5 Cordless Drill Terbaik 2024 – Bateri Tahan Lama, Lasak, Berbaloi

Drill bateri terbaik

Cordless drill atau gerudi tanpa wayar yang menggunakan battery dah menjadi pilihan golongan pekerja profesional ataupun orang yang nak repair DIY rumah sendiri je. Tak kisah kerja yang rumit, memasang skru di dinding, memasang perabot atau sekadar membuat lubang di dinding, alat yang kecil tapi berkuasa ni sangat diperlukan dalam menolong korang siapkan kerja dengan selamat, cepat dan betul. 

Drill bateri adalah pilihan yang terbaik disebabkan kemudahan dan kebebasan. Sekarang, dah tak perlu pasang drill dekat dengan plug. Dengan gerudi tangan macam ni, korang boleh guna dekat ruang yang kecik, tempat yang tinggi atau kat mana je tempat yang memerlukan korang gunakannya, tak perlu kisah pasal wayar dia yang panjang dan berselirat tu.

Tapi, masalah sekarang ni, terlalu banyak jenama drill yang ada di pasaran, seperti Bosch, DeWalt, Makita, Milwaukee, dan Keelat sampai tak tahu mana satu nak pilih. Ni belum lagi masuk cordless drill jenama China! Semua ni akan menyusahkan korang untuk membuat pilihan yang betul dalam membeli drill yang sesuai dengan keperluan korang.

Jangan risau. Kitorang dah buat kajian dan menilai pelbagai jenis dan jenama cordless drill untuk korang. Dengan senarai cordless drill terbaik yang kitorang ada ni, korang pastinya mendapat alat gerudi yang tahan lasak, tahan lama, dan berbaloi. Selain tu, kitorang juga akan sertakan review orang yang dah beli cordless drill ni.

Jom tengok drill mana yang sesuai untuk korang. Tak kisahlah untuk penggunaan profesional ataupun sekadar memasang perabut ataupun DIY rumah sendiri. 

Cordless Drill Pilihan Kitorang

Top Choice

Tengok Harga Drill Bosch Terbaru:

Bosch bukanlah jenama asing lagi dalam kategori power tools ni. Syarikat Jerman yang beroperasi dari tahun 1886 ni memang terkenal dengan kualiti dan juga efisien. Model 12V Cordless Impact Drill GSB 120-LI Gen 2 ni menjadi pilihan pertama kitorang sebab ia adalah keluaran syarikat Bosch. Kitorang dah lama guna jenama ni dan sangat berpuas hati dari segi ketahanan dan harganya. Model ni ada 3 mod, so korang boleh letak skru atau drill kayu, besi dan juga batu tanpa susah payah! Mengikut review drill ni, bila guna Drive Mode a.k.a Screw Driver Mode, korang boleh skru terus di atas kayu tanpa perlu buat lubang kecil dahulu sebab torque yang kuat. Ini menjimatkan masa dan tenaga.

Dengan teknologi Bosch Electronic Cell Protection (ECP) pulak, bateri korang akan dilindungi dari overload, overheating dan juga deep discharge. Bateri akan tahan lebih lama dan korang tak perlu beli bateri baru! Dari segi berat pula, memang okay untuk kerja seharian, tapi mungkin sedikit berat untuk perempuan guna. Ia juga selesa untuk dipegang pelbagai jenis saiz tangan.

Kekurangan drill ni pada kami adalah dia takde tunjuk level battery yang tinggal. Maknanya, korang tak tahu berapa charge yang tinggal dan bila bateri akan habis. Tapi, selain dari tu, gerudi ni memang terbaik untuk kegunaan dirumah atau projek DIY korang.

Beli Sekarang

Best Seller

Tengok Harga Drill Terbaru:

Dengan drill brushless motor ni, takkan ada percikan api bila diguna. Selain tu, motor tak worn out dan tahan lama. Brushless motor ni sangat efisien, jimat tenaga, tahan lama dan mempunyai power yang cukup untuk kerja yang ringan atau pun heavy duty. Dengan feature ‘reverse and stop automatic’ dia, keselamatan korang bukan je terjamin, tapi akan biar skru yang dikeluarkan tu tak jatuh! Sesuai untuk kerja di tempat tinggi atau sempit.

Drill Jantech ni jugak ada penyambung 2-in-1 yang boleh masuk 1/2 inch and 3/8 inch attachments. Gerudi ni boleh digunakan sebagai drill, screwdriver dan wrench, sebabtu nama dia 3-in-1! Sangat sesuai untuk drill di rumah. Satu lagi, berbanding Bosch diatas, drill ni ada LED menunjukkan kuasa bateri yang tinggal. Sangat membantu! Disebabkan ni, kitorang masukkan dia dalam list ni, banyak feature untuk satu alat yang kompak!

Beli Sekarang

Most Power

Tengok Harga Drill Bosch GSB 180li:

BOSCH GSB 180-LI ni lebih kurang sama je rupa dan design dia dengan Drill BOSCH GSB 120-LI. Yang membezakan dia adalah 12V vs 18V drill. Untuk model 180-LI ni, of course dia lebih power. Selain tu, design grip dia lebih updated dan ergonomik. Sesuai untuk kegunaan lama dan selesa, walaupun drill ni sedikit berat. Mungkin bagi perempuan susah sikitlah. Yang menariknya, dia ada battery indicator yang memudahkan kita untuk pantau bateri, selain tu, dia juga ada external charger yang ada indicator level bateri. 

Dari segi luaran, binaan dia sangat berkualiti ya. Kalau jatuh pon tak ada apa-apa ni. Finishing dia sangat cantik. Walaupun tak power macam drill ada wayar, tapi ia cukup power untuk cordless drill 18V. Gerudi ni ada bawah sikit dari list kitorang sebab harga dia agak mahal berbanding drill lain, tapi, memang berbaloi kalau beli. Mesti tahan lama ni.

