Washing machine atau mesin basuh adalah salah satu alat elektrik yang wajib ada dekat setiap rumh sekarang ni. Mana ada orang nak basuh baju sendiri sekarang kan? Tak kira lah bujang atau dah berkahwin, mesin basuh mesti membantu mewangikan baju dan menjimatkan masa korang. Paling penting, tak payah bersusah payah nak sental, gosok dan basuh baju dalam bilik air lagi dah.
Bawah ni kitorang senaraikan 5 mesin basuh berkapasiti 10 KG yang terbaik Malaysia untuk korang. Jangan risau, kitorang dah review dengan teliti dan juga tengok apa kata pengguna lain yang dah beli mesin tu! Jadi, korang akan dapat yang berbaloi untuk duit korang dan pastinya, tahan lama!
Jom tengok washing machine terbaik ni dan beli satu untuk rumah korang sekarang!
Mesin Basuh Pilihan Kitorang
Mesin Basuh Pensonic PWA-1002
Washing Machine Khind WM100A
Washing Machine Toshiba AW-UK1150HM
Midea MA100W95
Hisense WT5J1013DT
Pensonic PWA-1002
Kapasiti 7 & 11 KG
8 Tahap Air
Dengan Damper glass door
Sampai 10 program basuhan
5 bintang energy saving
lulus SIRIM
Warranty sampai setahun
4.9 rating dari 600+ review
Kalau korang cari mesin basuh yang berbaloi, Top Choice kitorang ni lah yang terbaik. Dengan kapasiti 7 dan 11 kg, ia sesuai untuk pelbagai keperluan keluarga. Mesin ini ada 8 tahap air dan 6 atau 10 program basuhan, memudahkan korang nak basuh apa je. Damper glass door menjamin penutupan yang selamat, dan child lock menambah keselamatan.
Mesin ini juga sangat efisien dengan penilaian tenaga 5 bintang, serta lulus SIRIM, menjamin keselamatan dan penggunaan elektrik yang rendah. Dengan waranti setahun dan rating 4.9 daripada 600+ review, ia terbukti memuaskan ramai orang yang dah beli. Walaupun takde mod rendam (soak mode) dan bunyi agak kuat ketika spin, mesin ini tetap menawarkan nilai hebat untuk korang. Kalau korang nak mesin basuh cekap dan mesra keluarga, ini adalah pilihan ideal!
Khind WM100A
Kapasiti 10 KG
Drum Stainless steel
3 star energy rating
Cermin Tempered glass
banyak mod basuhan
Ada child lock safety
Bunyi yang senyap
ada soft close lid
4.9 bintang dari 4,400 review!
Warranti sampai setahun
Mesin basuh jenama Khind ini berkapasiti 10 kg dengan drum stainless steel yang tahan lama. Dengan penutup tempered glass, korang boleh tengok cucian dengan mudah, dan soft close lid menambah rasa premium kepada mesin ni. Ada banyak mode basuhan dan child lock untuk keselamatan anak, mesin ini sangat praktikal dan berguna. Kitorang rasa bunyi dia agak pelahan, jadi, korang tak terganggu dengan bunyi spin dia. Tapi, dia ada 3 bintang je rating energy efficiency tu tapi, mesin ini masih dianggap berbaloi, dengan 4.9 bintang daripada 4,400 review. Datang bersama waranti setahun, menjadikan ia pilihan yang berbaloi dan tahan lama untuk korang.
Toshiba AW-UK1150HM
Kapasiti 10.5 KG
No Angular Design
ada iClean Technology
Berpenutup soft close
Ada safety child lock
3 star energy rating
4.8 bintang dari 550+ review
Warranty sampai 7 TAHUN!
Mesin Basuh Midea MA100W95
Berkapasiti 9.5 KG
Agak senyap
3 star energy rating
4.9 bintang dari 750+ review
Warranty sampai 10 tahun
Jenama Midea memang terkenal dengan barang elektrik murah dia. Mesin basuh 9.5 kg ini menawarkan kapasiti yang sesuai untuk kegunaan keluarga kecik atau sederhana. Kitorang perhatikan yang bunyi operasi dia agak senyap, jadi rumah korang takde la bising sangat masa mencuci. Dengan penilaian tenaga 3 bintang, mesin ini memastikan penggunaan elektrik yang efisien dan menjimatkan duit korang. Mendapat 4.9 bintang daripada lebih 750 review, ia terbukti sebagai pilihan yang dipercayai ramai. Waranti sehingga 10 tahun pula satu tambahan yang sangat menarik, sebabnya pasti akan menjimatkan duit korang di masa yang lama!
Mesin Basuh Hisense
Berkapasiti 10.5 KG
Teknologi DD Inverter
5 star energy saving rating
Soft Close Tempered Glass
Ada Teknology Spin Dry
Menggunakan 2 filter
4.8 bintang dari 1,200+ review
Waranti selama 2 tahun
Washing machine Hisense ni menawarkan prestasi hebat dengan teknologi DD Inverter yang memastikan operasi yang senyap dan penjimatan tenaga yang maksimum. Selain tu, penutup Soft Close Glass daripada tempered glass meningkatkan keselamatan dan ketahanan. Dengan teknologi Spin Dry, ia mempercepatkan proses pengeringan, jadi menjimatkan masa korang. Dua penapis tambahan membantu memastikan pakaian lebih bersih, bebas dari kotoran halus. Dengan rating tenaga 5 bintang, mesin ini sangat efisien dalam penggunaan elektrik. Menerima 4.8 bintang daripada 1,200 review, ramai pengguna yang dah berpuas hati dengan mesin ni. Dengan waranti selama 2 tahun, mesin ini adalah pilihan ideal bagi mereka yang mencari mesin basuh yang jimat tenaga, duit dan tahan lama.
Untuk review dan pilih washing machine terbaik, kitorang fokus pada tiga perkara utama: kapasiti, kecekapan tenaga, dan ciri keselamatan. Kapasiti yang sesuai untuk pastikan mesin basuh yang korang beli tu memenuhi keperluan keluarga korang, sama ada dari muatan kecil hingga besar. Jadi, korang tak perlu lah nak basuh baju 2-3 kali sehari!
Kecekapan tenaga, seperti penilaian bintang Energy Efficiency Label, membantu korang jimat duit dalam jangka masa panjang dengan mengurangkan penggunaan elektrik.
Ciri keselamatan tambahan macam penutup tempered glass, child lock, dan teknologi senyap memastikan washing machine mudah dan selamat digunakan oleh siapa-siapa pon, terutama bagi keluarga dengan anak kecil. Dengan mengambil kira faktor-faktor ini, korang boleh membuat pilihan yang bijak untuk mesin basuh yang sesuai dengan keperluan rumah korang dari 5 mesin kat atas ni!
Selamat memilih washing machine terbaik untuk korang!