanya child lock dia. Satu feature yang menarik adalah, korang boleh adjust suhu air kat mesin ni, tapi ada air suam dan panas je. Lagi satu, dia ada Rapid Heating technology, air akan cepat panas, jadi korang cepat sikit nak buat kopi atau teh tu. Model ni mudah digunakan, tak payah nak pasang dekat paip terus, hanya ada tangki korang boleh isikan air. Tapi, ikot review, air dia keluar sikit slow, jadi korang kena bersabar sikit.

Paling basic

Harga Penapis Simplus

Terakhir dalam review kitorang kali ni adalah satu filter yang simple, minimalis dan kompak, dari jenama Simplus. Water filter ni hanya menapis air paip sahaja, takde feature air panas atau sejuk. Menggunakan 3-in-1 composite filter, ia satu alat berkuasa yang menjamin air yang bersih dan berkualiti. Filter ni jugak tahan lama, korang perlu servis/tukar setiap 9-12 bulan je, bergantung kepada penggunaan. Jadi sangat senang untuk jaga. Tapi, awal-awal korang akan rasa sikit beza pada rasa air, tapi dah lama-lama, air akan rasa normal balik.

Kenapa Korang Kena Ada Water Filter Berkualiti Dekat Rumah

Selain dari korang tak payah angkat botol air berat-berat ke rumah dari kedai ataupun bayar syarikat yang sewa mesin air ni mahal-mahal, ada beberapa sebab korang kena ada water filter kat rumah. Antaranya;

  • Kesihatan dan Kesejahteraan: Penapis air berkualiti memastikan air yang korang minum bebas daripada kotoran, bakteria, dan bahan kimia berbahaya yang boleh menjejaskan kesihatan. Air sihat, keluarga pon sihat!

  • Rasa Air Lebih Segar: Bila korang dah rasa air yang ditapis, korang mesti taknak air lain dah. Minum air yang lebih segar dan lebih sedap dengan penapisan yang baik!

  • Cepat Buat Air: Korang akan dapat air panas atau sejuk dengan cepat. Tak perlu nak masak air, just tekan dan bancuh susu anak, teh, kopi dan apa je yang korang nak.

  • Kemudahan Harian: Korang dah tak payah bergantung kepada air botol yang mahal dan tidak mesra alam. Sakit belakang tau angkat berat-berat ni.

  • Ekonomikal: Penapis air menyediakan sumber air bersih yang mudah dan lebih menjimatkan dalam jangka masa panjang. Tambahan kalau korang beli yang bayar one-off macam ni, bukan sewa bulan-bulan.

  • Pelaburan Bijak: Melabur dalam penapis air berkualiti adalah langkah bijak untuk memastikan kesihatan dan kesejahteraan keluarga korang.

Jadi, buat pilihan yang bijak dengan tengok review penapis air kitorang ni dan pilih yang terbaik untuk korang. Sama ada di rumah sewa bujang, rumah keluarga ataupun rumah mak ayah korang!

Selamat memilih water filter!

Top 5 Tangga Lipat Terbaik Malaysia – Heavy Duty, Tinggi dan Kuat

 

tangga lipat terbaik

Korang tengah cari tangga lipat (ladder) yang terbaik untuk guna kat rumah atau buat projek DIY korang? Ia adalah salah satu alat yang penting dan perlu ada di rumah untuk bersihkan kipas, siling, tukar mentol lampu ataupun kerja lain yang perlu korang berada di tempat yang tinggi. Tangga yang elok dan berkualiti bukan je memudahkan kerja korang, tapi menjamin keselamatan korang dan barang korang. Dalam list kali ni, kitorang akan share kan 5 tangga yang kuat, tahan lama dan berkualiti untuk korang pilih.

Pastikan korang dapat tangga yang terbaik untuk rumah korang!

