Ramadan 2025 dah makin dekat, setakat ni, tarikh yang dikatakan adalah 2 March 2025. Bulan yang penuh keberkatan ini adalah masa untuk kita memperbaiki diri, meningkatkan amalan, dan meluangkan masa berkualiti bersama keluarga.
Untuk memastikan Ramadan korang kali ni berjalan lancar dan penuh rahmat, persiapan awal amat penting. Artikel ini akan membantu korang dengan senarai barang wajib ada untuk memudahkan aktiviti harian korang dan keluarga sepanjang Ramadan.
1. Barang Dapur Wajib Ada
Peralatan Memasak Cepat & Mudah:
– Rice Cooker: Memasak nasi lebih cepat, sesuai untuk sahur yang ringkas.
– Air Fryer: Mudah nak goreng ayam, ikan, atau kuih tanpa guna banyak minyak. Hanya letak dalam tu, set time, dan biarkan dia masak je.
– Oven: Kalau korang teringin nak bakar ayam ke, ikan ke, sangat berguna. Selain tu, boleh guna untuk buat kuih bila nak dekat-dekat raya nanti!
– Blender Serbaguna: Penting untuk buat jus segar, smoothies, atau kisar bahan masakan dengan pantas untuk masa sahur nanti.
Kalau korang tak ada air fryer lagi, jom tengok review kitorang dan dapatkan yang terbaik, Review Air Fryer – Top 5 Berkualiti, Kapasiti Besar dan Tahan Lama
Dan, kalau korang berminat nak cari oven, boleh tengok Review Oven Terbaik kitorang.
Bekas Simpanan Makanan:
– Bekas Kedap Udara: Simpan lauk sahur dan berbuka supaya tahan lama dan simpan kesegaran dia.
– Peti Sejuk Berkualiti: Pastikan stok makanan korang kekal segar sepanjang Ramadan.
Kalau korang nak upgrade atau beli peti sejuk, jom tengok yang berkualiti dan padu dekat artikel ni, Top 5 Peti Sejuk Terbaik – Besar, Berjenama, Jimat Elektrik, Cantik
Peralatan Minuman:
– Jug Air Sejuk: Sentiasa sedia air sejuk untuk berbuka.
– Dispenser Air: Mudah untuk dapatkan air panas atau sejuk bila-bila masa. Korang tak payah nak masak air lama-lama masa sahur dah, cepat dan memudahkan!
Kalau korang pulak jenis yang lambat berbuka atau tak sempat nak bawak dari office atau rumah, boleh je simpan air dalam tumbler. Kalau nak cari yang best, jom tengok review Top 5 Montigo Bottle Terbaik – Cantik, Tahan Lama, dan Berkualiti.
2. Barang Keperluan Ibadah
– Sejadah Selesa & Berkualiti: Penting untuk keselesaan semasa solat tarawih kat rumah atau berjemaah di masjid.
– Al-Quran Digital atau Biasa: Mudahkan tadarus, ada fungsi tafsir dan terjemahan untuk pemahaman lebih baik.
– Tasbih Pintar: Bantu untuk berzikir dengan mudah, terutamanya selepas solat.
3. Barang Keperluan Rumah
– Lampu Malam LED: Jimat elektrik, sesuai untuk bangun sahur tanpa ganggu tidur orang lain.
– Jam Loceng Pintar: Tolong korang bangun sahur tepat pada masanya dengan pelbagai bunyi alarm.
– Kipas atau Aircond Inverter: Kekalkan keselesaan suhu rumah terutamanya waktu siang yang panas. Jom tengok review aircond inverter kitorang.
4. Makanan & Minuman Wajib Ada
– Kurma Berkualiti: Pilihan sunnah untuk berbuka, sumber tenaga yang cepat. Sedap dapat, pahala pon dapat!
– Minuman Tenaga & Isotonik: Kekalkan hidrasi, terutamanya selepas seharian korang berpuasa.
– Makanan Sejuk Beku: Senang dipanaskan semasa sahur atau berbuka jika tak sempat masak. Ada je yang murah dan sedap sekarang ni.
5. Barang Ekstra untuk Keselesaan
– Diffuser atau Lilin Aromaterapi: Cipta suasana tenang untuk solat dan rehat selepas berbuka.
– Bantal Sokongan Tambahan: Rehat lebih selesa selepas seharian berpuasa.
– Peralatan Senaman Ringan: Seperti dumbbell ringan atau yoga mat untuk kekalkan kecergasan walaupun berpuasa.
Kalau korang nak senaman ringan boleh dapatkan walking pad atau stepper. Boleh exercise kat rumah je sebelum atau selepas berbuka nanti. Tengok review kitorang;
- Top 3 Walking Pad Terbaik – Tahan Lama, Senang Guna, Moden
- Top 3 Stepper Terbaik: Berkualiti, Tahan Lasak & Senang Diguna
Buat persiapan awal untuk bulan puasa 2025 ni supaya korang dapat fokus pada ibadah tanpa gangguan dan tak terlalu letih. Dengan senarai barang wajib ada ini, korang boleh jimat masa, tenaga, dan lebih bersedia menghadapi cabaran harian.
Klik link produk yang cadangkan untuk pastikan persiapan puasa korang yang lebih lancar. Selamat menyambut Ramadan yang penuh keberkatan bersama yang tersayang!