Beli Sekarang

Best Value

Tengok Harga Drill Makita:

Drill Makita DTW285Z ni menjadi pilihan sebab dia sangat versatil, ada pilihan kuasa 3 kelajuan yang sangat berguna dalam bermacam aktiviti gerudi. Ia juga ada teknologi eXtreme Protection Technology (XPT) yang membuatkan drill ni tahan lebih lama. Dengan adanya LED, korang boleh gunakan di tempat sempit dan gelap untuk drill yang lebih tepat. Menggunakan Brushless DC motor yang bebas maintenance, korang tak perlu jaga sangat, tapi ia menggunakan bateri yang kurang, mengurangkan kepanasan dan paling penting, memanjangkan bateri. Saiznya yang kecik pulak memudahkan nak masuk ruang yang sempit dan juga untuk kita pegang dia dengan selesa untuk masa yang panjang.

Tetapi, korang kena tahu yang model ni dah agak lama. Walaupun lama, ia masih berguna dan berkuasa, sebab tu masih ada di market Malaysia ni. Jenama yang dipercayai, alat yang sangat berkuasa, pastinya berbaloi dengan harga yang dibeli. 

Beli Sekarang

Mampu Milik

Harga Cordless Drill Keelat:

Keelat ni satu jenama drill Malaysia dan Singapura. Mengikut kajian kitorang, ni adalah brand local yang baru bermula dalam bidang power tools ni. Untuk kualiti produk tempatan, ia agak ok. Mengikut komen orang, warna produk menarik dan bateri tahan lama. Ada juga yang kata tak mampu tebuk dinding, tapi ada yang boleh apabila mata gerudi ditukar. Yang menariknya, dia ada dari 12v hingga ke 36v, so boleh beli ikut kapasiti penggunaan korang. Untuk info korang, drill ni sedikit berat berbanding yang lain, berat ditulis sebanyak 2.4kg.

Dia diletakkan di dalam list ni sebab brand tempatan dan juga harganya yang mampu milik.

Beli Sekarang

Cara Kitorang Pilih Cordless Drill Terbaik

ciri drill terbaik

Dapat banyak kriteria dalam memilih drill yang elok-elok ni. Tapi, kitorang gunakan 5 kriteria dibawah ni untuk memilih dan menyenaraikan gerudi terbaik yang pastinya akan menjadi pembelian terbaik korang.

Cordless Drill yang Berkuasa dan Prestasi Tinggi

Perkara pertama yang terpenting bagi kitorang adalah power drill tu sendiri. Tak guna kalau drill tu compact, tapi takde power nak drill skru kat dinding! Drill terbaik sepatutnya ada kuasa secukupnya untuk digunakan untuk pelbagai jenis aktiviti. Sama ada kerja heavy duty, atau biasa-biasa je, alat tu patut boleh buat semuanya dengan mudah.

Drill 12v atau 18v yang patut dibeli? Selain tu, kitorang juga ambil kira torque speed dan juga setting kelajuan yang ada supaya boleh digunakan di permukaan yang keras dan juga yang tak keras.

Ketahanan Bateri Drill dan Masa Cas

cordless drill batteries

Kuasa drill memang penting, tapi sebab ni adalah drill bateri dan bukan gerudi elektrik, ketahanan bateri juga jadi faktor yang penting. Kita kena cari keseimbangan antara kuasa dan bateri.

Ini faktor yang penting terutama sekali untuk projek yang mengambil masa yang lama. Takkan kita nak bazirkan masa untuk tunggu drill tu charge berjam-jam sebelum boleh guna kan? Masa itu emas!

Untuk ni, kitorang fokuskan kepada bateri lithium-ion yang lebih tahan lama dan tak perlu masa yang lama untuk cas.

Bentuk Drill yang Ergonomik dan Keselesaan

Penggunaan yang selesa adalah sangat penting. Sebab apa? Sebab nak guna drill ni bukan seminit dua, mungkin berpuluh minit atau berjam-jam! Jadi, selain kuasa dan bateri, tangan kita juga perlu dijaga. Sepatutnya ni point paling penting! Tak guna ada drill yang power, tapi korang tak larat nak guna, kan?

Dalam list drill ni, kitorang tekankan juga gerudi yang ergonomik, ada pemegang getah, dan juga berat yang bersesuaian untuk pastikan kawalan drill yang terbaik dan juga kurangkan keletihan bila gunakannya terlalu lama. Kitorang taknak korang tak boleh guna tangan untuk makan lepas habis drill nanti.

Ciri-ciri dan Feature Drill

Kebolehan untuk digunakan dalam bermacam-macam aktiviti juga diambil kira dalam test kitorang. Tak guna ada drill yang cantik tapi bila nak drill dinding, dia tak mampu. Buat habis duit je beli.

Sekarang ni, ada macam-macam jenis feature gerudi, antara dia, ada lampu, torque boleh adjust, dan boleh pakai macam-macam jenis mata dan kepala drill.

Ketahanan dan Kualiti

Ni paling penting, kalau sekadar nak repair rumah atau projek DIY, kita tak akan selalu beli drill, selain tu, drill ni bukan murah! Takkan setahun sekali kita nak beli drill kan? Paling banyak pon, kita akan beli 2 drill sepanjang hidup kita ni. Pakai pon setahun sekali je nak gantung langsir raya haha.

Kitorang tengok pada ketahanan drill untuk kegunaan harian dan juga untuk kita yang jarang-jarang guna ni. Selain tu, kitorang juga tengok pada bahan yang digunakan untuk membuat drill tu. Dan juga, kitorang tengok sama ada drill ni ada warranty yang memuaskan hati atau tidak!

Diatas adalah senarai drill bateri terbaik untuk korang pilih dan juga macam mana kami senaraikan gerudi ni semua. Kitorang dah cuba memberi yang terpadu dan panjang lebar untuk korang. Semoga bermanfaat dan membantu korang dalam mencari drill yang sesuai.

