Zaman sekarang ni ramai yang mementingkan kesihatan dan kebersihan. Jadi, mendapatkan penapis air yang berkualiti adalah langkah pertama yang penting untuk menjamin kebersihan dan keselamatan air yang korang minum tu. Korang jangan ingat paip rumah tu bersih sangat ye, walaupun rumah korang masih baru,tau! Mungkin ada macam-macam pencemaran dalam air tu! Dengan teknologi yang ada sekarang, water filter atau water purifier yang ada bermacam jenis kat luar sana, ada yang boleh bagi air panas, air sejuk, buatkan ais pon ada!
Dalam review water filter kitorang ni, akan ada 5 penapis air yang berkualiti untuk korang pilih. Ada yang moden, cantik dan ada yang sekadar tapis air terus dari paip singki korang. Jangan risau, semuanya mengikut harga dan bajet yang bersesuaian, jadi korang tak payah nak berhutang untuk beli penapis air yang bayar bulan-bulan ataupun tak payah dah nak beli air botol atau mineral lagi untuk dapat air yang bersih.
Jom tengok review water filter kitorang!
Water Filter Pilihan Kitorang
Midea 2024 Edition
Jom Tengok Harga
Penapis Air Midea
Jom Tengok Harga
iPro DS21 Water Filter
Jom Tengok Harga
Xiaomi T2
Jom Tengok Harga
Water Filter Simplus JSQH001
Jom Tengok Harga
- Jenama Terkenal
- Model terbaru 2024
- Sijil halal dari Korea
- Ada Air Sejuk, Panas dan suam
- 3.6L air sejuk dan 1.2L air panas
- 4 jenis filter
- Design yang elegan
- Diluluskan SIRIM
- Pelbagai ciri safety
- Waranti Setahun
Tengok Harga Penapis Air Midea:
Midea water dispenser model 2024 ni jadi Top Choice Water Filter kitorang sebab ada air sejuk, suam dan panas dengan suhu 10 sampai 90 darjah celcius. Dengan kapasiti 3.6 liter untuk air sejuk dan 1.2 liter untuk air panas, mesti sesuai untuk kegunaan korang setiap hari. Dia juga ada 4 filter (pre carbon, sediment, silver carbon, dan post carbon filter) untuk pastikan air korang bebas kotoran, bersih dan menyihatkan. Kitorang dapati design dia sangat elegan dan menambah estetik kat dapur korang tu. Air dia menyegarkan, tak ada rasa pelik macam air water filter lain. Model yang ni diluluskan SIRIM dan ada sijil halal dari Korea. Selain tu, butang air panas dia tinggi, jadi selamat untuk budak dan jugak ada Double Safety Device untuk elakkan overheating. Waranti selama 1 tahun mesti berbaloi untuk korang. Tapi, kitorang rasa air sejuk dia tak berapa sejuk, tapi ok lah. Nak pasang dengan paip air jugak macam mencabar sikit, tapi ok je. Kalau nak lagi senang, boleh upah orang.
- Jenama Terkenal
- Sijil halal dari Korea
- 4 jenis filter
- Ada Air Sejuk, Panas dan suam
- 2L untuk air sejuk dan panas
- Senang dipasang
- Diluluskan SIRIM
- Ada overheat protection
- Waranti Setahun
Tengok Harga Water Filter Midea:
Water filter best seller kali ni dari jenama Midea jugak. Dah terjual sebanyak 5,000 unit, wow! Dia ada ciri air sejuk, suam, dan panas dari 10 hingga 85 darjah celsius. Dia menggunakan 4 filter yang disahkan halal oleh Korea untuk air yang bersih dan berkualiti. Ia juga ada kelulusan SIRIM dan ada perlindungan over heating untuk keselamatan tambahan. Ia jugak senang dipasang. Model ni tangki dia agak kecik, iaitu 2 liter sahaja. Satu lagi kitorang perasan, air suam dia agak sejuk, tapi korang boleh je tambah air panas lebih sikit untuk jadikan dia suam. Air dia pon rasa normal je. Sangat sesuai untuk keluarga kecik.
