Cara Betul Drill Dinding Rumah

Share Post:

Drill dinding rumah

Zaman sekarang ni, ramai yang mengambil langkah untuk DIY je projek dirumah. Antara benda yang selalu orang buat sendiri adalah drill atau tebuk dinding rumah. Nak gantung gambar, hiasan dinding, kipas, ataupun ada projek hiasan rumah yang diorang nampak di social media yang menarik untuk diorang buat.

Tapi, ramai yang tak tahu cara sebenar nak drill dinding. Akhirnya, lubang tak jadi, habuk bersepah dan paling teruk, dinding rosak dan dah tak cantik! Habis kena upah orang repair atau kita tampal je sendiri bagi nampak elok balik dinding tu.

Jangan risau, meh kitorang sharekan tips drill dinding untuk korang. Teruskan membaca!

Apa perlu ada sebelum mula drill?

Sebelum korang mula sentuh dinding tu dan mulakan projek hiasan korang, pastikan korang ada barang-barang ni untuk memudahkan kerja dan untuk dapat hasil kerja yang terbaik.

Drill

Jenis drill

Mula sekali, korang kena fikir dan dapatkan cordless drill yang terbaik dengan kegunaan korang. Adakah korang perlukan drill untuk kegunaan ringan atau lebih kepada heavy duty use. 

Rumah di Malaysia banyak gunakan simen dan batu-bata. Jadi, kalau korang nak gantung gambar, lampu, kipas atau hiasan, kena ambik kira ni sebab material tu sangat keras.

Kalau korang dah ada mesin gerudi, pastikan ia dalam keadaan baik dan berfungsi dengan betul.

Mata Gerudi / Drill Bits

jenis-jenis mata drill / drill bits

Mata gerudi adalah alat pemotong yang diletakkan di depan drill untuk digunakan untuk membuat lubang ke dinding atau permukaan lain. Terdapat pelbagai jenis dan saiz untuk mata drill atau gerudi ni.

Antara jenis yang ada Drywall bit, Mansory bit, Spur point bit dan tile bit. Untuk kegunaan besi, batu, konkrit dan kayu, semua berbeza ya matanya. Boleh tengok di gambar di atas untuk yang mana satu dan fungsi mata drill tu.

Pastikan korang dapatkan mata drill yang sesuai dengan projek yang korang nak buat tu untuk pastikan hasil yang baik, kerja mudah dan tak rosakkan barang korang!

Wall plug

yellow wall plug

Wall plug ni adalah pengisi atau filler yang korang kena masukkan dalam lubang yang dah di drill tu sebelum masukkan skru. Tujuan wall plug adalah untuk bagi grip yang lebih kepada skru supaya korang boleh gantung benda yang berat dengan selamat.

Wall plug plastik sesuai untuk barang yang ringan ke sederhana beratnya. Untuk barang yang terlalu berat atau besar, korang kena guna wall plug besi.

Satu lagi, sebelum korang buat lubang, pastikan korang dah ada wall plug yang sama dengan saiz skru yang korang nak pakai. Baru jadi!

Barang dah ada, sekarang nak buat apa?

Selain barang-barang untuk menebuk dinding, korang kena jaga keselamatan dan kebersihan jugak. Ni ada beberapa tips untuk sebelum, semasa, dan selepas drill dinding.

Keselamatan

Pastikan korang menjaga keselamatan diri korang. Pakai pakaian yang selamat, gunakan sarung tangan heavy duty, pakai topeng dan juga cermin mata keselamatan.

Ni untuk mengelakkan perkara lebih buruk terjadi kat korang kalau ada apa-apa masalah. Safety first!

Tengok tempat nak drill tu

lelaki periksa dinding

Korang jangan main tebuk je dinding rumah korang tu. Kena periksa dulu dinding dan kawasan berdekatan lubang yang korang plan tu.

Pastikan korang tak sengaja drill wayar elektrik yang di dalam dinding tu. Masalah besar kalau jadi tu, dah satu hal kena repair pulak!