Semoga korang selamat dalam misi korang, sama ada untuk mencantikkan rumah, atau sebagainya. Untuk lebih bersedia dalam menggunakan drill ni, korang boleh baca artikel kitorang pasal cara drill dinding rumah!

Selamat drill!

Cara Betul Drill Dinding Rumah

Drill dinding rumah

Zaman sekarang ni, ramai yang mengambil langkah untuk DIY je projek dirumah. Antara benda yang selalu orang buat sendiri adalah drill atau tebuk dinding rumah. Nak gantung gambar, hiasan dinding, kipas, ataupun ada projek hiasan rumah yang diorang nampak di social media yang menarik untuk diorang buat.

Tapi, ramai yang tak tahu cara sebenar nak drill dinding. Akhirnya, lubang tak jadi, habuk bersepah dan paling teruk, dinding rosak dan dah tak cantik! Habis kena upah orang repair atau kita tampal je sendiri bagi nampak elok balik dinding tu.

Jangan risau, meh kitorang sharekan tips drill dinding untuk korang. Teruskan membaca!

Apa perlu ada sebelum mula drill?

Sebelum korang mula sentuh dinding tu dan mulakan projek hiasan korang, pastikan korang ada barang-barang ni untuk memudahkan kerja dan untuk dapat hasil kerja yang terbaik.

Drill

Jenis drill

Mula sekali, korang kena fikir dan dapatkan cordless drill yang terbaik dengan kegunaan korang. Adakah korang perlukan drill untuk kegunaan ringan atau lebih kepada heavy duty use. 

Rumah di Malaysia banyak gunakan simen dan batu-bata. Jadi, kalau korang nak gantung gambar, lampu, kipas atau hiasan, kena ambik kira ni sebab material tu sangat keras.

Kalau korang dah ada mesin gerudi, pastikan ia dalam keadaan baik dan berfungsi dengan betul.

Mata Gerudi / Drill Bits

jenis-jenis mata drill / drill bits

Mata gerudi adalah alat pemotong yang diletakkan di depan drill untuk digunakan untuk membuat lubang ke dinding atau permukaan lain. Terdapat pelbagai jenis dan saiz untuk mata drill atau gerudi ni.

Antara jenis yang ada Drywall bit, Mansory bit, Spur point bit dan tile bit. Untuk kegunaan besi, batu, konkrit dan kayu, semua berbeza ya matanya. Boleh tengok di gambar di atas untuk yang mana satu dan fungsi mata drill tu.

Pastikan korang dapatkan mata drill yang sesuai dengan projek yang korang nak buat tu untuk pastikan hasil yang baik, kerja mudah dan tak rosakkan barang korang!

Wall plug

yellow wall plug

Wall plug ni adalah pengisi atau filler yang korang kena masukkan dalam lubang yang dah di drill tu sebelum masukkan skru. Tujuan wall plug adalah untuk bagi grip yang lebih kepada skru supaya korang boleh gantung benda yang berat dengan selamat.

Wall plug plastik sesuai untuk barang yang ringan ke sederhana beratnya. Untuk barang yang terlalu berat atau besar, korang kena guna wall plug besi.

Satu lagi, sebelum korang buat lubang, pastikan korang dah ada wall plug yang sama dengan saiz skru yang korang nak pakai. Baru jadi!

Barang dah ada, sekarang nak buat apa?

Selain barang-barang untuk menebuk dinding, korang kena jaga keselamatan dan kebersihan jugak. Ni ada beberapa tips untuk sebelum, semasa, dan selepas drill dinding.

Keselamatan

Pastikan korang menjaga keselamatan diri korang. Pakai pakaian yang selamat, gunakan sarung tangan heavy duty, pakai topeng dan juga cermin mata keselamatan.

Ni untuk mengelakkan perkara lebih buruk terjadi kat korang kalau ada apa-apa masalah. Safety first!

Tengok tempat nak drill tu

lelaki periksa dinding

Korang jangan main tebuk je dinding rumah korang tu. Kena periksa dulu dinding dan kawasan berdekatan lubang yang korang plan tu.

Pastikan korang tak sengaja drill wayar elektrik yang di dalam dinding tu. Masalah besar kalau jadi tu, dah satu hal kena repair pulak!

Kalau korang drill dalam tandas pulak, pastikan takde paip atau paip air di tempat nak drill tu, kalau korang taknak rumah korang banjir!

Ukur dan tanda

Untuk memastikan kerja korang cantik dan tak perlu dibuat berulang kali, pastikan korang gunakan pita pengukur dan pensel untuk menanda lubang yang korang perlukan tu. Korang boleh tanda terus ke atas permukaan dinding tu atau gunakan tape kertas dan tandakan diatasnya. Lepas dah drill tu, boleh tanggalkan tape tu dan buang.

Tutup plug drill bila tak digunakan

Ni adalah safey tips yang paling penting. Untuk elakkan kecederaan pada korang, orang sekeliling ataupun kerosakan lain, pastikan korang dah tutup mesin gerudi korang tu bila tak guna.

Sebab dengan sedikit tekanan atau sentuhan pon, mesin drill tu boleh turn on dan bergerak sendiri. Lubang kat dinding pon senang diorang buat, bayangkan kat kaki korang pulak! Safety first!

Jom mula drill!

Ok. Sekarang korang dah ada segala alat dan keperluan untuk drill dinding rumah korang. Jom mulakan!

1.Pastikan korang gunakan mata drill yang betul.

Lepas dah kenal pasti jenis permukaan yang nak drill tu, guna mata yang sesuai macam diterangkan sebelum ni. Selain tu, pastikan saiz mata juga sama dengan skru yang nak dipasang nanti, jangan lubang lagi besar dari skru pulak! Lepas tu, boleh lah pasangkan mata kepada drill / gerudi.

