Lepas basuh pinggan, korang perasan air dalam sinki tak turun-turun lagi. Alamak! Sinki tersumbat la pulakk. Siapalah punya kerja ni. Dah satu hal nak kena unclog atau settlekan hal sumbat ni pulak. Nak settlekan sumbat ni kadang-kadang boleh sampai stress tau!
Jangan risau, dalam artikel ni, kitorang kongsikan 5 tip untuk menyelesaikan masalah sinki tersumbat ni dengan berkesan. Dari cara DIY, gunakan bahan-bahan yang ada dirumah dan sampai guna produk yang kuat sikit, kitorang akan share cara melancarkan perjalanan air dan juga hidup korang!
Jom tengok cara-caranya…
Table of Contents
Cara Baiki Singki Tersumbat
Macam yang kitorang cakap tadi, dalam list ni, ada cara yang korang boleh guna bahan di rumah je atau kena beli beberapa produk. Untuk produk sinki tersumbat tu, kitorang dah tengok yang terbaik dan review hasil dan feedback dari pengguna yang dah beli. Jadi, segala cadangan kitorang adalah hasil dari review tersebut, so don’t worry pasal kualiti dan keberkesanan dia.
Guna Pelocok Sinki
Ni adalah langkah pertama yang korang kena guna. Kadang-kadang, sumbat ni berlaku sebab ada benda sikit atau kecil yang tersangkut dalam sinki atau saliran paip korang tu. So, dengan guna pelocok atau plunger ni, dia akan dapat digerakkan atau terlepas dari tempat sangkut tu.
Sebab design yang simple dan bijak pelocok ni, ia akan hasilkan tekanan dan sedutan bila diletakkan dengan betul di kat lubang sinki tu. Tekanan ni yang akan gerakkan benda yang tersangkut tu dan biarkan air lalu. Sebab tu, pastikan korang guna pelocok ni dengan betul ya. Pastikan tak ada ruang kosong antara pelocok dan singki tu, kalau tak, takde tekanan!
Zaman sekarang ni, dah ada plunger high pressure atau pelocok tekanan tinggi macam yang kat bawah ni, so korang tak perlu nak susah payah guna pelocok macam mak ayah kita dulu, lagi senang dan lagi berkesan! Boleh guna untuk sinki, tandas dan juga lubang paip di lantai tu.
Kalau korang takde plunger, jom tengok harga pelocok sinki macam kat atas ni.
Campuran Baking Soda dan Cuka
Baking soda atau serbuk penaik ni memang macam-macam guna. Bukan hanya untuk makanan, untuk kegunaan di rumah, dapur dan tandas pon boleh! Memang versatil betul. Bahan campuran organik macam cuka dan baking soda bukan je berkesan nak elokkan singki tersumbat, ia jugak tak memberi kesan negatif kat paip korang tu macam produk-produk chemical lain.
Sebelum korang cuba tip ni, pastikan korang berjaga-jaga ya, sebabnya bila dicampur dia bahan ni, dia akan menggelegak kat sinki tu! Pastikan korang pakai sarung tangan dan juga pelindung mata yang sesuai. Takot terpercik kena kita, lagi satu masalah! Ok, jom mula.
- Masukkan 1/3 cawan baking soda ke dalam lubang sinki.
- Tuangkan 1 cawan cuka dalam lubang yang sama
- Tutup rapat lubang singki tu untuk kesan lebih kuat
- Biarkan selama 15 minit. Lepas tu, korang boleh siram air panas secukupnya untuk bersihkan singki korang.
Untuk cuka putih, korang boleh dapatkan kat sini. Kalau korang takde baking soda, boleh dapatkan jenama yang terbaik bawah ni;
Garam Kasar
Ni satu tip turun temurun. Guna garam untuk selesaikan masalah singki tersumbat. Cara ni boleh berkesan untuk keadaan tertentu, tapi bukan semua. Bentuk garam yang keras tu menjadi ‘penggosok’ kepada dinding paip korang dan bantu melonggarkan kotoran dan melancarkan pergerakan air.
Walaupun boleh berkesan untuk sumbat yang sikit, garam ni tak berapa berkesan untuk sumbat yang teruk dan ‘gerakkan’ barang tersumbat yang besar. Jadi, kita boleh je cuba cara ni, tapi pastikan yang kita tahu ni bukan satu penyelesaian jangka panjang.
Guna Drain Snake
Secara manual, kita boleh guna dawai, besi atau kayu halus untuk setelkan masalah sumbat ni. Tapi, benda ni keras, tak boleh bengkok mengikut bentuk paip dan juga boleh rosakkan saluran paip korang! So, baik berjaga-jaga bila nak guna, atau lebih elok lagi, jangan guna langsung, korang guna je drain snake ni.
Guna drain snake ni sangat efektif untuk sumbat yang teruk. Sebab apa, kita secara fizikal akan tanggalkan sumbat tu dalam paip. Alat yang fleksibel ni panjang, ada sampai 10 meter tau, dan mempunyai wayar yang ada design yang pelik untuk tembus dan menolak sampah atau apa yang menyebabkan sumbat tu.
Cara nak guna dia pun tak susah, hanya masukkan drain snake tu dalam lubang sinki korang tu dan tolak ke dalam terus sampai korang terasa benda menghalang. Bila dah terasa tu, korang boleh terus tekan atau tarik dan tekan perlahan-lahan untuk menanggalkan benda tu. Senang kan?
Kalau takde, korang boleh beli drain snake kat sini.
Guna Produk Chemical
Untuk tip singki sumbat terakhir ni, kita boleh guna pencuci paip kimia. Cara ni ramai yang guna dan antara yang termudah untuk setelkan masalah sumbat ni. Produk-produk macam ni selalunya guna kimia yang kuat macam natrium hidroksida atau asid sulfurik yang berfungi untuk menghakis bahan yang mungkin sebabkan sumbat tu, macam minyak, rambut, sisa makanan dan lain-lain.
Untuk guna produk macam ni, senang je, selalunya, tuang je dalam lubang sinki tu biarkan. Pastikan korang baca arahan produk ni untuk kesan yang efektif. Lain produk lain cara dia, mungkin produk A guna kurang kuantiti bahan atau produk B perlu dicampur dengan bahan lain untuk berkesan. Tak susah baca arahan ni, tak sampai 2 minit pon!
Ingat ya, benda ni kimia, so kita kena berhati-hati bila guna untuk keselamatan kita dan juga keselamatan singki kita tu. Jangan salah guna, bahaya! Paling penting, korang jangan hidu bahan ni dan pastikan ada aliran udara yang bagus.
Antara produk baiki sinki tersumbat;
Itulah dia cara dan tip sinki tersumbat dari kitorang. Sama ada korang guna cara old school macam pelocok, cara fizikal macam drain snake atau kuasa kimia, ia pasti akan membantu korang dalam selesaikan masalah korang. Korang juga boleh elakkan masalah besar sampai kena panggil tukang paip kalau follow tips ni untuk maintain sinki korang ataupun masalah sumbat sikit-sikit ni.
Last sekali, pastikan korang utamakan keselamatan bila cuma nak repair sinki korang, tambah-tambah lagi bila guna produk kimia tu. Kitorang harap, artikel ni dapat membantu melancarkan sinki dan hidup korang!
Kalau korang nak beli sinki baru, jom tengok senarai sinki moden dan terbaik kitorang.