Tangga Lipat Pilihan Kitorang

Top Choice

Tengok Harga Tangga Lipat Okura:

Tangga lipat ni menjadi pilihan Top Choice kitorang kali ni sebab kualiti, ketahanan, feature multi-purpose dia yang banyak, review positif dan sebab dia dah terjual dekat 10,000 unit! Ciri dia yang boleh tahan sampai 150KG, ada 9 hingga 16 anak tangga dan fleksibel dengan cara menggunakan dia, guna sebagai step ladder, scaffold, overhang ladder, stairwell scaffold menjadikan ia satu pilihan yang berbaloi untuk rumah korang. Beli satu, tapi dapat banyak jenis tangga! Dibuat dengan aluminium yang kuat dan kukuh membuatkan tangga ni agak berat, tapi tetap menjadi pilihan ramai dan dapat rating 4.8 dari 5 bintang.

Best Seller

Tengok Harga Tangga Lipat Moden:

Tangga ni ada pilihan 4, 5 dan 6 anak tangga, jadi sesuai untuk keperluan korang kat rumah tu. Diperbuat dengan besi yang kukuh dan tahan lama, dia juga ada ciri tambahan seperti pemegang getah dan tempat meletakkan tools korang semasa gunakan dia. Senang dilipat, ringan dan senang disimpan. Anak tangga dia agak luas, jadi kaki korang selesa dan selamat nak berdiri atas tu. Dan, ada juga pilihan warna pink! Disebabkan rupa, ciri dan harga dia yang berbaloi, jadikan ia salah satu tangga lipat best seller.

Oldschool

Tengok Harga Tangga Boweiti:

Tangga ni kitorang pilih sebab dia sangat flexible dan boleh berubah menjadi pelbagai bentuk untuk disesuaikan dengan pelbagai kegunaan. Ada ketinggian dari 1 M hingga 5 M dan boleh tahan beban sampai 150 kilogram. Dibuat daripada aluminium alloy, pastinya kuat dan berkualiti tinggi. Tapi, kitorang dapati tangga ni agak berat, tapi tak menjadi masalah keraja kualiti dan harga dia berbaloi.

Paling Simple

Tengok Harga Tangga Lipat Tinggi:

Tangga ni menjadi salah satu pilihan kitorang sebab dia tinggi. Dengan 12, 16, dan 20 anak tangga, serta design 4-in-1, pasti boleh korang guna untuk bermacam jenis kerja kat rumah tu. Dibuat daripada aluminium berkualiti tinggi, tangga ni dapat tampung berat sampai 200 KG, pastinya kuat dan selamat. Walaupun tu, ia tetap agak ringan, jadi senang korang nak pindah dan simpan.

Paling kecik

Harga Tangga Strongman:

Untuk tangga terakhir ni, kami pilih satu dari jenama Strongman. Ia ada saiz dari 4,5,6,7 dan 8 anak tangga yang mampu tahan beban sampai 120 KG. Reka bentuk dia yang praktikal dan ringan membuatkan korang senang nak pindahkan dia, buat tugas di rumah, dan simpan balik. Mesti dapat untuk orang yang mementingkan jenama!

Kenapa Tangga Lipat ni Dipilih?

Dalam review kitorang kali ni, kitorang dah selidik dengan mendalam untuk pastikan tangga yang kitorang pilih adalah yang terbaik di Malaysia ni. Kitorang pilih setiap tangga dengan beberapa faktor penting, antara kriteria utama yang kitorang tengok:

Beban Yang Mampu Ditahan

Sebab size kitorang yang agak besar, kitorang nak tangga yang kuat dan mampu menampung beban yang tinggi. Sebab tu dalam list ni, kitorang listkan tangga yang mampu tampung dari 120 KG sampai 200 KG, untuk keselesaan dan keselamatan korang semasa gunakannya.

Bahan Yang Digunakan

Kalau nak pembuatan yang kuat dan tahan, mesti kena guna barang yang berkualiti. Jadi, tangga yang diperlubat dari alumium high level dan aluminium alloy menjadi bahan penting dalam review tangga lipat ni. Bahan ni menjamin ia kuat, heavy duty dan tahan lama.