2.Tanda kedalaman lubang yang korang nak

Untuk drill hammer, selalunya ada penanda untuk kedalaman lubang. Korang boleh set berapa dalam lubang yang korang perlu dekat penanda tu.

Lepas penanda dah sentul permukaan dinding tu, maknanya korang dah dapat kedalaman yang korang nak dan boleh berhenti drill.

Kalau takde drill hammer ni, korang boleh gunakan pen marker atau kertas penanda untuk letak di mata drill tu. Baru boleh tau sampai dalam mana yang sesuai.

3.Kekalkan mesin gerudi pada 90 darjah dan teruskan drill!

Mula-mula, korang boleh tandakan lubang testing dulu untuk jadi ‘pembantu’ untuk korang drill lebih dalam nanti. 

Bila dah bersedia, korang berdiri dan pegang drill dengan betul, dan letakkan mata gerudi tu 90 darjah dari tempat yang dah ditanda untuk buat lubang tu. Lepas tu, korang boleh tekan butang drill tu perlahan-lahan.

Kalau korang drill dekat dinding batu, mungkin korang kena gunakan tenaga lebih sikit, sebab keras kan. Lepas mata drill tu dah buat lubang kecil, korang tambahkan sikit beban atau tekanan ke atas mesin gerudi tu sampai korang dapat kedalaman lubang yang sesuai. 

4.Lepas dah berlubang, masukkan wall plug

Masukkan wall plug yang bersesuaian dan gunakan hammer untuk tolak dia masuk dengan ketat.

5.Masukkan skru secukup rasa

Kalau korang nak gantung gambar, jam atau sebagainya, jangan masukkan skru tu sepenuhnya ke dalam dinding. Kena ada sedikit untuk tempat nak gantung barang korang tu.

Tapi, kalau korang nak letakkan perabot atau sebagainya di dinding terus, pastikan korang masukkan semua skru ke dalam dinding untuk letakkan dia dengan selamat.

Tahniah! Korang dah berjaya buat lubang pertama menggunakan drill! Jangan lupa bersihkan tempat lepas drill kerana banyak serpihan dan habuk ye!

Good luck!

Lampu Raya 2025 – Dari Ketupat, LED, kelip-kelip. Mana best?

Lepas sebulan berpuasa, tibalah masa nak beraya. Waktu yang ditunggu-tunggu bukan oleh budak-budak je, orang dewasa pon sama! Setiap kali hari raya, mesti kita kena bersihkan rumah, tukar langsir, cover sofa, dan yang paling best, pasang lampu raya! Seronoknya!

Macam-macam jenis lampu yang ada sekarang ni, antaranya;

  • Lampu Ketupat
  • Lampu LED
  • Lampu kelip-kelip
  • Lampu liplap
  • dan macam-macam lagi!

Zaman dulu kita pakai pelita, panjut atau buluh untuk menyinari malam-malam menghampiri Hari Raya Aidilfitri. Biasanya akan dipasang pada malam tujuh likur dan seterusnya. Oh, indahnya memori beraya!

Kalau korang tengah cari ilham nak beli lampu raya yang mana, jom tengok senarai kat bawah ni.

Lampu Hari Raya

Top Selling:

Kalau korang tengok design diatas, semuanya lebih moden. Untuk sekarang ni jarang dapat lampu design yang lama. Tapi, design baru ni lebih tahan lama dan berkualiti. Dulu, semua pakai elektrik, sekarang solar pon dah ada! So, tak perlu risau, walaupun nostalgia dia tak sama macam lampu dulu-dulu, tapi kita bina nostalgia baru untuk anak-anak kita.

Harap kitorang dapat membantu korang dalam mencari lampu untuk raya tahun ni. Kalau tak jumpa, korang boleh cuba tengok dekat sini untuk lebih banyak contoh lampu raya.

Selamat Hari Raya! Maaf zahir dan batin!

Top 5 Water Heater (Pemanas Air Mandi) Terbaik di Malaysia

Selamat datang ke review dan guide tentang water heater atau pemanas air mandi terbaik di Malaysia. Dalam list ni, korang akan dapat tahu pemanas air mana yang terbaik untuk rumah korang. Setiap water heater telah dikaji dan kitorang ambil kira juga review pengguna yang dah beli dan guna di rumah diorang!

Lepas dah siap renovate tandas korang, mesti korang nak upgrade dengan air panas kan? Memang Malaysia ni cuaca dia panas, tapi, ada musim tu, sejuk macam dekat Cameron Highlands! Bukan tu je, ada jugak orang yang jenis keluar kerja pagi-pagi buta dan nak mandi pukul 4 atau 5 tu tak tahan kena air sejuk! Menggigil dibuatnya nanti. Ada pemanas air mandi elektrik ni, boleh la mandi dengan cepat dan selesa!

Kitorang faham yang nak memilih water heater terbaik ni tak senang. Alat pemanas macam ni selalunya kita akan beli sekali dua je seumur hidup, ada yang tahan lama. So, baik beli yang tahan lasak, tahan lama, dan paling penting, harga berbaloi.

Sama ada korang cari yang jimat tenaga, tahan lama, selamat atau ciri-ciri yang terbaru, kitorang dah take note benda ni dalam list water heater kitorang ni. 

Jom teruskan membaca untuk tahu pemanas air mandi di Malaysia yang sesuai untuk korang dan keluarga korang!

Table of Contents

Pemanas Air Mandi Terbaik

Top Selling:

Tengok Harga Water Heater Terbaru:

Tengok Harga Water Heater Joven Terbaru:

Tengok Harga Pemanas Air Mandi Terbaru:

Tengok Harga Water Heater Panasonic Terbaru:

Tengok Harga Water Heater Toshiba:

Tengok Harga Water Heater Pensonic Terbaru:

Apa cara memilih water heater yang bagus?

