Cara Pasang Dapur Gas Kaca : Senang, Budak Pun Boleh Buat

Share Post:

Jadi, korang dah beli dapur gas yang moden, cantik dan berbaloi secara online, memang menjimatkan duit korang dari beli di kedai. Tapi, kelemahan dia adalah, korang kena pasang sendiri. Jangan garu kepala, jom kitorang tolong bagi cara pasang dapur memasak dengan mudah!

Kalau korang belum beli dapur gas lagi dan nak cari yang terbaik, jom tengok dekat Top 5 Dapur Gas Terbaik Malaysia –. Berkualiti, Api Kuat, dan Cantik

Memasang dapur gas kaca di rumah boleh menjadi satu pengalaman yang memuaskan, terutamanya bila korang berjaya pasang sendiri tanpa perlu bergantung dekat khidmat profesional. DIY lebih jimat, dan korang dapat belajar benda baru! Dapur gas kaca bukan je menambahkan estetika moden ke dapur korang, tetapi juga menawarkan kecekapan dan penjimatan dalam memasak. Tapi, walaupun nampak mudah, pemasangan yang betul adalah penting untuk memastikan keselamatan korang dan fungsi dapur gas yang optimum. Artikel ini akan memberikan panduan langkah demi langkah yang jelas dan mudah diikuti, budak pon boleh buat! Jadi, korang pasang boleh pasang dapur gas kaca dengan yakin dan selamat.

Kitorang dah susun panduan komprehensif ini dengan terperinci supaya korang boleh mengikuti setiap langkah dengan jelas dan yakin. Dari persediaan alat hingga ke langkah akhir pemasangan, setiap bahagian dijelaskan dengan teliti untuk memastikan korang dapat memahami proses ini sepenuhnya. Pastikan korang baca sampai habis untuk mendapatkan tips tambahan yang dapat meningkatkan lagi pengalaman dalam memasang dapur gas kaca.

Jom mulakan…

Cara Senang dan Selamat Pasang Dapur Gas Kaca

1. Keluarkan Dapur Gas Dari Kotak

keluarkan dapur gas kaca
Jaga-jaga bila korang keluarkan dapur kaca ni, sebab dia adalah barang yang mudah pecah dan berat. Korang juga kena pastikan yang semua barang yang dah dibeli tu ada, seperti tungku, suis gas dan sebagainya. Selepas dibuka, periksa dapur tu untuk pastikan takde kesan pecah, kemek atau dan lain-lain. Kalau ada, korang ambil gambar dan cuba tanya penjual berkaitan warranty. 

2. Terbalikkan Dapur dan Masukkan Bateri

Dibahagian bawah dapur gas ni, akan ada bahagian untuk kita letak bateri. Selalunya adalah bateri besar saiz D tu. Untuk dapur ni, bawah ni tempat letak bateri dia;

bateri dapur gas

Jadi, korang cuma buka tempat letak bateri tu macam bekas bateri lain, dan masukkan je. Pastikan korang letak bateri tu dengan betul ye, kalau salah, boleh meletup dapur korang tu tau! Hehe. Taklah, dia tak hidup je. 

3. Pasangkan Hos Gas Memasak (LPG)

Lepas pasang bateri tu, jangan terbalikkan lagi dapur kaca korang tu. Sekarang, kita nak pasang pulak hos gas kat bawah tu, kalau tak pasang, macam mana nak menyala dapur tu kan? Ni rupa inlet gas tu;

tempat gas dapur memasak

pasang getah gas memasak

Lepas dah masukkan hos tu, korang ingat dia ketat-ketat menggunakan besi pengikat tu tau. Supaya, gas tu tak terkeluar ye. Penting! Pastikan korang masuk hos ni sampai penghujung dia ye, jangan ada ruang kosong atau terkeluar. Bahaya! Lagi satu, hos ni selalunya dijual berasingan, jadi PASTIKAN korang beli regulator yang lulus SIRIM ya!

Last sekali, kita pasang pula salur gas tu dekat kepala gas kita dan ikatkan seketat-ketatnya. Dah siap bahagian ni.

pasang hos kepala gas

4. Masukkan di Ruang Kitchen Kabinet

pasang dapur gas kaca ke table top

Angkatkan dapur kaca tu ke tempat yang korang nak letakkan dia. Korang kena jaga-jaga dalam step, walaupun nampak mudah, dia mungkin susah sikit sebab dapur tu berat, jadi elok ada pembantu yang boleh jaga korang masa ni. 

5. Tanggalkan Tungku dan Pasangkan Dengan Betul

Ni senang je. Selalunya, tungku tu akan di lekatkan terus di dapur masak tu supaya tak hilang, jatuh atau rosakkan dapur korang masa dalam penghantaran barang. Jadi, korang just tanggalkan selotape dia, terbalikkan dan susun dengan elok.

Ini bergantung kat jenis dapur yang korang beli, ada yang tungku simple je, dan ada jugak yang ada 3-4 keping berasingan.

6. Pasangkan Gas Memasak

pasang kepala gas memasak

Korang just pasangkan regulator gas tu kat tong gas tu je. Lepas tu, tekan dengan kuat dan pusingkan lock dia tu dengan kuat jugak. Pastikan kepala tu tak bergoyang langsung dan dah diletakkan dengan selamat. Ni pon benda penting jugak untuk keselamatan korang!

7. Cuba Dapur Gas Kaca Baru Korang

api dapur gas

Dah sampai step yang terakhir. Sekarang, korang cuma perlu pasangkan tunku dan tempat letak periuk tu dengan betul dan cuba pasangkan api dapur tu. Korang cuba la hidupkan api, besarkan dan juga kecilkan api. Adakah korang berpuas hati? Kalau ya, maknanya dah pasang dapur dengan betul la tu! Tahniah!

Senang kan? Dengan hanya 7 langkah, korang dah berjaya pasang dapur memasak sendiri! Selamat memasak dengan tenang!

Nak cari info lain?

ac-blows-hot-air
lelaki fikir cordless vs robot vacuum
Tips Guna Peti Ais
lelaki pilih peti sejuk
man putting stuff inside chest freezer
Chef pilih dapur gas terbaik

Dah Bersedia Cipta Rumah Idaman Anda?

Hubungi Kami Sekarang dan Dapatkan Kontraktor Renovate Rumah Terbaik!

Consultation adalah PERCUMA!