Dekat setiap rumah kena ada satu tool box. Sama ada untuk repair atau pasang barang di rumah seperti rak, meja atau almari sampailah ke repair motor, basikal anak dan ke repair sikit-sikit kereta korang. Untuk tu, korang kena ada tool box yang lengkap dan berkualiti yang korang boleh cari dan guna bila perlu.
Dalam review kali ni, kitorang test, review dan senaraikan 5 tool box terbaik yang bukan je diperbuat dari bahan berkualiti, tapi juga tahan lama dan lengkap dengan pelbagai alat untuk pelbagai kegunaan dan keperluan. Selain tu, kitorang juga pastikan setiap toolbox mempunyai rekaan moden dan mempunyai waranti jadi korang senang nak guna dan yakin nak beli untuk pakai lama. Jadi, jom baca dan pilih satu untuk rumah korang sekarang!
Toolbox Pilihan Kitorang
PRODIY 85PCS / 86PCS tool box
BuzzTech 61 & 82pcs tool box
Bosch 108-in-1 Tool Kit
Swiss Thomas 108pcs Box
KEELAT 121pcs tool kit
PRODIY 85PCS / 86PCS tool box
Ada sampai 86 barang
Ada spana, screwdriver, playar, dll
dibuat dengan Chrome Vanadium Steel
kotak besi heavy duty
Hanya 10KG
barang tersusun rapi
rating 4.9 dari 2,400+ review
Warranty sampai 5 tahun
Dalam tool box yang ni, korang akan dapat sampai 86 alat yang diperbuat dari Chrome Vanadium Steel, bahan yang lebih kuat, keras dan lebih tahan dari steel biasa. Bahan ni digunakan dalam alat-alat yang high-end. Korang akan dapat spana, screwdriver, playar dan lain-lain. Kotak besi dia cantik, heavy duty tapi berat 10KG je. Tak la berat sangat untuk alat sebanyak ni. Dengan kotak ni, pastinya barang korang tersusun rapi dan senang korang nak cari bila nak guna. Pastikan korang susun balik je lepas guna! Dari 2,400 review, dia dapat 4.9 bintang tau! Last sekali, korang akan dapat waranti sampai 5 tahun. Dengan sebab ni dan kualiti dia, kitorang jadikan tool box ni Top Choice kitorang!
BuzzTech 61pcs & 82pcs tool box
Dibuat dari Chrome Vanadium CR-V
ada spana, socket, rachet, dll
Ada pelbagai saiz dan kuantiti alat
sesuai untuk guna di rumah, repair kereta atau motor
4.9 bintang dari 1,100+ review
Kotak tool BuzzTech ni memang tipikal rupa dia dan alat-alat dia. Perlu ada di setiap rumah. Ada spanar, socket, rachet dan lain-lain yang diperbuat dengan material Chrome Vanadium CR-V. Ada pilihan 61 atau 82 alat pastinya sesuai untuk semua kerja yang korang nak buat dekat rumah tu, sama ada nak repair barang di rumah, repair kereta ataupun motor. Dengan rating 4.9 bintang dari 1,100+ review, pastinya ramai orang dah puas hati dengan tool box ni. Cuma, ikot review kitorang, kotak dia agak lembut sedikit, macam plastik murah dan pemegang atau klip barang dalam kotak tu agak longgar,jadi barang kadang-kadang akan berterabur lepas tutup.
Bosch 108-in-1 Tool Kit
Jenama yang terkenal
Ada pelbagai tools berkualiti
kotak yang cantik
senang dibawa
agak ringan
4.9 rating dari 200+ review
6 bulan warranty
Bosch bukan satu jenama asing lagi dalam pembuatan tools ni. Jadi, ia satu jenama yang sangat dipercayai untuk kekuatan, kualiti dan ketepatan alatan dia. Dengan warna signature dia, kotak ni agak cantik dan finishing dia kemas. Toolbox dia juga agak ringan, jadi senang nak dibawa kemana saje. Dapat rating 4.9 dari 200+ review, memang tepat dengan apa yang kita expect dari Bosch. Tapi, kitorang dapati tool dia saiz agak kecil, so tangan yang bersaiz besar, ada sedikit kekok nak guna. Selain tu, tool set ni memang perlu ada kat rumah korang!
Swiss Thomas 108pcs
Teknologi dari Switzerland
108 alat pertukangan
Kotak simpan yang kompak
4.9 rating dari beratus review
Warranty 2 tahun
Tool box Swiss Thomas berteknologi Swiss ni ada 108 alatan dalam dia. Antaranya, Measuring Tape, Screwdriver, Combination Pliers, Digital Voltage Tester, Utility Knife, Claw Hammer, Insulation Tape, Adjustable Wrench. Semua ni ada dalam satu kotak simpan yang kompak dan senang untuk korang nak bawak kat mana-mana. Dengan beratus review yang memberi 4.9 bintang review, pastinya alatan ni menjadi pilihan yang berbaloi, ditambah lagi dengan waranti selama 2 tahun. Korang mesti beruntung beli ni!
KEELAT 121pcs tool kit
Ada sampai 121 Alat!
ada pelbagai screwdriver dan spanar
Dibuat dari Chrome Vanadium CR-V
Dengan bekas simpanan berkualiti
Warranti Selama 6 bulan
Keelat adalah satu jenama tempatan yang baru di negara ni. Kali ni, diorang keluarkan tool box yang ada 121 alat dalam dia! Pastinya korang menang membeli! Tak payah dah cari yang lain, semua lengkap, ada bermacam jenis spanar dan screwdriver. Diperbuat dari bahan yang kuat dan berkualiti, Chrome Vanadium CR-V. Disimpan dalam bekas yang berkualiti, pastinya bukan alat je tahan lama, kotak dia pon! Dengan waranti selama 6 bulan, korang tak payah risau pasal kualiti dan ketahanan dia!
Macam mana kitorang pilih toolbox terbaik?
Untuk review ni, kitorang tekankan 3 benda penting dalam penilaian tool box. Ini untuk pastikan korang dapat yang terbaik dan tak membazir duit korang tu. Antaranya,
Ketahanan dan Kualiti Material
Alat yang bagus haruslah diperbuat dari bahan yang berkualiti dan kuat, seperti Chrome Vanadium Steel (CR-V). Ini untuk memastikan alatan dan kotak itu sendiri tahan lama dan tak midah bengkok atau rosak masa nak digunakan.
Jumlah Pilihan Alatan
Nak beli toolbox ni bukan selalu, jadi bila nak beli tu, kita kena pastikan yang semua alat yang perlu dah ada, jadi tak perlu la nak pergi kedai hardware dan beli lagi. Toolbox tu perlu ada pelbagai barang keperluan penting macam screwdriver, spanar, hammer dan playar yang akan memudahkan korang guna dari repair barang rumah ke kereta atau motor korang.
Kemudahan dan Saiz Kotak
Selain alatan tu sendiri, kotak yang menyimpan alat tu pon penting dan menjadi perkara yang kitorang tekankan. Tool box tu mesti senang dibawa, ringan dan berkualiti, tanpa menyusahkan kita nak angkat dan boleh letak banyak alat sekali.
Dengan menjadikan point diatas sebagai asas untuk review kitorang , 5 toolbox terbaik ni kitorang jumpa untuk korang guna di rumah nanti. Pastinya list kitorang ni dapat bantu korang dalam membuat keputusan yang terbaik!
Selamat membeli toolbox!