Multi-fungsi dan Pelbagai Ketinggian Tangga Lipat

Sebab nak digunakan dirumah, kitorang tekankan dwi-fungsi tangga ni. Sebabnya, mungkin ada hari korang perlukan tangga yang rendah, dan ada hari korang perlukan tangga yang tinggi. Jadi, kenapa nak ada 2 kalau ada 1 tangga yang boleh berubah untuk kerja yang korang perlukan tu?

Review dari Pengguna Lain

Selain review sendiri, kitorang juga tengok review yang ditinggalkan oleh orang lain yang dah beli dan menggunakan tangga tu sebagai kayu ukur dalam list kitorang ni. Semua tangga yang kitorang senaraikan ni mendapat rating tinggi dan review yang positif, menunjukkan kualiti, prestasi dan kepuasan pengguna produk tu.

Dengan mengimbangkan point testing, info dan review kat atas ni, kitorang yakin yang senarai kitorang ni adalah yang terbaik untuk korang. Jadi, korang boleh tengok dan pilih mana yang sesuai untuk kegunaan korang kat rumah, pejabat atau kat mana je.

Selamat memilih tangga lipat!

Top 5 Cooker Hood Terbaik Di Malaysia – Sedutan Kuat dan Cantik

Lelaki dengan kitchen hood

Dapur yang bersih dan bebas asap adalah impian bagi setiap keluarga, tak kira lelaki ataupun perempuan. Salah satu alat yang penting untuk dapur sebegitu adalah cooker hood atau penyedut asap dapur. Cooker hood ni berguna untuk mengurangkan bau tak sedap, asap, dan juga kelembapan atau moisture semasa kita memasak. Selain dari tu, hood juga menambahkan kecantikkan dan nilai estetik satu-satu dapur itu.

Dekat Malaysia ni, ada bermacam jenis dan jenama cooker hood, tapi mana satu yang terbaik? Dalam artikel ni, kitorang akan senaraikan 5 penyedut asap yang bukan je kuat, tapi cantik dan berbaloi untuk korang beli dan gunakan di dapur rumah korang. Kitorang dah senaraikan beberapa kriteria dan dalam senarai ni, semua adalah yang bagus. Jom tengok!

Cooker Hood Pilihan Kitorang

Top Choice

Tengok Harga Cooker Hood Elba:

Elba adalah satu jenama yang terkenal dan berkualiti di Malaysia. Disebabkan itu dan ciri-ciri yang ada pada penyedut asap model EH-Q9327ST ni, kitorang jadikan ia Top Choice untuk list kali ni. Dengan sedutan kuat sehingga 2000m³/h, tiga speed yang boleh dipilih dan berteknologi Motion Sensor, cooker hood ni akan pastikan dapur korang bebas dari asap dan bau tanpa korang perlu sentuh hood tu untuk tukar setting. Ia juga ada delay timer dan charcoal filter untuk memastikan ruang udara tetap segar selepas korang setel memasak. Selain itu, waranti 5 tahun alat ni memberikan keyakinan untuk perlindungan jangka panjang. Tapi, ikut review kitorang, bunyi kipas dia agak kuat. Walaupun begitu, dengan harganya dan kualiti dia, sangatlah berbaloi dan cantik untuk dapur korang.

Best Seller

Tengok Harga Penyedut Asap Livinox:

Cooker Hood Livinox ni menggabungkan rupa yang cantik dan fungsi yang padu dengan sedutan sekuat 1500m³/h dan ada 3 kelajuan kipas. Design yang cantik dan moden dengan ciri Slanted Hood ni mesti menambahkan nilai dan estetik untuk dapur korang. Ciri canggih seperti butang dengan motion sensor,  One-Touch Auto Cleaning serta lampu LED pastinya memudahkan korang nak bersihkannya dan juga memberi cahaya yang optimal ketika memasak. Cuma korang kena tahu yang ia sedikit berat dan bunyi kipas dia agak kuat. Tapi, dengan design dan fungsi dia, pastinya pilihan yang bijak. Sebab tu ia menjadi best seller yang terjual banyak setiap bulan!

