9 Langkah Mudah Jaga Rumah Untuk Tahun 2026

Share Post:

langkah jaga rumah 2026

Kenapa Penting Jaga Rumah untuk Tahun 2026?

Ramai pemilik rumah, terutamanya yang baru duduk rumah sendiri, fikir cukup sekadar bersihkan je rumah tu. Tapi realitinya, banyak kerosakan kecil yang kita abaikan boleh jadi punca masalah besar kalau tak jaga awal-awal. Tahun 2026 dijangka mencabar dari segi kos penyelenggaraan dan barangan rumah. So, kalau korang nak rumah kekal selesa dan jimat duit dalam jangka panjang, ni masa terbaik untuk mula.

Dalam artikel ni, kitorang kongsikan 9 langkah mudah tapi power untuk pastikan rumah korang sentiasa dalam keadaan tiptop. Siap dengan cadangan barang upgrade kalau perlu!


1. Periksa & Servis Aircond Sekurang-kurangnya Setahun Sekali

Servis Aircond Rumah

Aircond yang tak diservis akan kumpul habuk dan jadi kurang efisien. Angin pun tak rasa sejuk walaupun suhu rendah. Bila motor overwork, bil elektrik naik dan risiko rosak makin tinggi. Paling kurang, cuci filter setiap 2 bulan.

Kalau aircond korang dah tua dan kuat makan elektrik, mungkin dah sampai masa tukar ke model inverter yang lebih jimat dan senyap. Aircond moden sekarang ada fungsi smart timer dan eco mode yang bantu kurangkan bil bulanan.

👉 Nak upgrade aircond korang? Jom tengok Senarai Aircond Inverter Terbaik


2. Bersihkan Hood Dapur & Tukar Filter

Bersihkan Hood Dapur

Hood dapur pun perlu penjagaan. Minyak dan habuk dari masakan akan terkumpul, buat sedutan jadi lemah dan dapur cepat panas serta berbau. Filter karbon biasanya kena tukar setiap 6–12 bulan bergantung pada penggunaan. Bayangkan apa yang terjadi kalau korang dah bertahun tak servis atau tukar?

Ramai tak perasan prestasi hood menurun sampai dapur rasa berasap bila goreng ikan atau tumis bawang. Bila sedutan kurang kuat, bau pun melekat kat langsir dan kabinet.

👉 Bersihkan atau terus upgrade? Top 5 Hood Dapur Terbaik


3. Semak Paip & Sinki untuk Kebocoran

Paip bocor mungkin tak nampak jelas, tapi boleh naikkan bil air dan rosakkan kabinet dapur. Cara mudah, lap paip dengan tisu dan tengok kalau ada kesan basah. Jangan lupa periksa bawah sinki dan bilik air juga.

Kadang-kadang bunyi titisan air waktu malam tu petanda ada kebocoran kecil. Lagi lama dibiarkan, lantai dan kayu bawah sinki boleh mula mereput dan jadi tempat kulat tumbuh.


4. Bersihkan Kipas Siling & Penapis Kipas Dinding

Bersihkan Kipas Rumah

Habuk terkumpul atas bilah kipas boleh menyebabkan alahan, bersin, dan prestasi kipas merosot. Kipas yang dah lama pula biasanya makin kuat bunyi dan angin tak rasa sangat.

Kipas siling yang bersih bukan je bagi angin lebih kuat, tapi bilah yang ringan dan bersih pun kurang stres kat motor kipas, jadi  boleh tahan lebih lama.

👉 Nak kipas yang kuat, senyap dan cantik? Top 5 Kipas Siling Terbaik


5. Servis atau Ganti Penapis Air

Air paip Malaysia tak semuanya bersih. Kalau filter tak ditukar, air jadi berbau, rasa klorin kuat, dan boleh sebabkan gatal kulit. Penapis luar rumah dan dalam rumah perlu diperiksa sekurang-kurangnya setiap 6 bulan.

Kalau rumah guna water filter sejak mula pindah tapi tak pernah tukar filter, air tu mungkin dah tak selamat untuk minum. Elok mula buat jadual tukar filter ikut tarikh.

👉 Nak cari penapis air yang mudah dijaga dan berbaloi? Top 5 Water Filter Terbaik


6. Cuci Longkang, Atap & Gutters Rumah

Longkang dan atap mudah tersumbat dengan daun dan sampah especially lepas musim hujan. Kalau dibiarkan, air boleh bertakung, bocor dan jadi tempat pembiakan nyamuk.

Kebocoran dari atap pula boleh rosakkan siling dan lampu. Ramai hanya sedar ada masalah bila hujan lebat dan air dah menitik dalam rumah. Satu kerja dan satu kos extra pulak nak betulkan.

Cuci sekurang-kurangnya 2 kali setahun: sebelum dan selepas musim hujan.


7. Periksa Plug, Suis & Wayar Lama

Wayar reput dan suis longgar bukan sahaja bahaya, tapi juga boleh sebabkan kebakaran. Pastikan semua soket dan plug tak longgar. Tukar suis yang dah ketat atau tak ‘click’ betul.

Kalau rumah korang lebih 10 tahun, elok juga panggil tukang elektrik buat semakan wiring penuh. Kadang-kadang plug yang nampak okay rupanya dah rosak dalamnya.


8. Servis Peti Sejuk & Cuci Belakangnya

Bersihkan Coil Peti Ais

Habuk yang terkumpul di coil belakang peti buatkan sistem penyejukan tak efisien. Bila tak efisien, tenaga digunakan lebih dan bil naik. Peti sejuk lama pun cenderung guna elektrik lebih banyak.

Ramai tak tahu coil kat belakang peti kena vacuum juga. Sekali cuci, korang akan rasa perubahan bila peti jadi lebih sejuk dan motor tak bunyi kuat sangat.

👉 Peti sejuk lama kuat makan elektrik? Senarai Peti Sejuk Terbaik 2025


9. Pastikan Alat Pembersih Rumah Berfungsi Baik

Vacuum yang sedut lemah, robot vacuum yang sangkut-sangkut, semua ni buat kerja pembersihan kurang berkesan. Ramai tak sedar, hama habuk boleh jadi punca alahan dan kulit sensitif, especially kalau ada anak kecil.

Kalau selalu bersin bila bangun pagi, mungkin bilik korang dah penuh hama habuk. Vacuum jenis anti-dust mite atau robot vacuum dengan sensor pintar boleh bantu jaga kebersihan harian tanpa korang perlu buat apa-apa.

👉 Robot Vacuum Terbaik untuk Rumah Malaysia
👉 Cordless Vacuum Power dan Ringan


Penutup: Jaga Rumah Sekarang, Jimat Ribuan Ringgit Nanti

Penjagaan rumah bukan kerja rumit bila korang tahu apa nak buat. Bila rumah dijaga elok, bukan je korang jimat duit, tapi rumah pun tahan lebih lama dan selesa diduduki.

Setiap kerosakan yang dicegah awal boleh elak kos beribu ringgit. Lagi satu, rumah yang sentiasa terjaga akan naik nilai kalau satu hari nanti korang nak jual atau sewakan.

Kalau ada barang yang rasa dah tak perform, jangan tunggu rosak teruk. Upgrade awal sebab berbaloi untuk jangka panjang dan bantu elak stress bila benda rosak waktu tak sesuai.

👉 Nak tengok semua barang rumah yang kitorang dah review dan rekomen? Klik sini untuk baca blog kitorang


Nak cari info lain?

Tips Bil Elektrik Naik
Hadiah Hari Bapa
Review Xiaomi C300
midea water filter 2024
Servis Inspect Rumah
Cara Senang Pasang Cctv