Ada beberapa perkara penting yang korang perlu fikir dulu sebelum beli pemanas air ni. Antaranya;

Keperluan Air Mandi Panas

Tengok berapa banyak air panas yang diperlukan untuk rumah korang. Rumah yang ada 2 orang dan 4-5 orang duduk mesti menggunakan jumlah air panas yang berbeza untuk mandi.  Selain jumlah, korang kena tahu jugak berapa kerap penggunaan pemanas air untuk rumah atau bilik air tu.

Kenapa? Ini untuk tahu saiz dan kapasiti water heater yang sesuai untuk kegunaan korang. Supaya tak membazir beli yang besar, tapi sebenarnya korang tak pakai sepenuhnya. Baik plan sebaiknya. Jimat duit korang!

Penggunaan Tenaga Elektrik

Pemanas air ni memang guna elektrik yang banyak. Macam juga cerek air, seterika dan juga alatan elektik lain yang memanas dengan cepat.

Sebab tu kitorang tengok water heater jimat elektrik supaya poket korang pon jimat juga. Sekarang dah senang, sebab dah ada Energy Efficiency Label dari TNB Malaysia. Label ni  menunjukkan anggaran penggunaan tenaga peralatan elektrik berdasarkan sistem penarafan bintang – 5 bintang bermaksud yang paling cekap, 1 bintang bermaksud paling kurang cekap. 

Jenis Water Heater

Ada macam-macam jenis pemanas air mandi ni. Ada tankless (instant), storage tank, heat pump, and solar water heaters. Setiap ni berbeza dan ada kebaikan dan keburukan dari segi harga, tahap efisien dan juga cara pemasangan water heater. Korang kena pilih yang bersesuaian dengan kegunaan dan bajet.

Ruang Pemasangan

Korang juga kena fikir ada ruang yang sesuai tak untuk water heater. Sebab, alat pemanas air mandi ni perlu disambung dengan paip air dan juga elektrik untuk berfungsi.

Pemanas air tanpa tangki (tankless) adalah padat dan sesuai untuk ruang kecil, manakala pemanas tangki simpanan (tank) memerlukan ruang yang mencukupi untuk pemasangan.

Ciri Keselamatan

Bila bermain dengan elektrik ni, kita memang kena berjaga-jaga. Tambah-tambah lagi air adalah konduktor elektrik yang bagus!

Sebab tu korang kena pastikan ciri keselamatan water heater ada pressure relief valves, temperature controls, dan automatic shut-off mechanisms untuk elakkan kemalangan dan kerosakkan.

Harga Pemanas Air Elektrik

Ni paling penting sekali selain yang diatas. Berapa bajet water heater korang? Ada je water heater yang murah, tetapi, kita kena fikir keselamatan menggunakannya. Bukan water heater murah ni tak bagus, cuma bagi kitorang, baik beli yang mahal sikit untuk ciri keselamatan, warranty dan juga ketahanan dia yang lama.

Range harga yang kitorang tengok yang bagus adalah antara RM 200 – RM 1000.

Korang jangan risau pasal benda ni sangat, kitorang dah ambil kira cara, jenis dan jenama water heater yang terbaik untuk korang. 

Korang boleh tengok list diatas untuk pilih alat mana yang sesuai untuk penggunaan korang.

Akhir sekali, antara brand atau jenama water heater yang terbaik di Malaysia adalah;

  1. Joven
  2. Panasonic
  3. Toshiba
  4. Deka
  5.  Alpha

Good luck dalam pemilihan korang! Lepas dah pilih, pastikan korang tahu 5 Tips Wajib Ikut Untuk Guna Water Heater Dengan Selamat.

Top 5 Water Jet Terbaik Malaysia- Tahan Lasak, Kuat dan Berbaloi

Hai geng!

Dalam artikel ni, kita akan mengubah rutin cucian dari bosan kepada menarik dengan cuci menggunakan water jet! Dengan adanya peralatan pembersihan macam water jet atau jet air ni, tak perlu lagi kita menyental atau memberus dengan kuat!

Water jet atau dalam bahasan melayu dia penyembur air atau pam air bertekanan tinggi. Kita boleh gunakan kuasa dari water jet ni sahaja untuk bersihkan kereta, motor, basikal, lantai, longkang, dinding dan juga tandas! Mana-mana pon boleh guna. Guna water jet ni untuk membersihkan kotoran di dinding sebelum korang cat rumah lagi bagus!

Kalau korang pernah berimpian untuk dapatkan water jet terbaik atau nak tahu harga water jet ni, teruskan membaca. Kami senaraikan yang bagus, berjenama berkualiti, tahan lasak dan harga berpatutan.

Table of Contents

Senarai water jet terbaik pilihan kami

Top Selling:

Tengok Harga Water Jet Terbaru:

Tengok Harga Terbaru:

Tengok Harga Terbaru:

Water jet Cordless Terbaik:

Tengok Harga Terbaru:

Tengok Harga Terbaru:

Apa Kriteria Water Jet Terbaik?

1.Kuasa Tekanan

Ni perkara paling penting. Apa guna ada water jet tapi semburan dia lemah? Tekanan yang tinggi sangat memainkan peranan dalam kehebatan cucian.

Untuk ni, ia akan gunakan term PSI untuk pressure.  Lagi tinggi tekanan, lagi bagus. 

Selalunya, untuk kegunaan water jet di rumah, 110 Bar pressure dah mencukupi. Tapi macam cakap tadi, lebih tinggi, lebih bagus. Water jet industri boleh pergi sampai 200 Bar pressure.

2.Ketahanan dan Kualiti Barang

Anda perlukan water jet yang tahan lasak dan tahan lama. Kita beli sesuatu tu mesti nak tahan lama, takkan baru pakai 3-4 kali dah nak kena beli baru kan?

Dalam list di bawah, boleh pilih dari jenis ketahanan dan jenama terbaik yang sesuai dengan bajet anda.