Berjenama

Tengok Hood Midea:

Penyedut asap Midea ni tidaklah mempunyai sedutan sekuat yang lain, tapi mampu memberi kuasa yang tinggi sampai 900m³/h. Alat ini ada button yang kena ditekan, bukan macam yang lain dimana menggunakan sensor. Walaupun begitu, tetap praktikal dan berfungsi dengan baik. Menggunakan aluminium dan charcoal filter, ia pastinya memastikan udara dapur korang tu bersih dan bebas minyak. Dengan harga yang affordable dan rating 4.9 dari lebih 900 review, cooker hood ni pastinya satu pilihan bijak. Selain tu, ia datang dengan waranti selama 1 tahun menjamin ketahanan barang ni. Seperti hood yang lain juga, ia agak bising.

Functional

Tengok Harga SenZ Cooker Hood:

Jenama dari Jerman ini adalah jarang sekali didengar. Tapi, pastinya kualiti produk Jerman tu boleh dipercayai. Dengan twin motor yang mampu menghasilkan sehingga 1800m³/h kuasa sedutan, asap pasti tiada tandingan! Ada 4 speed untuk setiap keperluan korang masa memasak. Dengan feature smart cleaning dia, korang akan dapat auto cleaning hood ni dalam 9 minit sahaja. Datang dengan LED display, timer dan 2 lampu LED, pastinya membantu korang dalam memasak dan membersihkan rumah. Dengan waranti selama 3 tahun, korang boleh relax dan yakin dengan ketahanan dia. Tapi, yang kitorang dapati, bunyi dia agak kuat berbanding cooking hood yang lain. Dapatkan cooker hood ini sekarang untuk dapur yang bersih dan modern dengan teknologi canggih dari Jerman!

Paling Basic

Harga Hood Stainless Steel:

Penyedut asap untuk dapur terakhir kitorang kali ni design dia sangat basic, tapi berfungsi dengan baik, sesuai untuk segala jenis dapur, sama ada di rumah ataupun kedai. Dengan pelbagai saiz hose (8,10 dan 12 inci), ia tiada halangan untuk dipasang di mana-mana. Korang jugak boleh adjust speed dia dan memasang dengan sangat mudah. Datang dengan waranti selama 2 tahun, pastinya korang boleh percaya dekat ketahanan dia. Sama dengan hood lain, bunyi dia sangat bising ya.

Kenapa Cooker Hood diatas ni dipilih?

ciri drill terbaik

Ada beberapa kriteria penting yang kitorang tekankan untuk pastikan penyedut asap dapur yang kitorang pilih ini adalah yang terbaik. Takkan kitorang nak main tangkap muat je kan? Mestilah letak yang terbaik! 

Antara 3 point yang kitorang ambil semasa review cooker hood adalah:

Extraction Power (Kekuatan Sedutan)

Cooker hood yang baik harus memiliki sedutan yang kuat untuk pastikan asap, bau, dan wap dari masakan cepat dan dihilangkan dengan efektik. Kitorang menilai produk berdasarkan volume udara yang dapat disedut per jam (m³/h). Makin tinggi kuasa sedutan dia, makin tinggi markah yang kitorang beri pada produk tu.

Teknologi dan Feature

Selepas kekuatan sedutan, feature atau kelebihan penyedut asap itu pula memainkan peranan. Kelajuan kipas boleh dipilih, motion sensor atau sentuhan, bunyi dan juga LED menjadi faktor ditekankan. Feature dan teknologi ni meningkatkan nilai kepenggunaan dan pasti menjadikan pengalaman memasak korang lebih menarik.

Ketahanan dan Waranti

Jenama yang terkenal dan yang menawarkan waranti pastinya meyakinkan kita dari segi kualiti dan ketahanan produk diorang, sebab itu, ia juga diambil kira dalam review kitorang ni. Kitorang juga memilih jenama yang baik dan waranti yang berbaloi untuk kriteria terakhir dalam penilaian kitorang.

Dengan 3 ciri kat atas ni, korang pastinya yakin akan mendapat cooker hood yang berbaloi dan sesuai untuk dapur korang. Selain dari ni, korang juga boleh tambahkan exhaust fan terbaik untuk dapur yang lebih bersih!

Tunggu apa lagi? Beli sekarang!