Kali ni, kitorang nak listkan sinki dapur yang terbaik untuk korang. List ni akan membantu korang memilih sinki yang sesuai untuk rumah korang, tak kira korang ni chef professional atau chef suka-suka je! Kitorang tahu yang sinki adalah ‘center piece’ atau alat paling penting di dapur. Bukan hanya untuk memasak, tapi juga untuk pastikan korang senang buat kerja di dapur.
Tak kiralah korang basuh sayur ke, siapkan bahan masak ke atau cuma basuh pinggan, singki yang sesuai akan membuatkan ia lebih mudah dan dapat siapkan kerja lebih cepat. Dalam list ni, kitorang dah pilih sinki yang terbaik dengan mengambil kira ada design moden, banyak fungsi, dan paling penting tahan! Bukan selalu kita nak beli sinki kan? Jom tengok senarai kitorang.
Sinki Dapur Terbaik
Sinki Nano Moden
Jom Tengok Harga
Singki All-In-One
Jom Tengok Harga
Sinki Handmade
Jom Tengok Harga
Sinki Besi
Jom Tengok Harga
Sinki Dapur Moden
- Design singki moden dan cantik
- Saiz sinki yang besar dan tebal
- Ada 2 warna (Hitam dan Silver)
- Nano Tech (Anti-bacteria, Anti-stain, Anti-scratch)
- Dibuat dengan kualiti yang tinggi
- Harga berpatutan dengan kualiti
- Warranty Selama 24 bulan
- 4.8 Bintang dari 1,500+ rating!
Tengok Harga Sinki Moden:
Sinki besar modern ni sangat cantik ya. Saiz singki yang besar ni memudahkan nak basuh periuk atau kuali, korang tak kena air dan takkan basah. Punya besar, budak 4 tahun pon boleh masuk tau! Harga yang berpatutan dengan kualiti dan ketahanan dia. Sinki ni boleh guna undermount atau topmount. Cuma, ada orang yang tak suka sinki warna hitam sebab dapur akan nampak gelap sikit. Satu lagi, kitorang dapati sinki ni tak ada manual pemasangan, tak susah nak pasang, so, korang kena cuba sendiri atau upah orang profesional untuk pasang.
Sinki Multipurpose
- Fungsi 3-in-1
- Saiz sinki yang besar dan tebal
- Dibuat dengan kualiti yang tinggi
- Harga berpatutan dengan kualiti
- Ada 2 warna (Hitam dan Silver)
- Nano Tech (Anti-bacteria, Anti-stain, Anti-scratch)
- 4.8 Bintang dari 450+ rating!
Tengok Harga Sinki Dapur:
Sinki ni memang terbaik. Macam-macam feature ada untuk satu singki, ada soap dispenser, glass rinser (macam cafe mahal), ada butang on off dan paling menarik, ada waterfall! Glass rinser tu sangat berguna kalau korang ada anak kecik ataupun banyak guna cawan! Paip dia jenis boleh tanggal untuk mudahkan basuh segala ceruk dan ada pelbagai jenis mod air untuk senangkan korang basuh pinggan. Berdasarkan survey kitorang, harga di kedai lain boleh mencecah RM1000, tapi kat sini murah je! Cuma, disebabkan banyak feature, agak susah nak install, tapi boleh dibuat sebagai projek DIY korang! Tengok video sinki ni.
Singki Dapur Buatan Tangan
- Ada 7 design dengan pelbagai saiz
- Design singki yang dalam
- Lantai singki X-Design
- Ada anti-condensation layer
- Sound-proofed
- Tebal 3mm. Tahan lasak dan kukuh
- Harga berpatutan dengan kualiti
- 4.9 Bintang dari 1,500+ rating!
Tengok Harga Singki Besi:
Singki handmane ni memang rare. Kitorang letak dia bawah sikit dalam list ni sebab dia ada satu lubang je. Dengan design yang banyak tu, korang pasti dapat sesuaikan dengan tema dapur korang. Lubang singki dia yang dalam tu akan pastikan korang tak terkena percikan air langsung, dan juga air akan cepat kering dengan x-design technology diorang. Anti-condensation layer pulak akan pastikan kabinet korang selamat dari kena air, sayang oo buat mahal-mahal.
Rak Sinki Dapur
- Design simple dan kemas
- Ada 2 lubang singki
- Ada rak 1-layer atau 2-layer
- Sinki yang jimat ruang
- Guna bahan yang tebal dan kukuh
- Harga berpatutan dengan kualiti
- 4.8 Bintang dari 1,600+ rating!