3.Pelbagai Jenis Semburan

Setiap jenis cucian tak boleh gunakan jenis semburan yang sama. Sebab tu dalam pilihan penyembur air ni, kena ada pelbagai jenis semburan. Supaya korang boleh gunakan ia untuk membersih di mana je! Dari dalam rumah, atas, bawah dan luar rumah pon boleh.

4.Panjang Hose dan Kegunaan

Pernah tak korang guna getah paip tapi tak cukup panjang? Tarik punya panjang, tapi sikittt je lagi nak sampai ke tempat yang memudahkan kerja. Tapi apakan daya…

Kita taknak tu terjadi pada kita nanti. So, pastikan panjang hos water jet tu sesuai dengan jarak dari plug dan juga di mana kita nak gunakan penyembur air ni.

5.Kemudahan Penggunaan

Nak guna penyembur air ni tak perlu susah ataupun memeningkan kepala sampai kena tengok video youtube untuk tahu cara nak gunanya! 

Beberapa butang dan mod yang mudah dah cukup untuk kegunaan pembersihan di rumah! Dengan pilihan yang betul, tak perlu garu kepala atau call kawan untuk tanya macam mana nak guna pawer jet ni!

Selain dari tu, warranty juga penting. Supaya, tak perlulah nak cari kedai repair water jet. Terus contact seller dan request untuk barang baru je!

Berapa harga water jet ni?

Bergantung sebenarnya. Ada harga dari RM40 sehingga beribu-ribu ringgit. Dan seperti yang korang tahu, yang murah ni biasanya tak tahan dan warranty selalu susah nak claim atau sangat sekejap je warranty dia.

Mengikut kajian kitorang, harga water jet yang berbaloi and berkualiti adalah antara RM 150 – RM 200. Dalam senarai waterjet terbaik kat bawah ni, korang boleh tengok feature yang ada dan juga berapa lama warranty penyembur air ni. Ada yang sampai 10 tahun!

Selain daripada list jenama diatas, korang juga boleh tengok brand atau jenama water jet terbaik seperti:

Harap kitorang dapat membantu korang pilih waterjet terbaik!

Plaster Ceiling dan Cornice. Apa benda tu?

Apa Tu Plaster Siling?

Tukang Plaster Siling

Plaster ceiling adalah sebahagian daripada reka bentuk dalaman rumah. Untuk mencantikkan bahagian dalam rumah, terutamanya siling, kita akan gunakan plaster. Ia dibuat bersama dengan kemasan lantai dan dinding. 

Selain tu, plaster juga digunakan untuk menyorokkan wayar atau lampu dan menjadikan ruang anda lebih estetik dan moden. Selain cat dinding yang menarik, plaster juga menaikkan seri dinding dan siling.

Apa Pulak Cornice Ceiling?

Cornice siling (atau kornis) adalah hiasan atau acuan yang diletakkan di bucu permukaan antara dinding dan siling. Ia untuk menambahkan lagi kecantikan, elegen dan visual siling rumah anda.

Kornis Siling

Dibuat daripada bahan seperti plaster, kayu atau sebatian sintetik, cornice datang dalam pelbagai gaya. Daripada reka bentuk klasik terperinci yang rumit kepada profil yang anggun dan moden. Selalunya, ia gunakan untuk plaster siling l box.

Jenis-Jenis Plaster Ceiling

  • PVC
  • Flat Top
  • L Box
  • Moden

Perlu Ke Plaster Siling Ni?

Sebenarnya, tak wajib pon nak buat plaster ceiling rumah ni. Sebabnya, binaan dah cantik dan sesuai untuk diduduki. Tetapi, kalau nak nampak lebih cantik, elegan dan jugak menaikkan nilai rumah, mesti kena buat. 

Selain harga rumah naik, mata kita pon sejuk je memandang design menarik setiap kali duduk di rumah.Boleh jadi cantik macam duduk di hotel.

Berapa Harga Plaster Ceiling

Harga sangat memainkan peranan penting. Ada je kontraktor rumah yang bagi harga murah. Tetapi, adakah bagus? Dapat plaster siling murah ni adalah satu perjudian yang tak patut diambil.

Kenapa? Sebab siling satu benda yang perlu tahan lama. Anda buat sekali, ia patut tahan bertahun-tahun lamanya.

Selalunya, antara RM700 – RM2000. Ini adalah harga untuk plaster ceiling biasa sahaja. Kalau design complicated atau geometri, boleh pergi berpuluh ribu.

Selain kualiti yang terbaik, anda juga akan dapat hasil yang berbaloi dengan apa yang anda bayar!

Tips Pilih Kontraktor Renovate Rumah yang Betul

Macam yang anda tahu, terdapat banyak perkara penting yang perlu diketahui sebelum membuat keputusan untuk renovation rumah. Ini lebih perlu diteliti kerana ia melibatkan jumlah duit dan kos yang tinggi!

Kalau anda merancang untuk renovate rumah atau renovate bilik tidur, pemilihan kontraktor adalah sangat penting. Sebaiknya jangan tergesa-gesa dalam membuat pilihan untuk mengambil kontraktor yang menawarkan harga paling murah sahaja. Sebelum membuat keputusan, baiklah untuk memahami dan mengikuti tips ringkas yang akan kami berikan. Selain dari tu, boleh juga dapatkan idea renovate rumah tanpa kos yang besar.

Kenapa jangan pilih kontraktor berdasarkan harga murah sahaja? Sebab banyak kes kontraktor lari dan tak siapkan projek kerana modal tak cukup dan akhirnya, tuan rumah juga yang rugi. Terpaksa cari kontraktor rumah baru lagi!

Ni beberapa tips yang kami boleh share untuk anda supaya anda dapat cari kontraktor yang terbaik!

Senaraikan Kontraktor Renovate Yang Anda Jumpa

Dapatkan beberapa kontraktor yang berkelayakan, stabil dari segi kewangan, pengurusan syarikat, sumber manusia, serta efisyen dan baik dari segi mutu kerja. Lakukan servey terlebih dahulu dan dapatkan semua data, maklumat, rekod prestasi, dan pengalaman kerja kontraktor-kontraktor tersebut.

