Top 5 Tilam Terbaik di Malaysia (Berjenama, Tebal, Selesa, Murah)

Share Post:

lelaki sakit belakang bangun tidur

Hai, hello! Korang macam gambar atas ni ke bila bangun pagi dari tidur? Sakit bahu, belakang, pinggang dan sampai satu badan tak selesa? Korang dah letih tidur malam dalam keadaan tak selesa, bertukar-tukar posisi dan nak cari tilam terbaik untuk melepaskan letih selama 8 jam setiap malam? Jangan tunggu lagi! Kitorang akan senaraikan pilihan tilam untuk bilik tidur korang yang bukan je bagi korang tidur yang lena, kurangkan sakit belakang korang, rasa macam tilam hotel tapi selamatkan duit korang jugak! 

Dalam post kali ni, kitorang senaraikan jenama tilam terbaik untuk tulang belakang dan melegakan sakit belakang. Sama ada korang cari tilam single, super single, queen ataupun king, semuanya ada! List ni akan menekankan kualiti yang luar biasa, harga berbaloi dan juga sokongan pada tulang belakang yang mantap, supaya korang boleh bangun pagi dengan bertenaga dan bersedia untuk hadap hari baru. Jom tengok senarai tilam terbaik di Malaysia ni dan say goodbye kepada tidur yang tak lena!

Tilam Terbaik Pilihan Kitorang

Top Choice

Tengok Harga Tilam Dr Macio

Tilam Dr Macio ni dah terjual lebih 100,000 unit, pastinya ada sebab dan tarikan tersendiri kan? Mengikut review kitorang, ni disebabkan kualiti dan harga yang berbaloi dari syarikat jenama Jerman ni. Dengan ketebalan 10 inci dengan Inner Coil Spring System diorang, tilam ni tak terlalu lembut, dan tak terlalu keras, rasa mewah macam tilam kat hotel tau. Disebabkan firmness dia, sangat sesuai untuk orang yang sakit belakang atau pinggang, tilam ni boleh support tulang belakang selama korang tidur. Dengan jaminan 10 tahun, lagi menambahkan keyakinan pada katil jenama Dr Macio ni. Tetapi, mengikut review orang yang dah beli, tilam ni selesa tapi masih boleh rasa kalau orang sebelah bergerak , tak sama macam iklan tilam-tilam mahal kat TV tu. Walau pun macam tu, kualiti dan harga tilam ni menjadi pilihan Top Choice kitorang untuk tilam yang terbaik.

Mewah

Tengok Harga Tilam Spinores

Tilam ini lebih mewah sikit dari tilam Dr Macio dalam list sebelum ni. Dengan ketebalan 10, 11 atau 12 inci dan Chiropractic Coil untuk sakit tulang belakang, mesti memberi keselesaan dan mengurangkan kesakitan. Korang boleh rasa bouncy sikit bila duduk sebab design yang berkualiti dan rasa macam tilam hotel harga ribu-ribu tau. Dengan waranti tilam 10 tahun, korang tak payah pening kepala, terjamin. Tapi, kitorang perasan yang spring dia boleh rasa dekat sisi tilam. Walaupun dengan hal kecik ni, kebaikan tilam ni menjadikan ia sesuai untuk korang yang nak keselesaan dan kualiti yang premium.

Bersih

Tengok Harga Tilam Spinarez:

Tilam yang ni mementingkan support dan kebersihan. Tilam 12 inci yang tebal dan berat untuk sokongan padu kepala, leher, belakang, pinggang dan kaki korang. Dengan ada teknologi Swiss, HeiQ Viroblock, tilam ini dilindungi dari virus dan bakteria, termasuk Sars-Cov-2. Tambahan lagi, dia anti-dustmite, anti-bacterial dan anti-hypoallergenic untuk memastikan tempat tidur yang bersih. Walaupun tilam ni sedikit keras, tapi bahagian atas dia sangat lembut, memberi kombinasi keselesaan dan sokongan untuk sakit belakang yang optimum. Kitorang dapati yang ada sedikit bau getah bila mula-mula guna, tapi lama kelamaan akan hilang kot. Lagi satu, delivery hanya ke depan pintu rumah je, kalau ke dalam, ada extra caj. Kalau korang pentingkan kualiti dan kebersihan, inilah tilam terbaik untuk korang.