Kalau korang drill dalam tandas pulak, pastikan takde paip atau paip air di tempat nak drill tu, kalau korang taknak rumah korang banjir!

Ukur dan tanda

Untuk memastikan kerja korang cantik dan tak perlu dibuat berulang kali, pastikan korang gunakan pita pengukur dan pensel untuk menanda lubang yang korang perlukan tu. Korang boleh tanda terus ke atas permukaan dinding tu atau gunakan tape kertas dan tandakan diatasnya. Lepas dah drill tu, boleh tanggalkan tape tu dan buang.

Tutup plug drill bila tak digunakan

Ni adalah safey tips yang paling penting. Untuk elakkan kecederaan pada korang, orang sekeliling ataupun kerosakan lain, pastikan korang dah tutup mesin gerudi korang tu bila tak guna.

Sebab dengan sedikit tekanan atau sentuhan pon, mesin drill tu boleh turn on dan bergerak sendiri. Lubang kat dinding pon senang diorang buat, bayangkan kat kaki korang pulak! Safety first!

Jom mula drill!

Ok. Sekarang korang dah ada segala alat dan keperluan untuk drill dinding rumah korang. Jom mulakan!

1.Pastikan korang gunakan mata drill yang betul.

Lepas dah kenal pasti jenis permukaan yang nak drill tu, guna mata yang sesuai macam diterangkan sebelum ni. Selain tu, pastikan saiz mata juga sama dengan skru yang nak dipasang nanti, jangan lubang lagi besar dari skru pulak! Lepas tu, boleh lah pasangkan mata kepada drill / gerudi.

2.Tanda kedalaman lubang yang korang nak

Untuk drill hammer, selalunya ada penanda untuk kedalaman lubang. Korang boleh set berapa dalam lubang yang korang perlu dekat penanda tu.

Lepas penanda dah sentul permukaan dinding tu, maknanya korang dah dapat kedalaman yang korang nak dan boleh berhenti drill.

Kalau takde drill hammer ni, korang boleh gunakan pen marker atau kertas penanda untuk letak di mata drill tu. Baru boleh tau sampai dalam mana yang sesuai.

3.Kekalkan mesin gerudi pada 90 darjah dan teruskan drill!

Mula-mula, korang boleh tandakan lubang testing dulu untuk jadi ‘pembantu’ untuk korang drill lebih dalam nanti. 

Bila dah bersedia, korang berdiri dan pegang drill dengan betul, dan letakkan mata gerudi tu 90 darjah dari tempat yang dah ditanda untuk buat lubang tu. Lepas tu, korang boleh tekan butang drill tu perlahan-lahan.

Kalau korang drill dekat dinding batu, mungkin korang kena gunakan tenaga lebih sikit, sebab keras kan. Lepas mata drill tu dah buat lubang kecil, korang tambahkan sikit beban atau tekanan ke atas mesin gerudi tu sampai korang dapat kedalaman lubang yang sesuai. 

4.Lepas dah berlubang, masukkan wall plug

Masukkan wall plug yang bersesuaian dan gunakan hammer untuk tolak dia masuk dengan ketat.

5.Masukkan skru secukup rasa

Kalau korang nak gantung gambar, jam atau sebagainya, jangan masukkan skru tu sepenuhnya ke dalam dinding. Kena ada sedikit untuk tempat nak gantung barang korang tu.

Tapi, kalau korang nak letakkan perabot atau sebagainya di dinding terus, pastikan korang masukkan semua skru ke dalam dinding untuk letakkan dia dengan selamat.

Tahniah! Korang dah berjaya buat lubang pertama menggunakan drill! Jangan lupa bersihkan tempat lepas drill kerana banyak serpihan dan habuk ye!

Good luck!

Nak cari info lain?

lelaki fikir cordless vs robot vacuum
Designer (1)
Tips Guna Peti Ais
cara pasang kipas siling
Water Heater ELCB test
Memilih Kontraktor Rumah

Dah Bersedia Cipta Rumah Idaman Anda?

Hubungi Kami Sekarang dan Dapatkan Kontraktor Renovate Rumah Terbaik!

Consultation adalah PERCUMA!