- air suam dan panas sahaja
- Air panas mantap
- 4 filter
- Halal dari Korea
- Ada child safety lock
- 4.9 rating daripada 2,200+ review
Tengok Harga Filter iPro:
Berbanding water filter lain, jenama iPro ni hanya ada model panas dan sejuk sahaja, atau model suam dan panas sahaja. Tetapi, kedua-dua ni masih menggunakan 4 jenis filter yang ada sijil halal Korea. Air panas dia sangat panas, berbaloi dan mesin ni ada ciri child safety lock untuk menjamin keselamatan anak korang. Cuma kena tau, tangki dia ni agak kecik. Selain tu, korang takkan dapat 3 jenis suhu macam water filter yang lain. Dengan design yang simple dan kurang feature ni, ia masih berbaloi sebab berguna dan ada warranty selama 1 tahun.
- Berjenama
- Kapasiti 3L
- Air Suam & Panas sahaja
- Suhu air boleh adjust
- Ada Rapid heating
- Ada Safety Child Lock
- Senang diguna
Tengok Harga Penapis Air Xiaomi:
Water filter Xiaomi ni memang branded dan ada kapasiti 3 liter dan LCD display yang elegan. Keselamatan orang di rumah korang juga akan terjamin dengan adanya child lock dia. Satu feature yang menarik adalah, korang boleh adjust suhu air kat mesin ni, tapi ada air suam dan panas je. Lagi satu, dia ada Rapid Heating technology, air akan cepat panas, jadi korang cepat sikit nak buat kopi atau teh tu. Model ni mudah digunakan, tak payah nak pasang dekat paip terus, hanya ada tangki korang boleh isikan air. Tapi, ikot review, air dia keluar sikit slow, jadi korang kena bersabar sikit.
- Design minimalis
- Sangat Kompak
- Filter air sahaja
- 3-in-1 Composite Filter
- Filter tahan lama
- Senang dipasang
- Warranty Setahun
- 4.8 rating daripada 3,00+ review
Harga Penapis Simplus
Terakhir dalam review kitorang kali ni adalah satu filter yang simple, minimalis dan kompak, dari jenama Simplus. Water filter ni hanya menapis air paip sahaja, takde feature air panas atau sejuk. Menggunakan 3-in-1 composite filter, ia satu alat berkuasa yang menjamin air yang bersih dan berkualiti. Filter ni jugak tahan lama, korang perlu servis/tukar setiap 9-12 bulan je, bergantung kepada penggunaan. Jadi sangat senang untuk jaga. Tapi, awal-awal korang akan rasa sikit beza pada rasa air, tapi dah lama-lama, air akan rasa normal balik.
Kenapa Korang Kena Ada Water Filter Berkualiti Dekat Rumah
Selain dari korang tak payah angkat botol air berat-berat ke rumah dari kedai ataupun bayar syarikat yang sewa mesin air ni mahal-mahal, ada beberapa sebab korang kena ada water filter kat rumah. Antaranya;
- Kesihatan dan Kesejahteraan: Penapis air berkualiti memastikan air yang korang minum bebas daripada kotoran, bakteria, dan bahan kimia berbahaya yang boleh menjejaskan kesihatan. Air sihat, keluarga pon sihat!
- Rasa Air Lebih Segar: Bila korang dah rasa air yang ditapis, korang mesti taknak air lain dah. Minum air yang lebih segar dan lebih sedap dengan penapisan yang baik!
- Cepat Buat Air: Korang akan dapat air panas atau sejuk dengan cepat. Tak perlu nak masak air, just tekan dan bancuh susu anak, teh, kopi dan apa je yang korang nak.
- Kemudahan Harian: Korang dah tak payah bergantung kepada air botol yang mahal dan tidak mesra alam. Sakit belakang tau angkat berat-berat ni.
- Ekonomikal: Penapis air menyediakan sumber air bersih yang mudah dan lebih menjimatkan dalam jangka masa panjang. Tambahan kalau korang beli yang bayar one-off macam ni, bukan sewa bulan-bulan.
- Pelaburan Bijak: Melabur dalam penapis air berkualiti adalah langkah bijak untuk memastikan kesihatan dan kesejahteraan keluarga korang.
Jadi, buat pilihan yang bijak dengan tengok review penapis air kitorang ni dan pilih yang terbaik untuk korang. Sama ada di rumah sewa bujang, rumah keluarga ataupun rumah mak ayah korang!
Selamat memilih water filter!