Top 5 Portable Aircond Terbaik – Sejuk, Mudah Alih dan Berkualiti.

Share Post:

portable aircond terbaik

Korang tengah cari cara untuk mengatasi cuaca panas, tak selesa dan nak lebih sejuk? Ataupun korang nak pasang air cond (penghawa dingin) kat rumah tapi tak nak tebuk dinding atau lokasi dia tak sesuai? Dapatkan je aircond mudah alih yang pastinya sejuk, berguna dan memenuhi keperluan korang. Sama ada korang nak guna kat rumah, pejabat atau nak bawak balik kampung, aircond portable ni memang sangat berbaloi. Sesuai digunakan dalam bilik yang kecik, ataupun kat ruang tamu untuk kurangkan suhu dia!

Dalam review kali ni, kitorang akan berikan 5 portable aircond yang berkualiti dan berciri hebat. Pastikan korang baca review ni sampai habis untuk tahu setiap feature model aircond yang ada dan boleh pilih yang sesuai dan berbaloi untuk korang. Jom tengok senarai ni untuk dapatkan ruang yang selesa dan sejuk!!

Portable Aircond Pilihan Kitorang

Top Choice

Tengok Harga Aircond Hisense:

Top Choice Aircond Portable kitorang adalah model AP09KVG dari jenama Hisense. Ia adalah penyaman udara mudah alih dengan kapasiti 1 HP, sesuai untuk mana-mana ruang kecil seperti ruang tamu dan juga bilik tidur. Dengan tiga mode, Fan, Dry dan Cooling dan bunyi yang sangat senyap, ia sesuai untuk digunakan pada waktu malam atau ketika anak kecil nak tidur, mak bapak dia pasti suka dan tak terganggu. Kalau guna aircond ni, tak payah nak tebuk dinding rumah dah. Dengan ada remote dan roda, ia sangat mudah dialih dan praktikal. Siang boleh letak di ruang tamu, malam boleh tolak je aircond portable ni masuk dalam bilik. Jimat dan berguna! Dengan warranty sampai 2 tahun, korang tak perlu takut dengan kualiti dan ketahan dia, pastinya mantap. Tapi, aircond ni tak ada fungsi auto swing, tak ada penunjuk paras air dan hos dia agak besar. Tapi, dengan kualiti dan ciri-ciri portable aircond ni, ia sangat berbaloi untuk setiap rumah.

Best Seller

Tengok Harga Lenodi Air Cooler

Aircond portable jenama Lenodi ni berkasiti 50 liter dan memberi angin yang kuat dan nyaman serta bersih sebab menggunakan filter 4-in-1. Ia ada 3 level angin yang boleh disesuaikan bila perlu, dan ia sangat senyap, ia antara 30db dalam mode kipas dan 42db dalam mode penyejukan. Design dia sangat simple, elegen dan ada roda, jadi senang nak dipindahkan ke mana je kat rumah korang tu. Ada model yang datang dengan remote dan ice pack untuk penyejukan tambahan. Datang dengan warranty selama 1 tahun dan rating 4.8 dari 1,900 review, ia pastinya antara sebab utama portable aircond ni best seller dengan jualan sampai 3,900+ unit!

Berjenama

Tengok Harga Portable Aircond Midea:

Penghawa dingin mudah alih jenama Midea ni datang dengan remote control dan roda untuk memudahkan kawalan dan juga alihkan dia ke mana yang korang nak. Dengan 1.0 horsepower, pastinya boleh menyejukkan bilik tidur korang atau ruang tamu yang kecil tu. Dia didatangkan dengan hos, tapi korang boleh guna atau pun tidak, fungsi dia tak akan terjejas. Dengan waranti selama 12 bulan dan jenam dia, pastinya kitorang yakin dengan kualiti dia. Tapi, kitorang dapati bunyi kipas dia agak kuat. Selain tu, dia takde fungsi swing, jadi angin dia direct je. Walaupun tu, kualiti dan harga dia menjadikan pilihan yang selamat dan praktikal untuk sejukkan rumah korang.

Kompak

Tengok Harga Hyundai Air Cooler:

Portable aircond ni berkapasiti 8 liter di dua tangki, satu di atas dan satu dibawah yang boleh tanggal untuk memudahkan korang bersih dan isi air dia. Dia ada remote dan juga roda, jadi senang korang nak kawal dari jauh dan dari mana saja dalam rumah. Selain tu, dia juga ada touch panel kalau nak adjust aircond tu. Ada sampai 3 level angin dia, jadi, korang boleh guna mengikut cuaca kat luar tu. Bunyi dia juga agak perlahan, jadi tak akan ganggu korang berehat atau tidur. Dengan rating 4.8 bintang dari 2,200 review, mesti ada sebab dia menjadi pilihan ramai. Cuma, kitorang dapati, sebab saiz dia kecik, angin dia tak jauh sangat, dan waranti dia sangkat singkat, 3 bulan je. 

Paling kecik

Harga RegeMoudal

Untuk portable aircond terakhir ni, dia ada kapasiti sampai 50L dan dengan 3 kekuatan angin, pastinya korang akan sentiasa sejuk di rumah. Ada remote control dan built-in ionizer, ia menjamin udara yang bersih dan segar. Ia agak praktikal kerana saiz dia yang besar, ada roda dan juga menggunakan LCD display. Bunyi dia juga agak senyap bila digunakan, jadi tak mengganggu waktu rehat korang. Daripada 700 review, dia dapat 4.7, jadi agak bagus juga. Tapi, apa yang kitorang nampak, material dia daripada plastik yang nampak murah dan label dia di dalam bahasa cina. Jadi agak sukar untuk guna pada awalnya.

Kenapa Portable Aircond ni terpilih?

ciri drill terbaik

Untuk review aircond portable ni, kitorang tekankan 3 benda, selain dari penggunaan dan kualiti produk tu sendiri. Antaranya…

Feature Tambahan

Ciri-ciri tambahan seperti built-in ionizer, remote control, dan roda menjadikan pia efisien dan mudah digunakan. Selain menyejukkan ruang rumah korang, kitorang juga pastikan yang ia senang digunakan dan selamat.

Tahap Bunyi

Selain angin yang kuat dan sejuk, aircond ni juga perlu berfungsi dengan bunyi yang minima. Sebab apa? Semestinya penghawa dingin ni akan digunakan semasa korang nak rehat, seperti tengok tv, santai-santai ataupun masa tidur. Kalau bising, mesti mengganggu korang kan? Jadi, tahap bunyi juga kitorang tekankan.

Last sekali…

Review/Rating Pengguna Lain

Selain review dari kitorang, feedback dan pandangan dari orang lain pon akan diambil juga. Ini kerana, mungkin diorang dah pakai air cond portable ni lama, jadi lebih banyak pengalaman berbanding kitorang yang guna untuk review je ni. Rating yang tinggi pastinya mencerminkan kualiti, kepuasan dan kepercayaan kepada alat tu kan?

Dengan menilai produk penyejuk udara ni melalui lensa kat atas ni, kitorang dapat senaraikan 5 penghawa dingin mudah alih untuk korang.

Jadi, selamat memilih portable aircond!

Nak cari info lain?

lelaki memilih mesin rumput terbaik
lelaki memilih washing machine terbaik
lelaki pilih peti sejuk
man putting stuff inside chest freezer
Chef pilih dapur gas terbaik
lelaki memilih kipas dinding terbaik