Anda boleh layari laman web mereka, ataupun buat carian Google dan tengok review mereka. Ini dapat menunjukkan apakah feedback yang diberikan oleh customer mereka untuk projek-projek sebelum ni. Ini adalah review kami.

Jangan hanya memilih kontraktor berdasarkan recommend dari rakan atau ahli keluarga tanpa membuat kajian sendiri. Ini boleh, tetapi, pastikan anda dah lihat hasil kerja mereka. Anda boleh lihat hasil kerja kami.

Dapatkan Quotation Renovation

Quotation untuk Renovate rumah

Selain daripada harga, anda juga perlu mendapatkan cadangan pelan renovation serta spesifikasi untuk kerja-kerja yang akan dilakukan oleh kontraktor tersebut. Ingat, tidak semestinya anda harus memilih kontraktor yang menawarkan harga yang paling rendah, tetapi yang terpenting adalah harga tersebut sepadan dengan cadangan dan kualiti kerja yang akan dilakukan.

Selain dari tu, anda dan kontraktor anda akan tahu dengan tepat spesifikasi serta apa yang anda nak lakukan untuk renovation rumah anda. Ini menjadikan fahaman anda selari dan tak ada miscommunication dalam apa yang anda hendak. Jimat masa dan sakit kepala!

Buat Kontrak Dengan Kontraktor Anda

Kontrak untuk renovate rumah

Ini untuk melindungi diri anda setelah anda memilih kontraktor yang anda rasa paling berkelayakan. Sediakan satu kontrak renovate rumah yang memuatkan terma dan syarat-syarat kerja yang kontraktor tersebut perlu patuhi.

Senaraikan juga tanggungjawab dan hak anda terhadap kontraktor tersebut. Jika anda memiliki modal lebih, anda boleh melantik seorang peguam yang berpengalaman untuk menyediakan kontrak ini. Ini dapat melindungi hak dan kepentingan anda, terutamanya jika kos renovasi mencapai ratusan ribu ringgit!

Ini tak wajib dilakukan, tapi kalau anda nak lebih selamat, boleh buat. 

Pilih Lebih dari Satu Kontraktor

Contractors

Saya mencadangkan anda untuk memilih lebih daripada 1 kontraktor rumah. Lantik beberapa kontraktor yang berbeza dan mahir dalam bidang kepakaran masing-masing. Contohnya, jika mereka mahir dalam kerja-kerja pasang konkrit dan tiles, lantik 1 kontraktor untuk kerja-kerja berkaitan kabel dan elektrik. Lantik lagi 1 kontraktor lain untuk menangani kerja-kerja berkaitan bidang mereka. 

Ingat, tidak semua kontraktor mahir dalam semua bidang pembinaan.

Jangan Bayar Seluruh Jumlah Renovation Rumah Anda

Bayar Kontraktor

Ini satu step yang perlu ditekankan. Saya mengesyorkan anda untuk membayar mengikut kemajuan kerja. Apabila kerja sudah siap dan mengikut semua perancangan dan spesifikasi, serta mutu kerja memuaskan hati anda, baru anda boleh melakukan pembayaran. 

Sebagai jaminan, pastikan anda mempunyai sumber kewangan yang mencukupi untuk membayar kontraktor. Anda boleh membuat bayaran harga kontrak kepada peguam anda sebagai penjaga wang, dan peguam anda akan melepaskan bayaran tersebut secara berperingkat kepada kontraktor apabila kerja pada peringkat tersebut telah selesai.

Ini dapat menjaga hak anda dan juga kontraktor untuk memastikan kedua belah pihak tidak diambil peluang atau ditipu. Tetapi, dengan bantuan peguam, pasti ada tambahan kos kepada anda.

Di atas adalah beberapa tips yang anda boleh guna untuk memilih kontraktor yang sesuai untuk renovation rumah anda. Tapi jangan risau, kami adalah profesional dan berpengalaman dalam bidang ini!

5 Tip Memilih Kontraktor Rumah Untuk Renovate Rumah Anda

Renovate rumah bukan suatu perkara yang patut diambil mudah. Hasil kerja tu kita akan pakai sepanjang usia kita atau rumah tu sendiri. Jadi, memilih kontraktor renovate rumah yang betul adalah penting sekali.

Renovation akan mengambil masa berminggu-minggu, berbulan-bulan dan juga bertahun-tahun untuk siap. Jadi, kalau tersalah pilih, anda akan hadap masalah dan pening kepala ini dengan lama!

Jadikan tips di bawah ini sebagai panduan dalam memilih kontraktor rumah yang terbaik.

1. Pastikan Syarikat Mempunyai Lesen Berkaitan

Kontraktor yang bertauliah dan berpengalaman sepatutnya mempunyai lesen perniagaan yang berdaftar dengan SSM seperti lesen ROB atau ROC.

Selain itu, mereka juga sepatutnya ada lesen kontraktor kelas F atau E. Setiap kontraktor yang berdaftar patut ada lesen ni.

Sebagai langkah ekstra, kita juga boleh check sama ada mereka berdaftar sebagai ahli persatuan kontraktor atau pemborong bahan binaan.

2. Rekod Kerja Yang Bagus

Lihat website atau media sosial mereka. Kontraktor yang mahukan job yang menarik pasti akan update website mereka dengan hasil kerja mereka. Disini anda boleh lihat sama ada kualiti mereka sama seperti apa yang dimaksudkan.

Untuk hasil kerja kami, anda boleh lihat di sini.

Kajian seperti ini bukan 100% tepat, tetapi perlu untuk tahu sama ada mereka ada banyak pengalaman atau tidak dalam renovation ini. Anda juga boleh gunakan peluang ini untuk mengintip/spy atau mengambil ilham untuk renovation anda sendiri.