Berjenama

Tengok Harga Tilam Goodnite:

Jenama Goodnite tak asing lagi untuk tilam dan katil. Dah bertapak dari tahun 1989, pastinya ada sebab kenapa jenama ni bertahan sampai sekarang. Semestinya untuk kualiti dan ketahanan produk dia.Tilam berjenama ni dibuat dengan teknologi DPC Spring, dicipta untuk sokongan tulang belakang dan juga ortopedik tambahan. Sesuai untuk korang yang ada sakit belakang dan dekat pinggang tu. Adanya tilam sabut kelapa ni, dia meningkatkan serapan lembapan yang bagus. Dengan janama yang dipercayai dan waranti selama 10 tahun, pastinya ia pilihan yang bijak!

Famous

Harga Tilam Vono:

Mattress terakhir ni sangat famous sebab menjadikan Maya Karin sebagai duta produk dia. Terkenal sebab tilam yang tebal dan selesa, untuk pastikan sokongan yang mantap kepada korang yang nak tidur lena. Dengan pelbagai saiz, mesti ada yang sesuai untuk korang. Dengan waranti yang ada, korang boleh tidur dengan yakin selama 5 tahun. Walaupun sedikit keras, kalau korang suka katil yang ‘firm’, pasti berbaloi!

Cara Kitorang Pilih Tilam yang Bagus

cara memilih tilam yang bagus

Ada 5 sebab kenapa kitorang pilih tilam-tilam kat atas ni. Kitorang tekankan support, keselesaan, kualiti bahan yang digunakan, mattress feature dan akhir sekali, warranty, untuk menjamin yang korang berbaloi beli.

Sokongan Optimum

tekan tilam

Tilam tu kena beri sokongan yang padu pada badan korang, mengurangkan tekanan/pressure pada tulang belakang dan pinggang. Sokongan ortopedik adalah penting dalam pemilihan katil kitorang!

Keselesaan

Katil yang kitorang senaraikan tu jugak mestilah selesa. Walaupun ada banyak jenis kekerasan tilam, tapi kitorang akan memilih yang selesa untuk kegunaan semalaman dan juga material tilam tu sendiri mestinya selesa.

Kualiti Bahan

Mesti dibuat dengan bahan berkualiti. Ada dalam senarai kitorang ni yang guna sabut kelapa untuk serap lembapan dan pengudaraan yang baik. Dengan ‘memory foam’ dan juga bahan jahitan berkualiti tinggi, pastinya list kitorang ni menjamin keselesaan dan tahan lama untuk korang guna bertahun-tahun lamanya!

Mattress Feature

Zaman sekarang ni, macam-macam kelebihan ada dekat tilam. Ada yang anti-hama, anti-bakteria dan anti-allergi. Ini sangat penting untuk tidur yang lena, dan juga menjaga kesihatan korang sebab lama kan kita tidur, so, better berjaga-jaga. Salah satu ciri yang kitorang tengok untuk senarai ni.

Harga dan Waranti

warranty katil

Akhir sekali, bila kitorang dah puas hati dengan ciri dan sebab yang lain tu, baru kitorang akan tengok pada harga dan waranti yang diberi. Dengan waranti yang berbaloi, pastinya kitorang lebih yakin nak cadangkan tilam terbaik kat korang. Mengikut kajian kitorang, tilam biasanya ada waranti selama 5 hingga 10 tahun. So, berbaloi baloi sangat!

So, ini lah penghujung list review kitorang. Harap dapat membantu korang dalam memilih yang sesuai untuk rumah korang. Kalau korang nak mencari katil pulak, boleh tengok artikel kitorang, Top 5 Katil Terbaik Untuk Tidur Yang Lebih Lena.

Selamat tidur!

Nak cari info lain?

Review Projector terbaik
review aircond inverter
Lelaki memilih tumbler Montigo
baby gate review malaysia
lelaki memilih robot vacuum terbaik
memilih vakum tanpa wayar terbaik