Tengok Harga Singki Handmade:
Rak singki ni design dia basic, dan evergreen. Besi yang digunakan sangat berkualiti dan tengok pada ketebalan kaki dia, memang tahan lama. Boleh tampung berat sampai 120KG! Tinggi dia pulak 80cm, sangat sesuai dan takkan sakitkan belakang korang. Dengan design yang simple and jimat ruang ni, senang je korang nak pasang, 10-15 minit settle, siap satu sinki. Kalau korang beli, akan dapat paip dan kepala paip free, tapi, tengok pada jenis paip tu, dia akan senang tersumbat. Korang boleh je pakai, tapi lagi elok kalau ganti lain yang lebih steady.
Cara Kitorang Pilih Sinki Dapur Terbaik
Dalam memilih singki untuk diletakkan dalam review dan list ni, kitorang gunakan 5 faktor penting untuk menilai. Ni supaya list kitorang ni diyakini dan memberikan korang pilihan sinki yang terbaik, tahan lama, dan berbaloi dengan harga yang korang beli.
Kualiti Binaan Sinki Dapur
Ni ciri utama yang kitorang tekankan, sebab bukan selalu orang nak beli singki kan? So, perlu dapatkan yang kuat supaya boleh tahan kegunaan harian selama yang mungkin. Entah-entah sekali je beli singki seumur hidup!
Dalam senarai kitorang, semua singki mesti diperbuat dari bahan berkualiti tinggi dan tahan lama seperti stainless steel. Selain tu, kitorang jugak tengok sama ada teknologi tambahan ada di dalam binaan dia, contoh seperti Sinki Nano dalam list kitorang, ia dibuat menggunakan nano ceramics, silica, alumina dan zinc oxide.
Reka Bentuk Berguna
Selain jenis bahan, kitorang juga mementingkan design yang praktikal. Dari sinki yang dalam untuk tampung banyak periuk, pinggan dan cawan ke pada singki yang mempunyai banyak aksesori seperti pembasuh cawan, pengeluar sabun dan juga waterfall. Pilihan kitorang bukan hanya berguna untuk korang, kitorang juga pastikan ia cantik dan bersesuaian dengan tema atau estetik dapur korang.
Kepelbagaian Kegunaan
Untuk singki yang berbaloi, ia perlu boleh digunakan oleh orang biasa, chef hujung minggu ataupun chef profesional. Ia tidak menjadi terlalu susah untuk diguna oleh budak-budak jugak! Senarai singki kitorang mengambil kira keperluan dari pelbagai jenis orang dan keluarga.
Sama ada korang nak satu, dua atau tiga singki, jenis undermount, topmount, atau singki moden yang simple, semuanya ada dalam senarai kitorang.
Senang Menjaga (Maintain)
Nak jaga dan membersihkan singki di dapur patut menjadi kerja yang mudah dan tak menyusahkan, sebab tu kitorang jadikan ni satu syarat untuk review. Lantai singki seperti x-design di list diatas akan menyebabkan korang lebih mudah bersihkan sinki. Air lebih mudah turun dan keluar lepas korang dah setel gunakannya.
Sinki anti-bacteria, anti-scratch, dan anti-stain memastikan korang senang nak bersihkan dan menjadikan jangka hayat singki tu lebih lama.
Yang penting, sinki haruslah tak mudah sumbat, sebab benda ni memang stress tau. Tapi, kalau korang nak setelkan masalah sumbat ni, korang boleh tengok artikel cara baiki sinki tersumbat kitorang.
Review Sinki yang Positif
Kitorang bukan hanya tekankan ciri diatas ni je, akhir sekali, kitorang akan tengok review atau feedback orang yang dah beli dan guna sinki-sinki yang kitorang listkan ni. Setiap singki dalam list ni, mempunyai review positif yang tinggi, dimana kitorang pastikan orang puas hati dengan kualiti, design, ketahanan dan juga penggunaan dia. Kalau sinki yang kitorang tengok tu memenuhi kriteria kat atas, tapi review orang teruk, kitorang akan keluarkan dari list.
Dengan menghabiskan beberapa jam untuk review sinki untuk korang, kitorang berjaya listkan 4 sink yang korang pastinya berbaloi beli untuk rumah korang dan menaikkan lagi seri dapur dan memudahkan kerja rumah korang!