Hai guys. Untuk kali ni, kitorang nak share kan tips keselamatan bila guna water heater atau pemanas air mandi. Ini untuk memastikan rumah korang, water heater korang dan paling penting sekali, korang selamat. Dalam setiap rumah sekarang, semua dah ada alat pemanas air mandi ni sebab harga pasang water heater ni dah jadi murah dan mudah untuk dibeli. Satu masa dulu, harga beribu-ribu satu, sekarang ni beberapa ratus pon dah boleh dapat. Disebabkan tu, maintenance dan menggunakan pemanas air mandi dengan selamat tidak boleh diabaikan dan diambil secara lewa.
Dalam post kali ni, kitorang sharekan 5 tip penting untuk melindungi rumah korang dengan mencegah kemalangan seperti melecur dan juga kebocoran elektrik. Pastikan korang peka dalam hal ini untuk menjamin persekitaran yang selesa dan selamat untuk semua orang yang gunakannya!
1. Water Heater ada label SIRIM
Ni paling penting. Sebelum korang beli water heater, pastikan alat tu dah diluluskan SIRIM. Ini untuk memastikan alat tu dah diuji SIRIM dan memenuhi standard yang sepatutnya untuk penggunaan di rumah dan orang ramai.
Badan ini bertanggungjawab melaksanakan penyelidikan dan pembangunan (R & D) dalam pelbagai disiplin terutamanya teknologi di Malaysia. Untuk info lanjut pasal SIRIM, korang boleh tengok wikipedia page ni.
2. Gunakan Water Heater yang baru
Pemanas air mandi ni tak ada jangka hayat yang spesifik, tetapi, tak bermakna korang harus pakai sampai 10 tahun! Guna water heater baru ni banyak faedah dia, lebih efisien, jimat elektrik, dan terutama sekali bab keselamatan penggunaannya.
Untuk yang paling elok, korang boleh baca Top 5 Water Heater (Pemanas Air Mandi) Terbaik di Malaysia.
Pemanas air mandi baru terdapat teknologi keselamatan yang paling latest, menjimatkan bil elektrik korang dan ada safety dari untuk mengurangkan risiko kebocoran atau air terlalu panas. Apabila menggunakan unit lama, kemungkinan berlaku kebocoran tu tinggi, selain tu, tak cekap tenaga, bermakna korang bayar bil elektrik lebih dari yang sepatutnya. Dengan membeli water heater baru, korang pastinya jimat duit dalam jangka masa panjang, dan paling penting selamat bila digunakan.
3. Periksa ELCB Water Heater Korang!
Earth Leakage Circuti Breaker atau ELCB adalah komponen elektrik yang ada pada water heater. Ia digunakan keselamatan untuk mengesan kebocoran arus elektrik. Air adalah konduktor elektrik yang efektif, jadi bila ada kebocoran, memang korang yang akan kena renjat!
Untuk perika ELCB ni, korang hanya perlu tekan butang TEST di mesin pemanas air mandi korang tu. Kalau dia berfungi dengan sepatutnya, arus elektrik akan padam serta merta. LED di mesin korang akan terpadam. Kalau tak terpadam, maknanya something is wrong. Korang WAJIB hubungi siapa-siapa yang bertauliah untuk check. Lepas dah check, korang boleh tekan butan RESET untuk on-kan balik water heater korang.
4. Pastikan Dipasang Kontraktor Bertauliah
Disebabkan alat ini menggunakan elektrik dan penggunaan yang tinggi sebab ada elemen pemanas dalam dia, korang kena pastikan yang memasang water heater ni adalah kontraktor yang pakar. Pasang alat ni bukan untuk orang DIY ya. Sebab ni bermain dengan elektrik dan nyawa!
Harga pasang water heater ni selalunya antara RM 150 – 250, bergantung kepada kontraktor. Walaupun agak tinggi, tapi ini adalah bayaran sekali sahaja untuk keselamatan korang selamanya! Selain memastikan keselamatan korang, ini juga untuk menjamin keselamatan rumah korang, mana tau salah pasang, boleh terbakar tau. Jangan main-main.
5. Uji Suhu Air Sebelum Mandi
Ni kadang-kadang kita terlepas pandang. Nak cepat sebab dah terlambat, terus bukak air dan menjerit korang pagi-pagi sebab kena air yang terlalu panas! Lain orang lain ketahanan panas dia, mungkin orang sebelum korang tu kulit tebal sikit, so dia nak lebih panas. Baik periksa dulu sebelum merana!
Selain itu, korang pastikan buat tip no 3 untuk keselamatan.
Dengan mengamalkan tip keselamatan water heater kat atas ni, korang dapat mengurangkan risiko dan menjamin keselamatan korang. Kan mencegah lebih baik dari mengubati!