Menggunakan walking pad, pad jalan kaki atau mesin jalan kaki semakin popular sekarang ni. Terutama sekali kat orang yang bekerja dari rumah atau yang nak senaman/exercise tapi tak nak pergi gym. Dengan kelebihan walking treadmill yang portable ni, korang boleh senaman di rumah dan ruang yang kecik je. Dia bukan je memberikan korang peluang untuk senaman, tapi juga boleh meningkatkan produktiviti dan fokus korang.
Contohnya, penyelidikan di Brigham Young University (BYU) mendapati bahawa pengguna walking desk hampir dapat melakukan tugas kognitif pada tahap yang sama dengan mereka yang duduk, sambil menikmati faedah kesihatan yang menyokong produktiviti jangka panjang. Kajian lain yang diterbitkan oleh PLOS ONE pula mendapati bahawa integrasi treadmill di tempat kerja membantu mengurangkan tekanan dan meningkatkan fokus – sesuai untuk tugasan ringan seperti e-mel atau sesi pemikiran kreatif.
Dalam review kali ni, kitorang senaraikan 3 walking pad untuk pilihan korang dalam perjalanan senaman korang. Jom tengok dan dapatkan satu sekarang!
Walking Pad Pilihan Kitorang
Okyo Walking Pad
LuckinMall Walking Pad
My-Hi Pad
Okyo Walking Pad
Ada 6 kelajuan
3 horse power
Ada remote control
Display LED yang besar
Tahan sampai 150 KG
Agak senyap
Senang nak dipasang
Senang disimpan
4.9 star dari 4,400+ review
Ada waranti setahun
Walking pad best seller ni memang power dengan 3 horsepower yang ada sampai 6 speed, sangat sesuai untuk berbagai level workout. Sama ada korang newbie atau berpengalaman, mesti boleh guna pad walking ni untuk exercise. Kitorang rasa dia juga agak senyap bila digunakan. Dia ada remote control untuk control dia, jadi korang tak payah nak tunduk bila nak adjust speed. Selain tu dia ada display LED besar untuk memudahkan korang track progress senaman korang. Dia boleh tahan sampai berat 150 KG. Nak pasang dan simpan dia jugak senang, lipat je. Dia dapat 4.9 bintang dari 4,400 review dan ada warranty setahun. Tapi, ikut review kitorang, ruang jalan dia agak sempit, dan power cable pendek sikit, yang mungkin perlukan extension, kalau tak, korang kena guna dekat dengan plug.
LuckinMall Walking Pad
3.0 Horse power
Speed sampai 6 km/j
Tahan sampai 220 KG
Tapak jalan yang luas
LED yang luas
2 warna menarik
Penggunaan Senyap
4.8 star dari 750+ review
Warranty sampai 5 tahun
Walking pad ini ada motor 3.0 HP yang boleh bergerak sampai 6 KM/j. Dia jugak pad yang paling teguh sebab boleh tampung berat sampai 220 KG. Dengan tapak kaki yang lebar, korang akan dapat ruang yang lebih selesa untuk berjalan atau berlari. Dia ada 2 warna menarik dan dilengkapi LED luas untuk korang tengok progress senaman korang. Dia jugak agak senyap, jadi sesuai nak guna sambil tengok TV ataupun radio. Pad ni dapat rating 4.8 star daripada lebih 750 review dan ada waranti 5 tahun, jadi korang tak perlu risau pasal ketahanan dan kualiti dia!
My-Hi Pad
3 horsepower
Tahan sampai 200 KG
Dengan Remote control
Smooth dan Senyap
Senang dipasang
4.7 star dari 850+ review
Waranti 5 tahun
Pad jalan kaki jenama My-Hi ni ada motor 3 horsepower yang boleh tampung berat sampai200 kg, jadi korang boleh yakin nak kuruskan badan. Dia ada remote control untuk kawalan yang lebih senang. Kitorang rasa dia sangat smooth dan senyap, jadi korang boleh senaman dengan selesa dan berkesan. Selain tu, dia senang dipasang. Mendapat rating 4.7 star daripada lebih 850 review dan ada waranti 5 tahun, menjadikan ia pilihan yang diyakini dan berbaloi untuk korang.
Cara Kitorang Pilih dan Senaraikan Pad Terbaik
Untuk mendapatkan pad yang berkualiti, kitorang tekankan 3 perkara penting selain review dan rating dari orang yang dah beli.
Antaranya…
Keselesaan Pengguna
Salah satu kriteria utama dalam memilih walking pad ialah keselesaan penggunaan dan prestasi. Dalam review ni, kitorang menilai setiap model dari segi kelancaran pergerakan, tahap bunyi yang dihasilkan, dan kestabilan semasa korang gunakan dia untuk memastikan pengalaman senaman yang selesa dan tidak mengganggu fokus kerja.
Kemudahan Simpanan dan Penjimatan Ruang
Design yang portable adalah satu faktor penting untuk memastikan dia tak makan ruang yang banyak. Banyak pad jalan moden direka untuk mudah disimpan, ada yang cukup nipis untuk diselit di bawah katil atau meja bila korang tak gunakan dia. Kemudahan penstoran amat penting bagi orang yang bekerja atau bersenam di ruang kecil, seperti pangsapuri atau home office. Model dengan ciri lipatan atau roda untuk memudahkan pergerakan akan mendapat markah lebih.
Ketahanan dan Waranti Produk
Ketahanan adalah faktor penting bagi supaya korang dalam gunakan walking pad ni dengan lama sampai kurus. Kitorang review kapasiti beban setiap walking pad dan jaminan yang ditawarkan, seperti jaminan lima tahun yang memberikan jaminan lebih kepada orang yang beli. Faktor ketahanan memastikan korang boleh menggunakan alat ini untuk jangka panjang tanpa masalah, menjadikannya pelaburan kesihatan yang berbaloi.
Dengan memberikan fokus pada faktor kat atas ni masa review berpuluh treadmill jalan ni, kitorang berjaya senaraikan 3 yang paling berbaloi untuk korang beli untuk healthy journey korang ni.
Selamat memilih walking pad untuk bersenam!