Selain tu, anda juga boleh confirm sama ada kontraktor itu ada banyak pengalaman dalam renovation yang anda nak. Contohnya, kontraktor rumah tu ada pengalaman yang banyak dalam renovation banglo, atau rumah kos rendah, atau dia ada pengalaman yang hebat dalam renovate, kitchen cabinet atau extend dapur.

3. Lokasi Kontraktor Dekat Dengan Rumah Anda

Ini untuk menjamin mereka datang kerja dan siapkan dalam masa yang ditetapkan. Kalau anda tinggal di Rawang, tetapi ambil kontraktor di Putrajaya atau Shah Alam, ini akan memberi impak masa kepada meraka dan anda. Selain itu, kos perjalanan juga akan dikira dalam projek anda!

Tanpa sedar, ini akan tambah kos renovate untuk rumah anda. Kos yang tak memberi kesan sangat kepada rupa dan impian anda!

4. Harga Yang Berpatutan

Anda boleh survey kontraktor rumah sebelum anda memilih mereka. Anda boleh hubungi 2-3 kontraktor dan dapatkan sebutharga atau harga renovate rumah anda. Kontraktor yang bertauliah boleh memberikan anda sebutharga renovate dan kos renovate yang terperinci.

Dengan nilai yang anda ada ni, anda boleh pilih mana yang terbaik dan berpatutan. Tetapi, perlu ingat, murah tak semestinya bagus atau sebaliknya!

5. Senang Untuk Dihubungi

Tip terakhir ni ramai yang terlepas pandang. Kontraktor renovate rumah yang bagus akan senang dihubungi.

Bayangkan anda cuba hubungi dia tetapi susah dan dia tak return the call. Apa maksudnya? Sama ada dia terlalu busy atau pun dia tidak melayan sangat pelanggannya. Ini bukan saja akan menyusahkan anda, tetapi menyebabkan anda pening kepala nanti jika berlaku apa-apa masalah semasa renovate rumah nanti.

Jadi elakkan lagi bagus. Cari kontraktor yang lebih elok melayan pelanggan.

Idea Renovate Rumah Kos Rendah Tanpa Bajet yang Besar

Kami faham yang renovate rumah mungkin nampak di luar kemampuan atas sebab kesusahan kewangan atau kurang idea. Ini bukan halangan besar dan anda boleh buat untuk rumah anda sebenarnya!

Disini kami boleh bantu dan memberi idea untuk anda mengubah ruang rumah anda ke ruang yang selesa dan berguna untuk kehidupan keluarga anda, tanpa perlu keluarkan bajet yang banyak.

Kalau anda nak nak idea untuk bilik tidur, boleh baca Idea Renovate Bilik Tidur kami!

Maksimumkan Bajet Anda

Renovate rumah dalam bajet yang kecil tak semestinya perlu dapat barang yang tidak berkualiti atau tak cantik. Kami faham cabaran yang datang dengan bajet sebegini. Jadi, anda perlu pandai mencari atau menunggu peluang yang menarik untuk dapatkan barang-barang berkaitan. Barang-barang secondhand dapat menaikkan nilai rumah dan keselesaan anda!

Barang secondhand ni, bukan semuanya buruk. Ada rezeki anda, memang dapat yang 90% baru dan bersih lagi. Nak tau cari kat mana?

Anda boleh cari di;

Maksimumkan Ruang Anda

Selain bajet atau kos, ruang juga menjadi halangan untuk renovate rumah kos rendah ni. Tapi, dengan nasihat dan cadangan yang betul, ruang rumah boleh dimaksimumkan dan juga menjadi berguna. Tiada ruang yang terbazir dan tak sempit disebabkan barang-barang yang tak berguna.

Pastikan anda tahu saiz ruang dan juga ruang-ruang berjalan, supaya tak mengganggu kerja harian anda dan keluarga.

Dapatkan Nasihat dan Pandangan Pakar

Jikalau anda masih tak tahu macam mana nak mula, boleh dapatkan nasihat dan pandangan pakar kami! Selain dari idea untuk renovate rumah, anda juga boleh mendapatkan ruang rumah yang cantik dan menarik dengan pandangan interior design kami! Kami pakar renovate rumah dan interior design di Kuala Lumpur dan Selangor.

Anda perlu pastikan yang kontraktor anda pilih tu adalah betul, nak cari yang betul boleh baca, Tips Pilih Kontraktor Renovate Rumah yang Betul dari kami.

Selain dari tu, boleh tengok contoh renovation dan interior design untuk rumah kos rendah di bawah ni..

Idea Renovate Bilik Tidur

Ingat macam mana perasaan anda semasa masuk ke bilik hotel untuk bercuti? Anda boleh dapat the same feel setiap hari di rumah anda je.

Bilik tidur adalah bilik yang paling banyak kita habiskan masa. Lebih dari 6 jam sehari!

Jadi, bilik tidur idaman adalah sangat penting untuk mendapat rehat yang cukup, tempat release stress, tempat menyimpan barang dengan teratur dan selamat. Di sini adalah tempat anda meletakkan hal dunia di luar pintu. Disini tempat anda sepatutnya 100% tenang.

Tapi sebelum tu, pastikan anda tahu cara nak pilih kontraktor yang betul dan bertauliah!

Bawah ni, ada 6 idea yang anda boleh buat untuk bilik tidur anda!

Harap contoh diatas dapat bantu anda mendapat inspirasi untuk renovate bilik tidur anda. Kalau anda dah ada idea sendiri dan nak dijadikan kenyataan, atau perlukan nasihat untuk renovate bilik tidur anda, kami boleh bantu! Dan , kitorang juga boleh bantu korang dapatkan katil terbaik untuk bilik anda!

Selain tu, kalau anda nak, boleh baca post kitorang pasal katil terbaik di Malaysia dan tilam terbaik di Malaysia untuk menambahkan lagi seri dan kualiti bilik tidur!